Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

tweet twiit

31 Mei 2011

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT





Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." 


Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKU dan ketinggianKU, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha untuk melakukannya... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

28 Mei 2011

Subhanallah - Fenomena Lingkaran Aneh Sekeliling Matahari

Tengahari tadi lebih kurang jarak antara pukul 12.45 - 1.15, Fakir diberitahu oleh isteri (ketika itu Fakir sedang memandu untuk ke tempat kerja) bahawa kelihatan lingkaran aneh mengelilingi matahari. Fakir pun berhenti memandu dan keluar untuk melihatnya, subhanallah memang aneh kalau diperhatikan dengan mata kepala sendiri. Fakir mengagak mungkin akan terjadi gerhana matahari, namun matahari tidak ditutupi sedikit pun sehinggalah lingkaran tersebut hilang pada pukul 1.15pm dan awan mendung pun tetiba hilang begitu saja. Walau apapun fenomena yang terjadi samada gerhana atau tidak, sesungguhnya ini kebesaran Allah SWT yang diperlihatkan, Maha Suci Allah yang Maha Sempurna pula dalam menjadikan sesuatu! Fakir kongsikan gambar-gambar yang telah diambil oleh anak saudara Fakir yang tinggal di Taiping, Perak untuk tatapan bersama...







27 Mei 2011

Masih Isterikah Kelak Di Syurga Nanti?



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda. "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

21 Mei 2011

Siapakah Anda???

Gambar Hiasan dari animasi  Upin & Ipin

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang KEDEKUT ?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan atau hanya membaca entry ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain.



17 Mei 2011

Detik-Detik Rasulullah SAW Dijemput Sakaratul Maut

Pintu Emas Makam Rasulullah SAW Tercinta
Sebuah kisah yang paling menyentuh hati, cintailah..cintailah..cintailah Allah dan RasulNYA dengan sebenar-benar cinta. Tataplah kisah ini wahai teman-temanku....


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia paling mulia dan paling agong yang memberi sinaran itu.

entry berkaitan..sila klik di sini

15 Mei 2011

Kehebatan Surah al Ikhlas




"A 'uzubillah himinashsyaithan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
************************************************************


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :


Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhuwallahu ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. 


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.


Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


*********************************************************


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. 


*********************************************************


Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.


Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


Fikirkanlah:
Sampaikanlah, sampaikanlah sesuatu yang baik seperti ini kepada saudara-saudara seagama kita yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

wallahualam.........

09 Mei 2011

Jasa dan Pengorbanan Seorang Ibu



Sempena Hari Ibu ini (sebenarnya pada Fakir tiada istilah untuk satu hari yang ditabalkan untuk setiap yang bergelar ibu, kerana setiap hari itu sewajarnya adalah milik setiap ibu yang berada di atas muka bumi Allah ini), terasa teringin juga nak berceloteh dengan hal-hal yang berkaitan.  Fikirkanlah - tidak pernah sedetik pun seorang ibu itu tidak risau dan tidak memikirkan yang terbaik buat anak-anaknya. Kerisauan yang sentiasa bermain difikiran seorang ibu itu menjangkau berpuluh tahun ke depan dalam kehidupan anak-anaknya nanti.


Itu seandainya kita berbicara tentang kerisauan dan kasih sayang seorang ibu, bagaimana pula pengorbanan yang sering dilakukan tanpa mengharap sekelumit pun balasan dari anak-anak?? Sebermula hidup sebagai janin di dalam kandungan ibu, sang ibu terpaksa tabah dan kuat dalam mengharungi segala macam penderitaan, kepayahan dan kelemahan demi kelemahan. Bermula dari umur sehari pula kita sudah mula disuapkan dengan susu sehinggalah menjelang usia kita empat bulan, penyediaan makanan pula menjadi rutin harian dan tidak pernah pula mendapat tidur yang cukup pun kerana asyik berjaga malam demi bayi yang disayangi.


