Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Memaparkan catatan dengan label Baginda SAW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baginda SAW. Papar semua catatan

26 Mei 2017

MARHABAN YA RAMADHAN KAREEM 1438


Assalamualaikum semua, setelah bertahun fakir tidak menjenguk selasar fakir yang semakin usang dan hampir nak roboh ini. Entri fakir terakhir sebelum ini bertarikh 16 Januari 2014 dengan tajuk sekitar maulid dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Malas membelenggu diri fakir untuk menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Pun begitu bukanlah bermaksud fakir dah malas nak berkongsi apa-apa pun untuk kawan-kawan pengunjung. Cuma bila umur semakin meningkat fakir takut ada lintasan yang tidak baik menjelma didalam hati ini.Oleh itu sentiasa bertangguh untuk berkongsi di selasar ini, dalam sedar tidak sedar dah tiga tahun lebih fakir tidak berborak di selasar pondok usang fakir ini. Terimakasih kepada sesetengah rakan-rakan pengunjung yang bertanya khabar tentang fakir yang hina ini. Cuma fakir tidak akan 'publish' beberapa komen yang menanti untuk diterbitkan. Pertamanya ianya lebih bersifat pertanyaan khabar dari saudara-saudara yang ikhlas berkawan dengan fakir dan yang keduanya kerana ada beberapa pertanyaan berkaitan entri-entri lama yang fakir rasakan sudah semakin lapuk.

Terjadi sekira dua bulan lepas ketika fakir menghadiri sessi temuduga untuk pekerjaan fakir sekarang ini, pihak pengurusan syarikat dan majikan telah bertanya sekitar pengalaman menulis blog maka fakir pun teringatlah selasar ini dan satu lagi blog sampingan khazanah ilmuwan. Walhal pekerjaan fakir sekarang tidak ada kaitan langsung dengan penulisan cuma ingin fakir panjatkan rasa syukur kerana Allah SWT telah mengaturkan persekitaran yang penuh keislaman ditempat kerja fakir sekarang dan insyaAllah jika ikhlas dalam bekerja akan menambahkan kekuatan iman di diri yang lemah dan banyak dosa ini....inilah yang fakir harapkan selama ini semoga mendatangkan keberkatan dan redha Allah. Bukan nilai gaji yang diburu tetapi diusia hampir setengah abad ini hanya menagih redha Allah semata-mata. Lagipun bersyukurlah dengan apa yang ditawarkan dengan taraf pendidikan yang tidak seberapa ini. Sebelum fakir bekerja ditempat sekarang, sempat juga fakir bekerja sebagai warden anak-anak yatim islam di bandar tempat tinggal fakir. Walaupun tidak lama, namun Allah membuka mata hati ini tentang banyaknya  nilai kehidupan yang perlu direnungi dan menjadi pedoman.

Baiklah, sempena kedatangan bulan Ramadhan, sang pencuci yang mulia yang akan mencuci segala kekaratan hati pada tahun ini ingin pula rasanya berkongsi satu perkara yang pernah diceritakan oleh salah seorang pembimbing fakir berkaitan doa Jibril a.s yang diamiinkan oleh baginda tercinta Rasulullah SAW sebanyak tiga kali agar dapat diri yang hina ini dan saudara-saudara fakir yang sangat-sangat fakir cintai  untuk memuhasabah diri. Guru pembimbing fakir bercerita secara sambil lalu namun melekat dalam hati ini. Untuk entri ini fakir masukkan hadis yang lengkap berkenaannya.

Dari Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Hampirlah kamu semua ke mimbar!”

Lalu kami pun mendekati mimbar itu. Ketika Rasulullah SAW menaiki tangga mimbar yang pertama, baginda berkata, “Amiin.” Ketika baginda menaiki tangga yang kedua, baginda pun berkata, “Amiin.” Ketika baginda SAW menaiki tangga yang ketiga, baginda pun berkata, “Amiin.”

Setelah Rasulullah SAW turun dari mimbar, kami pun berkata,

“Ya Rasulullah, sungguh kami telah mendengar dari engkau pada hari ini, sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelumnya.”

Rasulullah SAW bersabda, “Ketika aku menaiki tangga pertama, Jibril muncul di hadapanku dan berkata,

“Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan yang penuh berkah, tetapi tidak memperoleh keampunan.” Maka aku berkata, “Amiin”

Ketika aku menaiki tangga yang kedua, Jibril berkata,

“Celakalah orang yang apabila namamu disebutkan, dia tidak bersalawat ke atasmu.” Aku pun berkata, Amiin.’

