Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

12 Jun 2013

SYAABAN - SEGERALAH REBUT PELUANG TERBAIK!


Ini juga bulan yang hebat dan banyak fadhilat serta keberkatannya, jom kita tinjau-tinjau dan ambil tahu serba sedikit tentang kehebatan, fadhilat-fadhilat dan sejarah yang terkandung dalam bulan yang penuh kebaikan ini. Syaaban adalah bulan ke-lapan dalam  Hijrah.  Bilangan hari pada bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan. Dinamakan Syaaban, kerana pada bulan itu terpancar bercabang-cabang (berserak-serak) kebaikan yang banyak (yatasya’abu minhu khairun katsir). Menurut pendapat lain, Syaaban berasal dari kata Syi’ab, iaitu jalan di sebuah gunung atau jalan kebaikan. Dalam bulan ini terdapat banyak kejadian dan peristiwa yang patut memperoleh perhatian dari kalangan kaum muslimin.Pendapat lain pula, nama Syaaban bermaksud 'pemisahan', disebut demikian kerana orang-orang Arab bersedia dalam pengumpulan/pencarian air dan berpisah pada bulan ini untuk mencari air.

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi SAW ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi SAW ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi SAW menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Apakah Kelebihan Syaaban?

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟

ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Syaaban. Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan syaaban?" Baginda SAW menjawab: "Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu di antara bulan rejab dan bulan ramadHan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Rasulullah SAW menyebut dua kelebihan yang ada pada bulan Syaaban:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah SAW.

Adakah Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa penuh dalam bulan syaaban seperti hadis:

كان يصوم شعبان كله
"Nabi SAW berpuasa penuh didalam bulan Syaaban."
(Hr Bukhari - sahih)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa sebahagian besar pada bulan Syaaban dan tidak penuh seperti hadis:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا
" Rasulullah SAW telah berpuasa sebahagian besar dari bulan Syaaban."
(Hr Nasaie)

Sekelompok ulamak telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi SAW tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan."
(Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

Oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan Ramadhan.

Hukum berpuasa selepas 15 Syaaban

Haram berpuasa sunat selepas 15 Syaaban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
"Apabila telah berlalu 15 Syaaban tidak boleh puasa."
(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 Syaaban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 Syaaban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 Syaaban. Ini berdasarkan hadis berikut:

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه
"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum Ramadhan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan puasa selepas 15 Syaaban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) Syaaban

1. Adapun kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal ra, bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

2. Nabi saw bersabda:

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
"Sesungguhnya Allah Taala akan meninjau pada malam nisfu Syaaban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah."
(Hr Ibnu Majah - hasan)

3.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ
رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan Nabi SAW pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Taala telah turunkan ( malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Syaaban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." -Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

4.
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa Nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Syaaban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.” -Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal ra.

5.

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ
شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :“Apabila masuk malam nisfu Syaaban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Taala menurunkan malaikatNYA ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKU maka AKU akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKU maka AKU akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka AKU akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.” -Riwayat Ibnu Majah.

* * *

SEJARAH YANG TERKANDUNG DALAM BULAN SYAABAN

1.Salah satu keutamaan bulan Syaaban adalah diturunkanNYA ayat tentang anjuran membaca selawat kepada Rasulullah SAW pada bulan ini, iaitu ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab;56)

2.Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”  Kata saya (Nabi Muhammad): “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?”  Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan / pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat serta menangis di dalam sujudnya sambil membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari seksaMU dan murkaMU dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMU, sebagaimana ENGKAU memuji kepadaMU sendiri, maka segala puji bagiMU sehingga ENGKAU redha.”  (Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.)

3.Pertukaran Arah Kiblat

Selepas sampai ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah SAW dan para sahabat bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan.Pada 15 Syaaban tahun kedua Hijrah ketika Rasulullah SAW dan jemaahnya sedang bersolat Asar di dalam Masjid Quba’, berlaku peristiwa penting kepada Rasulullah SAW dan Muslimin iaitu peristiwa pertukaran arah kiblat dari mengadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. Masjid tersebut kini dikenali juga sebagai Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat).