Sehinggalah anak-anak sudah tumbuh membesar, bertambah bebanan yang harus ditanggung oleh ibu dan ayah. Didikan demi didikan perlu diterapkan, terpaksa merenung dan bertungkus lumus dalam urusan rezeki. Bagi keluarga yang berada dan kaya sekali pun terkadang diuji dengan pelbagai masalah, adakalanya telah ditakdirkan dengan masalah kesihatan anak-anak..maka peranan seorang ibu tetap berat dan setiap masa akan memikirkan penawar terbaik untuk anak tersebut. Apatah lagi bagi ibubapa yang kurang kemampuan tentulah kejerihan hidup itu akan memberatkan lagi peranan hidup seorang ibu untuk menempuhnya. Terkadang hilang perasaan malu untuk meminta-minta demi kesejahteraan seorang anak. Demi anak, setiap ibu tidak pernah gentar dalam berdepan dengan bahaya, kerumitan dan seribu macam halangan dan ujian. Apatah lagi ada sesetengah ibu tergadai maruahnya demi sesuap nasi dan pembelaan buat anak-anaknya... pernah atau tidak kita terfikir  perkara sebegitu? Pernahkah seorang ibu meminta dibalas kembali masa rehat mereka yang telah dikorbankan demi kita yang bergelar anak?


Pada hari ini, apabila kita sudah dewasa maka sudah terbalaskah segala jasa dan jerih payah seorang ibu untuk kita? Yang pasti dipenghujung zaman ini, lebih banyak muncul Alqamah, Malin Kundang dan si Tanggang. Sedar atau tidak maka itulah fenomenanya, benarlah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyebut bahawa diakhir zaman nanti anak-anak akan menjadi tuan kepada ibubapanya. Perhatikanlah cara kita berkomunikasi dengan ibu pada hari ini, itu belum mencakupi perkara-perkara yang berkaitan taat. Tepuk dada dan tanyalah selera, jawapannya ada pada diri masing-masing.


Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab kita terhadap ibu yang melahirkan dan membesarkan kita (termasuk ayah) itu punya dua bahagian. Yang pertama semasa mereka masih hidup dan yang kedua sesudah mereka meninggal dunia. Sebagai orang yang paling banyak berjasa sepanjang kehidupan kita, maka berbaktilah dan berjasalah serta taatlah selagi mereka masih bernafas kerana redha Allah tertakluk pada keredhaan ibubapa. Seandainya mereka telah menutup rapat mata, maka diketika itu seribu penyesalan sekali pun tidak berguna lagi. Janganlah merasa satu bebanan dalam melayani ibu yang tua kerana mereka tidak pernah jemu melayan kita dari dulu hingga sekarang. Apatah lagi terfikir dan terlintas bahawa sang ibu itu sangat menyusahkan kita yang kononnya terlalu sibuk dengan banyak urusan. Fikirlah kembali siapa yang menjadi pembela utama ketika kita dicaci, dihina dan dilakukan sewenangnya oleh orang terhadap kita suatu ketika dulu.


Manakala apabila mereka sudah meninggal dunia, tanggungjawab kita sebagai anak mengiringi doa buat ibu dan ayah demi kesejahteraan mereka di alam barzakh setiap masa dan hari, melunaskan apa yang terhutang samada pada Allah mahupun sesama insan. Merapatkan silatur rahim dengan saudara-saudaranya dan para sahabatnya. Sering pula hendaknya menziarahi pusara mereka.


 Pada hari ini generasi muda telah banyak merudum jatuh nilai-nilai murni yang wajib dipatuhi yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW untuk dilaksanakan terhadap ibubapa. Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu, bukankah itu suatu penanda aras untuk kita perhatikan.


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim




Firman Allah dalam Al-Qur’an yang bermaksud :“Dan TuhanMu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”(surah al-Isra’ : ayat 23)


Buat Ibu Fakir yang disayangi, isteri yang dicintai dan ibu mertua yang kusanjungi, malah buat semua wanita yang bergelar ibu, Fakir doakan kesejahteraan anda semua. Semoga Allah merahmati setiap insan yang bergelar ibu.

