Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Memaparkan catatan dengan label Terkini Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terkini Palestin. Papar semua catatan

11 Oktober 2010

Erdogan : Turki tidak akan berpeluk tubuh di hadapan kanak-kanak Gaza yang kebuluran



Isnin, 11/10/2010 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tidak akan mendiamkan diri sahaja melihat kekejaman rejim Zionis mahupun memalingkan wajah dari Gaza dan kanak-kanaknya.
Beliau memberi ucapan ini semasa majlis pembukaan Forum Perdagangan Antarabangsa Kali Ke-14 yang dianjurkan oleh MUSIAD, Pertubuhan Bebas Penggiat Industri dan Perniagaan pada Rabu lalu di Istanbul. Forum itu disertai oleh lebih daripada 25 menteri dari pelbagai negara, 5,000 ahli perniagaan dari 65 buah negara, 150,000 pelawat serta 550 peserta pameran dari Turki dan negara-negara lain.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

30 September 2010

Militan Israel Lindungi Warga Israel Memasuki Hebron dan Menceroboh Sekolah


Rabu ,29/09/2010 – Puluhan warga Israel memasuki kota Hebron, Tebing Barat, Ahad (26/9) untuk melakukan ritual Talmud yang dikenali sebagai “Kuil Atnail.”
Saksi mengatakan bahawa pasukan Israel berkerjasama dengan tentera Abbas mengawasi jalan menuju kawasan tersebut. Mereka melarang penduduk memasuki daerah Ber Seba. Pasukan Israel juga menutup semua kedai di jalan tersebut dan memaksa pemiliknya keluar dari kawasan tersebut. Mereka memberi alasan untuk menjaga keselamatan dan keamanan perayaan “Arsy” yang disambut warga Israel di tempat itu.
Pada masa yang sama pasukan Israel menangkap seorang pelajar sekolah Al Mutanabbi di bandar Hebron. Sumber tempatan menyebutkan bahawa pasukan Israel menceroboh dan menggeledah sekolah Al Mutanabbi dan menangkap seorang pelajar, Karm Khalid Naim (13) dari kelas 7. Padahal pelajar tersebut cacat dan kakinya patah, kemudian dibawa ke penjara Aufar. Beberapa sekolah lain turut menerima nasib yang sama seperti sekolah Khodijah Binti Khuwailid (putera) yang digeledah dan menahan guru sekolah. Sekolah Faiha pula dipasang pagar tentera manakala pelajar sekolah Ibrahimiyah dipaksa oleh pasukan militan Israel untuk pulang kerana digunakan oleh tentera Israel untuk berehat.
sumber : COMES
penterjemah : osman

500 warga Switzerland mendaftar untuk menyertai Kebebasan Flotilla 2


Rabu ,29/09/2010 - Lebih dari 500 aktivis dari Switzerland mendaftar untuk mengambil bahagian dalam konvoi kemanusiaan, Kebebasan Flotilla 2 yang diharapkan dapat berlayar sebelum akhir tahun 2010 untuk memberikan bantuan ke kawasan pengepungan Gaza, menurut Kempen Eropah untuk Tamatkan Pengepungan terhadap Gaza. Merekan menambah bahawa kempen tersebut telah menerima ribuan permohonan dari seluruh dunia.
Jurucakap kempen Eropah di Switzerland dan MP Switzerland, Zisyadis Josef menyatakan dalam sebuah sidang akhbar: “Persediaan untuk menyertai kapal Switzerland dalam Kebebasan Flotilla 2 telah selesai, kerana lebih dari 500 orang mendaftar untuk menyertainya dalam memecahkan pengepungan tidak adil yang dikenakan pada Semenanjung Gaza sejak dari 5 tahun yang lalu.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

23 September 2010

Gaza Alami Kekurangan Sumber Makanan




Rabu ,22/09/2010 – Para penganalisis pertanian dan makanan menegaskan bahawa Semenanjung Gaza mengalami kekurangan sumber makanan, peningkatan pengangguran serta penurunan import dan eksport bahan makanan. Mereka memohon tindakan segera untuk menggalakkan pasaran tempatan di Gaza dengan cara mengaktifkan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah dan pengembangan pertanian kepada para pertani.

