Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

24 Mei 2019

PEDOMAN UNTUK BELAJAR MEMAHAMI ALLAH




Assalamualaikum, mencelah sebentar semoga ada manafaat untuk kita semua sepanjang menempuh bulan mulia ini... InsyaAllah. Sengaja fakir masukkan hanya 13 kata-kata hikmah ini untuk dikongsi bersama...

JADIKAN 13 PERKARA INI PEDOMAN HIDUP JIKA BENAR-BENAR MAHU KENAL DAN BERSAMA ALLAH.....

1. Kosongkan hati dalam berbagai keinginan, kosongkan fikiran dari khayalan dan lamunan, kerana dalam kekosongan itu terkumpul segala kenikmatan.


2. Untuk mendapatkan apa yang kamu cintai, kamu mestilah terlebih dulu bersabar dengan apa yang kamu benci.

3. Ada orang, masa susah sahaja baru dia ingat kepada Allah swt. Masa ada sesuatu hajat, baru dia mencari Allah swt. Semasa dia kaya, semasa dia ceria, dia lupa pada Allah swt, malah bongkak pula kepada Allah swt. Siapakah antara kita yang berusaha yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah swt? Atau sebenarnya kita ini, langsung tidak merasakan keterikatan kita dengan Allah swt? Adakah kita nampak, Allah swt itu di Masjid sahaja? Adakah di Masjid sahaja kita baru sibuk menjaga hubungan kita dengan Allah? Bagaimana di pejabat? Bagaimana di sekolah? Bagaimana di tempat anda berada sekarang? Adakah anda merasai keterikatan anda dengan Allah swt? Hubungan dengan Allah swt ini, adalah hubungan yang unik. Hal ini kerana kita berhubungan dengan Allah yang ghaib dari pandangan kita. Tetapi untuk manusia yang beriman dia akan sentiasa merasakan bahawa Allah swt itu amat dekat dengannya. “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Surah Qaaf ayat 16). Hatta, yang kita bisikkan dalam hati pun Allah mengetahuinya.

4. Wahai hamba! Kedekatan di dalam solat itu adalah di dalam sujud, dan kedekatan dalam berzikir itu apabila tunduk hati mu khusyuk terhadapNya. Kedekatan itu menghampiri mu ketika kamu taat dan patuh kepadaNya. Kedekatan itu hampir kepadamu apabila engkau mengakui dosa dan salah mu di hadapan Allah dan kamu segera bertaubat dan beristighfar. Kedekatan itu adalah ketika engkau membuang syirik dari hati mu yakni engkau melihat Allah yg menjadikan mu dan barang yang engkau perbuatkan. Wahai hamba! Engkau akan diuji dengan kenikmatan kelapangan, kesusahan dan kesempitan, ini adalah ibarat batu pengasah kepada pisau. Pisau akan bertambah tajam apabila diasah. Hendaklah hatimu itu semakin hampir kepada Allah apabila diuji dengan nikmat atau pun dalam keadaan kamu diuji dengan kesusahan. Berbaik sangkalah kamu terhadap Allah, Allah mengikuti sangkaan mu terhadapNya. Telanlah ubat itu biarpun pahit, bersabarlah dengan pahitnya ubat itu, kerana ia adalah doktor pakar yg mengetahui hal keadaan pesakitnya, Dialah Allah Yang Maha Mengetahui hal keadaan mu dan pilihanNya keatas mu itu adalah sebaik baik pilihan, biarpun engkau masih tidak dapat melihat di manakah kebaikan itu.

5. Ilmu itu cahaya daripada Allah, memancar ke luar melahirkan 'amal', memancar ke dlm melahirkan ‘iman'.

6. Jangan patahkan sayap burung dan mengharapnya terbang. Jangan patahkan hati dan mengharap nya bercinta. Jangan kecewakan jiwa dan mengharapnya gembira. Jangan melihat keburukan orang dan mengharap orang melihat kebaikan kamu. Jangan menghukum orang dan mengharap orang memihakkan kamu. Jangan bermain api dan mengharap tidak terbakar diri. Hidup ini adalah perjalanan yang perlu bertolak ansur. Kamu tidak seharusnya mengharap hanya kebaikan dan menolak keburukan semata. Adakah benar ianya berlaku? Ya! Tapi jangan biarkan ia menjadi alasan untuk terus melakukannya walaupun kamu tahu ianya salah. Adalah tidak adil bagi kamu menyalahkan kehidupan mu tentang apa yang berlaku. Hanya kamu yang tidak berhati-hati dan berfikir.

