Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Memaparkan catatan dengan label silat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label silat. Papar semua catatan

21 Januari 2012

Facebook Gerak Seni Silat Kuntau Melayu


Assalamualaikum, apabila Fakir melihat statistik entri yang berjudul Seni Silat Kuntau Melayu Tingkatkan Disiplin Diri semakin meningkat pengunjung dan ratingnya, Fakir rasa sangat gembira dan berbesar hati. Di sini Fakir masukkan facebook yang telah sedia ada untuk memudahkan sesiapa yang berminat untuk belajar atau menghubungi Persatuan Gerak Seni Silat Kuntau Melayu / Tomoi Malaysia atau menghubungi kembali saudara-saudara seperguruan yang telah lama tidak dihubungi. InsyaAllah rasanya "admin" dan rakan-rakan bagi "page" tersebut akan sedia membantu anda.


Fakir mendoakan agar persatuan semakin meningkat maju dan mendoakan kejayaan persatuan di bawah kepimpinan ayahanda Zainon yang tidak pernah kenal erti jerih payah dan jemu dalam mengembangkan warisan bangsa. Tidak rugi kalau anda menyertai persatuan ini kerana teras didikannya membimbing anda ke arah menjadi insan yang taat akan perintah Allah dan dapat pula mewarisi seni warisan bangsa. Sebagai murid terus terang Fakir katakan bahawa Fakir sayang pada guru, saudara-saudara Fakir (yang dikenali mahupun yang belum dikenali) dan juga persatuan ini. Persatuan ini benar-benar membentuk rasa persaudaraan yang jitu berkat hasil bimbingan gurunya yang membimbing dan mendidik dengan penuh kasih sayang. Teringat pula kepada ayah Zainon kerana agak lama Fakir tidak menziarahi beliau (masa-masa terluang Fakir telah dirampas oleh kerja-kerja yang menimbun dan tidak pernah habis)


Silalah  Klik Di Sini bagi sesiapa yang berminat.

08 Jun 2011

Dokumentari silat dijangka dapat sambutan hangat




Program dokumentari realiti televisyen, Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru yang mengetengahkan dunia persilatan Melayu dijangka menerima sambutan daripada penonton termasuk kira-kira 2.5 juta pengamal silat di negara ini.
Rakaman dokumentari yang dijadualkan tamat pada 20 Jun itu bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 1 Ogos depan.
Penganjur kejuaraan itu, Jak Othman berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk menyiarkan program dokumentari tersebut di negara Arab menerusi 30 stesen televisyen dengan anggaran penonton 300 juta orang.
“Selain itu, kita merancang untuk menyiarkannya ke Amerika Syarikat, Jepun dan Korea selaras dengan misi untuk menyemarakkan perkembangan seni silat tanah air dan memperkenalkannya di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau ditemui ketika menjalani rakaman mengenai Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Gelanggang Pusat di Kampung Guar Nenas di sini semalam.
Kata beliau, dokumentari tersebut bertujuan menghidupkan semula tradisi Kesultanan Melayu dalam memilih hulubalang istana.
Jelasnya, program dokumentari bertemakan Pertembungan Hulubalang itu akan dikendalikan oleh seorang warga Australia dikenali sebagai Edchard dengan menyelitkan unsur-unsur lucu.
“Edchard merupakan seorang guru silat dan pemilihannya sebagai pengacara program dokumentari ini sememangnya tepat bagi menarik perhatian masyarakat negara ini dan juga penduduk luar negara,” ujarnya lagi.
Tambah Jak, dokumentari kejuaraan berkenaan juga dijangka mendapat sambutan lebih hangat berbanding rancangan popular, Mahaguru yang pernah ditayangkan pada 1994 dengan penonton hampir mencecah tiga juta orang.
Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak pada 11 Jun depan.
kredit : kosmo.com.my

02 Mei 2011

Seni Silat Kuntau Melayu Tingkatkan Disiplin Diri

logo Pertubuhan Gerak Seni Silat Kuntau Melayu / Tomoi  Malaysia

Guru Utama / Pengasas - Ayahanda Zainon Ayob
KUAH - Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri tradisional yang tidak pernah lapuk di telan zaman dan masih mempunyai pengikut tersendiri sehingga kini. 
Persatuan Silat Kuntau Sungai Mengulu, Langkawi mengadakan acara mandi minyak menandakan tamatnya latihan peringkat pertama bagi setiap ahlinya baru-baru ini.

Upacara mandi minyak ini turut dimeriahkan dengan kehadiran persatuan silat dari sekitar Kedah.

Persatuan Silat Kuntau Sungai Mengulu ditubuhkan pada Ogos 2010 dan bergerak secara rasmi sekitar empat bulan lalu. Malah, ini merupakan upacara mandi minyak pertama yang diadakan.

Sejarah silat kuntau Melayu 
Ketua Guru Persatuan Silat Kuntau Malaysia, Zainon Ayob, 64, berkata, beliau mengasaskan Persatuan Silat Kuntau Melayu sekitar 30 tahun lalu di Kampung Kubur Panjang, Kedah.

“Kini ia menjadi salah satu persatuan seni silat terkemuka dan mempunyai hingga 30,000 ahli di seluruh semenanjung Malaysia khususnya.” katanya.

Persatuan Seni Silat Kuntau mempunyai cawangan di hampir semua negeri di semenanjung Malaysia dan Kedah dan Selangor mempunyai cawangan yang paling banyak iaitu sekitar tujuh hingga lapan cawangan.

Malah, semua sembilan anak termasuk anak bongsunya, Aqasha Idris Shah, 5, mempelajari seni silat kuntau Melayu daripadanya sejak kecil.

Acara mandi minyak tamat latihan 

Menurut Zainon atau dikenali dengan panggilan ayahanda dalam kalangan anak muridnya, upacara mandi minyak itu adalah salah satu titik permulaan dan pelengkap segala ilmu yang dipelajari dalam seni mempertahankan diri silat kuntau khususnya.

“Setiap ahli yang tamat latihan pertama akan menjalani upacara mandi minyak, di mana minyak ini dibacakan doa tertentu sebagai tanda tamat latihan peringkat pertama,”

Seni mempertahankan diri silat kuntau ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat pertama memakai tali pinggang putih, kedua memakai tali pinggang kuning dan peringkat ketiga memakai tali pinggang merah sebelum tamat latihan sepenuhnya dan memakai tali pinggang hitam.

Bagaimanapun, Zainon berkata, hanya beliau seorang sahaja memiliki tali pinggang hitam dan hanya beberapa orang memiliki tali pinggang merah di dalam Persatuan Silat Kuntau Malaysia.

Ahli baru memegang tali pinggang putih dan perlu menjalani latihan yang dibahagikan kepada tujuh peringkat sebelum mendapat tali pinggang kuning dan menjalani latihan di peringkat kedua.

“Ahli yang berada di peringkat pertama perlu menjalani upacara mandi minyak sebanyak tujuh kali sebelum latihan peringkat pertama selesai.” katanya kepada Sinar Harian.

Belajar silat untuk lawan perompak 

Menceritakan kembali pengalaman mempelajari seni silat kuntau, Zainon berkata, beliau mula belajar seni mempertahankan diri ini ketika berumur 20 tahun dari seorang pengembara dari Pattani.

Tok guru kepada Zainon yang dikenali sebagai Tok Ayah Ismail adalah pengembara dari Pattani yang menuntut ilmu agama di sebuah pondok agama di Kepulauan Jawa.

Tok Ayah Ismail melalui Tanah Melayu untuk pulang ke Pattani sebelum bertemu dengan Zainon di Kampung Tobir, Kedah dan mempelajari seni silat kuntau selama dua tahun dengannya.

Zainon berkata, Tok Ayah Ismail menceritakan kepadanya sebab utama beliau mempelajari seni silat kuntau ialah kerana ingin melawan perompak semasa belajar di Kepulauan Jawa.

Silat jadi teras disiplin diri 

 Zainon berkata, silat kuntau tidak mempunyai pantang larang tertentu, kerana perkara yang wajib diikuti oleh semua ahli ialah menuruti perintah agama dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. 

Setiap ahli wanita juga diwajibkan memakai tudung dan setiap ahli lelaki dilarang memakai sebarang aksesori termasuk rantai leher dan rantai tangan yang menyalahi hukum syarak, kerana perbuatan menyerupai wanita adalah haram di sisi agama Islam.

Zainon menetapkan setiap ahli perlu mendisiplinkan diri dan seni silat salah satu cara yang berkesan.



celoteh fakir: Ayahanda Zainon adalah seorang guru yang sangat-sangat Fakir hormati. Sehingga kini Fakir masih menerima tunjuk ajar dan nasihat dari beliau. Sesungguhnya beliau seorang guru yang benar-benar berwibawa. Bagi fakir beliau seorang yang benar-benar memahami setiap hati dan permasalahan murid-muridnya. Memang benar setiap nasihat dan pandangan beliau amat menekankan akan perintah agama dan mahukan setiap muridnya utamakan kewajiban beragama dalam kehidupan seharian.


hanya sumber artikel  dari: Sinar Harian


Facebook Seni Silat Kuntau



13 Mac 2011

Pencak Silat Panglipur

Logo Panglipur


Hari ini Fakir nak berceloteh dan menyentuh tentang salah satu pertubuhan silat yang amat terkenal di Indonesia malah diperingkat antarabangsa iaitu Pencak Silat Panglipur. Mungkin ada ramai dikalangan rakyat Malaysia yang kurang tahu tentang pertubuhan silat yang besar dan bergerak aktif ini.

Walaupun Malaysia juga merupakan negara pendiri silat dan sejak dari kecil juga Fakir sudah mengenali nama-nama pertubuhan besar yang merupakan tonggak di negara ini seperti Seni Gayong, Gayong Fatani, Seni Silat Cekak, Kalimah, Lincah, Kuntau Melayu, Bunga dan sebagainya, rasanya terlebih molek seandainya kita orang nusantara mengenali malah kalau sempat dan berkemampuan boleh mempelajari seni beladiri warisan bangsa yang berbagai yang mempunyai keunikan tersendiri yang berada dalam rumpun kita.

Selama 2 bulan  Fakir menumpukan perhatian dan membuat kaji selidik ringkas di internet akan perkembangan pertubuhan silat tersebut. Walaupun Fakir bukan seorang pesilat handalan malah jauh sekali bergelar pendekar - hanya sekadar memenuhi syarat sebagai anak Melayu dengan mempelajari asas persilatan di usia muda namun semangat cintakan ilmu warisan bangsa itu tidak pernah terpadam dari diri yang fakir segala-galanya ini.


Tumpuan Fakir terarah kepada Pencak Silat Panglipur yang telah diadunkan begitu rupa dari pelbagai aliran seperti Cimande, Cikalong, Sabandar, Kari dan Madi juga Sera oleh pengasasnya almarhum Abah Aleh lebih dari 100 tahun dulu. Ternyata Abah Aleh berjaya mencipta suatu kombinasi yang cukup jitu sehingga setiap gerak langkah para pesilat Panglipur nampak begitu jitu, kemas, padu dan cantik.