Ketika aku melangkah ke tangga ketiga, Jibril berkata,

“Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang telah tua, atau salah satu dari keduanya, tetapi keduanya tidak menyebabkan orang itu masuk syurga.” Akupun berkata, Amiin :”  (HR. Hakim)

Selamat menjalani ibadah puasa pada tahun 1438 ini, Anggaplah seolah-olah inilah ibadah puasa yang terakhir buat kita, semoga ada manafaatnya...insyaAllah.

16 Januari 2014

Muhammad PBUH Loved Us So Much


Do you know about 1400 years ago somebody loved you so much?

You weren't even born yet - he already cried for you asking Allah for your forgiveness.

He wanted nothing less then heaven for you....just for you.

He had wives, children, grandchildren, friends and family who adored him, but it was your name he kept repeating "Ummati - Ummati" (followers)

The Definition of True Love by Our Beloved Prophet Muhammad PBUH(peace be upon him)

Aisha (May Allah be pleased with her) narrated: Once, when I saw the Prophet in a good mood, I said to him: “O Messenger of Allah! Supplicate to Allah for me!” So, he (peace be upon him) said: “O Allah! Forgive Aisha her past and future sins, what she has hidden, as well as what she has made apparent.” So, I began smiling, to the point that my head fell into my lap out of joy. The Messenger of Allah (peace be upon him) said to me: “Does my supplication make you happy?” I replied: “And how can your supplication not make me happy?” He then said: “By Allah, it is the supplication that I make for my Ummah in every prayer.”




13 Januari 2014

Hebatnya Kasih Sayang Insan Yang bernama Muhammad




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِي


Alhamdulillah untuk sekali lagi Allah memberi nikmat untuk merasai kenikmatan hari agung di mana lahirnya seorang insan agung yang menyinari bumi ini dengan cahaya kesucian. Dengan sentiasa menghayati dan mengambil tahu serta belajar memahami akan sirah baginda tercinta Rasulullah SAW semoga akan menambah bibit-bibit cinta dan kerinduan yang sejati terhadap insan suci ini. Apatah lagi sempena menyambut hari keputeraannya, seluruh isi alam akan berselawat keatasnya. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan oleh insan sekerdil Fakir ini untuk bersama-sama yang lain berselawat dan menambahkan kecintaan kepada Baginda SAW. Sedarlah pintu mengenal Allah itu adalah bermula dengan pintu kenabian.

Dalam mengenang kasih sayang Rasulullah SAW terhadap para sahabat, insan sekeliling bahkan umatnya sebenarnya tiada tolok bandingnya jika hendak ditandingi oleh sesiapa pun jua. Benar sebenarnya seperti apa yang dikatakan oleh Habib Jindan Bin Naufal Bin Salim Jindan bahawa Rasulullah SAW lebih penyayang dari ibu kita sendiri. Tuan-tuan para sahabat boleh mencarinya di youtube akan tazkirah yang disampaikan oleh ulamak ini. Ibubapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian dan mengharapkan kesejahteraan anak-anak di dunia dan akhirat sahaja. Malahan apabila mati, hanya sesekali diingat lagi . Adapun Nabi SAW sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat malah insan yang paling sibuk mengambil berat akan umatnya ketika hari perbicaraan agung nanti. Namun kasih sayang  Allah lebih lagi daripada itu.

Untuk kali ini jom kita sama-sama ambil tahu betapa besarnya kasih sayang Rasulullah SAW terhadap umatnya apatah kita umat yang tidak pernah melihat sekujur tubuh baginda itu tetapi kerisauan baginda terhadap kita dan umat mendatang melangkaui segalanya. Siapa kita dengan baginda? Adakah kita ini keluarga baginda, sahabat atau saudara mara terdekat baginda? Ukurlah sendiri betapa hebatnya kasih sayang baginda SAW kepada kita, 

Ini sebuah kisah yang perlu kita hayatinya:-

1. Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa pada satu malam,. Rasulullah s.a.w bersolat dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118).

Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat solatnya.

Diriwayatkan Nabi saw membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.

Ayat ini bermaksud " jika sekiranya Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As r.a bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini dan setelah selesai solat baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku..."

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibril, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi SAW  tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibril untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.

