Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

tweet twiit

29 November 2010

Perbetul persepsi salah terhadap Islam: Yusof



Oleh Shaarani Ismail

2010/11/27

YUSOF memberi ceramah kepada  pelajar Universiti Islam Antarabangsa, semalam.
YUSOF memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Antarabangsa, semalam.
Konsep keamanan, kedamaian perlu dilihat secara mendalam

KUALA LUMPUR: Aktivis kemanusiaan yang juga pendakwah antarabangsa, Dr Yusof Islam, berkata konsep keamanan dan kedamaian adalah perkara yang perlu dilihat secara mendalam dan menyeluruh kerana menjadi matlamat kesejahteraan kehidupan manusia. 

Sambil merujuk dirinya, bekas penyanyi popular Britain pada 1970-an dan lebih dikenali sebagai Cat Stevens sebelum memeluk Islam, berkata demi mencari perdamaian, beliau memilih jalan dakwah kerana melaluinya persepsi yang salah terhadap Islam, khususnya yang dilemparkan Barat, dapat diperbetulkan.
“Pandangan serong itu perlu diperbetulkan. Ada lagi yang berpandangan Islam adalah musuh kepada agama lain kerana persepsi salah yang sengaja digembar-gemburkan.
“Justeru, bagi saya dakwah adalah senjata bagi menangkis tohmahan itu. Dakwah juga sebahagian daripada Islam kerana kita mengajak manusia ke arah kebaikan. Mesej Islam adalah benar dan ajarannya cukup harmoni. 

“Tetapi apabila berdakwah kita perlu bercakap kepada masyarakat Islam terlebih dulu sebelum mengajak yang lain kerana itu menjadi keutamaan kerana ia akan menggalakkan perkongsian ilmu dan interaksi sesama Muslim,” katanya ketika menyampaikan tazkirah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dekat sini, semalam. 

Yusof bersama isteri, Fauzia Mubarak Ali juga berkesempatan bertemu Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, kelmarin, selain turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Putrajaya, semalam. 

Terdahulu ketika ditemuramah pada program Malaysia Hari Ini yang disiarkan stesen TV3 pagi semalam, Yusof turut memberikan pandangan beliau mengenai konsep hiburan mengikut perspektif dalam medium dakwah. 
Katanya, muzik itu adalah sesuatu yang cukup harmoni dan ia membentuk kedamaian dan keindahan hidup di dunia ini kalau digunakan dengan cara yang betul. 

“Ketika ini masyarakat dunia sudah mulai bosan dengan peperangan dan bosan dengan isu politik dan untuk itu nilai muzik yang harmoni perlu ada,” katanya. 


rujukan: Berita Harian Online

28 November 2010

Diabetes-beringatlah sebelum diserang!


Diabetes- namanya sudah cukup menggerunkan namun berapa ramai yang dalam rasa takut telah benar-benar peka akan bahayanya? Diabetes kini menjadi epidemik senyap di Malaysia, sukar dikesan tetapi melakukan paling banyak kerosakan yang membunuh golongan muda sehinggalah kepada golongan tua.Sejenis penyakit yang mencacatkan dan membunuh penghidapnya tanpa disedari. Kadar kematian pesakit diabetes banyak dikaitkan dengan CVD, iaitu pembunuh utama dunia. Namun kaitan dengan penyakit kardiovaskular (CVD) ini kurang diberi perhatian memandangkan diabetes lebih lazim dikaitkan dengan masalah kaki diabetik.
Statistik terkini, kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia atau satu daripada setiap enam orang dewasa yang melebihi usia 30 tahun menghidap diabetes.

Begitulah yang terjadi pada diri Fakir, empat lima hari lepas. Sejenis penyakit yang sangat Fakir geruni kerana  ramai dari jalur keluarga Fakir adalah pengidapnya, samada sebelah ibu mahupun keluarga sebelah allahyarham ayah Fakir. Begitu juga ada handai taulan Fakir yang mengidapinya. Namun dalam takut dan gerun itu Fakir sentiasa leka dan lalai. Dua minggu lepas Fakir mula rasa perubahan pada kecergasan fizikal Fakir. Fakir mula  rasa letih yang keterlaluan, rasa nak demam tak demam sama banyak, dahaga dan lenguh sendi-sendi. Pada hari rabu Fakir tak bertangguh untuk ke klinik, alangkah terkejutnya apabila didapati tahap gula dalam darah Fakir pada bacaan 24.4 ( satu bacaan yang sangat tinggi dan bahaya). Terjelepuk Fakir seketika dan rasa kelam masa depan. Nasi sudah menjadi bubur, tidak ada apa yang dapat menghalangnya. Rasa kecewa dan sedih mencengkam diri selama beberapa hari, apakan tidak- terbayang aruah kaum keluarga Fakir yang menderita sakit tersebut hingga ke akhir hayat. Fakir seakan putus asa dan tidak langsung menyentuh ubat yang diberi.