Ibu Enny
Tidak hairanlah seandainya silat Panglipur menjadi sebuah pertubuhan silat yang terkenal. Dengan kesungguhan pengasasnya; Abah Aleh dan dimahsyurkan pula dibawah pimpinan puteri beliau Ibu Hjh Rd. Enny Rukmini Sakarningrat dan diharum segarkan oleh nama pesilat hebat yang tidak asing lagi bagi para peminat dunia persilatan iaitu Cecep Arief Rahman menjadikan Panglipur senantiasa berdaya saing dan terus bergerak maju ke hadapan.

Fakir berusaha dan berjaya menghubungi Cecep Arief Rahman dan beliau telah sudi menerima Fakir sebagai rakan facebook beliau. Menurut sumber yang diperolehi dari Kang Cecep dan juga dari klip video yang disiarkan di youtube ternyata ada dikalangan rakyat Malaysia yang mempunyai inisiatif bergerak ke tanah Garut, Indonesia untuk mendalami ilmu persilatan Panglipur. Tinggal kini  untuk mendapatkan alamat saudara tersebut untuk Fakir hubungi.

aksi 2 golok oleh Kang Cecep


Jika berpeluang menonton klip video tentang setiap tag yang berkaitan silat Panglipur, pasti kita tidak akan terlepas dari menyaksikan aksi-aksi menarik dari Cecep A. Rahman. Yang paling mengujakan ialah aksi permainan 2 golok yang begitu indah dipamirkan  sendiri oleh beliau.

Kalau tidak salah dalam pengetahuan Fakir, Kang Cecep juga banyak mengadakan seminar-seminar diperingkat antarabangsa. Dengan itu strategi promosi dalam memertabatkan Panglipur tepat pada tempatnya, selain dari promosi yang disiarkan oleh anggota-anggota Panglipur di lelaman youtube turut banyak menyumbangkan kemahsyuran silat tersebut..

Usaha dan jerih payah yang tidak mengenal lelah itu harus dipuji, disokong dan disanjungi kerana tidak semua yang berkehendak dan sanggup berkorban masa untuk melakukannya; bak kata pepatah "hanya jauhari yang mengenal maknikam".

Fakir begitu berminat dengan silat Panglipur hinggakan banyak artikel-artikel dan klip video yang telah dimuatturun ke dalam laptop Fakir. Malah Fakir turut menyunting sebuah artikel berkenaan biodata Ibu Hjh Rd Enny Rukmini (pemimpin / gurubesar Panglipur) dalam blog ini yang Fakir jodolkan sebagai Pendekar Wanita Empat Zaman.

Pun begitu untuk Fakir berusaha pula kearah mempelajarinya tidak mungkin terjadi kerana faktor usia, kesihatan dan ekonomi yang tidak mengizinkan. Namun Fakir mempunyai harapan besar seandainya aliran tersebut dapat dikembangkan di bumi Malaysia ini agar suatu hari nanti anak-anak Fakir atau generasi seterusnya berpeluang mempelajarinya walaupun kesempatan untuk Fakir tidak mungkin terwujud. Beruntunglah ahli-ahli Panglipur yang mendapat didikan dari seorang pejuang dan pendekar wanita yang mempunyai pengalaman besar yang telah melalui seribu pahit manis dalam perjuangan menentang penjajah seperti Ibu Enny.

Kenyataan Ibu Enny tentang Panglipur; bahawa aliran tersebut tidak mengamalkan "ilmu dalam" atau ilmu kebatinan amat Fakir gemari. Malah Ibu Enny lebih gemar bertarikat. Dari situ kita boleh fahami bahawa Panglipur tidak pernah menjerumuskan para anggotanya ke arah khurafat malah amat sesuai buat umat Islam mempelajarinya kerana selain mempelajari kaedah bela diri dan baik untuk kesihatan ianya juga turut menyarankan ahli-ahlinya untuk ke arah pemurnian hati melalui bertarikat.

Sekalung tahniah buat para pemimpin , gurulatih-gurulatih, pesilat-pesilat senior dan ahli-ahli Panglipur yang telah berjaya memertabatkan aliran tersebut ke mata dunia. Sesungguhnya nusantara ini memiliki pelbagai khazanah yang tinggi nilainya dan Panglipur adalah salah satu darinya....

Al Fatihah buat almarhum Abah Aleh.


14 Februari 2011

Pendekar Wanita Empat Zaman


Ibu Rd Hj Enny Rukmini Sekarningrat

Nama Rd. Enny Rukmini Sekarningrat (96tahun) cukup terkenal dikalangan masyarakat luas terutama bagi mereka yang mencintai seni beladiri pencak silat. Bahkan namanya pun telah tercatat di PB IPSI sebagai Dewan Pakar Pencak Silat Nasional, sehingga tidaklah menghairankan apabila namanya sudah terkenal sampai ke peringkat antarabangsa. Beliau merupakan Guru Utama bagi pencak silat Panglipur dan juga seorang yang peramah, baik, sopan, dan rendah hati.

Menjadi seorang guru dan pemimpin pencak silat dapat dikatakan cukup berat, di samping harus menguasai jurus-jurus dan teknik-teknik seni beladiri pencak silat yang mantap, tubuh yang lasak, serta mental yang kuat tentunya dan juga harus lengkap dalam memahami falsafah seni beladiri pencak silat secara mendalam, seperti yang pernah dialami Rd. Enny Rukmini Sekarningrat, pakar pencak silat dan pejuang wanita empat zaman, puteri Abah Aleh (1856-1980)- pendiri Panglipur. Abah Aleh adalah seorang maestro seni beladiri pencak silat yang mampu menggabungkan aliran-aliran pencak silat menjadi jurus Panglipur yang indah, mantap, efektif, dan praktik untuk membela diri.

Panggilannya pendek saja, boleh dipanggil Ibu atau Ibu Enny, tapi umumnya para pesilat di lingkungan Himpunan Pencak Silat Panglipur memanggilnya "mamih". Sebutan terakhir ini merupakan kebiasaan pesilat Panglipur yang sudah dekat dengannya. Pernah ada yang menanyakan kepada beliau, "apakah betul Ibu ada keturunan Belanda?" Beliau menafikannya: "Saya jawab, tidak, dan memang sebenarnya saya bukan keturunan orang Belanda, tuturnya. Bahkan pertanyaannya tidak cukup sampai di situ saja, kadang-kadang mereka suka meneruskan dengan pertanyaan lain, Ah masa, buktinya raut muka Ibu mirip Indo? Mendengar pertanyaan seperti itu saya hanya tersenyum, mungkin karena saya cukup lama bersama-sama dengan orang Belanda, ketika masih sekolah di Zending School. Tidak heran apabila saya terpengaruh oleh kebiasaan orang Belanda, dan kebetulan kulit saya putih, sehingga orang menyangka bahwa saya mirip orang bule. Padahal saya tidak ada keturunan Indo, ayah saya Abah Aleh keturunan Banten dan Ibu saya Ma Uki asli orang Garut."

Masa Perjuangan

Sejak kecil Ibu Enny sudah menyenangi kesenian daerah dan bahkan pernah belajar tari sunda, termasuk belajar pencak silat hanya tidak sungguh-sungguh dan tidak mendalaminya, cukup asal boleh saja. Setelah meningkat usia remaja malah senang belajar menari iaitu sejenis tarian yang gemar diperagakan oleh remaja-remaja dari Barat (orang asing). Walaupun demikian, ayahnya tidak melarang mempelajari tarian, apalagi sampai mempunyai murid mahasiswa, kerana kebetulan waktu itu banyak mahasiswa-mahasiswa yang menyewa di rumah, sehingga kesenangan pada tarian semakin kuat.

Puteri pasangan Abah Aleh (pendiri Panglipur) dan Ma Uki, yang dilahirkan di Gg. Durman Bandung pada 17 Ogos 1915 ini, dalam usia 12 tahun sudah berumahtangga. Mungkin Abah Aleh merasa khuatir mengenangkan situasi waktu itu kurang aman. Pertama beliau berkahwin dengan seorang pemuda bernama Nandung, mempunyai satu anak bernama Etty Sumartini dan mempunyai 12 cucu  dan tinggal di Jakarta. Abah Aleh mengharapkan puterinya itu menjadi seorang isteri yang berpengetahuan, sehingga Abah Aleh mengizinkannya untuk melanjutkan pelajaran. Setelah tamat dari Zending School diteruskan ke Darul Mualim 6 tahun, sekitar tahun 1946 keluar dari Darul Mualim sempat menjadi Guru Agama di bawah pimpinan Ajengan Toha dan Rachmat Sulaeman, mengajar di Madrasah Al Balah dan di Madrasatul Choeriah di Gg Affandi Braga Bandung. Tidak lama setelah itu suami tercinta meninggal dunia. Lalu berkahwin pula dengan Lurah Cimahi, tidak lama meninggal dunia juga. Kemudian berkahwin buat kali ketiga dengan seorang pejuang kemerdekaan bernama Bunjali, kebetulan beliau seorang tokoh silat sehingga Abah Aleh sangat senang kepadanya, mungkin kerana nasib, tidak lama setelah itu Bunjali ditangkap oleh Belanda ketika sedang pengajian (mengajar membaca Al Qur’an). Ibu Enny sempat mencari suami mudah-mudahan dapat bertemu lagi, lalu ikut menggabungkan diri sebagai wanita pejuang dengan pasukan pangeran papak di Wanaraja Garut, di bawah pimpinan Mayor Kosasih. Nama Sekarningrat juga diberi oleh Laskar Pangeran Papak. 

Berkat kesabaran dan ketabahan hati, akhirnya ia bertemu juga dengan suami tercinta, sehingga waktu itu dapat bersama-sama berjuang mempertahankan kemerdekaan. Tidak lama setelah itu masing-masing mendapat tugas, ia ditugaskan ke Ciniru dan suaminya ditugaskan ke Cipakem Kuningan Ternyata setelah kembali dari tugas, “suami saya meninggal dunia saat berjuang. Hati saya begitu sedih, mungkin sudah nasib dan saya menyadari bahwa ini merupakan takdir Allah SWT”, tuturnya.

Pada tahun 1947, ibu Enny bergabung dengan pasukan yang dipimpin oleh Letkol Abimanyu dan Mayor U. Rukman sampai hijrah ke Yogya dan di sana bertemu dengan seorang perwira TNI bernama Tabrani, ketika itu ia masih berpangkat kapten, lalu kembali ke Jawa Barat dan berhenti sebagai pejuang, dan akhirnya kembali ke masyarakat. Tahun 1950, pengembaraan di hutan belantara berakhir dengan turunnya para pengungsi ke kota Bandung, yang sebelumnya berjuang memakai senjata, namun sekarang perjuangan itu dilakukan dalam bentuk lain. “Kemudian saya menikah dengan Kapten Tabrani dan mempunyai anak lelaki bernama Djadja Widjayakusumah. Waktu itu pimpinan Panglipur oleh Abah Aleh dipercayakan kepada abang ibu Enny, Letnan AURI Udi. Lalu untuk mengenang masa perjuangan, ia mencuba membuat drama pencak silat yang menceritakan perjuangannya dengan suami dari mulai awal pertemuan sampai selesai. Penulisan naskah, skenario, dan sutradara diatur oleh ibu Enny. Waktu sedang latihan, saya berusaha untuk tegar dan kuat tetapi ternyata dalam pelaksanaannya saya tidak kuasa menahan rasa sedih dan merasa tidak kuat sampai saya jatuh pingsan”, tuturnya.