Rasulullah SAW memberitahu kepada Jibril a.s bahawa baginda SAW mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibril, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan umatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu."

2. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya! besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." 

(iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibril: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. 


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, 

pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, 


pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." 


Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai ajal belum sempat bertaubat."

Maka Rasulullah SAW. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril a.s meletakkan kepala baginda SAW. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW  bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu." Kemudian Rasulullah SAW  menangis, Jibril juga menangis, kemudian Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat selalu menangis dan memohon kepada Allah akan kesejahteraan umatnya.




16 Julai 2013

The Benefits of Ramadhan

As a muslim, In the month of Ramadan it is very important that we spent a few moments to understand some of the wisdoms and lessons that we can learn from this month of fasting. Unfortunately, many Muslims come in to this month and they are as a companion of the Prophet, peace be upon him, said: "Let it not be that the day that you fast and the day that you break fast be equal." Meaning, one's behaviour, attitude and outlook are the same whether one fasts or not, i.e. fasting has no effect upon that person. This is why we need to reflect on some of these lessons.

LESSON 1: Gaining Taqwa (piety)

Allah legislated fasting for gaining Taqwa, "O you who believe, fasting has been prescribed upon you as it has been prescribed upon those before you, so that you may attain Taqwa." (meaning of Soraatul Baqarah (2):183) Taqwa in this case means to make a shield between oneself and Allah's anger and Hellfire. So we should ask ourselves, when we break our fasts, 'Has this fasting day made us fear Allah more? Has it resulted that we want to protect ourselves from the hellfire or not?

LESSON 2: Drawing closer to Allah

This is achieved by reciting and reflecting on the Qur'an during night and day, attending the taraaweeh prayers, remembering Allah, sitting in circles of knowledge and, for those who can, making `umrah. Also for those who can, making I`tikaaf (seclusion) in the last ten nights of Ramadan, so as to leave all worldly pursuits and seclude oneself in a masjid just thinking of Allah, so as to bring oneself closer to Allah . When one sins, one feels distant from Allah. That is why one might find it heard to read the Qur'an and come to the masjid. However, the obedient worshipper feels closer to Allah and wants to worship Allah more, because he is not shy from his sins.

LESSON 3:Acquiring patience and strong will 

Allah has mentioned patience more than seventy times in the Qur'an and has commanded patience in more than sixteen ways in His Book. So when one fasts, and gives up one's food and drink, and one's marital sexual relations for those hours, one learns restraint and patience. This Ummah needs man and women that are strong willed, who can stand upon the Sunnah and the Book of Allah and not waver in front of the enemies of Allah. We do not need emotional people, who just raise slogans and shout, but when the time comes to stand upon something firm, they cannot do so, they waver.

LESSON 4: Striving for Ihsaan (righteousness and sincerity) and staying away from riyaa' (showing off) 

Ihsaan means to worship Allah as if one seeks Him, and even though one does not see Him, He sees all. Hasan al-Basree said, "By Allah, in the last twenty years, I have not said a word or taken something with my hand or refrained to take something with my hand or stepped forth or stepped back, except that I have thought before I have done any action, 'Does Allah love this action? Is Allah pleased with this action?' So when one is fasting, one should gain this quality of watching oneself and also staying away from riyaa' (showing off). That is why Allah said in a hadeeth qudsee, "Fasting is for Me and I reward it." (al-Bukhaaree) Allah singles out fasting from all other types of worship saying, "Fasting is for Me", because no one knows whether you are fasting or not, except Allah. For example, when one is praying or giving charity or making tawaaf, one can be seen by the people, so one might do the action seeking the praise of the people. Sufyaan ath-Thawree used to spend the nights and the days crying and the people used to ask him, "Why do you cry, is it due to the fear of Allah? He said, 'No.' They said, "Is it due to the fear of the Hellfire?" He said, 'No. It is not the fear of Hellfire that makes me cry, what makes me cry is that I have been worshipping Allah all these years and doing scholarly teaching, and I am not certain that my intentions are purely for Allah.'"

LESSON 5: Refinement of manners, especially those related to truthfulness and discharging trusts.

The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "Whoever does not abandon falsehood in word and action, then Allah has no need that he should leave his food and drink." (al-Bukhaaree) What we learn from this, is that we must pay attention to the purification of our manners. The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "was sent to perfect good manners." (Maalik) So we must check ourselves, are we following the behaviour of the Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him)? For example: Do we give salaam to those we don't know and those we do know? Do we follow the manners of Islam, by telling the truth and only telling the truth? Are we sincere? Are we merciful to the creation?

