Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

23 Januari 2013

Salam maulidur Rasul!

Marilah kita perbanyakkan dan memperbagaikan selawat pada Baginda Rasulullah SAW tanda hadirnya ke dalam hati akan kecintaan pada Baginda SAW. Mulailah dari sekarang tuan-tuan!!!

Tiada terungkap kata-kata akan kesempurnaanmu wahai Baginda Rasulullah SAW yang tercinta, hanya rindu dan cinta padamu meluap-luap didalam sanubari ini.


Ya Badrotim
sumber: youtube.com

wahai purnama (ya badrotim)
sumber: youtube.com

Qasidah Imam Habib Abdullah
sumber: youtube.com

Burdah Selawat
 
sumber: youtube.com

Burdah Selawat 2
sumber: youtube.com

Burdah Selawat 3 (Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki)
sumber: youtube.com

WAHAI PURNAMA (Ya Badrotim)
 Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata 2x
Engkau menyinar di alam tinggi….di alam tinggi….2x
Terangi kegelapan dan kebatilan…
Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata 2x
Dengan mu alam bergemerlapan….bergemerlapan…2x
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan
Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata 2x
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya….2x
Siang dan malam jua…..siang dan malam jua
Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata 2x
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu….2x
Mereka yang istimewa dam amat sempurna….
Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'a, Madza yu'a
Biruan 'ulaa kama qaalii


Ya Allah, berikan rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan kepadanya dan keluarganya.
Wahai Nabi yg tampan bercahaya indah,
laksana bulan mengambang penuh,
yang telah meraih segala kesempurnaan!
bagaimana kata-kataku mampu menungkapkan tentang ketinggian sifat-sifatmu.
Engkaulah yang telah terbit mentari ilmumu di ufuk ketinggian dan kemuliaan
Lalu dengan cahaya syariatmu
engkau telah lenyapkan segala kesesatan
Dengan kelahiranmu,
alam semesta terang bersinar
wahai 'Gunung Petunjuk'
bersinar dengan cahaya, kenikmatan dan pelbagai kurnia
Semoga Allah Tuhanku melimpahkan rahmat ke atasmu selama-lamanya
di waktu pagi dan petang., sepanjang masa.
Semoga rahmatNya dilimpahkan jua keatas seluruh keluarga dan sahabatmu
iaitu orang-orang yang telah diistimewakan denga kesempurnaan
oleh Tuhan yang memiliki segala sifat ketinggisn dan kemuliaan..

17 Januari 2013

Adab Minum Rasulullah S.A.W




Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Saiyyidatina Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Di dalam suatu doa Rasullah SAW ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

by DRS. KHALIL IDHAM LIM
03 Muharam 1432H
Oleh : Markisa Razak




15 Januari 2013

Hebahan: Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434/2013



yang berpeluang boleh usahakan untuk pergi...insyaAllah


Tarikh : 24,25 dan 26 Januari 2013 / 12,13 dan 14 Rabi'ul Awwal 1434
Masa : 8.00 Pagi - 10.30 Malam
Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Suka Menanti,Alor Setar Kedah Darul Aman

Antara Aktiviti Menarik :

- Majlis pembukaan sambutan Maulidur Rasul dengan Solat Dhuha dan Selawat Sidi Ahmad Badawi 100 Kali (Khamis 8.00 pagi 24 Januari 2013 )
- Pengkisahan Saat Kelahiran Baginda SAW oleh Tuan Guru Hj Salleh bin Musa ( Khamis 8.00 malam 24 Januari 2013 ) serta selingan qasidah
- Tazkirah / Kuliah Oleh Ustaz Abdul Hamid Tahir dan Ust Abdul Majid (Derang)
- Kuliah Perdana oleh Tuan Guru Dato' Dr Harun bin Din 
- Festival Qasidah Kerinduan Rasulullah ( Jumaat 23 Januari - 8.00 malam )
- Program Anak-Anak berselawat
- Berzanji/Marhaban/Burdah/Bacaan Maulid Dhi'ul Lami'
- Program Muslimat Berselawat.
- Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah bersama Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Digalakkan berpakaian Putih.



PESANAN MURABBI SYEIKH ZAINUL ASRI BIN HJ MOHD ROMLI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SAW.

Dewan Ukir Mall 7/1/2013 bersamaan 24 Safar 1434 ketika Pengajian Kitab Syamail Muhammadiah SAW..

"Saya nak semua yang ada malam ni,mula esok..selawat sebanyak 12,000 kali..baki masa yang ada nie,selawat banyak-banyak..biasa saja,selawat Nabi khidir..'Sallallahu 'ala Saiyidina Muhammad'...tujuan dia,kita nak bersihkan hati..bila sampai 12 rabiulawal nie..semua hati lembut jaa,mudah teqiak(menangis)dia duduk p la dekat mana pun,hati dia hadir,hati dia sentiasa di depan sekali masa hari tu..Pada hari Khamis tu,kita akan jemput Tuan Guru Hj Salleh,untuk dia cerita waktu,detik2 kelahiran Rasulullah SAW,kita akan rasa seolah-olah Rasulullah lahir didepan kita..Subhanallah..Pada malam kemuncak kita akan jemput Syeikh Nuruddin untuk tausiyah,dan malam kemuncak tu kita akn buat festival Qasidah,besar-besaran,pada malam kemuncak lantunan mahabbah haritu,tuan2 dengaq madad madad YA Rasulullah tu baru 10%..nanti kita nak sampai 80-90% insyaALLAH..