7. Dosa orang awam adalah memandang dosa zahir batin dan bermaksiat. Dosa orang khawas adalah lalai hati dari ingat Allah. Dosa orang khawas al khawas nampak dan memandang wujud lain selain Allah.

8. Jika manusia tidak buat kesilapan, maka sifat Tuhan pun tidak akan sempurna. Atas kesilapan manusia, maka Dia namakan diriNya Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Manusia tidak boleh sempurna seperti Tuhan, maka sempurnanya manusia itu ditakdirkan antara berbuat salah dan betul. Tetapi kesalahan manusia itu harus ditebus dengan taubat kemudian barulah manusia dikatakan manusia berbuat yang betul (tukarkan yang buruk kepada yang baik).

9. Org yg selalu menghadapkan hati dan fikirannya kepada Allah Yang Maha Tinggi dan terus menerus berusaha membersihkan hatinya dari berbagai kotoran yang datang setiap saat, nescaya hatinya akan bersinar cemerlang dengan Cahaya Ilahi. Hatinya memantulkan serta memancarkan Nur (Cahaya) Ilahi yang diterimanya menerangi kehidupan serta lingkungan tempat dia berada. Namun org yg memalingkan hati dan fikirannya dari menghadap Allah, dan membiarkan berbagai kotoran bertumpuk menutupi hatinya, tidak akan pernah mendapat Cahaya Ilahi. Hatinya gelap pekat demikian pula hidupnya berada dalam kegelapan dan ketidakpastian, ia tidak mampu menerangi dirinya sendiri apalagi menerangi lingkungan hidupnya

10. Apakah Allah dapat dipandang dan dapat ditilik. Allah dapat dirasa, Allah dapat dipandang dan Allah dapat ditiliki dengan senyata nyatanya oleh hati-hati Mukmin dari mereka mereka yg bermata 'basirah' (melalui pandangan mata hati yang halus). Seumpama sifat angin, angin itu tidak nampak untuk dipandang dan tidak nampak untuk dilihat tetapi ternyata ianya dapat dirasa dan dapat dinikmati dengan perasaan. Melihat Allah tidak dapat hendak diukir melalui lukisan, tidak dapat hendak digambar dengan perkataan. Cara melihat Allah itu, tidak memerlukan kepada dalil dan tidak memerlukan apa-apa bukti. Orang mengenal Allah itu, tidak boleh membuat dalil dan tidak dapat mendatangkan bukti. Melainkan Orang Makrifat itu sendiri sahaja yang tahu, yang dapat memahami dan merasai. Tidak ada bahasa hendak diucap dan tidak ada perkataan untuk dilafazkan, tentang cara mana Allah itu dapat dilihat, bagaimana Allah itu dapat dipandang, dan dirasa oleh mata hati. Perkara melihat Allah adalah perkara rasa, bukan perkara yang melalui pancaindera mata kasar. Hanya bagi mereka yang menikmati sahaja yang merasainya.

11. Yang dimaksudkan dengan 'Mati sebelum Mati' itu adalah membunuh, mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan yang ada pada diri kita itu. Buangkan nafsu ini kerana ia 'menghijabkan' hati dari Allah. 'Diri' itu dimaksudkan ego atau nafsu amarah yang dipergodakan oleh syaitan. Antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada 'diri'nya ialah ia ada sifat-sifat: Takabur, Sombong, Hasad Dengki, Tamak Haloba, Mementing diri sendiri, Ujub, Riya’, Kasih pada yang lain dari Allah, Takutnya kepada yang lain dari Allah melebihi takutnya kepada Allah. Setelah 'diri' telah dimatikan, maka timbullah Allah sebagai gantinya. Berdiri dan nyata Allah dalam hati dan perasaan seseorang itu. Teguh dan nyata lah berdiri Allah dalam sanubarinya dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Esa. Tiada lain yang dinampakkan kecuali Allah sahaja. Nyata terdirilah Allah padanya dan dinafikan nya yang lain.