07 Mei 2011

Ulangan entry: Allah Selamatkan Saya Ketika Derita


Sekali lagi Fakir terpanggil untuk berkongsi sebuah kisah yang mampu menggenangi kelopak mata sesiapa yang membacanya. Mungkin sebelum ini ada pengunjung selasar ini yang terlepas pandang akan entry yang Fakir terbitkan pada 9hb Jun 2010...sudi-sudikanlah membacanya......
Fakir Segala - 07/05/2011


Hari ini Fakir nak berkongsi sekali lagi artikel yang Fakir ambil dari lelaman iLuvislam.com bersama pengunjung selasar si fakir. Artikel yang benar-benar menginsafkan sesiapa sahaja termasuk diri Fakir yang lemah selemah-lemah ini yang kadangkala bila dirundung masalah sering pula berprasangka pada Allah hu Latiff. Menitis airmata juga dibuatnya bila membaca artikel dari seorang penulis ini, betapa Allah itu tidak pernah kejam sedikit pun pada hamba-hambaNYA, sebaliknya hambaNYA-lah yang sering menzalimi diri sendiri. Teringat pula pada kitab al Hikam yang secara ringkasnya Fakir huraikan dengan mudah (tanpa merujuk kembali pada kitab al Hikam-kerana ketika ini Fakir tidak di rumah) ada nasihat yang mengatakan sebegini; bagaimana lagi Allah mahu menolong dan memakbulkan harapan hambaNYA kerana dalam kepahitan yang hamba itu lalui sebenarnya ianya telah pun terkandung rahmatNYA dan pertolonganNYA. Dalam keperitan itu juga sebenarnya terlebih baik untuk hamba tersebut dari pada keburukan yang bakal diterima oleh hamba itu seandainya harapannya dimakbulkan. Maka di sini kita bukan saja dapat melihat malah dapat merasa yang kasih sayang Allah benar-benar mengatasi kemurkaanNYA. Kebetulan pula Fakir sememangnya ketika ini sedang diuji dengan masalah diri yang membuntukan pemikiran untuk menyelesaikannya, tetiba terpandang artikel ini yang fakir rasakan sebuah peringatan dari Allah sebenarnya buat diri Fakir yang dhaif ini. Cukuplah berceloteh, jomlah baca artikel di bawah ini bersama....agar ianya memberi manafaat pada diri ini dan juga kepada sesiapa sahaja yang sudi membacanya....wallahualam... 
Allah Selamatkan Saya Ketika Derita
 www.iluvislam.com
 Oleh: Azamin Amin Editor: deynarashid 


Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?"kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. 


Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara. Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata. Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. "Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. 


Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula. Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar, saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi. Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini. Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. "Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu. Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah. 


Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota. Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah. 

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin,jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita. Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari. 'Tak boleh sembahyang Jumaat!' Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena."Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun."Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati. Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'."Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. 


Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahyang. Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjuknya lagi. Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah. 


Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. "Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya. Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu! Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya... "Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."Ya, begitulah juga dengan saya.. hanya pada Allah saya berharap. 


Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...  


Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia.. itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya. Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya. Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu." 


 Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena Sekitar tahun 2002, 


Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan. Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya. Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. 


Namun tanpa banyak rengekan, dia capai lalu menghisap botol tersebut. Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata : "Mmm...sedap.." Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya. 


Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena.. Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya. Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. 


Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya. Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannyaa33;" (Al-Baqarah: 286) 


Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita. Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara. 


Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu. Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang. Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. 


 Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata. Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba. Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang... 


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

06 Mei 2011

Menangislah Seikhlasnya Kerana Takutkan Allah





Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."


Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut. Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."


Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.



03 Mei 2011

Jangan Pernah Berhenti Berbuat Baik!





Kisah Benar  ini Fakir ambil dari sebuah email saudara kita dari Indonesia, ianya amat menarik untuk kita membacanya, Fakir telah pun sunting ke dalam bahasa Malaysia; begini ceritanya....

Suatu hari, seorang budak lelaki miskin yang hidup dari menjual asongan (gendongan) dari  pintu ke pintu, mendapati bahawa di dalam poketnya hanya terdapat beberapa sen sahaja yang berbaki, dan dia berasa amat lapar.

Budak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah berikutnya. Akan tetapi anak itu hilang keberanian disaat seorang wanita muda membuka pintu rumah. Anak itu tidak jadi meminta makanan, ia hanya berani meminta segelas air.