Ketua delegasi Belanda ke Semenanjung Gaza, Jack Twis, dalam satu latihan kerja yang diselenggarakan Lembaga Pengembangan dan Bantuan Pertanian di Gaza, menegaskan, Isnin (20/9), bahawa para petani Semenanjung Gaza mengalami kerugian besar dan kerosakan yang sangat banyak terhadap pertanian mereka. Ia membahayakan bidang pertanian, yang merupakan sumber utama ekonomi Gaza.

Beliau menegaskan bahawa delegasinya akan melakukan kerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa kampung di Gaza untuk melancarkan dua projek yang bertujuan untuk memperkuat dan menggalakkan pertanian yang menghasilkan produk eksport di Semenanjung Gaza untuk meningkatkan pasaran. Projek ini melibatkan dana 45% dari jumlah anggaran untuk penanaman 300 hektar mawar bagi 50 petani, 350 hektar buah-buahan untuk 80 petani, 52 hektar sayur-sayuran untuk 25 petani. Diharapkan hasil akhir mencapai 30 juta mawar dan 700 ton buah-buahan dan sayur-sayuran.

sumber : COMES
penterjemah : osman

11 September 2010

Rejim Zionis terus menerus menceroboh rumah di Hebron.


Rabu , 08/09/2010 – Tentera Zionis Israel telah menceroboh rumah kedua milik penduduk Palestin bernama Salem Salaima berhampiran penempatan Israel, Kiryat Arba di sebelah timur Hebron, Tebing Barat. Tentera Israel telah mengambil alih rumah lain berdekatan penempatan tersebut atas milik penduduk bernama Numan Shabana di kawasan berhampiran dengan jalan Bani Naim.
Saksi tempatan mengesahkan sekitar 15 tentera Zionis Israel menyerang rumah pada waktu subuh dan menghalau pemilik keluar dari rumah mereka dan memaksa mereka untuk duduk di bilik bawah rumah terbabit.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

01 September 2010

Mossad Bunuh Pemimpin Al Qassam Dengan Cara Yang Keji




Rabu, 01/09/2010 – Dengan cara yang hampir serupa dengan pembunuhan Al-Mabhuh, Mossad membunuh salah seorang pemimpin Al-Qassam di Gaza, dua hari yang lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap jasad pemimpin Al-Qassam yang meninggal di Gaza, Jum’at (27/8), Sami Annan (39 tahun), pihak keluarga merasa hairan dengan keadaan tubuh Annan. Sebelumnya mereka mengira Annan terbunuh dengan senjata biasa. Namun ternyata dibadannya terdapat beberapa tanda penyeksaan. Di tangan kirinya terdapat tanda suntikan racun manakala di bawah perutnya terdapat bekas rencatan elektrik.

Wartawan Quds Press dalam laporannya menyebutkan, pihak keluarga menolak kehadiran para pengunjung sebelum jelas siapa yang bertanggungjawab atas kematian saudaranya. Perlu dijelaskan, bahawa Sami Annan meninggal secara tidak wajar. Disuntik dengan racun yang tidak ada di Gaza serta direncat dengan aliran elektrik bervoltan tinggi. Mereka menuding pihak perisikan Zionis berada disebalik jenayah tidak berperikemanusiaan ini. Tidak ada yang pihak berkepentingan dengan matinya para mujahid kecuali perisikan Zionis.
sumber : COMES
penterjemah : osman
rujukan : http://palestinkini.info/

16 Julai 2010

Israel Kepung Kapal Bantuan Libya


Jumaat, 16/07/2010 – Ketua Pelaksana Yayasan Pembangunan Al-Qadafi Yusuf Ridlwan menegaskan, sebanyak 8 buah kapal perang Zionis-Israel mengepung kapal bantuan ke Gaza. Kapal bantuan ini berasal dari Libya. Sukarelawan Libya turut bersama mengikuti konvoi bantuan ke Gaza. PM Zionis-Israel telah mengarahkan agar kapal-kapal dari Libya itu berada berdekatan perairan Gaza.
Kapal dari Libya itu dipercayai mengalami kerosakan teknikal yang kecil. Kerosakan itu disebabkan gangguan pihak tentera Zionis. Seluruh relawan bertegas untuk berlabuh di pelabuhan Gaza walaupun mendapat keizinan untuk berlabuh di Pelabuah el- Arish, Mesir.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Kerajaan Mesir melarang konvoi dari Jordan “al Ansar-1″ dari memasuki wilayah mereka