Sekitar tahun lima puluhan, Letnan AURI Udi yang diamanahkan oleh Abah Aleh untuk mengurus perguruan pencak silat Panglipur, meninggal dunia. Kemudian Abah Aleh memanggilnya dan berkata, “Eneng, sabada Kang Udi pupus, taya deui nu katoong ku Abah pikeun neruskeun jadi sesepuh paguron teh iwal ti Eneng, saurna lemah lembut. (Neng, setelah Kak Udi meninggal dunia, tidak ada lagi yang terlihat oleh Abah yang mampu meneruskan menjadi pemimpin perguruan pencak silat panglipur, hanya Enny, katanya serius)”. “Ketika mendengar ucapan seperti itu, hati saya merasa kaget bercampur bingung”, tuturnya, “kerana saya merasa belum mendalami sungguh-sungguh tentang masalah pencak silat, dan putra-putri Abah Aleh itu ada empat orang termasuk saya, Kak Udi, Kak Eyon, dan Kak Dati. Saya tidak mengerti mengapa Abah Aleh memilih saya untuk menggantikannya. Setelah berfikir panjang timbul perasaan dalam hati saya, mungkin Abah Aleh merasa yakin bahwa saya mempunyai kemampuan untuk menjalankannya, sehingga saya tidak bisa menolaknya”, tuturnya tegas. Ternyata ibu berparas cantik ini dulunya tergolong anak yang taat dan patuh kepada orang tua, rasa hormat kepada kedua orang tua sudah tertanam sejak ia masih kecil, jangankan menolak keinginan orang tua, dimarahi dengan tidak merasa bersalahpun beliau tidak berani membantahnya apalagi sampai melawan pada orang tua. Akhirnya tawaran itu dia terima dengan lapang dada.

Memimpin Pencak Silat Panglipur

Pada tahun 1950, Abah Aleh secara rasmi menyerahkan tampuk pimpinan Panglipur kepada Ibu Enny, sebagai pewaris yang diangggap mampu memimpin Panglipur, demi perkembangan dan kemajuan Panglipur di masa yang akan datang. Walaupun anggapannya masih mentah dalam masalah persilatan, namun Ibu Enny berusaha sekuat tenaga untuk memimpin panglipur bersama-sama dengan para tokoh Panglipur yang lain.

“Ketika memperhatikan Abah Aleh sedang melatih pencak silat, saya suka bertanya, kenapa jurus-jurus Panglipur suka diberi nombor, dan semuanya tidak dibeza-bezakan, alangkah baiknya setiap tingkatan dibeza-bezakan”, katanya memberi pertanyaan pada Abah Aleh.

“Untuk ciri khas Panglipur, supaya ada keseragaman, katanya sambil tersenyum. Buktinya terasa oleh saya, ketika melatih 1600 pesilat untuk menyambut Konperensi Asia Afrika tahun 1955. Dengan gerakan yang sudah diseragamkan sehingga tidak sulit untuk melatihnya”, tuturnya. Ibu Enny merasa kagum kepada Abah Aleh yang mampu menyeragamkan gerakan yang begitu rumit dan bermacam-macam.

Ada yang bertanya, Apakah silat dari Abah Aleh diiringi dengan ilmu tenaga dalam? “Saya menjawab tidak, karena memang saya tidak belajar ilmu tenaga dalam, paling juga saya suka tarikat. Saya pernah mengalami dikurung di dalam kamar oleh Abah Aleh selama tiga hari tiga malam, selama di dalam kamar itu hanya disediakan sepiring kentang rebus dan segelas air putih. Oleh kerana itu, tidak hairan apabila saya makan hanya dua hari sekali atau tiga hari sekali” ujarnya lagi.

“Pernah ada kejadian aneh waktu saya berumur 40 tahun tiba-tiba gigi saya merasa ngilu dan seolah-olah terasa menjadi panjang, kemudian diperiksa ke dokter katanya tidak ada penyakit. Malam Jumaat ternyata gigi saya rontok semua sehingga sampai sekarang gigi saya menjadi ompong. Saya tidak mempunyai fikiran yang bukan-bukan, atau mempunyai sangkaan negatif terhadap orang lain, mungkin gigi saya rontok itu disebabkan oleh penyakit”, katanya.

Sejak berdirinya PPSI di Jawa Barat pada tahun 1957, di bawah pimpinan Pangdam Siliwangi, Jendral Kosasih, Ibu Enny berusaha sekuat tenaga mengembangkan seni beladiri pencak silat. Namun dalam pelaksanaannya tidak semudah apa yang kita bayangkan, sebab waktu itu bantuan dari pemerintah maupun dari masyarakat belum mampu diandalkan. Apalagi yang namanya pencak silat, setiap orang banyak yang ingin memiliki kepandaian ini, tapi sedikit sekali yang mahu mengeluarkan wang atau dana untuk itu. Walaupun demikian, Rd. Enny Rukmini Sekarningrat dan kawan-kawan seperguruan seperti Rd. H. Adang Mohammad Moesa (alm), Harun (alm), Tarmedi (alm), Kol. H. MSTA. Jhonny (alm), M. Umbit (alm), Bakri, Udi, dan yang lainnya berjuang untuk melestarikan seni beladiri pencak silat, khususnya Panglipur sebagai warisan Abah Aleh yang sebelumnya telah berjuang tanpa kenal erti jemu dan lelah. Dan terbukti Panglipur telah diakui oleh pemerintah sebagai organisasi yang terdaftar sebagai anggota PPSI maupun IPSI.

Di kota Bandung saja waktu itu sudah ada lima cabang panglipur, antara lain cabang Bandung Barat diketuai oleh H. Basuni (alm), Pagarsih diketuai oleh Abah Bakri (alm), Ciwidey diketuai oleh Lurah Prawira (alm), Babakan Jati diketuai oleh H. Basuki (alm), Lembang diketuai oleh Aki Tarmedi (alm), dan Buah Batu diketuai oleh Bah Soma (alm), Kopo diketuai oleh Bah Omi, Oyi, dan Bah Udi, serta banyak lagi tokoh-tokoh yang lainnya. Cabang-cabang Panglipur di luar Bandung, antara lain Majalengka, Talaga, Kuningan, Garut, Cianjur. Semua cabang-cabang tersebut harus berada dalam pengawasan Panglipur Pusat yang dipimpin olehnya. Sampai detik ini Panglipur terus berkembang dengan pesat, baik di dalam maupun di luar negeri.

Aktiviti
Di samping sebagai seorang pimpinan Panglipur, ternyata Rd. Enny Rukmini Sekarningrat, temasuk juga sebagai seorang guru silat atau pelatih yang aktif, ia pernah melatih anggota tentara Rindam VI Siliwangi, Kompi Protokol Pimpinan Kapten. H. MSTA. Jhonny (alm, terakhir berpangkat Kolonel), melatih anggota tentara BDI II Siliwangi Pangalengan pimpinan Letkol. Suryamin, melatih pemuda-pemuda putus sekolah, pernah melatih di SMP, SMA, SPG dan Mahasiswa, serta siswa-siswa Dodiklat Polri dan anak-anak CPM di Cimahi, melatih orang-orang asing yang sengaja datang untuk berguru di Panglipur. Bahkan pernah mendirikan organisasi tukang becak yang diberi nama Himpunan Pengendara Becak Indonesia (HPBI), kemudian tukang Becak tersebut dikursuskan pula dengan setir mobil sampai mereka, menjadi pemandu Bemo di Cicendo Bandung.

Dicelah-celah latihan beliau sering diberi nasihat oleh Abah Aleh, berupa amanat yang diberikan kepadanya antara lain, “Eneng, boh dina hirup, boh dina penca, teangan pikaresepeun batur, ulah neangan pikangewaeun batur, saurna. (Neng, dalam kehidupan sehari-hari, maupun dalam penca, harus selalu mencari yang membuat orang senang (menyenangkan orang lain) bukan sebaliknya mencari sesuatu yang membuat orang tidak suka atau tidak disukai oleh orang lain, katanya)”. Sesuai dengan falsafah Panglipur yang merupakan singkatan dari:
1. Pek Aranjeun Neangan Guru Luhung Ilmuna, Poma Ulah Ria (Takabur).
Ertinya dalam bahasa Indonesia : Silakan kalian mencari guru yang tinggi ilmunya, tetapi jangan sombong (takabur).
2. Pek Aranjeun Neangan Guru Luhung Ilmuna Pikeun Udageun Rasa.
Ertinya dalam bahasa Indonesia : Silakan kalian mencari guru yang tinggi ilmunya untuk kejaran rasa.

Memimpin Tim Galih Pakuan Jawa Barat

Ada pengalaman yang menarik selama ibu Enny memimpin Panglipur, ketika membawa rombongan Panglipur ke Singapura pada tahun 1980, dengan H. Suhari Sapari (Ketua IPSI/PPSI) Jawa Barat. Ketika mengadakan pementasan di Singapura, setelah sampai di lokasi baru teringat bahwa alat yang akan dipakai untuk peragaan tertinggal di penginapan, padahal waktu untuk pementasan tinggal beberapa minit saja lagi. “Saat itu tiba-tiba saya teringat pada sobrah (sejenis rambut wanita yang panjang, digunakan untuk sanggul) yang dapat mengganti alat yang tertinggal tadi. Ternyata pementasan tersebut mampu memukau penonton dan mereka merasa puas, orang menyangka bahwa sobrah itu merupakan kreasi baru”, katanya sambil tersenyum. Selanjutnya ia mengingatkan, “Oleh kerana itu, peralatan atau senjata yang dipakai untuk pencak silat itu bukan hanya Golok, Gobang (Pedang), Trisula, Toya, Alu (halu), Tongkat, Limbuhan (sejenis senjata pendek) yang bolh diguna dalam peragaan, sobrah pun boleh dipakai untuk demo. Jadi harus kreatif apabila kebetulan alat-alat tersebut ketinggalan atau hilang. Bahkan tali rafiapun mampu dipakai sebagai alat membela diri”, tuturnya lagi.