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah SAW. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah: “Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA ke jalan yang lurus.”
Peristiwa ini berlaku pada pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah SAW yang dikabulkan oleh Allah SWT. Ini kerana Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah SAW tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Firman Allah SWT: “Kerap kali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkan muka ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.”

KESIMPULAN DAN FADHILAT

Daripada Abi Salamah; Sesungguhnya Sayyidatina Aisyhah telah memberitahu: “Nabi SAW tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan ada kalanya Baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Baginda SAW bersabda: “Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya; Maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan (beristiqomah} di dalam berbuat demikian.” (Riwayat Imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

Malam Nisfu Syaaban adalah antara malam yang dikabulkan doa

Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban."

Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. FirmanNYA: “Dan apabila hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (jawablah), bahawasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-KU dan hendaklah mereka beriman kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)

Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKU, pasti akan KU kabulkan, dan siapa yang memohon kepadaKU, pasti akan KU beri, dan siapa yang mohon ampun kepadaKU pasti akan KU ampuni.”   (Riwayat Malik, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Daripada Ibn `Abbas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang selalu memohon ampun (membanyakkan istighfar), nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, setiap kesempitan ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang tidak disangka.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.)

Sunat  menghidupkan malam 15 Syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Daripada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Sesungguhnya Allah pada malam Nisfu Syaaban memerhati (mengawasi) seluruh mahluk-NYA dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani)

Sunat  menghidupkan malam 15 Syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Daripada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Sesungguhnya Allah pada malam Nishfu Sya’ban memerhati (mengawasi) seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani)

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika malam Nisfu Sya’ban tiba, maka solatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, karena sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, ‘Adakah yang beristighfar kepada KU, lalu AKU mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu AKU memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu AKU menyelamatkannya, adakah yang begini, adakah yang begini, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar?” (Riwayat Ibnu Majah).

Istiqomah-Baginda SAW juga menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa dan sedekah. Ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit kerana  beristiqomah dalam melakukan amalan kebaikan akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa mengingati Allah







11 Jun 2013

Lirik : Pelita Hidup

Assalamualaikum dan salam hormat buat sahabat-sahabat yang masih sudi menjenguk selasar ini, Terimakasih buat sahabat-sahabat yang prihatin bertanya khabar di email sebab dah jarang amat Fakir gila berceloteh "mereng" kat selasar ini. Untuk anda yang bertanya, sebenarnya Fakir masih bernafas lagi di bumi Allah ni ;)). Terimakasih juga sebab tuan-tuan lah Fakir berceloteh juga kat sini hari ini. Buat yang nak kenali siapa diri yang fakir ini, terimakasih jugalah buat anda. Kenal sajalah sebagai Fakir Segala sebab Fakir ini bukan blogger hebat atau orang-orang hebat. Fakir seronok berkongsi apa yang Fakir rasa terkadang tu ada yang bermanafaat untuk dikongsi bersama tuan-tuan. Hari ini Fakir nak berkongsi lirik yang satu ini yang berjudul Pelita Hidup. Penyanyi asal adalah Orkes El Suraya dan diberi nafas kembali oleh kumpulan nasyid Hijjaz satu ketika dulu. Sesekali dengar dan hayati lirik ini insyaAllah dapat melembutkan sedikit hati yang keras ini. Kalau nak dengar pandai-pandai carilah ye (senyum)......



PELITA HIDUP

Hidup ini bagai lampu dinding 
Yang dinyalakan di malam hari 
Apabila minyak sudah kering 
Ia kan pasti padam sendiri 

Demikian juga hidup manusia 
Selama hidup di dunia ini 
Bila dah cukup umur usia 
Putuslah hubungan di sana sini 

Setelah kita tinggalkan dunia 
Alam yang lain pula menanti 
Apakah kita dapat kurnia 
Itu melihat amal dan bakti 

Di sana insan cemas dan bimbang 
Tak dapat lagi buat alasan 
Buruk dan baik akan ditimbang 
Kedua- duuanya dapat balasan