Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

tweet twiit

Juadah Tradisional Melayu





Rendang Ayam


Bahan-bahan

1 ekor ayam (ayam kampung lebih enak)
20 tangkai cili kering (ikut kepedasan yang diinginkan)
2 batang serai
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa
2 keping asam keping

Cara Membuatnya:
1. Kisar cili, bawang besar, bawang putih dan serai hingga halus.
2.Perah kelapa.
3.Masukkan bahan yg telah dikisar tadi bersama dengan santan dan masukkan asam keping.
4.Bubuh garam secukup rasa






Asam Pedas Ikan Baung







Bahan-bahan:

1 ekor ikan baung (saiz sederhana)
4-5 tangkai cili kering (buang biji)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sebiji bawang besar (dihiris bulat)
2-3 helai daun limau purut
2 sudu air asam jawa (sesudu asam jawa)
2-3 keping asam gelugur
garam sesedap rasa
2 sudu gula pasir
½ cawan minyak masak
3 cawan air
Cara Membuatnya:

Kisar cili (rendam dengan air panas dulu) dengan bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tuang bahan kisar (cili), Biarkan sampai pecah minyak sambil kacau sesekali. Tutup periuk. Masukkan air asam jawa, asam keping, gula dan air. Biar mendidih. Masukkan ikan baung yang sudah siap disiang dan diasam limaukan tadi. Bila hampir masak (7-10 minit), masukkan bawang besar,garam dan daun limau purut. Biar 2-3 minit,tutup api.


Kerabu Mangga








Bahan-Bahan:



mangga muda(dicincang)
ikan bilis kecil
limau nipis atau cuka
sos tiram(satu sudu besar)
bawang besar(dihiris nipis)
serai(dihiris halus)
daun limau purut(dihiris nipis)
cili api(dihiris nipis)
kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar
air garam(satu sudu teh)

Cara Membuatnya:


Goreng ikan bilis kecil dengan garing.
Masukkan mangga muda,bawang besar,daun limau purut,cili api,serai yang telah dihiris itu ke dalam mangkuk serta masukkan ikan bilis sos tiram dan gaulkan.Selepas gaul teruskan perahkan limau nipis atau cuka dan taburkan kacang tanah yang digoreng tadi.Sesuaikan rasa jika tidak masam atau tidak rasa masin tambahkan limau dan air garam.



Acar Rampai






Bahan-Bahan: 


1 biji timun
1 batang karot
2 biji cili hijau (dipotong agak 2 ruas jari)
2 biji cili merah (dipotong seperti di atas)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
1 camca sedang serbuk kunyit
 5 camca sedang cuka
1 labu bawang besar (dimayang memanjang)
1 camca besar bijan
1.2 sm halia dimayang
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya: 

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah sebiji-sebiji bersama bawang besar serta halia. Masukkan cili, timun dan karot yang telah dipotong memanjang. Tuangkan cuka, garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya sambil digaul hingga sama rata. Masak jangan terlalu lama kerana takut timun dan karot menjadi terlalu lembik.





Gulai Lemak Udang Rencah Rebung





Bahan-Bahan:
1 kg udang basah segar
1 kg rebung masam
1 kg santan 15 biji cili padi
2 biji bawang besar
1 batang serai
Cara:
Udang galah dibersihkan. Kisar cili padi bersama bawang dan serai.
Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar bersama udang galah dan rebung masam ke dalam periuk.
Masak di atas api yang perlahan. Biarkan ia sampai mendidih.
Bila sudah mendidih, masukkan santan.
Renehkan di atas api hingga masak dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.


Lala Goreng Halia











Bahan-Bahan:


1 kg lala segar
3 cm halia
3 sudu besar cili padi (ikut kepedasan yang diingini)
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 cm asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara:
1) Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk halus.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
3) Masukkan cili padi yang ditumbuk tadi dan tumis lagi.
4) Masukkan lala, asam keping dan gaul sebentar supaya sebati dengan bahan tumis.
5) Masukkan sedikit air supaya lala masak.
6) Akhir sekali masukkan garam, gula dan bawang besar yang dipotong bulat.
7) Apabila lala mula terbuka ia menandakannya sudah masak.


Pulut Seri Muka



Bahan-Bahan:
150 gm beras pulut
100 gm tepung beras
50 gm tepung jagung
2 biji telur 1 ½ cawan gula merah
1 ½ cawan pati santan
Sedikit garam
Cara membuatnya:
Beras pulut dibersihkan kemudian direndam setengah hari. Toskan airnya kemudian dikukus hingga cukup masak. Setelah masak, tekan secukup pada di dalam acuan. Telur dibancuh dengan tepung beras, gula merah, tepung jagung, pati santan dan garam secukup sebati kemudian ditapis dan tuangkan di atas adunan pulut tadi kemudian dikukus hingga cukup masak.