Selanjutnya beliau menyentuh tentang masalah pakaian pencak silat, yang tidak lepas dari perhatiannya. “Pesilat umumnya mempergunakan pakaian warna hitam, tetapi untuk keperluan pentas tidak selalu harus hitam, warna lain pun boleh dipakai, disesuaikan dengan ibing yang akan ditampilkan, supaya anak-anak kelihatan cantik, indah, dan tidak memalukan. Pakaian ini saya pakai ketika Panglipur ditunjuk sebagai anggota Galih Pakuan Jawa Barat oleh Gubernur H. Aang Kunaefi (alm) dari tahun 1978 sampai tahun 1985, antara lain ketika menyambut Konperensi Asia Afrika (1985), Parasamya Purna Karya Nugraha, dan sebagainya. Selama menjadi Tim Protokoler Jawa Barat (Galih Pakuan Jawa Barat), Panglipur telah puluhan kali mentas di Istana Bogor, bersama-sama dengan kesenian lain seperti Tari, Dogdog Lojor, Sisingaan, Buncis, Jaipongan, dan lain-lain di bawah pimpinan Enoh Atmadibrata, Nugraha, Indrawati Lukman, Yeti Mamat, Irawati Durban, Gugum Gumbira, Tati Saleh, dan seniman sunda yang lainnya”, tutur tokoh yang pandai merias pengantin ini, “Bahkan saya pernah mencoba menampilkan ibing pencak silat dengan pakaian kebaya ternyata berhasil dan dapat diterima oleh masyarakat pencak silat sebagai pementasan yang baik dan indah, tanpa mengurangi nilai-nilai dan kaedah seni beladiri pencak silat yang sebenarnya. Maksudnya iaitu dalam keadaan apapun, seorang pesilat tidak harus selalu memakai seragam silat, khususnya bagi seorang perempuan memakai pakaian kebayapun bisa membela diri dan menampilkan gerakan silat dengan baik”, ungkapnya lagi.

Ibu yang satu ini ternyata tergolong tegas dalam menerapkan disiplin di Panglipur, misalnya antara murid lelaki dan murid perempuan di perguruan harus seperti abang dan adik, saling melindungi, saling menyayangi, dan saling membantu apabila masing-masing mempunyai kesulitan.” Saya tidak memberikan izin ada hubungan lebih dari saudara seperguruan, apalagi sampai terjadi hal-hal yang tidak diinginkan. Saya memperbolehkan murid perempuan berkahwin dengan dengan murid lelaki seperguruan asal benar-benar mampu membangunkan rumahtangga dengan baik dan benar-benar sesuai dengan ajaran Agama Islam. Alhamdulillah, peraturan ini sampai sekarang belum ada yang melanggarnya, apalagi sampai menimbulkan retaknya hubungan kekeluargaan di Panglipur”, tuturnya serius.

Tahun 1997, Rd. Enny Rukmini Sekarningrat dan Rd. H. Adang Mohammad Moesa diarah oleh PB IPSI berangkat ke Malaysia sebagai tokoh dan pakar pencak silat Jawa Barat, selanjutnya berangkat lagi dengan E. Kusnadi ke Trengganu, Malaysia sebagai peninjau pada Kejuaraan Pencak Silat Nusantara.

Sebagai tokoh dan pakar pencak silat, sikap pergaulannya yang baik ternyata mampu membawa Panglipur menembusi pergaulan pencak silat secara antarabangsa sehingga dikenali di kalangan pakar-pakar pencak silat mancanegara. Selain itu, ia telah berhasil membawa Panglipur sebagai perguruan pencak silat yang mampu mempertahankan keasliannya.

Selama lebih 100 tahun (1909-hingga sekarang) Panglipur telah dipelajari oleh pecinta pencak silat dari dalam mahupun luar negera, seperti Asia, Eropah, dan Amerika. Dari waktu ke waktu Panglipur tetap berprestasi dan berdedikasi, Panglipur tidak pernah ketinggalan dalam mengikuti kejuaraan-kejuaraan yang rasmi yang diselenggarakan oleh Pengda IPSI maupun PB IPSI, baik di peringkat kebangsaan maupun antarabangsa/dunia.

“Alhamdulillah selama saya memimpin perguruan pencak silat Panglipur, rasanya murid-murid Panglipur belum pernah ada yang mengecewakan, bahkan cabang-cabang Panglipur terus bertambah dan berkembang sampai ke mancanegara, antara lain Belanda, Amerika, Austria, dan lain sebagainya”, tuturnya kepuasan.

Disunting dari sumber asal :
 http://duel.melsa.net.id/04ennyrs.html


25 September 2010

UTHM TO PRODUCE 30 PERCENT OF COUNTRY'S SILAT EXPONENTS BY 2015

KUALA LUMPUR, Sept 24 (Bernama) -- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hope to become the centre of excellence for Pencak Silat by producing 30 percent of the country''s national exponents by 2015.
UTHM vice chancellor Prof. Dr Amir Hashim Mohd Kassim said UTHM''s recognition as a centre of excellence for silat early this year, has given the impetus for the university to excel in the sport of pencak silat.
"We are confident of producing 30 percent of the national silat exponents from our student-force, especially after having signed a memorandum of understanding (MoU) with the National Silat Federation (Pesaka), aimed at developing the sport," he told reporters after launching the Deputy Prime Minister-International Silat Championship.
Dr Amir Hashim said about 500 silat exponents from 28 Higher Learning Institutions (IPTs) in the country and a number of foreign teams were invited to participate in the championship that would be held at IO1 Mall Kulai, Johor, starting next Wednesday.
Among teams that have already confirmed their participation were from Indonesia, Singapore and Vietnam.
The championships will be divided into two categories, namely IPT which offers 21 events (gold medals) and 24 Under-17 events (medals).
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is the patron of the championship.
-- BERNAMA
AEO ZAS AR JRL
malaysia.news.yahoo.com

11 Julai 2010

Jejak Pendekar - Riwayat Hidup Pengasas Silat Seni Gayong


Dato' Meor Abdul Rahman Bin Uda Hashim

 
Bergambar bersama Dato' Onn Jaafar
Silat Seni Gayong merupakan sebuah pertubuhan silat yang amat sinonim dengan orang Melayu. Setelah hampir sedekad Silat Seni Gayong telah ‘bermesra’ dengan orang Melayu. Aliran Seni gayong merupakan aliran tradisional seni beladiri Melayu yang telah mencapai kegemilangan di hampir sebahagian dunia Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Bermula dengan hasil usaha pengasasnya yang sememangnya tersohor dari dulu hingga kini; iaitu Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman Bin Uda Hashim yang telah berjasa besar dalam mengembangkan seni warisan Melayu yang hebat ini. Walaupun Fakir bukanlah seorang pesilat yang professional (Cuma belajar masa zaman kanak-kanak dan remaja sahaja) namun sejak kecil Fakir sudah mengenali nama hebat pendekar ini, banyak cerita-cerita hebat pendekar yang bernama Dato’ Mahaguru Meor Abdul Rahman ini. Hingga menjadi impian untuk bertemu dengan beliau, hingga kini impian itu tinggal impian.
Untuk kali ini, izinkan Fakir memuatkan artikel berkenaan riwayat hidup Mahaguru hebat ini sebagai penghargaan dan sanjungan fakir terhadap beliau. Fakir menyemak banyak blog dan lelaman yang memuatkan kisah hidup Dato’ Meor Abdul Rahman tetapi Fakir lebih tertarik kepada lelaman onnjadi.tripod.com. Fakir telah sunting artikel tersebut kerana ianya terlalu panjang untuk dimuatkan dalam ruangan yang tidak seberapa dalam blog Fakir ini. Jadi kepada sesiapa sahaja pengunjung yang ingin mengetahui lebih terperinci tentang riwayat hidup Dato’ Meor maka eloklah berkunjung ke lelaman onnjadi yang Fakir pautkan di bawah artikel ini nanti.

Salasilah keturunan dan kehidupan masa kecil. 
 Darah yang mengalir di dalam tubuh Meor Abdul Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi daripada Daeng Kuning, seorang pendekar terbilang pada penghujung abad ke-18. Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja Bugis berasal dari Makasar, Sulawesi, yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau Melayu yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Ketujuh-tujuh beradik ini, Daeng Jalak, Daeng Celak, Daeng Merawak, Daeng Mempawah, Daeng Telani, Daeng Pelangi dan Daeng Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru. Mereka telah menjelajah ke serata kepulauan Melayu bagi mencari kawasan penempatan yang sesuai menurut firasat masing-masing.
Dalam tahun 1813, anak-anak Raja Bugis ini telah mendarat di Kuala Larut. Tempat persinggahan mereka dikenali sebagai Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning). Hanya Daeng Kuning yang terus menetap di Relur Tujuh dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daeng Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Saudara-saudara Daeng Kuning yang lain telah meneruskan pelayaran dan berpecah ke seluruh Tanah Melayu, mengikut firasat masing-masing. Daeng Kuning terkenal dengan kemahirannya bermain senjata sundang lipas. Kedatangan orang-orang Bugis ke Tanah Melayu ini telah memperkuatkan struktur kesultanan Melayu. Melalui bantuan kuasa Bugis, ketuanan raja-raja Melayu telah dapat dinobatkan kembali.

Hasil perkongsian hidup Daeng Kuning dengan seorang puteri Raja Pattani, beliau telah dikurniakan seorang putera yang kemudiannya dikenali dengan panggilan Penghulu Che’ Ngah Tambah(Daeng Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak). Penghulu Che Ngah Tambah ialah orang yang membuka daerah Matang dan telah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang Orang Besar Lapan. Penghulu Che’ Ngah Tambah pula telah mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Uda Mohd. Hashim. Uda Mohd.Hashim(seorang arkitek) kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas dan dikurniakan dua orang putera. Salah seorang puteranya, Meor Abdul Rahman dilahirkan pada 21 Ogos 1915 di Kampung Lake Garden,Taiping. Syed Zainal Al-Attas ialah seorang hulubalang di Pahang yang terkenal dengan semangat penentangan penjajah serta ilmu persilatan yang tinggi. Beliau adalah sahabat karib pahlawan Mat Kilau dan Dato’ Bahaman, dan pernah menjadi penghulu di Pekan, Pahang(di bawah pentadbiran Tok Gajah).

Sewaktu bonda beliau melahirkannya, ada benda yang seakan-akan cacing tetapi panjang(ular?)keluar mengiringi kelahirannya. Ayahanda beliau mengambil cacing tadi lalu menyimpannya di dalam tempurung kelapa. Kelahiran Meor Abdul Rahman disambut dengan hujan yang turun mencurah-curah. Pada malamnya, bonda beliau telah bermimpi diberitahu oleh suara ghaib supaya melepaskan cacing(ular?) tersebut ke laut melalui Teluk Kertang dekat Matang. Seminggu kemudian bonda beliau bermimpi lagi, kali ini suara ghaib menasihati bonda Meor Abdul Rahman agar jangan risaukan tentang perihal cacing tersebut. Cacing itu adalah kembar anakanda Meor Abdul Rahman. Ia sebenarnya adalah naga "di lautan sana bercula tujuh, di lautan sini bercula se(satu)".

"Kamu janganlah susahkan aku. Aku cuma mengiringkan kamu semasa melahirkan anak. Aku kembar dengan anak kamu. Akulah naga bercula tujuh. Di lautan sini aku bercula sa (satu). Aku kembaran dia..."

Mengikut kata bondanya juga, itu adalah tanda yang Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar besar pada suatu masa kelak.

