Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

tweet twiit

29 April 2011

Hayatilah 7 Wasiat Raja - Raja Melayu

Wahai anak bangsa, bersamalah kita hayati dan renungi 7 wasiat Raja - Raja Melayu yang diperbuat menjelang kemerdekaan. Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957;  dengan peringatan ini "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".










28 April 2011

Politik punca Melayu pecah

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Politik menjadi antara penyebab orang Melayu di negara ini berpecah hingga menjadikannya semakin lemah walaupun berada di tanah air sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menegaskan kerana politik, orang Melayu kini berpecah kepada tiga, sekali gus menampakkan kelemahan disebabkan tiada sepakat dan boleh menyebabkan terus ketinggalan dengan bangsa lain.

Menurutnya, kerana perebutan kuasa dan jawatan dalam politik juga menyebabkan wujudnya budaya mencantas sesama sendiri hingga tidak dapat berpadu tenaga melonjakkan bangsa.

“Perbezaan ideologi dan bercita-cita besar dalam politik untuk memegang kuasa menjadikan orang Melayu tidak dapat bersepakat untuk memajukan diri, bangsa dan negara.

“Ada orang Melayu kini yang sanggup menggadaikan apa saja yang mereka ada dan rela melihat Melayu berpecah belah hingga menjadi lemah,” katanya.

Selain itu, beliau mengakui orang Melayu ketika ini berada dalam dilema apabila tidak lagi boleh mengetengahkan isu kepentingan Melayu kerana akan didakwa bersikap perkauman.

Menurutnya, pada satu tahap orang Melayu tidak lagi boleh mengatakan negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah bangsa Melayu adalah pendatang.

“Keadaan itu menyebabkan kedudukan orang Melayu ketika ini adalah sama juga seperti pendatang lain,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.


27 April 2011

Rasulullah SAW dan Pengemis Yahudi Buta


 -
Masjid An Nabawi - Madinah al Munawarrah



Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya" .

Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa".

"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Semoga dapat menjadi contoh teladan bagi kita semua

Sumber dari Kisah kisah Teladan

22 April 2011

Jejak Ulamak - Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari

Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dilahirkan pada 15 Safar 1122 Hijrah bersamaan 17 Mac 1710 Masihi di Kampung Lok Gabang, Martapura, Banjarmasin. Bapanya ‘Abdullah merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin Sultan Tahlilullah 1700-1734M). Bapanya bukan asal orang Banjar, tetapi datang dari India, mengembara untuk menyebarkan dakwah. Beliau seorang ahli seni ukiran kayu.

Semasa ibunya hamil, kedua ibu bapanya sering berdoa agar dapat melahirkan anak yang ‘alim dan zuhud. Setelah lahir, ibubapanya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yang dinanti-nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan Asmaul-husna, di samping berdoa kepada Allah. Setelah itu diberi pendidikan Al-Quran kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya iaitu 'Abidin, Zainal Abidin, Nurmein, dan Nurul Amien.


Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Semasa Kecil
Sejak kecil, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari kelihatan cergas dan cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.
Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni lukis dan seni tulis, sehingga sesiapa sahaja yang melihat karyanya akan berasa kagum dan terpukau. Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan ke kampung-kampung. Apabila baginda sultan sampai ke kampung Lok Gabang, baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. Justeru, sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun.
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari mendapat pendidikan penuh di istana sehingga usianya mencapai 30 tahun. Kemudian, beliau dikahwinkan dengan seorang perempuan yang solehah bernama Tuan Bajut. Hasil perkahwinan, beliau memperoleh seorang puteri yang diberi nama Syarifah.

Syeikh Muhammad Arsyad telah meneruskan pengembaraan ilmunya di Makkah dan Madinah. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Tamjidillah (1745-1778M) dan pengganti baginda Sultan Tahmidillah (1778-1808M). Selama belajar di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad tinggal di sebuah rumah yang dibeli oleh Sultan Banjar yang terletak di kampung Samiyyah iaitu dikenali sebagai Barhat Banjar.