Jumaat, 16/07/2010 – Kerajaan Mesir pada malam selasa yang lepas (14-7) melarang konvoi dari Jordan (Ansar 1) memasuki pelabuhan laut Mesir (Nuwaiba`) untuk menuju ke Gaza dengan alasan tidak mampu mencapai persetujuan keselamatan.
Menurut Ketua konvoi, yang juga presiden persatuan doktor-doktor haiwan, Abdel Fattah Kilani, pihak berkuasa Mesir telah melarang 138 anggota dari memasuki wilayah mereka. Kilani menjelaskan lagi dalam laporan akhbar bahawa Kementerian Luar Mesir telah berhubung dengan Kementerian Luar Jordan dan meminta mereka senarai nama-nama delegasi yang telah menyertai konvoi tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

14 Julai 2010

Hamas Tiada Masalah Clinton Sebagai Orang Tengah


Rabu , 14/07/2010 -Pemimpin Hamas Dr. Shaleh Bardawil menegaskan pihaknya tidak menentang usaha mantan Presiden Amerika, Bill Clinton sebagai orang tengah untuk menyelesaikan isu pertukaran tahanan. Namun begitu beliau menegaskan bahawa Hamas tidak akan beranjak daripada tuntutannya daripada pertukaran tersebut.
Bardawil mendakwa Zionis Israel telah acapkali menggugurkan/mengenepikan perundingan sebelumnya untuk mendapat kata sepakat dalam isu pertukaran tahanan. Beliau menegaskan kesediaan pihak Hamas untuk menerima mana-mana pihak yang bersedia menjadi orang tengah namun perlu meneruskan perundingan dari noktah mana perundingan tersebut terhenti.
Beliau menjelaskan, “Secara prinsipnya kami tidak menentang peranan orang tengah dari pihak manapun, sama ada dari Clinton atau pihak lain, dalam isu pertukaran tahanan. Apa yang penting orang tengah perlulah memainkan peranan yang neutral terhadap kedua-dua belah pihak. Kami tidak berbicara tentang apa-apa syarat. Apa yang kami tekankan adalah perlunya diteruskan perundingan dari noktah mana perundingan terhenti sebelum digagalkan Netanyahu.”
sumber : COMES
penterjemah : osman

Pelampau Yahudi rancang serbu al-Aqsa setiap hari


Rabu , 14/07/2010 -Yayasan al-Aqsa mengingatkan seluruh rakyat Palestin terdapatnya cubaan pelampau Yahudi yang akan membuat kacau di seluruh kawasan al-Aqsa. Pelampau Yahudi akan masuk melalui pintu-pintu al-Aqsa. Mereka turut menyebarkan risalah-risalah. Pelampau Yahudi menggunakan internet dalam menyebarluaskan aktiviti kebinatangan meraka itu.
Pihak Yayasan AlAqsa dengan tegas berpendirian, masjid al-Aqsa adalah hak kaum muslimin dan non-muslim tidak ada hak walaupun sebesar zarah. Modus operandi pelampau Yahudi ini sama, iaitu memainkan sentiman Arab dan kuil Haikal.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

13 Julai 2010

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki mendermakan 3 tangki air di Gaza.


Selasa, 13/07/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Turki telah mendermakan tiga tangki air di Gaza yang telah dikepung semenjak 4 tahun yang lepas,dan saluran bantuan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk mengubati luka para penduduk Palestin dan mengembalikan mereka kepada kehidupan yang normal.
Persatuan Bulan Sabit Merah Turki telah meneruskan misi kemanusiaanya tanpa henti kepada penduduk Gaza dan telah banyak melancarkan program-program yang bermanfaat untuk penduduk Gaza.Di antaranya ialah membuat kerja-kerja penyelenggeraan dan membaik pulih tangki-tangki air yang telah rosak dan musnah akibat serangan-serangan bersifat jenyah Zionis kepada penduduk Gaza.
Dan berkatanya Pengerusi Bulan Sabit Merah Turki bahawa mereka telah merangka untuk melancarkan enam program untuk penduduk Gaza dan bakal membina tiga lagi tangki air dalam masa terdekat yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti bekalan air kepada penduduk Gaza,sambil mengatakan bahawa program bekalan air tersebut bakal membekalkan air kepada lebih 240 000 penduduk.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  putra duad