Walaupun beliau dilahirkan di tengah-tengah keluarga berdarah pendekar, ini tidak bermakna beliau sudah mempunyai kekuatan luar biasa serta ilmu persilatan yang tinggi. Disebabkan "darah pendekar" yang diwarisinya itu beliau kerap menjadi mangsa buli rakan-rakannya di sekolah, yang sengaja mahu menguji tahap keilmuannya dalam dunia persilatan. Setiap hari beliau akan dibuli, diherdik, diugut dan kadangkala dibelasah kerana kawan-kawannya menyangka beliau kebal seperti datuknya yang terkenal sebagai pendekar terbilang.

Beliau pernah dibelasah oleh 7-8 orang rakan-rakannya. Walaupun beliau belum mempelajari silat lagi pada ketika itu, beliau sering menang dalam setiap perkelahian yang dicetuskan oleh rakan-rakannya tersebut. Walaupun demikian, kerana sering sahaja dibuli, Meor Abdul Rahman seolah-olah patah semangat untuk meneruskan persekolahannya akibat tindak tanduk rakan-rakannya itu. Beliau mengadu kepada bondanya, Sharifah Aluyah mengenai sikap rakan-rakannya itu serta niatnya untuk berhenti sekolah jika hasratnya untuk mempelajari silat tidak ditunaikan. Walaupun datuknya, Syed Zainal itu seorang pendekar terbilang, malah saban hari ramai yang datang berguru, namun Meor Abdul Rahman tidak pernah diberi peluang untuk sama-sama belajar. Beliau terpaksa menyorok di bawah rumah mengintai datuknya bercerita tentang silat kepada anak-anak muridnya. Ibunya bersetuju untuk menyampaikan permintaan Meor Abdul Rahman kepada datuknya.

Berguru dengan Syed Zainal Al-Attas
Ketika umur Meor Abdul Rahman dua belas tahun barulah beliau berpeluang berguru dengan datuknya iaitu Syed Zainal yang ketika itu sudah menjangkau ke usia 100 tahun lebih.

Segala ilmu dan petua Silat Seni Gayong diperturunkan satu persatu oleh Syed Zainal Al-Attas. Hari berganti minggu, bulan berganti tahun. Silat Seni Gayong semakin sebati dalam diri Meor Abdul Rahman. Segala sepak terajang orang bersilat ditempuhi dengan hati yang tabah.

Meor Abdul Rahman belajar Silat Seni Gayong bersama-sama 40 orang rakannya di Kampung Pokok Assam, Taiping. Keluarga beliau berpindah ke Kampung Pokok Assam ketika usia beliau kira-kira sepuluh tahun.(Menurut Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, kekandanya Meor Abdul Aziz tidak ikut sama mempelajari silat kerana beliau lebih gemarkan aktiviti bermotosikal - memiliki tiga buah motosikal).

Setelah tiga tahun berguru dengan Syed Zainal,kesemua rakan-rakannya kecuali beliau seorang telah dikhatamkan oleh Syed Zainal. Meor Abdul Rahman begitu kecewa dengan sikap datuknya yang tidak mengkhatamkan dirinya seperti rakan-rakannya yang lain. Beliau telah menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, sehingga digelar "buah yang tidak masak". Beliau tidak tahu sampai bilakah datuknya akan "menggantungnya secara tidak bertali". Beliau lantas mengadu kepada bondanya. Kerana rasa kasih terhadap anakandanya tersebut, Sharifah Aluyah lalu bersemuka dengan ayahandanya Syed Zainal dan bertanyakan ayahandanya itu mengapa Meor Abdul Rahman tidak dikhatamkan sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Sharifah Aluyah sanggup menawarkan seekor kambing untuk disembelih sebagai syarat untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan. Walau bagaimanapun, permintaan Sharifah Aluyah tidak dapat dipenuhi oleh Syed Zainal. Menurut Syed Zainal, beliau tidak boleh mengkhatamkan cucunya tersebut kerana masanya belum tiba lagi. Apabila masanya tiba kelak, Meor Abdul Rahman pasti akan dikhatamkan walaupun bukan oleh beliau,datuknya. Menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan oleh orang ghaib di suatu tempat yang terletak di sempadan Siam - Tanah Melayu. Syed Zainal menyuruh Sharifah Aluyah menasihatkan Meor Abdul Rahman supaya menunggu sahaja ketibaan masa pengkhataman tersebut.

Penjelasan bondanya tersebut sedikit-sebanyak telah melegakan hati Meor Abdul Rahman, namun dia terus menanti-nanti masa yang disebutkan oleh datuknya itu. Ketika usianya sembilan belas tahun, beliau sudah pun mahir dalam segala aspek ilmu persilatan dan adat istiadat Silat Seni Gayong ini. Sebagai seorang anak muda yang sedang naik, Meor Abdul Rahman sering sahaja terlibat dalam peristiwa beradu tenaga dan sentiasa pula dapat menewaskan lawannya tersebut.

Panglima Sendo Perak 
Untuk menghadap sultan bukannya tugas yang mudah. Beberapa kali Meor Abdul Rahman dihalang oleh Datuk Seri Nara Diraja. Pada ketika itu baginda sultan tengah sibuk kerana sedang bermain mahjong. Setelah puas didesak akhirnya Datuk Seri Nara Diraja membenarkan Meor Abdul Rahman bertemu dengan Sultan,

"Kamu nak jumpa, kamu pergilah jumpa. Tapi kalau kamu kena sebat, itu kamu punya pasal..."kata Datuk Seri Nara Diraja mengingatkan Meor Abdul Rahman tentang baginda Sultan yang terkenal bengis dan garang. Lalu dijawab oleh Meor Abdul Rahman,

"Kena sebat pun tak apa..."

"Kamu nak apa?" titah Sultan Alang Iskandar sebaik sahaja Meor Abdul Rahman menghadap.

"Tuanku, patiklah orang yang paling gagah sekali di negeri tuanku." sembah Meor Abdul Rahman kepada baginda Sultan.

"Hah! Hah! Apa kamu kata? Kamu nak melawak dengan aku ya? Kamu tahu aku siapa? Kamu nak kena sebat?" Baginda Sultan kembali bertitah sebaik sahaja mendengar kata-kata Meor Abdul Rahman, yang dirasakan seperti hendak mempersendakan baginda.

"Tahu tuanku. Tuanku Raja Perak, raja patik. Tapi kalau tuanku tak percaya, patik boleh buktikan." ujar Meor Abdul Rahman pula.

"Pergi angkat Puteh Lawak!" titah Sultan.

Di hadapan Sultan, beliau telah menunjukkan kegagahan beliau dengan mengangkat seorang yang berbadan besar(Puteh Lawak) dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Puteh Lawak telah dijulang dan diputar-putarkan sebelum dicampak.

"Megah sungguh kamu ni." titah baginda Sultan selepas menyaksikan peristiwa tersebut.

Selepas peristiwa itu, baginda Sultan telah memerintahkan Meor Abdul Rahman agar menghadap baginda sekali lagi iaitu bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Di sana Meor Abdul Rahman telah menunjukkan kebolehannya membengkokkan paku sepanjang enam inci, membengkokkan besi dengan leher, berlawan tarik tali dengan 50 orang lelaki(25 di kanan, dan 25 di kiri), mematahkan wang syiling perak dengan menggunakan jari, badan beliau digelek dengan kereta Bentley milik Sultan dan beliau juga berjaya memutuskan rantai pengikat kaki gajah. Semua ujian tersebut dijalankan pada waktu malam. Sultan Alang Iskandar masih lagi belum berpuas hati. Pada keesokan harinya baginda telah memerintahkan Meor Abdul Rahman mengangkat selaras meriam penabur yang terbesar di istana. Atas kejayaannya itu, baginda Sultan telah menggelarnya "Panglima Sendo Perak" atau "Orang Kuat Perak".

Sejak hari itu beliau dikenali sebagai "Rahman Sendo". Baginda juga berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat dan mulai saat itu tinggallah Meor Abdul Rahman di Istana Mercu, Kuala Kangsar. Meor Abdul Rahman hanya kembali semula ke kampungnya(Kampung Pokok Assam) setelah Sultan Alang Iskandar mangkat pada tahun 1938. Beliau telah dinasihatkan oleh ayahanda saudaranya, Ngah Majid yang menjawat jawatan Panglima Perang Kiri, Perak, supaya pulang semula ke Kampung Pokok Assam, untuk mengelakkan diri beliau dianiayai oleh pembesar negeri yang cemburu kepada beliau.(Setengah bahagian daripada wang syiling perak 50 sen ini disimpan oleh Cikgu Siti Kalsom manakala setengah bahagian yang lain disimpan oleh waris Almarhum Sultan Idris Syah. Wang syiling ini kelihatan seperti telah disiat kepada dua bahagian.)

Berhijrah ke Singapura dan Peristiwa di Pulau Sudong 
Tidak berapa lama setelah keluar dari istana, Meor Abdul Rahman tekah mendirikan rumah tangga dengan Kalsom binti Hj. Kechik, seorang anak tempatan Kedah yang juga menjadi adik angkat kekandanya, Hendon. Setelah berumahtangga, Meor Abdul Rahman dan isterinya menetap di rumah kekandanya, Hendon di Kuala Nerang.

Pada penghujung tahun 1938, bersama Zainal Abidin(Bidin) sepupunya, beliau telah berangkat ke Singapura mencuba nasib untuk mencari pekerjaan. Beliau bekerja di Naval Base yang baru sahaja dibuka ketika itu. Oleh kerana beliau lulusan daripada Government Trade School, Meor Abdul Rahman telah diterima bekerja sebagai tukang kimpal manakala Zainal Abidin sebagai mekanik mesin. Setelah enam bulan bekerja di Naval Base, Meor Abdul Rahman telah mendapat pekerjaan di Royal Signal Corps sebagai seorang mekanik. Di Gillman Barrack, Royal Signal Corps, beliau turut menjadi Guru Kombat(Combat Instructor) yang mengajar ahli-ahli Royal Signal Corps tentera British, yang ketika itu di bawah Pegawai Memerintah Lt. Kol. Pope.

Pada pertengahan tahun 1941, Meor Abdul Rahman pulang ke Kota Sarang Semut untuk menghantar isterinya yang sedang sarat mengandung anak mereka yang pertama. Dalam perjalanan pulang ke Singapura, Meor Abdul Rahman singgah di Kg. Pokok Assam untuk melawat kedua-dua orang tuanya. Semasa menziarahi kekanda sepupunya, Nuteh Alang Abdul Rahman, beliau telah terpikat dengan anak perempuan Nuteh, Faridah(Anin). Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Faridah tidak lama selepas itu.

Selepas berkahwin, Meor Abdul Rahman telah membawa isteri keduanya ke Singapura. Mereka menyewa sebuah bilik di Bushi Park. Dua bulan kemudian mereka disertai pula oleh isteri pertama Meor Abdul Rahman bersama anak sulung mereka Fadhilah. Tidak berapa lama kemudian, mereka sekeluarga berpindah ke Raden Mas dan menyewa sebuah rumah di situ. Lebih kurang sebulan di Raden Mas, Perang Dunia Kedua pun meletus di Singapura.

