Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

03 Mei 2011

Jangan Pernah Berhenti Berbuat Baik!





Kisah Benar  ini Fakir ambil dari sebuah email saudara kita dari Indonesia, ianya amat menarik untuk kita membacanya, Fakir telah pun sunting ke dalam bahasa Malaysia; begini ceritanya....

Suatu hari, seorang budak lelaki miskin yang hidup dari menjual asongan (gendongan) dari  pintu ke pintu, mendapati bahawa di dalam poketnya hanya terdapat beberapa sen sahaja yang berbaki, dan dia berasa amat lapar.

Budak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah berikutnya. Akan tetapi anak itu hilang keberanian disaat seorang wanita muda membuka pintu rumah. Anak itu tidak jadi meminta makanan, ia hanya berani meminta segelas air.

Wanita muda tersebut melihat, dan berfikir bahawa budak lelaki tersebut tentunya lapar, oleh kerana itu ia segera membawa segelas besar susu. Budak lelaki itu meminumnya dengan lambat, dan kemudian bertanya, "berapa saya harus membayar untuk segelas besar susu ini?"
Wanita itu menjawab: "Kamu tidak perlu membayar apapun". "Ibu kami mengajarkan kami untuk tidak menerima bayaran demi sebuah kebaikan"kata wanita itu menambah.
Budak lelaki itu kemudian menghabiskan susunya dan berkata :" Dari dalam hatiku aku berterima kasih pada anda."

Setelah berbelas tahun kemudian, wanita muda tersebut mengalami sakit yang sangat kronik. Para doktor di bandar itu sudah tidak sanggup menanganinya. Mereka akhirnya menghantarnya ke bandar besar, dimana terdapat doktor pakar yang mampu menangani penyakit berat tersebut.


Dr. Howard Kelly dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Pada waktu beliau mendengar nama bandar asal si wanita tersebut, terpamir seberkas pancaran aneh pada mata doktor Kelly. Segera beliau bangun dan bergegas turun melalui dewan hospital, menuju ke wad si wanita tersebut.

Dengan berpakaian lengkap kedoktoran beliau menemui wanita tersebut. Beliau langsung mengenali wanita itu pada sekali pandang. Beliau kemudian kembali ke ruang konsultasi dan memutuskan untuk melakukan usaha terbaik demi menyelamatkan nyawa wanita itu. Mulai hari itu, beliau selalu memberikan perhatian khusus pada kes penyakit wanita itu.

Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya beroleh kejayaan.. . Wanita itu sembuh !!. Dr. Kelly meminta bahagian kewangan hospital tersebut  untuk mengirimkan seluruh bil pembiayaan perubatan wanita itu kepadanya.

Dr. Kelly melihatnya dan menuliskan sesuatu pada sudut atas lembaran bil, dan kemudian mengirimkannya ke wad pesakit. Wanita itu takut untuk membuka lipatan bil tersebut, dia sangat yakin bahawa tidak akan mampu membayar jumlah bil tersebut walaupun harus ditanggung seumur hidupnya.

Akhirnya dia memberanikan diri untuk membaca isi kandungan bil tersebut, dan ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada sudut atas lembaran bil tersebut. Dia membaca tulisan yang berbunyi..
"Telah langsai dibayar  dengan segelas besar susu.." tertanda, Dr. Howard Kelly.
Airmata kesyukuran membanjiri matanya. Dia berdoa: "Tuhan, terimakasih, sesungguhnya cintamu telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia."

02 Mei 2011

Seni Silat Kuntau Melayu Tingkatkan Disiplin Diri

logo Pertubuhan Gerak Seni Silat Kuntau Melayu / Tomoi  Malaysia

Guru Utama / Pengasas - Ayahanda Zainon Ayob
KUAH - Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri tradisional yang tidak pernah lapuk di telan zaman dan masih mempunyai pengikut tersendiri sehingga kini. 
Persatuan Silat Kuntau Sungai Mengulu, Langkawi mengadakan acara mandi minyak menandakan tamatnya latihan peringkat pertama bagi setiap ahlinya baru-baru ini.

Upacara mandi minyak ini turut dimeriahkan dengan kehadiran persatuan silat dari sekitar Kedah.

Persatuan Silat Kuntau Sungai Mengulu ditubuhkan pada Ogos 2010 dan bergerak secara rasmi sekitar empat bulan lalu. Malah, ini merupakan upacara mandi minyak pertama yang diadakan.