Syeikh Muhammad Arsyad AI-Banjari Semasa Di Makkah Dan Madinah

Semasa di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad belajar dengan tekun di Masjidil Haram dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau berguru dengan ulama'-ulama' terkenal pada masa itu seperti Syeikh Ataillah Bin Ahmad al-Misriy, Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al-Kurdiy, Syeikh Muhammad Bin Abd Karim al-Qadiri, Syeikh Ahmad Bin Abd Mun'im al-Damanhuri, Syeikh Hasan Bin Ahmad 'Akisy al-Yamani, Sheikh Salim Bin Abdullah al Basri dan banyak lagi.

Sahabat-sahabat Syeikh Muhammad Arsyad merupakan golongan pencinta kepada ilmu pengetahuan sehingga setiap pertemuan yang merupakan majlis ilmu, mereka saling bermuzakarah bersama-sama. Antara sahabat beliau ialah: Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Syeikh Abdul Rahman Mesri, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Abdul Wahab Sadengreng (Bugis), dan Syeikh Muhammad Salih bin Umar al-Samarani atau 'Semarang' .

Untuk menambah ilmu, Syeikh Muhammad Arsyad bersama sahabatnya ingin merantau pula ke Mesir. Namun, setelah bersiap untuk berangkat, mereka mendapat khabar bahawa ulama' besar Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al- Kurdie datang ke Madinah. Lantas beliau bersama sahabat pergi ke Madinah untuk berguru dengan syeikh tersebut.

Pulang Ke Tanah Air

Setelah berada selama 30 tahun di Makkah dan lima tahun di Madinah, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari pulang ke tanah air untuk menyebarkan Islam. Setibanya beliau ke kampung halaman, beliau membuka pusat-pusat pengajian untuk memudahkan masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan.

Selain itu, Syeikh Muhammad Arsyad turut membiasakan diri bersama orang kampung berkebun, bersawah, dan bertani. Di samping aktif mengajar dan mendidik masyarakat Islam yang datang dari pelbagai pelosok daerah, beliau turut turun berdakwah ke segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada rakyat biasa
hinggalah kepada golongan pembesar dan bangsawan. Dalam menyampaikan dakwah, Syeikh Muhammad Arsyad  menggunakan pelbagai kaedah pendekatan iaitu Dakwah bil Hal (dakwah yang menggunakan pendekatan contoh dan akhlak yang dipamerkan oleh beliau), Dakwah bil Lisan (dakwah dengan menggunakan pendekatan lidah iaitu mengajak dan menyeru) dan Dakwah bil Kitabah (dakwah dengan menggunakan pendekatan penulisan buku dan risalah).

Karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad AI-Banjari

1. Kitab Usuluddin - Ditulis pada 1188H (1774 M), ditulis dalam bahasa Melayu, yang memuatkan masalah tauhid dan keimanan. Risalah ini belum pernah dicetak.
2. Luqthatul 'AjIan fi Bayan Haid wa istihadhati wa nifas al-Niswan - Iaitu kitab yang mengupas mengenai masalah haid, istihadhah, dan nifas. Isi kitab ini terdiri daripada muqaddimah, 15 fasal, dan penutup. Dicetak pada tahun 1992 di Indonesia. Dalam kitab ini dinyatakan bahawa wajib hukumnya bagi perempuan belajar masalah haid, istihadhah, dan nifas. Jika suami orang berilmu, dia wajib mengajar isterinya; jika sebaliknya, dia wajib memberi keizinan kepada isterinya untuk belajar mengenainya.
3. Kitab Tuhfat al-Raghibin - Ditulis pada 1188H (1774M). Pernah diterbitkan di Mesir pada 1353H. Kitab ini membincangkan masalah tauhid iaitu penjelasan tentang hakikat iman, perkara-perkara yang boleh merosakkan iman, tanda seseorang menjadi murtad, dan sebagainya. Kitab ini terdiri daripada muqaddimah, tiga fasal, dan penutup.
4. Kitab al-Qawl al-Mukhtasar fi 'Alamat alMahdi al-Muntazar - Kitab ini mula dikarang pada tahun 1196H. Mengandungi perbahasan tentang tanda-tanda kiamat seperti Imam Mahdi, Dajjal, turunnya Nabi Isa, terbit matahari sebelah barat. Ditulis dalarn tulisan jawi dan pernah dicetak di Singapura tahun 1356H (1937M).
5. Kitab Ilmu Falak - Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Penulisannya mernuatkan kaedah bila terjadinya gerhana matahari dan bulan. Walau bagaimanapun kitab ini belum sempat dicetak.
6. Kitab al-Nikah - Kitab ini menerangkan tentang pengertian wali dan kaedah melaksanakan akad nikah berdasarkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Kitab ini pernah diterbitkan di Istanbul pada 1304H.
7. Kitab Kanzul Ma'rifah - Kitab ini berkaitan dengan ilmu tasawuf serta penjelasan mengenai hakikat mengenal diri untuk mencapai makrifat kepada Allah. Isi kandungannya ditulis dalam bahasa Melayu dan belum dicetak.
8. Kitab Sabil al-Muhtadin - Inilah kitab beliau yang paling masyhur. Kemasyhuran kitab ini akhirnya menjadi khazanah di beberapa perpustakaan besar iaitu di Makkah, Mesir, Turki, dan Beirut. Kitab ini amat popular di Nusantara yang merangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, dan Brunei.

Karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang paling terkenal ini merupakan kitab fiqh Melayu yang tersebar luas di seluruh alam Melayu. Terdapat di dalam dua jilid, jilid pertama mempunyai 252 halaman dan jilid kedua 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini meliputi persoalan ibadah yang menyentuh thaharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban, makanan yang halal dan haram serta sembelihan.

Kitab ini ditulis atas permintaan Sultan Tahmidillah Bin Sultan Tamjidillah. Penulisannya mengambil masa selama dua tahun iaitu dimulai pada 1193H/1779M dan selesai pada 27 RabiulAkhir 1195H. Kitab ini pertama kali dicetak di Istanbul pada tahun 1300H/1882M kemudian diulang cetak di Kaherah dan Makkah.

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia pada malam Selasa iaitu di antara waktu Maghrib dan Isyak, pada 6 Syawal 1227 Hijrah bersamaan 13Oktober 1812 Masihi. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat Islam di Nusantara.

Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, beberapa tempat di Indonesia telah mengabadikan nama dan karya beliau. Antaranya ialah Universitas Islam Kalimantan Muhammad Arsyad al-Banjari dan Masjid Raya Sabilal Muhtadin.

Sekalung al Fatihah buat Ulamak ternama Nusantara ini....


20 April 2011

Men Are Hard To Please!



Fakir said:
Is it really possible to find a guy you don't have to work so hard to please?
Is it the same case with the ladies? what u guys think......??? vice versa maybe or if men are hard to please , then women are too hard to please......

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;
If u Don't , he says u are PROUD .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;
If u Don't , he says u are from VILLAGE .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;
If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;
If he's Smarter than u, he is GREAT .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u don't Love him, he tries to POSSESS u;
If u Love him! , he will try to LEAVE u. (very true huh?)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u don't make love with him., he says u don't Love him;
If u do !! he says u are CHEAP.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;
If u don't , he says that u don't TRUST him.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;
If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u SMOKE, u are BAD girl;
If he SMOKES, he is GENTLEMAN.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u do WELL in your exams, he says it’s LUCK;
If he does WELL, it's BRAINS.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
If u HURT him, u are CRUEL;
If he HURTS u, u are too SENSITIVE!! & sooo hard to please!!!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

18 April 2011

KETIKA......




1. KETIKA MENCARI CALON 

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 

2. KETIKA MELAMAR 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 

3. KETIKA AKAD NIKAH 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah 

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN 
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka. 

5. KETIKA MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan 

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. 
Cintailah isteri atau suami anda 100% 

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. 
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita 

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. 

14.KETIKA MENDIDIK ANAK 
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak .... 

15.KETIKA ANAK BERMASALAH 
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya. 

16.KETIKA ADA PIL. 
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat. 