12. Seorang asing bertanya kepada seorang Pengemis Hina: “Allah itu tidak ada misalan atau serupa dengan sesuatu, bagaimana engkau dapat melihat dan sampai kepada Allah?”. Jawab 'Pengemis Hina: “Dalam setiap ciptaan, wujud tanda-tanda adanya Pencipta juga Kuasa, Ilmu dan Kehendak Pencipta. Kalau engkau tidak nampak ini, engkau buta. Buat apa engkau habiskan masa untuk berzikir 'Allah Allah Allah', letih lidahmu menyebut, sedangkan hatimu masih buta?”

13. DAN Indahnya Sujud bilamana kamu berbisik di bumi namun kedengaran di Syurga.



اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ


SUMBER / RUJUKAN:
http://kalimah-kalimah-suci.blogspot.com/

19 April 2019

Dimanakah nilai ketenangan dan damainya hati kita?



      Menderita adalah hal yang paling dihindari oleh manusia. Dan kebahagiaan merupakan dambaan setiap insan. Penderitaan sebagai raut kesedihan mewakili banyaknya masalah hidup yang terjadi. Sedangkan kebahagiaan adalah wajah kedamaian dan ketenangan dalam jiwa seseorang. Jadilah kehidupan ini sebagai pergelutan menghidari penderitaan, dan mencari kebahagiaan.

Kebahagiaan juga merupakan kualiti keadaan fikiran atau perasaan yang diisi dengan kesenangan, cinta, kepuasan, kenikmatan, atau kegembiraan. Sedangkan penderitaan adalah kelompok negatifnya perasaan dan fikiran yang mengganggu kedamaian jiwa. Para filsuf dan pemikir agama telah sering mendefinisikan kebahagiaan dalam kaitan dengan kehidupan yang baik dan tidak hanya sekadar sebagai suatu emosi.

Fakir dan sahabat-sahabat semua pasti ingin merengkuh kebahagiaan. Bukankah itu salah satu alasan mengapa kita masih terus hidup hingga saat ini. namun kenyataannya kebahagiaan itu datang dan pergi begitu cepat. sifatnya hanya sementara waktu.Pagi kita bahagia, berkemungkinan dikala petang kita dirundung derita dan kesedihan
Tapi apakah benar bahagia tidak mampu kekal dalam hidup ini?, tentu itu sangat tergantung dengan cara kita menghadapi hidup ini. hidup ini pilihan, jika kita memilih jalan kebenaran, bahagialah yang dicapai, namun jalan salah yang kita pilih maka sengsaralah yang diperolehi.

Menurut penelitian oleh David B Larson dan pasukannya dari the American National Health Research Center [Pusat Penelitian Kesehatan Nasional Amerika], perbandingan antara orang Amerika yang taat dan yang tidak taat beragama telah menunjukkan hasil yang sangat mengejutkan. Sebagai contoh, dibandingkan mereka yang sedikit atau tidak memiliki keyakinan agama, orang yang taat beragama menderita penyakit jantung 60% lebih sedikit, tingkat bunuh diri 100% lebih rendah, menderita tekanan darah tinggi dengan tingkat yang jauh lebih rendah, dan angka perbandingan ini adalah 7:1 di antara para perokok.

Ibadah dan keimanan kepada Allah memiliki lebih banyak pengaruh baik pada kesihatan manusia daripada keimanan kepada apa pun yang lain.
Dalam sebuah pengkajian yang diterbitkan dalam International Journal of Psychiatry in Medicine, sebuah sumber ilmiah penting di dunia kedoktoran, dilaporkan bahawa orang yang mengaku dirinya tidak berkeyakinan agama menjadi lebih sering sakit dan mempunyai masa hidup lebih pendek. Menurut hasil penelitian tersebut, mereka yang tidak beragama berpeluang dua kali lebih besar menderita penyakit usus-lambung daripada mereka yang beragama, dan tingkat kematian mereka akibat penyakit pernafasan 66% lebih tinggi daripada mereka yang beragama.

Ayuh kita renungkan firman Allah ini - Allah berfirman, “ Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (al-An’am(6):32).

Mereka lalai akan perintah Allah, diakibatkan oleh kesenangan dunia. Allah berfirman,” Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas.(al-Baqarah(2):112).

Terdapat banyak masalah yang tiada jalan keluar(mungkin tiada penyelesaian yang cepat).Kita selalu ingin hidup bahagia di dunia ini seolah-olah seperti di syurga, mempunyai kehidupan yang mudah, serta tidak mempunyai masalah. Hidup aman dan dijauhi sebarang perkara buruk.