Sejarah silat kuntau Melayu 
Ketua Guru Persatuan Silat Kuntau Malaysia, Zainon Ayob, 64, berkata, beliau mengasaskan Persatuan Silat Kuntau Melayu sekitar 30 tahun lalu di Kampung Kubur Panjang, Kedah.

“Kini ia menjadi salah satu persatuan seni silat terkemuka dan mempunyai hingga 30,000 ahli di seluruh semenanjung Malaysia khususnya.” katanya.

Persatuan Seni Silat Kuntau mempunyai cawangan di hampir semua negeri di semenanjung Malaysia dan Kedah dan Selangor mempunyai cawangan yang paling banyak iaitu sekitar tujuh hingga lapan cawangan.

Malah, semua sembilan anak termasuk anak bongsunya, Aqasha Idris Shah, 5, mempelajari seni silat kuntau Melayu daripadanya sejak kecil.

Acara mandi minyak tamat latihan 

Menurut Zainon atau dikenali dengan panggilan ayahanda dalam kalangan anak muridnya, upacara mandi minyak itu adalah salah satu titik permulaan dan pelengkap segala ilmu yang dipelajari dalam seni mempertahankan diri silat kuntau khususnya.

“Setiap ahli yang tamat latihan pertama akan menjalani upacara mandi minyak, di mana minyak ini dibacakan doa tertentu sebagai tanda tamat latihan peringkat pertama,”

Seni mempertahankan diri silat kuntau ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat pertama memakai tali pinggang putih, kedua memakai tali pinggang kuning dan peringkat ketiga memakai tali pinggang merah sebelum tamat latihan sepenuhnya dan memakai tali pinggang hitam.

Bagaimanapun, Zainon berkata, hanya beliau seorang sahaja memiliki tali pinggang hitam dan hanya beberapa orang memiliki tali pinggang merah di dalam Persatuan Silat Kuntau Malaysia.

Ahli baru memegang tali pinggang putih dan perlu menjalani latihan yang dibahagikan kepada tujuh peringkat sebelum mendapat tali pinggang kuning dan menjalani latihan di peringkat kedua.

“Ahli yang berada di peringkat pertama perlu menjalani upacara mandi minyak sebanyak tujuh kali sebelum latihan peringkat pertama selesai.” katanya kepada Sinar Harian.

Belajar silat untuk lawan perompak 

Menceritakan kembali pengalaman mempelajari seni silat kuntau, Zainon berkata, beliau mula belajar seni mempertahankan diri ini ketika berumur 20 tahun dari seorang pengembara dari Pattani.

Tok guru kepada Zainon yang dikenali sebagai Tok Ayah Ismail adalah pengembara dari Pattani yang menuntut ilmu agama di sebuah pondok agama di Kepulauan Jawa.

Tok Ayah Ismail melalui Tanah Melayu untuk pulang ke Pattani sebelum bertemu dengan Zainon di Kampung Tobir, Kedah dan mempelajari seni silat kuntau selama dua tahun dengannya.

Zainon berkata, Tok Ayah Ismail menceritakan kepadanya sebab utama beliau mempelajari seni silat kuntau ialah kerana ingin melawan perompak semasa belajar di Kepulauan Jawa.

Silat jadi teras disiplin diri 

 Zainon berkata, silat kuntau tidak mempunyai pantang larang tertentu, kerana perkara yang wajib diikuti oleh semua ahli ialah menuruti perintah agama dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. 

Setiap ahli wanita juga diwajibkan memakai tudung dan setiap ahli lelaki dilarang memakai sebarang aksesori termasuk rantai leher dan rantai tangan yang menyalahi hukum syarak, kerana perbuatan menyerupai wanita adalah haram di sisi agama Islam.

Zainon menetapkan setiap ahli perlu mendisiplinkan diri dan seni silat salah satu cara yang berkesan.



celoteh fakir: Ayahanda Zainon adalah seorang guru yang sangat-sangat Fakir hormati. Sehingga kini Fakir masih menerima tunjuk ajar dan nasihat dari beliau. Sesungguhnya beliau seorang guru yang benar-benar berwibawa. Bagi fakir beliau seorang yang benar-benar memahami setiap hati dan permasalahan murid-muridnya. Memang benar setiap nasihat dan pandangan beliau amat menekankan akan perintah agama dan mahukan setiap muridnya utamakan kewajiban beragama dalam kehidupan seharian.


hanya sumber artikel  dari: Sinar Harian


Facebook Seni Silat Kuntau