Entah kenapa semalam datang kekuatan dalam diri untuk melawan putus asa tersebut. Berkata-kata suara dalam diri bahawa sakit yang datang adalah ujian dari Allah untuk hamba-hamba yang disayangi. Mungkin sebelum ini Fakir terlalu lalai dengan keduniaan, maka ini suatu peringatan indah agar Fakir kembali mendekati diri kepadaNYA dengan memperbanyakkan amalan. Suatu peringatan bahawa kubur sudah pasti hampir dan peluang terakhir untuk Fakir lakukan segala yang terbaik mengikut kemampuan agar kembali mengadapNYA dalam keadaan bersih dan gembira..itu kata-kata semangat dan iktikad yang mengembalikan kekuatan dalam diri Fakir. Tidak ada penyakit yang tidak mempunyai penawar dalam dunia ini..kecuali maut sudah memanggil. Kalau hendak seribu daya, kalau dulu lalai dalam mencegahnya kini jalan terbaik ialah mengawalnya. Berapa ramai pesakit diabetes yang hidup gembira kerana mereka bersungguh mengawalnya..rasanya belum terlewat untuk Fakir mengikut jejak mereka yang kuat semangat.

Fakir mula membuat pencarian dalam internet tentang perkara berkaitan diabetes, Apa yang lebih mengejutkan, kelaziman berlakunya diabetes di Malaysia hampir dua kali ganda pada kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), seiring dengan perkembangan kadar rakyat yang obesiti.Memandangkan perubahan gaya hidup moden yang mendadak, rakyat Malaysia perlu memahami bahawa diabetes ialah masalah kesihatan dan orang ramai perlu mengawal keadaan sebelum terlambat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2030, sejumlah 2.48 juta rakyat Malaysia akan menghidap diabetes.

Berikut di bawah ini, Fakir nak berkongsi dengan semua rakan-rakan dan pengunjung selasar ini, sebuah artikel dari http://e-kesihatan.blogspot.com secara ringkas mengawal diabetes...

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani.
Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.



Perubahan Cara Hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.




24 November 2010

Lirik Pilihan - Apakah Ilusi

Cuba teliti bait-bait di bawah ini..kemudian baru dengar lagunya, bagi Fakir ianya sangat menarik. Pada mulanya Fakir kurang berminat dengan lagunya tetapi setelah dengar beberapa kali rasa macam suka pula. Nyanyian Def Gab C, menarik bagi Fakir kerana ianya sesuatu yang menggambarkan kecintaan pada Rabb bukan kepada sesama manusia.Terpulang kepada persepsi masing-masing dalam memahaminya...


Apakah Ilusi - Def Gab C

Terhampar tenang raut wajah mu
Seputih awan selembut bayu di kalbu
Diri ku bagaikan tanah yang gersang
Tiada air yang membasahi
Walaupun sedemikian rupa
Ku terima apa saja
Bumi yang mana tak menerima
Hujan walaupun gerimis

Dikala aku menyepi diri
Baru ku tahu kesilapan itu kini
Ingin ku capai bintang tapi tak sampai
Beribu batu jauh di sana
Biarku

* :
Menyucikan diri (hidup) yang tak mati
Setelah aku sendiri
Menyaksi dan merasai
Apakah ini ilusi

** :
Aku berjalan mencari mu
Menuju ke hujung dunia
KAU berlari menghampiri ku
Menghulurkan penawar duka

Itukah buktinya dari mu KEKASIH ku
Hampir nyata kebenaran di sini menanti ku


boleh dengar Apakah Ilusi di link ini!!!

Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad (bah.5)



STRATEGI PENGUKUHAN ISLAM DAN KEMAJUAN ORANG MELAYU

Mahathir bertolak dari hakikat bahawa Melayu di Malaysia adalah Muslim keseluruhannya justeru salah satu definisi Melayu adalah bangsa yang beragama Islam. Dan Melayu berada dalam keadaan yang tidak
kukuh kedudukannya oleh sebab kuasa ekonomi berada di tangan bangsa mendatang. Melayu hanya tinggal kuasa politik dan pentadbiran negara. Itu pun terpaksa dikongsi dengan non-Melayu. Dalam keadaan begini,
Melayu terus berpecah dalam beberapa kelompok politik dan sering bercakaran. Masa, tenaga dan fikiran banyak dibazirkan untuk menyelesaikan hal-hal ini. Justeru, tindakannya ialah memperkasakan dan
memperkukuhkan Melayu dan memajukan mereka yang dengannya Islam yang kuat dapat ditegakkan. Dengan lain perkataan, Mahathir berusaha mengukuhkan perpaduan Melayu sebagai platform memajukan agama Islam. Islam tidak boleh tegak dan teguh dalam masyarakat yang miskin, tiada jati diri, lemah dan mundur. Islam boleh maju dan kuat bersama masyarakat yang maju dan kuat juga.