Pada 15 Februari 1942 Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Meor Abdul Rahman telah mendapat arahan daripada Lt.Kol. Pope supaya menyelamatkan diri dari pulau Singapura.

Meor Abdul Rahman meninggalkan pulau Singapura hanya setelah diarahkan berbuat demikian oleh pegawai atasannya. Kerana keberaniannya itulah beliau dianugerahkan pingat King George VI daripada kerajaan British pada tahun 1947.

Dalam suasana huru-hara, Meor Abdul Rahman sekeluarga telah berpindah dari Raden Mas ke Batu 5 1/2 Pasir Panjang. Di situ terdapat sebuah jeti yang digunakan oleh nelayan untuk memunggah hasil tangkapan mereka ke darat. Meor Abdul Rahman berjaya mendapatkan sebuah perahu yang ditinggalkan di jeti tersebut. Walaupun tidak pandai berperahu, Meor Abdul Rahman atas daya usahanya sendiri telah mengemudi perahu tersebut. Beliau sekeluarga terpaksa mengharungi lautan luas di perairan Singapura yang bergelombang besar dan berapi-api kerana terbakar akibat tumpahan minyak. Dalam suasana yang sangat mencemaskan itu, mereka terpaksa pula berhadapan dengan ancaman bom yang digugurkan daripada kapal terbang Jepun.

Selepas sehari berkayuh akhirnya beliau dan keluarga beliau mendarat di sebuah pulau yang kelihatannya agak selamat daripada hujan peluru musuh. Di Pulau Sudong, Meor Abdul Rahman telah disambut oleh seorang penduduk pulau yang bernama Naning. Naning telah memaklumkan syarat untuk orang luar yang ingin menumpang di pulau tersebut, iaitu bertarung dengan seorang jaguh Pulau Sudong, yang bernama Wak Kusang. Wak Kusang berkulit gelap,bertubuh pendek tetapi tegap. Beliau mempunyai lengan sebesar paha orang dewasa. Penduduk Pulau Sudong mula keluar beramai-ramai untuk menyaksikan pertarungan tersebut. Mereka telah memukul gendang sambil bersorak-sorai seolah-olah menyaksikan suatu pesta pula. Dalam keadaan diri yang sangat keletihan setelah sehari suntuk mengharungi lautan, Meor Abdul Rahman terpaksa pula berlawan dengan pendekar Pulau Sudong bagi memenuhi tuntutan syarat jika ingin menumpang di pulau tersebut. Sebelum pertarungan bermula, beliau terlebih dahulu meminta pandangan ahli keluarga beliau. Nampaknya beliau sudah tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa menghadapi Wak Kusang. Pertarungan antara Wak Kusang dengan Meor Abdul Rahman berlangsung di kawasan tanah perkuburan, kerana penduduk pulau membina rumah bertiang tinggi di tepi pantai, manakala bahagian tengah pulau dikhaskan sebagai tanah perkuburan. Pertarungan tersebut berlangsung dalam suasana yang sangat tegang dan hebat. Dengan berkat ilmu Silat Seni Gayongnya, maka di akhir pertarungan, Wak Kusang telah dihempas oleh Meor Abdul Rahman. Darah mula mengalir daripada kepala Wak Kusang kerana kepala beliau telah terhempas ke batu nesan kubur di situ. Kemenangan Meor Abdul Rahman telah disambut dengan perasaan gembira oleh ahli keluarga beliau. Penduduk pulau pula telah bersorak gembira seolah-olah menyaksikan suatu perlawanan sabung haiwan.

Pada suatu malam, lebih kurang satu minggu beliau berada di Pulau Sudong, Meor Abdul Rahman telah bermimpi didatangi satu lembaga yang memberi amaran kepadanya iaitu suatu bahaya akan menimpa penduduk Pulau Sudong. Lembaga tersebut menyuruh Meor Abdul Rahman berusaha menghalang bahaya itu dan ia(lembaga itu) berjanji akan membantu beliau.Pada keesokan harinya iaitu pagi tanggal 17 Februari 1942, penduduk Pulau Sudong telah mendapat khabar bahawa tentera Jepun akan mendarat. Orang-orang yang berada di Pulau sudong menjadi gempar. Berita tentang pendaratan tentera Jepun telah membimbangkan penduduk pulau kerana mereka banyak mendengar berita tentang kekejaman tentera Jepun. Seorang nelayan dari pulau berdekatan datang ke Pulau Sudong memberitahu anak dan isterinya telah dirampas oleh tentera Jepun dan dibawa naik ke atas kapal perang mereka. Terdapat beratus-ratus kapal perang Jepun yang berlabuh di hadapan Pulau Bukum. Berita ini telah menggemparkan penduduk Pulau Sudong. Masing-masing menjadi begitu khuatir dan bimbang, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis. Penghulu dan penduduk pulau telah berkumpul dan mula membincangkan soal keselamatan anak-anak gadis mereka yang berada dalam keadaan bahaya. Berbagai-bagai pandangan dikemukakan. Penghulu Pulau Sudong mencadangkan supaya dipindahkan sahaja semua perempuan-perempuan muda ke Pulau Senang atau ke Pulau Pawai sementara yang lain mencadangkan supaya perempuan-perempuan muda disorokkan ke dalam hutan. Yang lebih berani pula menyuruh supaya menentang sahaja orang-orang Jepun yang ingin merosakkan anak-anak gadis pulau itu, serta bermacam-macam lagi cadangan. Setelah keadaan menjadi semakin buntu, Meor Abdul Rahman pun memberikan pandangan beliau. Orang-orang pulau memang menaruh harapan kepada beliau kerana mereka mengetahui Meor Abdul Rahman pernah menewaskan jaguh Pulau Sudong, iaitu Wak Kusang.

Penduduk Pulau Sudong kemudian diarah untuk mengisikan air ke dalam tempayan. Mereka bertanyakan Meor Abdul Rahman di mana mereka boleh mendapatkan air tawar kerana pada kebiasaannya air tawar diperoleh dari Pulau Senang. Meor Abdul Rahman lalu berdoa memohon supaya diturunkan hujan. Dengan izin Allah, tidak berapa lama kemudian langit pun mendung dan hujan mulai turun. Orang-orang kampung lalu mengisikan tempayan dengan air hujan. Setelah air tempayan itu dibacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran, Meor Abdul Rahman pun menjiruskan/memperlimaukan tujuh orang pemuda yang sanggup menentang kemasukan tentera Jepun.Tujuh pemuda tersebut terdiri daripada Naning, Mat Resad, Ahmad Puah, Kekeh, Mustapa, Bendol dan Wak Kusang. Itulah detik permulaan Meor Abdul Rahman memperkenalkan ilmu Silat Seni Gayong serta adat istiadatnya kepada orang ramai yang berlaku pada kira-kira jam 11.00 pagi 17 Februari 1942 di rumah penghulu Pulau Sudong.

Pada waktu itu laut kelihatan dipenuhi api yang menjulang. Pulau Bukum kelihatan telah terbakar. Penduduk Pulau Sudong kemudian diminta mengumpulkan periuk belanga dari tiap-tiap rumah. Buntut periuk tersebut kemudian dikikis untuk diambil arangnya. Ada periuk yang pecah akibat terlalu kuat dikikis. Selepas itu arang tersebut dicampurkan dengan minyak kelapa dan dibancuh seperti membancuh simen. Meor Abdul Rahman kemudiannya mengumpulkan semua perempuan yang berada di Pulau Sudong. Campuran arang dan minyak kelapa itu pun disuruh sapu ke muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kaum perempuan. Tepung gandum pula diletak dicelah-celah rambut supaya rambut kelihatan seperti telah beruban. Perempuan-perempuan muda kemudian disuruh masuk ke dalam rumah Meor Abdul Rahman(kira-kira seramai 200 orang). Meor Abdul Rahman kemudian meminta beras kunyit. Setelah dibacakan doa tertentu, beras kunyit tersebut diserahkan kepada Naning. Naning kemudian mengetuai enam lagi rakannya pun mula bergerak mengikut gerak hati yang dipimpin oleh semangat beras kunyit tersebut. Apabila sampai di tepi pantai, Meor Abdul Rahman menyuruh Naning menabur beras kunyit ke laut dan mengarahkan Naning dan rakan-rakannya meraba-raba(menggagau) di dalam air. Sebanyak tujuh bilah keris tanpa hulu dan tanpa sarung diperoleh dari dalam air laut di gigi pantai tersebut. Meor Abdul Rahman mengarahkan Naning dan rakan-rakannya membalut bahagian hulu keris dengan kain layar buruk serta sedikit kain kuning. Keris-keris tersebut lalu disorokkan dicelah dinding atap rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman lalu bertanya kepada ketujuh-tujuh pemuda tadi apakah yang akan mereka lakukan sekiranya anak isteri mereka dirampas oleh tentera Jepun.

Mereka menjawab, "Kita bunuh. Jika Cikgu suruh bunuh, kami bunuh..."

Seorang daripada penghulu-penghulu pulau telah menyuarakan rasa kebimbangannya, takut-takut nanti jika dibunuh tentera Jepun tersebut, Pulau Sudong akan menjadi padang jarak, padang terkukur akibat serangan balas daripada tentera Jepun yang lain.

Ketujuh-tujuh mereka lalu menjawab,"Kami lebih rela mati syahid daripada hidup dayus..."

Keadaan ini telah membuktikan bahawa ketujuh-tujuh lelaki tersebut telah naik semangat keberanian. Dari tujuh orang murid lelaki pertama Gayong ini, hanya empat orang murid sahaja yang berani menawarkan diri menjadi pengawal di rumah Meor Abdul Rahman. Perempuan-perempuan tua pula disuruh mengusutmasaikan rambut dan ditempatkan di bawah pokok kelapa yang terdapat di pesisiran pantai Pulau Sudong.

Tidak berapa lama kemudian, tentera Jepun pun tibalah dengan kapal pendarat tenteranya. Seperti kebiasaan, mereka melepaskan beberapa das tembakan pistol ke udara untuk memanggil orang-orang kampung agar mengangkat mereka ke darat. Sebaik sahaja mereka mendarat, mereka melihat hanya perempuan-perempuan tua sahaja yang kelihatan. Mulut mereka becok merungut-rungut kerana belum berjumpa wanita muda di pulau tersebut. Tentera Jepun tersebut terus mencari di sekitar pulau. Tidak lama kemudian,tentera Jepun itu sampailah ke rumah Meor Abdul Rahman. Tindakan pemuda-pemuda kampung yang asyik memandang ke arah rumah Meor Abdul Rahman telah mencurigakan pihak tentera Jepun. Mereka pun terus naik ke atas rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman yang berdiri di muka pintu pun terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran sambil terus berdoa.

Sebaik sahaja daun pintu ditolak, tentera Jepun menjadi begitu terkejut dan ketakutan melihat betapa hodohnya perempuan-perempuan yang berada di dalam rumah Meor Abdul Rahman.Sentuh pun mereka tidak mahu.Askar-askar Jepun tersebut menjadi gempar ketakutan sambil menjerit-jerit dalam bahasa Jepun.