Wanita muda tersebut melihat, dan berfikir bahawa budak lelaki tersebut tentunya lapar, oleh kerana itu ia segera membawa segelas besar susu. Budak lelaki itu meminumnya dengan lambat, dan kemudian bertanya, "berapa saya harus membayar untuk segelas besar susu ini?"
Wanita itu menjawab: "Kamu tidak perlu membayar apapun". "Ibu kami mengajarkan kami untuk tidak menerima bayaran demi sebuah kebaikan"kata wanita itu menambah.
Budak lelaki itu kemudian menghabiskan susunya dan berkata :" Dari dalam hatiku aku berterima kasih pada anda."

Setelah berbelas tahun kemudian, wanita muda tersebut mengalami sakit yang sangat kronik. Para doktor di bandar itu sudah tidak sanggup menanganinya. Mereka akhirnya menghantarnya ke bandar besar, dimana terdapat doktor pakar yang mampu menangani penyakit berat tersebut.


Dr. Howard Kelly dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Pada waktu beliau mendengar nama bandar asal si wanita tersebut, terpamir seberkas pancaran aneh pada mata doktor Kelly. Segera beliau bangun dan bergegas turun melalui dewan hospital, menuju ke wad si wanita tersebut.

Dengan berpakaian lengkap kedoktoran beliau menemui wanita tersebut. Beliau langsung mengenali wanita itu pada sekali pandang. Beliau kemudian kembali ke ruang konsultasi dan memutuskan untuk melakukan usaha terbaik demi menyelamatkan nyawa wanita itu. Mulai hari itu, beliau selalu memberikan perhatian khusus pada kes penyakit wanita itu.

Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya beroleh kejayaan.. . Wanita itu sembuh !!. Dr. Kelly meminta bahagian kewangan hospital tersebut  untuk mengirimkan seluruh bil pembiayaan perubatan wanita itu kepadanya.

Dr. Kelly melihatnya dan menuliskan sesuatu pada sudut atas lembaran bil, dan kemudian mengirimkannya ke wad pesakit. Wanita itu takut untuk membuka lipatan bil tersebut, dia sangat yakin bahawa tidak akan mampu membayar jumlah bil tersebut walaupun harus ditanggung seumur hidupnya.

Akhirnya dia memberanikan diri untuk membaca isi kandungan bil tersebut, dan ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada sudut atas lembaran bil tersebut. Dia membaca tulisan yang berbunyi..
"Telah langsai dibayar  dengan segelas besar susu.." tertanda, Dr. Howard Kelly.
Airmata kesyukuran membanjiri matanya. Dia berdoa: "Tuhan, terimakasih, sesungguhnya cintamu telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia."

02 Mei 2011

Seni Silat Kuntau Melayu Tingkatkan Disiplin Diri

logo Pertubuhan Gerak Seni Silat Kuntau Melayu / Tomoi  Malaysia

Guru Utama / Pengasas - Ayahanda Zainon Ayob
KUAH - Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri tradisional yang tidak pernah lapuk di telan zaman dan masih mempunyai pengikut tersendiri sehingga kini. 
Persatuan Silat Kuntau Sungai Mengulu, Langkawi mengadakan acara mandi minyak menandakan tamatnya latihan peringkat pertama bagi setiap ahlinya baru-baru ini.

Upacara mandi minyak ini turut dimeriahkan dengan kehadiran persatuan silat dari sekitar Kedah.

Persatuan Silat Kuntau Sungai Mengulu ditubuhkan pada Ogos 2010 dan bergerak secara rasmi sekitar empat bulan lalu. Malah, ini merupakan upacara mandi minyak pertama yang diadakan.

Sejarah silat kuntau Melayu 
Ketua Guru Persatuan Silat Kuntau Malaysia, Zainon Ayob, 64, berkata, beliau mengasaskan Persatuan Silat Kuntau Melayu sekitar 30 tahun lalu di Kampung Kubur Panjang, Kedah.