Inilah antara tindakan strategik Mahathir melalui pelbagai rancangan pembangunan negara, walaupun ada pemimpin dan intelektual Melayu sendiri yang menentangnya. Parti pembangkang Melayu sendiri
menuduhnya sebagai Firaun yang zalim. Apa yang dilakukan didakwa bertentangan dengan Islam. Wawasan 2020 tidak Islamik, lebih baik `wawasan akhirat'. Projek kereta nasional tidak menguntungkan, Mahathir
menggunakan wang rakyat untuk membuat projek-projek mega dan sebagainya. Jambatan Pulau Pinang juga projek membazir tetapi kumpulan yang menuduh itulah yang menggunakannya. Tuduhan-tuduhan seperti
inilah yang sering dilemparkan kepada beliau. Melayu-Islam perlu buka minda jika mahu berubah ke arah kemajuan seperti bangsa-bangsa lain yang maju di dunia ini.

Mahathir percaya bahawa minda orang Melayu sudah pun terbuka. Tetapi kebanyakan yang memasuki minda ini adalah yang tidak membina.Umpamanya fundamental atau asas Islam amat mudah. Apa yang
diwajibkan sedikit sahaja. Untuk menjadi orang yang beragama Islam apa yang diwajibkan ialah naik saksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Tetapi kita suka menokok tambah berbagai-bagai syarat sebelum orang yang sudah pun Islam diterima sebagai orang Islam. Dengan ini perhubungan antara orang Melayu Islam dengan orang Melayu Islam yang lain menjadi tegang dan buruk.

Sebaliknya jika pemikiran terbuka membolehkan Melayu Islam ini menerima ajaran Islam yang mengambil kira keadaan yang berubah sepanjang masa, maka orang Islam tidak akan ketinggalan zaman. Hanya
berkenaan memahami fardu ain dan fardu kifayah, sunat dan wajib pun minda yang terbuka boleh menjadikan Islam sesuai untuk semua zaman dan tamadun.

Tetapi dengan diwajibkan ibadat-ibadat baharu seperti qiamullil, tazkirah, kuliah subuh dan lain-lain, agama yang mudah yang memberi cukup masa untuk kerja-kerja lain yang penting menjadi fardu ain dan fardu kifayah, sunat dan wajib pun minda yang terbuka boleh menjadikan penghalang kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dan kerja-kerja yang penting bagi kesejahteraan dan keselamatan umat islam.

Demikian juga dengan jihad, yang diutamakan ialah perang. Sebenarnya yang di suruh ialah penyediaan alatan perang supaya mengerunkan musuh. Tidak ada gunanya berperang jika tentera Islam tetap akan kalah kerana tidak ada persediaan dan serba kekurangan. Tetapi asyek dengan serangan mati syahid yang merugikan Islam; Sebenarnya yang benar-benar berjihad ialah mereka yang membiayai, mencipta, mengeluar alatan peperangan yang Iebih kuat dan lebih canggih daripada tentera musuh.

Minda yang terbuka tentulah memberi penghargaan kepada mereka yang mempelajari sains dan teknologi, memperkayakan masyarakat Islam, mencipta dan mengeluarkan senjata yang canggih, menyusun bala tentera yang gagah dan ditakuti oleh musuh kerana kekuatan serta mempunyai kekuatan yang mencukupi dan mampu
menyelamatkan umat Islam sebagai orang yang berjihad di jalan Allah. Ingatlah Sayidina Usman berjihad dan membekalkan unta untuk pasukan tentera Islam pada zaman Nabi.

Justeru, penguasaan ilmu sains dan teknologi dan perolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka yang secara buta tuli menyerang musuh dan mengundang
malapetaka kepada umat Islam yang lain.

23 November 2010

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

16 November 2010

Kenali Dajjal

Asal-Usul Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;


Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau..

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya


Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”


Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.


09 November 2010

Luasnya Neraka dan Kasihnya Rasulullah Terhadap Umatnya-untuk renungan bersama

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh Nabi SAW.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.'

Lalu Nabi SAW. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'


Nabi SAW. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah SAW.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi SAW. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail a.s meletakkan kepala Nabi SAW. dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.'

Kemudian Nabi SAW. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah SAW : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah SAW  'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.'

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '


Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237