LESSON 6: Recognizing that one can change for the better 

The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "Every son of Adam sins and the best of the sinners are those who repent." (Ibn Maajah) Allah provides many opportunities to repent to Him and seek His forgiveness. If one was disobedient they can become obedient.

LESSON 7: Being more charitable 

Ibn `Abaas said, "The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) was the most charitable amongst the people, and he used to be more so in the month of Ramadan when Jibreel used to meet him on every night of Ramadan till the end of the month." (al-Bukhaaree) The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "He who gives food for a fasting person to break his fast, he will receive the same reward as him, without nothing being reduced from the fasting person's reward." (at-Tirmidhee)

LESSON 8: Sensing the unity of the Muslims 

The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, ".Those of you who will live after me will see many differences. Then you must cling to my Sunnah and the Sunnah of the rightly guided khaleefahs. Hold fast to it and stick to it." (Aboo Daawood) In this month we sense that there is a possibility for unity, because we all fast together, we break fast together, we all worship Allah together, and we pray Salaatul-`Eid together. Therefore we sense that the unity of possible. It is possible for Muslims to be a single body, but this will only be achieved when obedience is only to Allah and His Messenger.

LESSON 9: Learning discipline 

The Prophet (ma Allah send His blessing and peace upon him) made us adhere to discipline and strictness, strictness that does not lead to fanaticism or going outside the bounds that Allah has laid down. One cannot knowingly break the fast before the sunset, as this will not be accepted by Allah. Muslims should learn to be very strict in their lives, because they are people of an important message, which they mold their lives around.

LESSON 10: Teaching the young to worship Allah 

It was the practice of the people of Madina that during the fast of `Aashooraa (which is now a recommended fast of one day) to get their children to fast with them. When the children would cry of hunger and thirst, their parents would distract their attention by giving them some sort of toy to play with. The children would break their fast with their parents. (as mentioned in al-Bukhaaree) . So the young should be brought to the masjid and they should pray with their parents, so that they are able to get into the habit of becoming worshippers of Allah. If one does not encourage children to fast when they are young, they will find it very difficult to fast for thirty days at the age of puberty. This is why the Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "Command your children to pray at the age of seven and beat them at the age of ten (if they do not pray." (Haakim)

LESSON 11: Caring for one's health 


Fasting has many medical benefits and it teaches Muslims to take care of their health and too build strong bodies. The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "A strong believer is better and is more beloved to Allah than a weak believer, and there is good in everyone." (Muslim)

source:
Ali al Timimi
Taman2Syurga




08 Julai 2013

MARHABBAN YA RAMADHAN - Syurga ar-Rayyan Untuk Orang Yang Berpuasa


SYURGA Ar-RAYYAN

Hadis :
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya disyurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”
(Bukhari & Muslim)

Huraian

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukan
nya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.


Selamat menjalankan ibadah puasa buat semua walau di mana saja berada, disisi Islam kita semua tetap bersaudara walau di mana pun kita berada. Jauh di mata dekat di hati. Semoga ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang kita jalani dengan qualiti yang tinggi yang terbaik kita mampu lakukan kerana di masa mendatang kita tak pasti lagi adakah kita mempunyai kesempatan untuk itu. Siapa tahu kali ini fakir berkesempatan berceloteh di ambang ramadhan, untuk ramadhan yang mendatang entah-entah fakir dah di alam barzakh...wallahualam.




12 Jun 2013

SYAABAN - SEGERALAH REBUT PELUANG TERBAIK!


Ini juga bulan yang hebat dan banyak fadhilat serta keberkatannya, jom kita tinjau-tinjau dan ambil tahu serba sedikit tentang kehebatan, fadhilat-fadhilat dan sejarah yang terkandung dalam bulan yang penuh kebaikan ini. Syaaban adalah bulan ke-lapan dalam  Hijrah.  Bilangan hari pada bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan. Dinamakan Syaaban, kerana pada bulan itu terpancar bercabang-cabang (berserak-serak) kebaikan yang banyak (yatasya’abu minhu khairun katsir). Menurut pendapat lain, Syaaban berasal dari kata Syi’ab, iaitu jalan di sebuah gunung atau jalan kebaikan. Dalam bulan ini terdapat banyak kejadian dan peristiwa yang patut memperoleh perhatian dari kalangan kaum muslimin.Pendapat lain pula, nama Syaaban bermaksud 'pemisahan', disebut demikian kerana orang-orang Arab bersedia dalam pengumpulan/pencarian air dan berpisah pada bulan ini untuk mencari air.