Tentera Jepun pun berlalu dari rumah Meor Abdul Rahman. Sebaik sahaja tentera Jepun berundur dari rumah Meor Abdul Rahman, mereka telah melihat penduduk kampung yang asyik memerhatikan ke arah sebuah tongkang Cina. Mereka nampak seorang lelaki Cina tua sedang menimba air laut dari geladak tongkangnya. Tentera Jepun pun terus pergi mendapatkan tongkang tersebut. Setelah memeriksanya, mereka lalu mengesyaki sesuatu. Tentera Jepun lalu menolak papan besar yang menutup lantai tongkang tersebut. Sebaik sahaja papan penutup tersebut ditolak, kelihatanlah ramai anak-anak gadis Cina di dalamnya. Lelaki Cina tua tersebut telah ditolak ke dalam air laut dan ditembak sehingga mati. Anak-anak gadis Cina tersebut pula telah diangkut ke dalam kapal perang mereka. Di atas kapal tersebut, anak-anak gadis Cina tersebut telah diperkosa beramai-ramai. Jerit pekik mereka dikatakan kedengaran sehingga ke Pulau Sudong.

Mengembangkan Silat Seni Gayong 
Dalam tahun 1947, kerajaan British telah menawarkan Meor Abdul Rahman jawatan sebagai pegawai dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura. Ketua Polis Singapura telah mendapat tahu rahsia kehebatan Mahaguru Meor Abdul Rahman sewaktu beliau berkhidmat sebagai Guru Kombat di Gillman Barrack. Setelah empat bulan, beliau memohon dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah(CID). Permohonan beliau diluluskan dan beliau telah ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan dan ditugaskan menyiasat sebarang penipuan dalam timbangan. Tidak lama kemudian beliau ditugaskan pula di bahagian kepolisan yakni di Balai Polis Central, Singapura sebagai seorang pegawai berpangkat Sarjan.

Pada tahun 1947 juga, atas jasa-jasa beliau menentang keganasan tentera Jepun, beliau telah dikurniakan pingat keberanian King George VI oleh kerajaan Inggeris. Di sekitar tahun ini juga beliau giat mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong di tanah besar Singapura. Menjelang tahun 1948, jumlah anak murid Gayong sudah mencapai 100,000 orang, dengan 50,000 daripadanya adalah dari kepulauan Indonesia.

Dalam tahun 1957, Sultan Kedah yang ketika itu DYMM Almarhum Sultan Badlishah telah mewakilkan Tengku Kassim yang juga bergelar Tengku Laksamana Kedah menjemput Meor Abdul Rahman serta rombongan Silat Seni Gayong Singapura datang ke negeri Kedah, seterusnya mengadakan persembahan silat di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid.Tujuannya ialah untuk memperkenalkan Silat Seni Gayong kepada rakyat Kedah agar dapat dipelajari. Di Kedah, Meor Abdul Rahman telah berunding dengan Sultan Kedah tentang permintaan baginda Sultan supaya Seni Gayong diajarkan kepada rakyat Kedah. Beliau telah bertanya kepada Sultan Badlishah mengapa beliau dipilih untuk mengembangkan silatnya di Kedah sedangkan di Kedah terdapat ramai pendekar silat. Baginda Sultan telah bertitah,

"Adik Kassim yang desak kerana main(silat) dengan Siam tak sampai dua minit dah kalah. Beta dengar Cikgu pernah kalahkan orang-orang Siam dan tangkap sehingga terjelir lidah..."

Pada awalnya Meor Abdul Rahman berasa keberatan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong di Kedah kerana menghormati pendekar-pendekar silat yang telah sedia ada di Kedah. Walaupun beliau telah mengemukakan pelbagai alasan, akhirnya beliau terpaksa menurut kemahuan Sultan apabila baginda menghantar anggota Polis untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengajar di Kedah. Baginda telah bertanya kepada Meor Abdul Rahman tentang rahsia berjalan di atas bara api yang baginda saksikan sendiri dalam demonstrasi di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid.

Dalam tahun 1959, Meor Abdul Rahman bertemu dengan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar di Alexandra,Singapura. Sebelum daripada itu, Meor Abdul Rahman telah mendapat isyarat daripada bapanya, Daing Uda Mohd.Hashim menyuruh Meor Abdul Rahman mencari seorang murid yang tua, yang keningnya telah putih. Menurut Daing Uda Mohd.Hashim yang sedang "keturun tok nenek"(diresapi semangat ghaib pahlawan dahulu kala/didatangi rohaniah nenek moyang) ketika itu, orang itulah yang boleh merebakkan Gayong. Orang tersebut tinggal di seberang Tambak Johor. Sejak dari itu, Meor Abdul Rahman mula mencari orang yang dimaksudkan. Pada masa yang sama Dato' Onn juga mendapat firasat untuk mencari Meor Abdul Rahman. Dalam pertemuan tersebut, Dato' Onn telah berkata,

"Jika betul awak keturunan Raja Bugis, cuba tukarkan bunga melur ini kepada benda lain..."

Meor Abdul Rahman pun membaca sepotong doa lalu dihembuskan kepada bunga melur tersebut. Dengan takdir Allah, bunga tersebut telah bertukar menjadi batu akik. Dato’ Onn pun melamar untuk menjadi murid Gayong dan lamarannya telah diterima oleh Meor Abdul Rahman. Atas nasihat dan usaha Dato’ Onn, Silat Seni Gayong pun didaftarkan di Johor Bahru dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong (No. Pendaftaran 361/tahun 1962, Johor Bahru). Dato’ Onn dilantik sebagai Penasihat dan beliau sendiri menjadi Pengerusi. Dengan terdaftarnya Silat Seni Gayong, maka aktivitinya dapat dijalankan dengan lebih bersistematik dan efektif. Dari Singapura, Silat Seni Gayong telah bertapak di Johor. Di Johor Bahru, terletak pejabat Gayong iaitu di Jalan Yahya Awal, iaitu di rumah Cikgu Ibrahim. Ahli jawatan kuasa pusat ketika itu terdiri daripada Cikgu Ibrahim, Hajjah Asmah, Cikgu Kadir(ayahanda Cikgu Abd.Rahman) dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain. Gelanggang latihan silat yang terawal di Johor ialah di Jalan Puteri, iaitu di kediaman Dato' Onn Jaafar. Antara murid-murid Gayong Johor yang awal ialah anak-anak Dato' Onn sendiri iaitu antaranya, Fuzi(berkahwin dengan Jeneral Ghazali Mohd.Seth) dan Tun Hussein Onn sendiri(Perdana Menteri Malaysia yang Ketiga).

Dalam tahun 1961, Meor Abdul Rahman bersara dari jawatan sebagai mata-mata gelap dan terus menceburkan dirinya dalam perniagaan. Segala aktiviti Gayong beliau jalankan di tempat kediamannya di Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Pada sekitar tahun 1960, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan Pendita Za'ba di Singapura. Pendita Za'ba adalah berketurunan Bugis. Beliau telah diminta oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk melukis lambang Gayong iaitu yang terdiri daripada gambar seekor naga, sempena peristiwa kelahiran beliau yang berkembarkan seekor ular yang telah bertukar menjadi naga. Dengan bantuan Cikgu Nor Aidil, sijil Gayong yang berasaskan lambang naga satu ini kemudian direka bentuk.

Dato' Paduka Chura Simanja Kini 
 Pada tahun 1971, di atas kegigihan Mahaguru Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayongnya, beliau telah dikurniakan bintang kebesaran Dato' Paduka Chura Simanja Kini(DPCM) yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar.

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman merupakan orang pertama diletakkan keris Taming Sari di atas kepalanya, iaitu sebelum beliau dikurniakan anugerah darjah kebesaran Dato' Paduka Chura Simanja Kini oleh Sultan Perak. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman, keris Taming Sari itu sangat berdaulat kerana sebaik sahaja tamat upacara penganugerahan tersebut dan apabila beliau telah kembali semula ke rumahnya, beliau telah diserang seram sejuk yang teramat sangat sehingga menyebabkan beliau mengamuk dan bertempik tidak tentu arah. Beliau tidak pernah mengalami perasaan yang sedemikian sepanjang beliau melibatkan diri dalam Silat Seni Gayong. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman lagi, keris Taming Sari ini telah diserahkan oleh Sultan Mahmud Shah kepada anakandanya Raja Muzaffar yang hendak dirajakan di Perak. Sultan Mahmud juga telah menitahkan Raja Muzaffar supaya menamakan semula negeri Gangga Negara(nama lama Perak) dengan nama Perak, sempena nama Bendahara Melaka, Paduka Tun Perak.

Pada tahun 1972, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah berkenan menjadi Penaung Agung PSSGM dan Serantau. Baginda juga pernah suatu ketika turun takhta kerana mengambil Tapak Gayong di hadapan Mahaguru Dato’Meor Abdul Rahman. Selepas upacara tersebut baginda ditabalkan kembali menjadi sultan. Sultan Perak mempunyai hirarki paling tinggi di dalam Silat Seni Gayong. Baginda memakai sandang Seri Mahkota Agong Gangga Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti. Hal ini disebabkan Sultan Perak adalah daripada jurai keturunan Sultan Melaka.

Pada 6 Mac 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi Paduka Imam Khalifah dan Penasihat Agung Majlis Tertinggi Adat Istiadat Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman. Dengan perlantikan ini, Perdana Menteri Malaysia(berketurunan Bugis) dengan rasminya telah menjadi murid kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Istiadat pertabalan itu telah diadakan di kediaman Tun Abdul Razak iaitu di Seri Taman, dengan disaksikan oleh kerabat-kerabat Gayong dari Perak, Kedah dan Selangor. Tun Abdul Razak kemudian mengakui dan berikrar bahawa anggota-anggota Gayong adalah "saudara segayong". Beliau juga diterima menjadi "anak angkat" kepada Dato' Meor Abdul Rahman dan menjadi "abang angkat" kepada Sultan Perak, Sultan Idris Shah yang menjadi Penaung Agung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Adat istiadat melantik Tun Abdul Razak ini diselubungi suasana yang mengandungi unsur-unsur ghaib. Menurut Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, beliau mengambil Tun Abdul Razak sebagai anak angkat kerana berlaku beberapa petanda baik semasa istiadat pertabalan itu dilakukan. Tun Abdul Razak mempunyai beberapa petanda baik yang dapat dilihat semasa istiadat pertabalan itu dijalankan dan adalah suatu perkara yang luar biasa dan sukar diperoleh oleh orang lain. Hadir sama di istiadat itu ialah Imam Khalifah Gayong Selangor, Datuk Harun Idris, Imam Khalifah Gayong Perak, Datuk Sri Kamaruddin Mat Isa, Imam Khalifah Gayong Pulau Pinang, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir, Datuk Senu Abdul Rahman(Imam Khalifah Malaysia), Tan Sri Syed Nasir(Imam Khalifah Malaysia) dan beberapa orang pembesar negara yang lain.