Bot-bot bersenjata Zionis tembak bot nelayan di Rafah


Selasa, 13/07/2010 – Beberapa bot yang lengkap bersenjata milik rejim Zionis hari ini mengepung dan melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan Palestin di perairan Rafah, kata sumber tempatan.
Sumber tempatan melaporkan bahawa bot-bot rejim Zionis itu telah mengejar bot-bot nelayan Palestin dan melepaskan tembakan ke arah mereka, tetapi tiada kecederaan dilaporkan. Dua hari lepas, bot-bot bersenjata milik rejim Zionis telah melepaskan tembakan ke arah nelayan-nelayan Gaza sehingga mencederakan Alam Baker yang ketika itu sedang menangkap ikan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

10 Julai 2010

Angka Bunuh Diri Tentera Israel Meningkat


Jumaat, 09/07/2010 – Statistik bunuh diri baru-baru ini menyaksikan peningkatan mendadak di antara tentera Israel dalam beberapa tahun ini.
Majalah terkenal Israel, Yediot Ahronot, mendedahkan bahawa jumlah tentera Israel yang membunuh diri telah meningkat ke tahap yang tidak disangka, sementara pasukan tentera Israel sedang berusaha melaksanakan strategi baru untuk menghadapi masalah.
Majalah itu menambah bahawa 19 orang membunuh diri pada separuh pertama tahun ini dan 21 orang pada tahun lepas dan 30 orang membunuh diri pada dekad lepas. Jumlah tersebut mencapai 35 pada tahun 2005. Tahun-tahun 2006 dan 2007 menyaksikan penurunan statistik bunuh diri apabila jumlah yang membunuh diri tidak melebihi 24 yang membuatkan Israel lebih bimbang.
Angka-angka telah memberi kesan yang besar di antara tentera yang telah menyiapkan rangkaian program untuk membolehkan para tentera untuk menghadapi situasi yang tidak stabil dan gangguan psikologi daripada askar banyak yang menderita.
Yediot Ahronot menggambarkan pihak tentera telah mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ahlinya dan pegawainya yang dibenarkan untuk membawa senjata mereka ke rumah. Sementara itu, sumber tentera berkata bahawa penyiasatan intensif telah dilakukan menunjukkan bahawa insiden membunuh diri tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan tentera mereka dan bahawa angka ini mungkin tidak berhenti pada tahap ini.
“Kes ini telah menjadi sangat sensitif, dan akan dipantau dengan terperinci,” Sebuah sumber rasmi di ketenteraan memberitahu. “Kami mengadakan banyak perbincangan tentang masalah ini, dan setiap kes diselidiki dengan dalam dan terang keadaan sekitarnya dan kami akan terus bekerja pada ini ..” sumber itu menambah.
Rujukan:Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

08 Julai 2010

Tentera Rejim Israel mencederakan jurugambar, 3 yang lain dalam demonstrasi aman di Beit Jala


Rabu , 07/07/2010 -Tentera Rejim Israel hari ini melepaskan bom gas di demonstrasi aman di Bait Jala yang mencederakan seorang jurufoto dan tiga yang lain.
Sumber tempatan melaporkan bahawa Mahmoud Alian adalah jurufoto yang bekerja dengan akhbar Al-Qudes ditembak dengan bom gas di kepalanya, manakala tiga yang lain mengalami sesak nafas semasa mereka menyertai demonstrasi.
Amar Abu Naser, penyelaras Jawatankuasa Kebangsaan untuk Menentang Tembok Apartheid, mengatakan bahawa pertempuran terjadi di daerah Krimzan di Bait Jala, beliau menyatakan bahawa mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital.
 