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi SAW ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi SAW ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi SAW menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Apakah Kelebihan Syaaban?

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟

ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Syaaban. Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan syaaban?" Baginda SAW menjawab: "Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu di antara bulan rejab dan bulan ramadHan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Rasulullah SAW menyebut dua kelebihan yang ada pada bulan Syaaban:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah SAW.

Adakah Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa penuh dalam bulan syaaban seperti hadis:

كان يصوم شعبان كله
"Nabi SAW berpuasa penuh didalam bulan Syaaban."
(Hr Bukhari - sahih)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa sebahagian besar pada bulan Syaaban dan tidak penuh seperti hadis:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا
" Rasulullah SAW telah berpuasa sebahagian besar dari bulan Syaaban."
(Hr Nasaie)

Sekelompok ulamak telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi SAW tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan."
(Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

Oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan Ramadhan.

Hukum berpuasa selepas 15 Syaaban

Haram berpuasa sunat selepas 15 Syaaban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
"Apabila telah berlalu 15 Syaaban tidak boleh puasa."
(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 Syaaban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 Syaaban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 Syaaban. Ini berdasarkan hadis berikut:

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه
"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum Ramadhan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan puasa selepas 15 Syaaban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) Syaaban

1. Adapun kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal ra, bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

2. Nabi saw bersabda:

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
"Sesungguhnya Allah Taala akan meninjau pada malam nisfu Syaaban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah."
(Hr Ibnu Majah - hasan)

3.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ
رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan Nabi SAW pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Taala telah turunkan ( malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Syaaban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." -Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

4.
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa Nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Syaaban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.” -Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal ra.

5.

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ
شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :“Apabila masuk malam nisfu Syaaban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Taala menurunkan malaikatNYA ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKU maka AKU akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKU maka AKU akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka AKU akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.” -Riwayat Ibnu Majah.

* * *

SEJARAH YANG TERKANDUNG DALAM BULAN SYAABAN

1.Salah satu keutamaan bulan Syaaban adalah diturunkanNYA ayat tentang anjuran membaca selawat kepada Rasulullah SAW pada bulan ini, iaitu ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab;56)

2.Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”  Kata saya (Nabi Muhammad): “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?”  Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan / pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat serta menangis di dalam sujudnya sambil membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari seksaMU dan murkaMU dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMU, sebagaimana ENGKAU memuji kepadaMU sendiri, maka segala puji bagiMU sehingga ENGKAU redha.”  (Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.)

3.Pertukaran Arah Kiblat

Selepas sampai ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah SAW dan para sahabat bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan.Pada 15 Syaaban tahun kedua Hijrah ketika Rasulullah SAW dan jemaahnya sedang bersolat Asar di dalam Masjid Quba’, berlaku peristiwa penting kepada Rasulullah SAW dan Muslimin iaitu peristiwa pertukaran arah kiblat dari mengadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. Masjid tersebut kini dikenali juga sebagai Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat).

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah SAW. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah: “Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA ke jalan yang lurus.”
Peristiwa ini berlaku pada pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah SAW yang dikabulkan oleh Allah SWT. Ini kerana Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah SAW tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Firman Allah SWT: “Kerap kali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkan muka ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.”

KESIMPULAN DAN FADHILAT

Daripada Abi Salamah; Sesungguhnya Sayyidatina Aisyhah telah memberitahu: “Nabi SAW tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan ada kalanya Baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Baginda SAW bersabda: “Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya; Maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan (beristiqomah} di dalam berbuat demikian.” (Riwayat Imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

Malam Nisfu Syaaban adalah antara malam yang dikabulkan doa

Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban."

Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. FirmanNYA: “Dan apabila hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (jawablah), bahawasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-KU dan hendaklah mereka beriman kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)

Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKU, pasti akan KU kabulkan, dan siapa yang memohon kepadaKU, pasti akan KU beri, dan siapa yang mohon ampun kepadaKU pasti akan KU ampuni.”   (Riwayat Malik, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Daripada Ibn `Abbas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang selalu memohon ampun (membanyakkan istighfar), nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, setiap kesempitan ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang tidak disangka.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.)