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS 
Gunakanlah formula 7 K 
1 Ketaqwaan 
2 Kasih sayang 
3 Kesetiaan 
4 Komunikasi  
5 Keterbukaan 
6 Kejujuran 
7 Kesabaran

sumber: Taman-Taman Syurga

11 April 2011

Ketahuilah Rahsia Iblis



Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah
memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tempat-tempat hiburan ( pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yang berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis
(ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah." 

08 April 2011

ANAK-ANAK ANUGERAH TERHEBAT!!!


Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..” Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

04 April 2011

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT





Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit
Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu ?
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu ?
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu ?
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu ?" 



Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah ?
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara ?
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar ?
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara ?"

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disolatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

· Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan....
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... . .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

· Hari Ini,....  Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu  Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya, Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Anda Ingin Berbuat secebis amal ?
Tolong sebarkanan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Setidak-tidaknya Yang Anda Kenal..!!!
Seandainya kita pernah sedikit terlalai, Semoga peringatan tentang kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadisnya yang lain, beliau
bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Aktiviti seharian kita selalu mencuri konsentrasi , seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan....renungkanlah

02 April 2011

Terkini Jepun: Paras radiasi cecah 4,385

PEKERJA kerajaan di wilayah Fukushima mengambil sampel tanah di kawasan tanaman padi bagi menguji tahap radiasi.
PEKERJA kerajaan di wilayah Fukushima mengambil sampel tanah di kawasan tanaman padi bagi menguji tahap radiasi.

Singapura, Amerika temui bahan radioaktif dalam kobis, susu

TOKYO: Tekanan semakin meningkat ke atas Jepun supaya memindahkan lebih ramai penduduk membabitkan zon 30 kilometer dari loji reaktor Fukushima selepas tahap radiasi mencapai 4,385 kali lebih tinggi daripada paras selamat yang bermakna 130,000 lagi orang perlu dibawa ke tempat perlindungan baru.

Seramai 70,000 orang sudah dipindahkan dari kawasan 20 kilometer dari laji nuklear berkenaan manakala 136,000 lagi di kawasan 10 kilometer lagi dinasihatkan tidak keluar rumah.
Kebimbangan mengenai tahap radiasi di luar negara juga meningkat selepas Singapura mengesan kewujudan bahan itu dalam kobis dari Jepun sehingga sembilan kali lebih tinggi had selamat.

Amerika Syarikat pula menemui pencemaran rendah dalam sampel susu di pantai baratnya. Beberapa negara mengharamkan produk susu dan tenusu dari kawasan dekat loji Fukushima.

Susu tercemar antara punca terbesar kanser tiroid selepas nahas nuklear loji Chernobyl, Ukraine pada 1986 selepas penduduk minum susu lembu tempatan.

Badan nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan agensi nuklear Jepun sudah menasihatkan Perdana Menteri, Naoto Kan, memindahkan penduduk kerana tahap radiasi tinggi dikesan lebih jauh daripada kawasan 30 kilometer.

Pegawai kerajaan, bagaimanapun, terus merayu penduduk Jepun dan dunia tidak cepat panik kerana tahap radiasi di kawasan luar loji berkenaan masih rendah.

Tetapi, IAEA menekankan, tahap radiasi di perkampungan Litate, 40 kilometer dari loji itu memerlukan penduduk berpindah.

Selain itu, tahap radiasi juga ditemui dalam air laut dekat kompleks nuklear itu yang bermakna pelepasan radioaktif terus berlaku ketika puncanya belum diketahui.

Penduduk Jepun tinggal dalam keadaan luar biasa, perkara pertama yang dilakukan untuk bayi baru lahir bukannya dengan doktor tetapi alat pengesan radiasi Geiger. – Reuters

sumber: Berita Harian Online














01 April 2011

Fadhilat Bismillah Enam

Assalamualaikum dan salam hormat, hari ni Fakir nak berkongsi khasiat dan fadhilat bismillah enam yang sangat elok dijadikan amalan harian sehingga menjadi darah daging dalam kehidupan. Semoga dengan keberkatan dalam membaca dan mengamalkannya akan memudahkan perjalanan hidup seharian kita...insyaAllah.

insyaAllah.....
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezekinya.
  • Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Dijauhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
  • Aman daripada binatang-binatang buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam Jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca Al-Fatihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk diminum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.