Rujukan: Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

3 Kanak-kanak Cedera Parah Akibat Bom Ranjau Meletup


Rabu , 07/07/2010 -Tiga kanak-kanak Palestin menderita luka parah hari ini selepas sebuah bom ranjau meletup di bandar Bait Hanoon, utara Jalur Gaza.
Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Al-Shefa, Dr Muawiya Hassanein, berkata bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Kamal Odwan untuk menerima rawatan lanjut, menambah bahawa keadaan mereka yang terkawal.
Israel telah meninggalkan sejumlah bom ranjau di bawah runtuhan rumah-rumah hancur dalam perang Gaza yang lalu. Beberapa dari mereka dijumpai dan meletup oleh Jabatan Dalam Negeri di Gaza, tetapi yang lain masih tertanam di dalam tanah.
 
Rujukan: Palestinkini.info
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   ameen

04 Julai 2010

Penduduk Gaza meminta supaya dikembalikan bekalan air dan kuasa elektrik


Jumaat, 02/07/2010 -Para penduduk Gaza telah membuat satu desakkan terhadap Negara-Negara Arab Islam dan Dunia Bebas dan juga kepada sesiapa jua yang mempunyai hati dan perasaan supaya mengambil tindakan untuk mengembalikan semula bekalan air dan kuasa elektrik yang telah dipotong secara berterusan semenjak seminggu yang lepas sambil menekankan bahawa bekalan air dan elektrik tersebut hanya akan wujud untuk beberapa jam sahaja yang mana sememangnya tidak mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan seharian.
Berdasarkan laporan daripada salah satu stesyen radio tempatan mengatakan bahawa laungan salah seorang penduduk di situ yang sudah hampir serak suaranya jelas kedengaran kerana mengadu mengatakan bahawa bekalan air tidak sampai ke rumahnya dan tidak sampai ke perumahan kawasan kejirananya semenjak lebih dari empat hari dan mengatakan lalat,nyamuk dan bermacam jenis serangga telah menghurungi rumahnya dan kawasan kejirananya kerana kotor dan air pula tiada untuk membersihkanya.
Begitu juga seorang penduduk yang lain yang hanya ingin dikenali sebagai Ummu Muhammad mengadu bahawa bekalan elektrik tidak sampai ke rumahnya dan jikalau ada pun hanya untuk beberapa jam sahaja dan keadaan tersebut kadang-kadang boleh berlaku sepanjang malam dan telah berlarutan semenjak empat bulan lebih.

rujukan: Palestinkini.info
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  putra duad

Turki melarang ruang udara digunakan oleh rejim Zionis.


Jumaat, 02/07/2010 -Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan Turki telah melaksanakan larangan kemasukan pesawat tentera Israel dalam ruang udaranya sejak tentera Israel menyerang konvoi kapal bantuan keamanan yang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza sehingga meragut sembilan nyawa warga Turki dan mencederakan ramai yang lain.
Erdogan membenarkan kenyataan tersebut sebagai respon terhadap laporan pesawat yang membawa pegawai Israel ke Poland untuk melawat Auschwitz terpaksa mengubah haluan selepas Turki menolak untuk membenarkan mereka memasuki ruang udara Turki.
Menurut sumber terbaru media Israel, Erdogan mengatakan ia akan menutup ruang udara Turki terhadap pesawat tentera Israel dan ini merupakan langkah praktikal pertama yang diambil oleh Ankara terhadap Israel sejak memanggil pulang duta besar mereka.

rujukan: Palestinkini.info 
sumber : The Palestine Telegraph 
penterjemah : hijjaz

01 Julai 2010

Firma satelit memotong siaran-siaran TV Hamas ke Eropah

Rabu, 30/06/2010 -Sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Gaza, telah dituduh menghasut/mengapi-apikan kebencian terhadap orang Yahudi dan Israel, lalu siarannya ke Eropah dimatikan, firma satelit Eutelsat berkata pada hari Jumaat.
Eutelsat yang berpangkalan di Paris berkata bahawa pelanggannya Noorsat, pengendali yang mengurus penyiaran TV Al-Aqsa untuk/ke bahagian-bahagian Eropah dan seluruh/serata Timur Tengah, telah memotong isyarat satelit pada hari Khamis.
Memberikan reaksi terhadap langkah itu/tersebut, pengarah Al-Aqsa Hazem al-Charawi mengatakan: “Pertarungan guaman baru sahaja dimulakan dan kami bertekad untuk mengejarkannya/meneruskannya.” Dia memberitahu sebuah sidang berita di Bandar Gaza pada lewat hari Khamis bahawa penutupan siarannya ke Eropah sebanding “ satu lagi lapisan sekatan Gaza yang dikenakan oleh lobi Zionis dengan bantuan Perancis.”