Sunat  menghidupkan malam 15 Syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Daripada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Sesungguhnya Allah pada malam Nisfu Syaaban memerhati (mengawasi) seluruh mahluk-NYA dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani)

Sunat  menghidupkan malam 15 Syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Daripada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Sesungguhnya Allah pada malam Nishfu Sya’ban memerhati (mengawasi) seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani)

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika malam Nisfu Sya’ban tiba, maka solatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, karena sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, ‘Adakah yang beristighfar kepada KU, lalu AKU mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu AKU memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu AKU menyelamatkannya, adakah yang begini, adakah yang begini, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar?” (Riwayat Ibnu Majah).

Istiqomah-Baginda SAW juga menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa dan sedekah. Ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit kerana  beristiqomah dalam melakukan amalan kebaikan akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa mengingati Allah







15 Februari 2013

Kelebihan Surah al Mulk


Jangan lepaskan kesempatan yang ada untuk mengamalkannya, jom sama-sama kita ambil tahu tentang kebesaran, kelebihan dan fadhilat serta taburan hadis Rasulullah SAW berkaitan surah al Mulk......

Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf a.s (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasullulah SAW bersabda:"sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"

Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda:"sesungguhnya seseorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sekalipun daripada kitab Allah kecuali 'Tabaarakal lazi'. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajah simati dan malaikat berkata pada surah itu.'Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada si mati, dan kepada saya kemudharatan atau kemanafaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manafaat kepada si mati, jadi pergilah menemui Allah SWT, dan mintalah syafaat daripadanya. Maka iapun (surah) menemui Allah SWT. Dan berkata:'Wahai Tuhanku, simati ini, dia pilih saya dalam kitabMU dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah SWT berfirman:'Aku nampak kamu marah'. Surah itu menjawab:'Sesungguhnya saya marah. Allah SWT berfirman:'Pergilah kamu sesungguhnya aku memberi si mati kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya".


Nabi SAW bersabda:"Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati."

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan 'selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri atau menampung badan sewaktu membaca saya'.

Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak berasa kesunyian.

Dari Sabda Nabi SAW  juga: inilah salah satu surah yang bisa membahaskan dan menghujahkan kepada pembacanya sewaktu di akhirat kelak, sehingga dapat membantunya masuk ke syurga ALLAH. 

Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)

Harapan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah SAW bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah r.a meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali r.a berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 


Ulama' berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

Ulama' berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 








17 Januari 2013

Adab Minum Rasulullah S.A.W




Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Saiyyidatina Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Di dalam suatu doa Rasullah SAW ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

by DRS. KHALIL IDHAM LIM
03 Muharam 1432H
Oleh : Markisa Razak




15 Januari 2013

Hebahan: Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434/2013



yang berpeluang boleh usahakan untuk pergi...insyaAllah


Tarikh : 24,25 dan 26 Januari 2013 / 12,13 dan 14 Rabi'ul Awwal 1434
Masa : 8.00 Pagi - 10.30 Malam
Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Suka Menanti,Alor Setar Kedah Darul Aman

Antara Aktiviti Menarik :

- Majlis pembukaan sambutan Maulidur Rasul dengan Solat Dhuha dan Selawat Sidi Ahmad Badawi 100 Kali (Khamis 8.00 pagi 24 Januari 2013 )
- Pengkisahan Saat Kelahiran Baginda SAW oleh Tuan Guru Hj Salleh bin Musa ( Khamis 8.00 malam 24 Januari 2013 ) serta selingan qasidah
- Tazkirah / Kuliah Oleh Ustaz Abdul Hamid Tahir dan Ust Abdul Majid (Derang)
- Kuliah Perdana oleh Tuan Guru Dato' Dr Harun bin Din 
- Festival Qasidah Kerinduan Rasulullah ( Jumaat 23 Januari - 8.00 malam )
- Program Anak-Anak berselawat
- Berzanji/Marhaban/Burdah/Bacaan Maulid Dhi'ul Lami'
- Program Muslimat Berselawat.
- Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah bersama Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Digalakkan berpakaian Putih.



PESANAN MURABBI SYEIKH ZAINUL ASRI BIN HJ MOHD ROMLI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SAW.

Dewan Ukir Mall 7/1/2013 bersamaan 24 Safar 1434 ketika Pengajian Kitab Syamail Muhammadiah SAW..