Patah Tumbuh Hilang Berganti 
Dato' Meor Abdul Rahman juga sangat rapat dengan Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar yang berketurunan Raja Bugis. Dato' Meor Abdul Rahman pernah berkereta dengan baginda Sultan dan sering bertindak sebagai penasihat sultan. Kerana akrabnya hubungan Dato' Meor Abdul Rahman dengan Sultan Johor, menurut ceritanya, baginda Sultan Johor pernah bertitah bahawa cuma Dato'Meor Abdul Rahman sahaja yang boleh menasihati baginda. Dato' Meor Abdul Rahman pernah mempersembahkan berita penemuan makam Daing Kuning kepada baginda Sultan Johor. Dato' Onn Jaafar merupakan orang pertama yang dibawa melawat Makam Daing Kuning.

Sewaktu ditanya tentang lambang Gayong(temuramah di Universiti Malaya pada tahun 1979), Dato' Meor Abdul Rahman menyatakan,

"Asalnya, lambang Gayong bernaga satu. (Apabila)Dato' balik dari Singapura ke Taiping, Dato' kasihankan abang Dato', Meor Aziz yang banyak tolong Dato'. Meor Aziz tidak belajar silat tetapi cukup faham tentang adat-istiadat. Dato' angkat Meor Aziz jadi Penasihat Tertinggi(Advisor), ketika di Perak. Dato' dua beradik, (jadi) tambah satu naga lagi pada lambang Gayong. Yang betul cuma seekor naga sahaja lahir di dunia. Dato' lahir ke dunia dengan seekor ular yang telah pergi ke laut melalui Teluk Kertang di Matang, tempat orang Cina dan Melayu berperang pasal lombong. Ekor naga mengelilingi dunia bermakna Gayong akan terkenal ke seluruh dunia..."

Ketika ditanya tentang siapa pewaris Gayong selepas beliau(di Taiping pada tahun 1989), Dato' Meor Abdul Rahman berkata,

"Pesanan Ungku Syed Zainal, Gayong ini tidak boleh dibagi kepada murid yang tidak diturunkan(tak mahu belajar). Gayong ini, diwajibkan darah daging kita belajar. Kalau tidak mahu belajar, cuma hendakkan warisan - tiada warisan! Orang yang betul-betul jujur mengikut Gayong sekurang-kurangnya 21 tahun, tak putus-putus. Mengikut Dato' ke darat, ke laut, ke lembah...Cikgu Siti Kalsom - jadi Ibu Gayong. Dato' datang ke dunia ini untuk Gayong sahaja. Seorang pembantu Dato' iaitu Ibu Gayong. Gayong akan datang kembali balik semula, yang pangkal balik ke hujung, yang hujung balik ke pangkal, akhirnya akan bersatu balik. Segayong, sekendi, seperigi, seminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu. Dato' tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada seseorang murid - PERLU BERCANTUM!"

Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 23 Jun 1991, bertempat di Pusat Perubatan Pakar, Ipoh kerana sakit tua. Jenazah beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Lama, Taiping.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Al-Fatihah

01 Mei 2010

Jejak Pahlawan - Mat Kilau


Seorang pahlawan dan pejuang bangsa Melayu yang telah bangkit menentang penjajah Inggeris sekitar 1880an hingga 1890an tanpa kenal erti jemu. Beliau adalah Mat Kilau atau nama penuhnya sebagai Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah (Imam Perang Rasu). Manakala ibu beliau bernama Mahda. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Kelebihan dan keistimewaan Mat Kilau ialah pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Diusia mudanya hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum tuan gurunya itu berpindah ke Pekan menjadi Mufti Negeri Pahang.

Sebelum kelahirannya, ibunya telah mendapat mimpi langit telah mengeluarkan cahaya berkilau-kilauan.Mimpi tersebut diceritakan kepada Mak Utih iaitu seorang bidan kampung .Mak Utih menasihatkan supaya ibunya Teh Mahada supaya jangan bimbang kerana mengikut tafsirannya mimpi itu membawa berita gembira dan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi seorang yang hebat dan terkenal.Mat Kilau dilahirkan pada waktu subuh lalu diazankan oleh ayahnya sendiri Imam Rasu yang juga merupakan Imam Masjid Pulau Tawar Itu.Selepas itu Mat Kilau terus dibelah mulutnya dengan garam , madu dan air zam zam.

Sejak kecil lagi Mat Kilau mempunyai beberapa tanda ganjil di badannya.Bulu roma dibelakangnya berpusar ke arah kiri dan bulu roma di dadanya berpusar ke kanan.Tangan kanan dan kirinya sama kuat begitu juga kaki kanan dan kirinya. Ada tahi lalat besar di pipi kanannya dan satu lagi tahi lalat panjang di bahunya. Dicelah jari kelenkeng kirinya ada buntat embun. Bila umurnya meningkat 7 tahun dia sudah tidak meninggalkan sembahyang fardu dan berpuasa.Bila dia bermain atau bergaduh , pasti dia akan menjadi pemenangnya. Pernah pada suatu hari Tok Gajah memberitahu Mat kilau yang Pahlawan Hang Tuah juga mempunyai buntat embun di celah jari kelenkeng kiri!

Tahun 1857, adalah tahun permulaan kepada sengketa atau perang saudara di Pahang setelah Bendahara Tun Ali yang memerintah negeri Pahang mangkat.Perebutan kuasa terjadi antara Tun Mutahir dan Tun Ahmad yang merupakan anak Bendahara Tun Ali dari ibu yang berlainan walaupun sebelum mangkat tugas untuk menggantikannya telah diwasiatkan dihadapan Tok Gajah kepada Tun Ahmad. Tun Mutahir iaitu kakanda kepada Tun Ahmad telah membatalkan surat wasiat ayahandanya dan melantik dirinya sebagai Bendahara atau pemerintah Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja Pahang..Ini menimbulkan kemarahan adiknya Tun Ahmad.Perbalahan adik beradik merebut kuasa inilah sebenarnya punca atau titik bermulanya campur tangan Inggeris di Pahang.Tun Ahmad mendapat sokongan dari Sultan Trengganu dan Raja siam manakala Tun Mutahir mendapat sokongan Inggeris dan Johor.Pada akhir tahun 1857 Tun Ahmad dengan bantuan Tok Gajah berjaya merampas kuasa dari Tun Mutahir.

Ketika belajar dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau diajar juga ilmu untuk menundukkan Gajah dan harimau.ketika remaja Mat Kilau mempunyai 4 orang sahabat baik seperguruannya iaitu Mat kelubi, Mat Tahir, Mat Ali dan Mat Awang

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat serta ketokohan sebagai seorang pemimpin dan mempunyai pemikiran yang matang sehingga menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford amat kagum dan mempercayai idea-idea Mat Kilau. Mat Kilau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Malah Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah seperti Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini merupakan pejuang dan pengikut yang sangat setia sehingga sanggup susah senang malah sehidup dan semati dengan Mat Kilau.

Perlu diingatkan di sini bahawa daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara dan beliau yang dimaksudkan adalah Mat Kilau.Lebih daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh ayahandanya sendiri Tok Gajah dan rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman,Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan Dol Said.

Siapa yang menyangka pada hari keramat itu dalam kelompok puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah pahlawan Melayu yang amat terkenal dan digeruni suatu waktu dulu iaitu Mat Kilau.Ini kerana pahlawan Melayu yang hebat ini pada satu ketika dahulu menghilangkan diri selama lebih separuh abad selepas pihak British memburunya dan mendakwa beliau dengan alasan yang tidak munasabah iaitu menderhaka terhadap sultan.

Pada peringkat awal, Mat kilau dan rakan seperjuangannya seperti Datuk Bahaman, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela berjaya mencabar British sehinggakan mereka berjaya menguasai Temerloh. Nama pejuang ini dan Datuk Bahaman telah terukir dalam sejarah negara kerana mereka mengetuai Perang Lubuk Terua di mana mereka telah menyerang sebuah pos polis menyebabkan dua anggota polis British terbunuh.

Bagaimanapun, penjajah telah menambah kekuatan askar dan polis tambahan malah menjalankan tipu helah sepenuhnya dengan mengatakan kononnya pejuang-pejuang itu sebenarnya menderhaka kepada sultan, British berjaya memperdaya rakyat supaya tidak lagi menyertai kumpulan itu.Ini sekali gus melumpuhkan kekuatan kumpulan pejuang itu yang pada satu ketika meningkat sehingga ke 600 orang.

Tekanan demi tekanan diterima menyebabkan pasukan pejuang itu terpaksa mengundur diri ke negeri Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu pasukan pejuang itu mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari Sultan, Tokku Paloh dan kerajaan Terengganu sendiri. Di sana Mat Kilau dan para sahabatnya sempat mendalami ilmu agama dan kerohanian dari Ulamak Besar Tokku Paloh. Mat Kilau terus-terusan menjadi buruan pihak British dan menerima tekanan yang cukup hebat.Tok Gajah yang juga menentang penjajah meninggal dunia di Hulu Terengganu, manakala Datuk Bahaman dan beberapa pengikutnya menyerah diri kepada kerajaan Siam.Semenjak 1930 hidup Mat Kilau sebagai pelarian seakan terpaksa menempuhi seribu satu macam penderitaan, berpindah-randah dan hidup menggunakan nama samaran seperti Mat Dahan, Mat Dadu dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris itulah maka terpaksa Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Al Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya dengan lebih tepat kepada generasi mendatang dengan lebih lanjut.Jenazahnya dikebumikan dengan penuh penghormatan seorang pahlawan di bumi kelahirannya di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut. Anak angkat beliau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul dirinya, mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan. Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.

"Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka," kata Abu Bakar Awang. Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5, mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.

Apa yang si Fakir sangat-sangat ingin berkongsi di sini ialah bagaimana saat-saat kesempatan beliau menyambut hari kemerdekaan yang mana tidak ramai orang yang mengetahuinya. Si Fakir telah menyuntingnya dari mStar online. Bagi diri si Fakir, rasa sangat terharu dan sebak telah bercampur baur apabila membacanya. Ikutilah saat-saat dilalui oleh pejuang bangsa ini dalam para-para dibawah.......

Meneruskan cerita Abu Bakar, beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan."Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

"Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu," katanya.Beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.

"Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di sebalik melilit kain cindai di kepala," katanya.

Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk berhadapan dengan musuh.

Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau, Ajrah Bakar menganggapnya sebagai "buang tabiat". Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.

Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan. "Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga tengok orang berarak... kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup seronok," katanya. Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.
Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: "Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka".

Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan "Merdeka!" di padang Kuantan itu.

Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.

Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana masih ada yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja. "Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan," kata Abu Bakar yang juga Ketua Kampung Batu 5.

Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah!

Sekalung Al fatihah buat pendekar berjiwa sufi yang bernama Mat Kilau!

rujukan : Perpustakaan Negara Malaysia
                Tuan Sharifah Shahaini dan Mohd Shukri Ishak
                Mstar online
                Bernama