rujukan: Palestinkini.info
sumber : Yahoo! News
penterjemah :  yusra

(Terkini) Pesawat rejim Zionis bunuh seorang warga Palestin.


Rabu, 30/06/2010 -Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Isnin bahawa seorang warganya terbunuh dan lain-lain cedera ketika diserang oleh Tentera Udara Israel Al sekitar Shujaeyya timur Kota Gaza.
Serangan itu tampaknya dilakukan oleh pesawat tanpa juruterbang, dan langsung diikuti dengan peluru meriam. Warga yang dibunuh dikenalpasti sebagai Bassam Badwan,, 29 sementara warga lain terluka. Badwan meninggal karena luka-lukanya selepas kakinya putus dari tubuhnya dan kerana luka yang banyak di bahagian-bahagian tubuh lain

rujukan: Palestinkini.info
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  farah

28 Jun 2010

Israel Kebal Undang-Undang?


June 27, 2010
Ramallah, Tebing Barat (IPS),24 Jun – “Di mana ayahku? Mengapa dia tidak pulang? Aku mahu ayahku,” isakan Yasmin tujuh tahun, mata besar birunya bergenang dengan air mata. Dia bangun setiap malam menangis.
“Hidup saya hanya bermula apabila saya bertemu dengannya. Aku tidak akan pernah bertemu seperti lelaki yang luar biasa lagi,” jelas ibu Yasmin, Moira Julani kepada IPS.
Walaupun hanya statistik untuk Israel, sebuah lagi keluarga Palestin telah musnah. Warga negara AS, Hannah 17 tahun, Mirage 15 tahun dan Yasmin tujuh tahun kini yatim. Mantan penduduk Texas Moira, dahulu Reynolds, yang meninggalkan AS 17 tahun lalu untuk memulakan hidup baru bersama suaminya di Baitulmuqaddis, telah kehilangan suami tercinta.
Dua minggu yang lalu Ziad Julani 41 tahun dari Baitulmuqaddis Timur ditembak beberapa kali dalam jarak dekat di bahagian kepala dan perut oleh pasukan gerak khas Israel ketika dia terbaring atas tanah dengan luka di bahagian perutnya. Ambulans membawanya yang luka parah ke rumah sakit tapi dia meninggal tak lama selepas itu.
Tentera Israel menuduh Ziad dari sengaja cuba untuk melarikan diri dari beberapa orang tentera semasa mereka meronda di jalan.
Bagaimanapun, menurut saksi yang melihat kejadian tersebut berkata bahawa kereta Julani membelok sedikit ketika cermin depan keretanya terkena batu, tanpa ia sedar bahawa ia terperangkap di tengah-tengah pertembungan antara pemuda-pemuda pelontar-batu Palestin dan tentera-tentera Israel.
Dua orang tentera mendapat luka ringan, dan dua orang rakan mereka menembak ke arah kereta Julani, mengenai bahunya. Julani panik kemudian memandu kea rah lain untuk menyelamatkan diri sehingga bertemu jalan mati.
Menurut kesaksian yang dikumpulkan oleh Pusat untuk Sosial dan Hak Ekonomi Baitulmuqaddis, Julani kemudian keluar dari keretanya. Dia ditembak lagi beberapa kali oleh empat pasukan gerak khas polis yang mengejarnya, sebelum ia rebah ke tanah.
Salah seorang polis kemudian menghampirinya dan menembaknya lagi yang telah terluka parah dari jarak dekat di kedua sisi kepala dan di perut sebelum menendangnya.
Saksi yang berusaha membantu Julani dipukul kembali dengan cota (club), salah seorang daripada mereka menerima 20 jahitan di kepala. Manakala yang lain-lain luka-luka, termasuk seorang gadis lima tahun, ketika polis dan tentera menembak mereka dengan peluru getah bersadur keluli.
Para pegawai Israel menuduh Ziad daripada cuba untuk memperbuat “serangan pengganas” serta mempunyai rekod “jenayah.”