“Kini ia menjadi salah satu persatuan seni silat terkemuka dan mempunyai hingga 30,000 ahli di seluruh semenanjung Malaysia khususnya.” katanya.

Persatuan Seni Silat Kuntau mempunyai cawangan di hampir semua negeri di semenanjung Malaysia dan Kedah dan Selangor mempunyai cawangan yang paling banyak iaitu sekitar tujuh hingga lapan cawangan.

Malah, semua sembilan anak termasuk anak bongsunya, Aqasha Idris Shah, 5, mempelajari seni silat kuntau Melayu daripadanya sejak kecil.

Acara mandi minyak tamat latihan 

Menurut Zainon atau dikenali dengan panggilan ayahanda dalam kalangan anak muridnya, upacara mandi minyak itu adalah salah satu titik permulaan dan pelengkap segala ilmu yang dipelajari dalam seni mempertahankan diri silat kuntau khususnya.

“Setiap ahli yang tamat latihan pertama akan menjalani upacara mandi minyak, di mana minyak ini dibacakan doa tertentu sebagai tanda tamat latihan peringkat pertama,”

Seni mempertahankan diri silat kuntau ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat pertama memakai tali pinggang putih, kedua memakai tali pinggang kuning dan peringkat ketiga memakai tali pinggang merah sebelum tamat latihan sepenuhnya dan memakai tali pinggang hitam.

Bagaimanapun, Zainon berkata, hanya beliau seorang sahaja memiliki tali pinggang hitam dan hanya beberapa orang memiliki tali pinggang merah di dalam Persatuan Silat Kuntau Malaysia.

Ahli baru memegang tali pinggang putih dan perlu menjalani latihan yang dibahagikan kepada tujuh peringkat sebelum mendapat tali pinggang kuning dan menjalani latihan di peringkat kedua.

“Ahli yang berada di peringkat pertama perlu menjalani upacara mandi minyak sebanyak tujuh kali sebelum latihan peringkat pertama selesai.” katanya kepada Sinar Harian.

Belajar silat untuk lawan perompak 

Menceritakan kembali pengalaman mempelajari seni silat kuntau, Zainon berkata, beliau mula belajar seni mempertahankan diri ini ketika berumur 20 tahun dari seorang pengembara dari Pattani.

Tok guru kepada Zainon yang dikenali sebagai Tok Ayah Ismail adalah pengembara dari Pattani yang menuntut ilmu agama di sebuah pondok agama di Kepulauan Jawa.

Tok Ayah Ismail melalui Tanah Melayu untuk pulang ke Pattani sebelum bertemu dengan Zainon di Kampung Tobir, Kedah dan mempelajari seni silat kuntau selama dua tahun dengannya.

Zainon berkata, Tok Ayah Ismail menceritakan kepadanya sebab utama beliau mempelajari seni silat kuntau ialah kerana ingin melawan perompak semasa belajar di Kepulauan Jawa.

Silat jadi teras disiplin diri 

 Zainon berkata, silat kuntau tidak mempunyai pantang larang tertentu, kerana perkara yang wajib diikuti oleh semua ahli ialah menuruti perintah agama dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. 

Setiap ahli wanita juga diwajibkan memakai tudung dan setiap ahli lelaki dilarang memakai sebarang aksesori termasuk rantai leher dan rantai tangan yang menyalahi hukum syarak, kerana perbuatan menyerupai wanita adalah haram di sisi agama Islam.

Zainon menetapkan setiap ahli perlu mendisiplinkan diri dan seni silat salah satu cara yang berkesan.



celoteh fakir: Ayahanda Zainon adalah seorang guru yang sangat-sangat Fakir hormati. Sehingga kini Fakir masih menerima tunjuk ajar dan nasihat dari beliau. Sesungguhnya beliau seorang guru yang benar-benar berwibawa. Bagi fakir beliau seorang yang benar-benar memahami setiap hati dan permasalahan murid-muridnya. Memang benar setiap nasihat dan pandangan beliau amat menekankan akan perintah agama dan mahukan setiap muridnya utamakan kewajiban beragama dalam kehidupan seharian.


hanya sumber artikel  dari: Sinar Harian


Facebook Seni Silat Kuntau