Tetapi keinginan kita untuk mengecap kebahagian sempurna dan sejati tidak akan menjadi kenyataan dalam kehidupan ini, kerana itu bukanlah tujuan hidup ini.

Selagi kita wujud di dunia ini, jangan terkejut dengan hadirnya kesedihan.
— Ibn Ata Allah al-Iskandari

Allah, Segala Puji-pujian kepada-Nya, Yang menciptakan makhluk untuk menyembah-Nya, dan itulah tujuan mereka, seperti yang Dia katakan: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah Aku” [Quran 51:56]. 

Sudah jelas bahawa penghambaan dan ibadah yang sempurna yang diperlukan manusia tidak dapat dicapai di Rumah Kebahagiaan [Syurga], tetapi hanya dapat dicapai di rumah penderitaan dan ujian.
— Ibn al-Qayyim

Kehidupan dunia diciptakan sebagai tempat ujian. Orang bijaksana harus membiasakan dirinya dengan penuh kesabaran.
— Ibn al-Jawzi

Kita ingin melepaskan diri di dunia ini daripada semua kegelisahan dan kekecewaan serta kesulitan yang sedikit. Kita bercita-cita hidup dalam dunia yang penuh kedamaian dan sempurna. Tetapi kemahuan ini adalah silap dan tidak mungkin dicapai di dunia ini.Sekalipun kita memperoleh kekayaan yang hebat,memiliki rumah yang besar, dan mencari pasangan hidup yang jelita. Percayalah semua itu bukanlah kekal dalam hidup ini. Semua kegembiraan ini pasti akan hilang dalam masa beberapa hari. Maka dikala itu masalah akan mula kembali menghantui kita.

Disinilah pentingnya muhasabah diri. Merenung kembali sedalam-dalamnya setiap apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita sehari-hari. Pasti kita akan ketemu jawapannya disitu.

Jangan mudah termakan dan mengalah dengan situasi buruk serta kata-kata yang negatif daripada orang lain. Tidak ada seorang pun yang mampu meneka dengan pasti apa dalam hati kita. Bahkan kadangkala kita pun tidak dapat memahami apa yang ada didalam hati kita sendiri. Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Oleh itu pekakkan telinga terhadap kata-kata negatif terhadap kita. Jadilah diri kita sendiri, kerana yang lebih memahami diri kita adalah diri sendiri.

Penyucian dan pembersihan jiwa memerlukan rawatan yang sifatnya rohaniah. Kekuatan dalaman diri manusia menjadi sesuatu yang paling utama untuk diperkukuhkan supaya kekuatan rohaniah menjadikan asbab semakin dekat dan hampir kepada ALLAH SWT.

Ia selari dengan maksud hadis Rasulullah SAW mengisahkan dalam diri manusia ada seketul daging. Baik daging itu baiklah diri manusia dan begitu juga jika sebaliknya berlaku. Baik dan tidak baik merujuk kepada akhlak manusia yang merupakan natijah daripada pekerjaan hati.

Hati manusia mudah tercemar dengan runtunan hawa nafsu dan hasutan syaitan dan iblis. Ia menyebabkan manusia hilang fitrah diri dan hatinya cenderung kepada perkara-perkara yang mungkar. Tumpuan yang menjadi pertimbangan dalam hidup ialah kepuasan zahiri bukannya batini. Ia menyebabkan gelagat manusia tidak lagi makruf dan berada dalam keadaan berdosa.

Sifat-sifat terpuji disandarkan kepada keyakinan yang tinggi terhadap kehadiran Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Itulah kayu ukur atau pedoman terbaik menjadikan manusia insaf dan sentiasa bergantung harap dan redha dengan segala ketentuanNYA.

Pada pemikiran fakir yang dangkal ini, kita harus setiap hari menyatakan taubat mohon keampunan Allah, bersyukur dengan segala yang telah dan sedang Allah aturkan untuk kita, walau seperit apa pun yang sedang kita hadapi. Jangan sesekali mempertikaikan kerjabuat Allah dan perbanyakanlah berselawat keatas Rasulullah SAW untuk lebih mengenali diri. Inilah formula paling besar untuk mencapai tenangnya hati dengan penuh kedamaian yang tak terucapkan. Bila kita belajar untuk redha dengan segala ketentuan Ilahi, insyaAllah Allah juga akan meredhai kita.Hadapi masalah hidup dengan tenang walau masih belum menemukan jalan keluar.


 Wallahu’alam.

اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