“Ziad dikasari oleh tentera Israel sebulan yang lalu ketika dia cuba untuk solat di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis. Dia ditahan sementara selama beberapa jam, kemudian dilepaskan, tetapi tidak ada dakwaan telah dikenakan. Mungkin salah satu daripada askar mempunyai dendam terhadap suami saya, “kata Julani kepada IPS.
“Dia tidak terlibat dalam politik dan tidak bergabung dengan kumpulan politik. Dia seorang lelaki baik dengan latar belakang kosmopolitan yang tinggal di Switzerland di zaman kanak-kanak dan kemudian belajar di bidang farmasi di AS.”
“Pada pagi hari dia dibunuh ia pergi untuk solat di Al-Aqsa dan kemudian telah merancang untuk membawa keluarganya berkelah di Laut Mati.”
Kemarahan dan kebencian Israel Judaisasi di bahagian timur bandar terhadap Penduduk Jerusalem Timur semakin meningkat, mereka memusnahkan rumah orang Palestin, dan menghalau keluarga Palestin ke luar untuk membolehkan mereka membina penempatan bagi penduduk haram Israel.
Dalam ketegangan yang meningkat beberapa orang Palestin telah melakukan serangan terhadap warga Israel di Baitulmuqaddis Barat menggunakan kenderaan dan jentolak, membunuh dan mencederakan beberapa orang.
Pihak berkuasa Israel telah menggunakan insiden ini untuk menegaskan “pembelaan diri” dalam peningkatan jumlah kes di mana warga Palestin tanpa senjata telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel dari jarak dekat walaupun tidak memberikan ancaman.
Pada awal tahun berlakunya penggelapan (blackout) media, tahanan rumah dikenakan ke atas wartawan Israel Anat Kamm selepas dia secara senyap menyalin dokumen rahsia Pasukan Pertahan Israel (IDF) saat ia menjalankan perkhidmatan ketenteraan.
Dokumen tersebut menjelaskan pelanggaran terhadap keputusan mahkamah tinggi Israel, bagaimana pasukan Israel membunuh aktivis-aktivis Palestin, sebahagian mereka tidak bersenjata, bukannya sekadar hanya menangkap mereka. Kamm telah dituduh melakukan pengkhianatan.
IPS telah melaporkan sejumlah kes di mana pemuda-pemuda Palestin di Tebing Barat mati akibat ditembak di belakang dan di kepala. IDF awalnya mereka mendakwa telah menggunakan peluru tidak mematikan, dan bertindak dalam “membela diri” setelah mereka “diserang.”
Kemudian, penyelidikan tentera mengakui bahawa peluru hidup digunakan dan dalam beberapa kes para askar yang terlibat telah menggunakan “kekerasan berlebihan.”
Turki menjalankan autopsi terhadap sembilan aktivis yang ditembak mati di Mavi Marmara kerana cuba untuk memberikan bantuan ke Gaza beberapa minggu yang lalu juga menunjukkan bahawa jumlah korban yang mati ditembak beberapa kali di kepala dari jarak dekat sebagai sebahagian daripada dasar Israel “pastikan mati”.
Pasukan keselamatan Israel telah menjadi terbiasa kebal undang-undang (impuniti) ketika melakukan pembunuhan ke atas warga Palestin dalam situasi yang meragukan.
“Kami mahu siasatan bebas ke atas pembunuhan suami saya. Kami tidak mahu pasukan keselamatan Israel menyiasat sendiri,” kata Julani.
Sejak penembakan Zia pegawai keselamatan Israel telah menangkap saksi yang merakam kejadian pembunuhan dan peralatan rakaman mereka disita. Rakaman kamera jalanan juga telah dihapuskan.
Oleh: Mel Frykberg (ipsn)
rujukan dari: haluanpalestin.haluan.org.my