"Saya nak semua yang ada malam ni,mula esok..selawat sebanyak 12,000 kali..baki masa yang ada nie,selawat banyak-banyak..biasa saja,selawat Nabi khidir..'Sallallahu 'ala Saiyidina Muhammad'...tujuan dia,kita nak bersihkan hati..bila sampai 12 rabiulawal nie..semua hati lembut jaa,mudah teqiak(menangis)dia duduk p la dekat mana pun,hati dia hadir,hati dia sentiasa di depan sekali masa hari tu..Pada hari Khamis tu,kita akan jemput Tuan Guru Hj Salleh,untuk dia cerita waktu,detik2 kelahiran Rasulullah SAW,kita akan rasa seolah-olah Rasulullah lahir didepan kita..Subhanallah..Pada malam kemuncak kita akan jemput Syeikh Nuruddin untuk tausiyah,dan malam kemuncak tu kita akn buat festival Qasidah,besar-besaran,pada malam kemuncak lantunan mahabbah haritu,tuan2 dengaq madad madad YA Rasulullah tu baru 10%..nanti kita nak sampai 80-90% insyaALLAH..

Semoga kita semua diberi kekuatan nak selawat sebanyak-banyaknya. Aamiin.




09 Januari 2013

Ikhlaskan diri belajar menyintai Rasulullah SAW




Bagaimana mungkin kita akan menyintainya kalau tidak mengenalnya, bagaimana mungkin akan mengikuti anjuran dan ajarannya kalau tidak menyintainya. Fakir sendiri merasakan bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW masih amat kurang dan terlalu lemah kekuatannya. Namun sebagai manusia biasa, Fakir harus terus berusaha untuk mampu menyintai Rasulullah  SAW dengan sepenuh hati dan sedaya mungkin dan penuh keikhlasan. Segala sesuatunya harus dimulai dari diri sendiri. Benar, Fakir sendiri harus belajar lebih menyintai Rasulullah SAW, berusaha untuk selalu mengikuti ajaran-ajarannya, menjauhi larangannya dan memperbanyakkan selawat kepada Baginda SAW yang tercinta dan cuba belajar mengikuti sunnah Baginda SAW walaupun masih tak mampu sepenuhnya. Kerana hanya itulah yang mampu Fakir lakukan sebagai rasa cintaku kepada Rasulullah SAW.

Semakin sempurna orang yang dicintai, maka di situlah tempat tumbuhnya kecintaan. Sedangkan Rasulullah SAW adalah manusia yang paling luar biasa dan sempurna dalam akhlak, keperibadian, sifat dan dzatnya.

Di antara sifat baginda SAW adalah begitu penuh perhatian dan keprihatinan pada umatnya, begitu lembut dan kasih sayang pada mereka. Sebagaimana Allah mensifati baginda SAW dalam firmanNya,

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

”Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (QS. At Taubah: 128)

Allah menjadikan sebab-sebab untuk mendapatkan manisnya iman. Di antara sebab tersebut adalah menyintai Nabi SAW melebihi seluruh makhluk.

Telah diriwayatkan dari Imam Bukhari dan Muslim dari Anas ra :- Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ


“Tiga perkara yang membuat seseorang akan mendapatkan manisnya iman yaitu : Allah dan RasulNya lebih dicintainya dari selain keduanya, dia menyintai saudaranya, tidaklah dia menyintainya kecuali kerana Allah, dan dia benci kembali pada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan dalam api.”

Dan yang dimaksudkan dengan (حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ)  -sebagaimana disebutkan para ulama rahimahumullah- adalah merasakan kelazatan melakukan ketaatan, bersabar dan merasa nikmat dalam beragama, dan yang demikian juga berpengaruh pada perihal keduniaan.

Tidak mampu diambil faedah dari kecintaan Nabi SAW kecuali bagi siapa yang menyintai beliau. Orang yang demikianlah yang akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Renungkan hadis ini :- Diriwayatkan dari Imam Muslim, Anas bin Malik ra - berkata: “Datang seorang lelaki pada Rasulullah SAW kemudian bertanya: “Bila hari kiamat datang?” Rasulullah SAW bertanya:”Apa yang engkau persiapkan untuk hari kiamat?” Dia menjawab,”Cinta Allah dan RasulNya.” Rasulullah SAW berkata,”Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.”

Anas ra - berkata: Tidaklah kami sangat bergembira setelah nikmat Islam kecuali setelah mendengar sabda baginda SAW, ”Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.”