Semoga kita semua diberi kekuatan nak selawat sebanyak-banyaknya. Aamiin.




09 Januari 2013

Ikhlaskan diri belajar menyintai Rasulullah SAW




Bagaimana mungkin kita akan menyintainya kalau tidak mengenalnya, bagaimana mungkin akan mengikuti anjuran dan ajarannya kalau tidak menyintainya. Fakir sendiri merasakan bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW masih amat kurang dan terlalu lemah kekuatannya. Namun sebagai manusia biasa, Fakir harus terus berusaha untuk mampu menyintai Rasulullah  SAW dengan sepenuh hati dan sedaya mungkin dan penuh keikhlasan. Segala sesuatunya harus dimulai dari diri sendiri. Benar, Fakir sendiri harus belajar lebih menyintai Rasulullah SAW, berusaha untuk selalu mengikuti ajaran-ajarannya, menjauhi larangannya dan memperbanyakkan selawat kepada Baginda SAW yang tercinta dan cuba belajar mengikuti sunnah Baginda SAW walaupun masih tak mampu sepenuhnya. Kerana hanya itulah yang mampu Fakir lakukan sebagai rasa cintaku kepada Rasulullah SAW.

Semakin sempurna orang yang dicintai, maka di situlah tempat tumbuhnya kecintaan. Sedangkan Rasulullah SAW adalah manusia yang paling luar biasa dan sempurna dalam akhlak, keperibadian, sifat dan dzatnya.

Di antara sifat baginda SAW adalah begitu penuh perhatian dan keprihatinan pada umatnya, begitu lembut dan kasih sayang pada mereka. Sebagaimana Allah mensifati baginda SAW dalam firmanNya,

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

”Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (QS. At Taubah: 128)

Allah menjadikan sebab-sebab untuk mendapatkan manisnya iman. Di antara sebab tersebut adalah menyintai Nabi SAW melebihi seluruh makhluk.

Telah diriwayatkan dari Imam Bukhari dan Muslim dari Anas ra :- Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ


“Tiga perkara yang membuat seseorang akan mendapatkan manisnya iman yaitu : Allah dan RasulNya lebih dicintainya dari selain keduanya, dia menyintai saudaranya, tidaklah dia menyintainya kecuali kerana Allah, dan dia benci kembali pada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan dalam api.”

Dan yang dimaksudkan dengan (حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ)  -sebagaimana disebutkan para ulama rahimahumullah- adalah merasakan kelazatan melakukan ketaatan, bersabar dan merasa nikmat dalam beragama, dan yang demikian juga berpengaruh pada perihal keduniaan.

Tidak mampu diambil faedah dari kecintaan Nabi SAW kecuali bagi siapa yang menyintai beliau. Orang yang demikianlah yang akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Renungkan hadis ini :- Diriwayatkan dari Imam Muslim, Anas bin Malik ra - berkata: “Datang seorang lelaki pada Rasulullah SAW kemudian bertanya: “Bila hari kiamat datang?” Rasulullah SAW bertanya:”Apa yang engkau persiapkan untuk hari kiamat?” Dia menjawab,”Cinta Allah dan RasulNya.” Rasulullah SAW berkata,”Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.”

Anas ra - berkata: Tidaklah kami sangat bergembira setelah nikmat Islam kecuali setelah mendengar sabda baginda SAW, ”Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.”

Anas ra berkata:”Maka sungguh aku menyintai Allah, RasulNya, Abu Bakar, dan Umar –radhiyallahu ‘anhuma-. Dan aku berharap mampu bersama mereka, walaupun amalanku tidaklah seperti mereka.”

Allahu akbar!! Renungkanlah begitu agung dan mulianya balasan bagi orang yang menyintai Nabi yang mulia SAW

Dalam Ihya Ulumuddin, Al-Ghazali menyatakan adalah sebuah kebohongan besar bila seseorang menyintai sesuatu tetapi ia tidak memiliki kecintaan kepada sesuatu yang lain yang berkaitan dengannya. Al-Ghazali menulis; "Bohonglah orang yang mengaku menyintai Allah SWT. tetapi ia tidak menyintai RasulNya; bohonglah orang yang mengaku menyintai RasulNya tetapi ia tidak menyintai kaum fuqara dan masakin; dan bohonglah orang yang mengaku menyintai syurga tetapi ia tidak mahu mentaati Allah SWT."

Selawat Allah ke atasmu Ya Rasulullah selama-lamanya siang dan malam jua, Selawat jua pada ahlimu dan para sahabatmu. Mereka yang istimewa dan amat sempurna.

Wallahu'alam..................