Anas ra berkata:”Maka sungguh aku menyintai Allah, RasulNya, Abu Bakar, dan Umar –radhiyallahu ‘anhuma-. Dan aku berharap mampu bersama mereka, walaupun amalanku tidaklah seperti mereka.”

Allahu akbar!! Renungkanlah begitu agung dan mulianya balasan bagi orang yang menyintai Nabi yang mulia SAW

Dalam Ihya Ulumuddin, Al-Ghazali menyatakan adalah sebuah kebohongan besar bila seseorang menyintai sesuatu tetapi ia tidak memiliki kecintaan kepada sesuatu yang lain yang berkaitan dengannya. Al-Ghazali menulis; "Bohonglah orang yang mengaku menyintai Allah SWT. tetapi ia tidak menyintai RasulNya; bohonglah orang yang mengaku menyintai RasulNya tetapi ia tidak menyintai kaum fuqara dan masakin; dan bohonglah orang yang mengaku menyintai syurga tetapi ia tidak mahu mentaati Allah SWT."

Selawat Allah ke atasmu Ya Rasulullah selama-lamanya siang dan malam jua, Selawat jua pada ahlimu dan para sahabatmu. Mereka yang istimewa dan amat sempurna.

Wallahu'alam..................





05 Februari 2012

Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW


Dalam kegembiraan ada sejuta kedukaan...sedarkah kita bahawa tanggal 12 Rabiul Awal bukan hanya sekadar hari kelahiran Baginda Tercinta SAW akan tetapi pada tarikh yang sama adalah hari kewafatannya. Jom kita selak2 kembali sirahnya yang insyaAllah akan membangkitkan kecintaan dan kerinduan kita pada Baginda Tercinta SAW. Apa salahnya kita mulakan selawat dalam had kemampuan kita tak kira puluhan kali, ratusan kali mahupun ribuan kali tanda ikhlasnya kecintaan kita kepada Baginda Tercinta Rasulullah SAW..... SALAM MAULIDUR RASUL! 

 Jom baca kisah ini dari sumber  tayibah.com

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:   "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a.

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." 

"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa." 

Kemudian kami bertanya:   "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?" 

Baginda menjawab:   "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila." 

Kami bertanya lagi:   "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?" 

Rasulullah menjawab:   "Salah seorang ahli bait." 

Kami bertanya:   "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"

Baginda menjawab:   "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." 

Kami bertanya:   "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"   Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda:   "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.

Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua." 

SEMAKIN TENAT

Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.   Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:   "Assalamualaikum ya Rasulullah?" 

Kemudian dia berkata lagi:   "Assolah yarhamukallah." 

Fatimah menjawab:   "Rasulullah dalam keadaan sakit." 

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.   Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah saw bersabda:   "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." 

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:   "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"   Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.   Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw. 

Baginda bertanya:   "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?" 

Siti Fatimah menjawab:   "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka." 

Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.

Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:   "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini." 

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja. 

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,

Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" 

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." 

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" 

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?" 

Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." 

Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?" 

Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda." 

Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur. 

Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut." 

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah." 

Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" 

Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang." 

Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?" 

Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia." 

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.

Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?" 

Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah." 

KETIKA SAKARATUL MAUT: 

Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?" 

Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." 

Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?" 

Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." 

Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?" 

Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." 

Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku." 

Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?" 

Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" 

Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." 

Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku." 

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw. 

Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?" 

Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga." 

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." 

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?" 

Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" 

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw. 

KESEDIHAN SAHABAT

Berkata Anas r.a.:   "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:   Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir." 

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata:   "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:   Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?" 

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:   "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."   Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.   Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.

Muaz berkata:   "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan."   Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.   Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:   "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku."   Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:   "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."   (Surah Az-Zumar: ayat 30) 

Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:   "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"   (Surah Al-lmran: ayat 144)   Maka Muaz pun menjerit lagi:   "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad." 

Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:   "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." 

Kemudian dia berkata:   "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw."   Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." 

Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut:   "Bagaimana khabar Rasulullah saw?"   Orang tersebut menjawab:   "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."   Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz:   "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah." 

Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.   Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:   "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"   Muaz menyambungnya:   "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."   Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. 

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal:   "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan."   Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:   "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."   Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata:   "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."   

Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."   Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:   "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah."   Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait." 

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:   "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."   Kemudian Fatimah berkata lagi:   "Masuklah wahai Muaz."   Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:   "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama."   Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw. 

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)

Sumber : tayibah.com