Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

08 Mac 2019

Puisi Cinta Buya Hamka - Hanya Hati

Hanya hati

Gajiku kecil

Pencaharian lain tak ada
Kicuh buku aku tak tahu
Korupsi aku tak mahir
Berniaga aku tak pandai

Kau minta permadani

Padaku hanya tikar pandan
Tempat berbaring tidur seorang
Kau minta tas atom
Padaku hanya kampir matur
Kau minta rumah indah perabot cukup
Lihatlah! Gubukku tiris
Kau minta kereta bagus
Aku hanya orang kecil
Apa dayaku
Kekayaanku hanya satu, dik

Hati

Hati yang luas tak bertepi
Cinta yang dalam tak terajuk


Buya Hamka menunjukkan dirinya sebagai  insan penuh cinta.....


اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

02 Mac 2019

Tujuh sahabat yang melekat dihati.

           

          ENTAH kenapa dalam minggu ini terasa nak berceloteh semula setelah bertahun tidak memperdulikan selasar usang ini. Fakir ini bukanlah seorang penulis professional, jauh sekali bukannya orang bijak pandai. Hanyalah seorang marhaen yang cuba berkongsi dan meluahkan segala yang terlintas difikiran ini dengan sahabat-sahabat selasar.

Entri kali ini fakir nak berkongsi tentang kawan-kawan yang pernah dan sedang fakir ada. Terus terang fakir katakan bahawa fakir pernah punya kawan-kawan yang agak ramai suatu ketika dulu. Konon-kononnya punya kawan-kawan yang sebahagian darinya boleh digelar sebagai sahabat sejati. Semuanya begitu ramah dan mesra dengan fakir sehinggakan fakir merasakan amat bertuah punyai kawan-kawan yang sama minat, sama pandangan dan saling hormat menghormati serta membela antara satu sama lain.

Dipermulaan fakir kehilangan kawan-kawan ialah apabila berbelas tahun dulu fakir menentang keyakinan kawan-kawan yang sama belajar sejenis silat. Keyakinan mereka yang jelas-jelas bagi fakir mendorong kearah kekhurafatan yang nyata. Malah keyakinan itu terbawa-bawa menjatuhkan maruah orang. Apatah lagi yang dimalukan oleh mereka adalah allahyarham ayahanda tercinta. Sedangkan ayah fakir merupakan orang kanan sang guru yang membawa mereka-mereka itu untuk belajar. Tak usahlah fakir huraikan apa yang telah mereka lakukan secara lengkap. Ketika itu fakir pun masih muda dan mudah pula "terbakar" jika ada sesuatu yang bercanggah dengan apa yang fakir fikirkan.

Kejadian bermula apabila satu malam tu ayah, emak dan seorang kawan seperguruan fakir (Disebut sebagai "G" selepas ini) pulang dari rumah sang guru kerana dipanggil berkumpul. Fakir tidak ikut serta pada malam itu. Sesampai dirumah, emak fakir beritahu bahawa ayah fakir dimalukan sehabis-habisnya dan diminta undur diri disebabkan oleh dari mulut seorang rakan belajar telah dimasuki "roh sheikh" dan "roh sheikh" tersebut menyatakan bahawa hati ayah kotor dan tak layak menjadi orang kanan guru. Yang tak disangka terjadi ialah apabila sang guru yang fakir hormati pun percaya diri manusia hidup ini boleh dimasuki roh-roh wali Allah tertentu.Tapi ayah fakir macam biasa sentiasa tenang dan tidak mudah melatah seperti anaknya ini. Sangat bertentangan dengan apa yang fakir pernah belajar dari guru kerohanian pertama fakir iaitu seorang ustaz tujuh lapan tahun sebelum fakir menyertai silat ini.

Malam itu juga fakir ajak kawan seperguruan yang pergi bersama ayah dan emak untuk mencari rakan belajar yang kononnya dimasuki "roh sheikh" namun emak fakir merayu supaya tidak dipanjang-panjangkan. Seperti biasa, orang panas baran seperti fakir ini tidak akan merasa puas hati selagi tak bertemu muka. Alah dengan rayuan emak, fakir terus telefon sang guru dan menyerangnya dengan menentang atas keyakinan karut tersebut serta melontarkan soalan-soalan yang membuatkannya terkedu. Fakir umumkan malam itu juga dengan rela hati keluar dari jemaah tersebut dan minta guru jalankan "upacara" tarik balik ilmu yang dipelajari.

Keesokannya, seawal pagi si "G" telah datang kerumah dan menyatakan bahawa dia dah pergi ke rumah sang guru dan sudah minta keluar dari perkumpulan silat tersebut. Sungguh fakir tak sangka ada orang yang menyokong fakir. Seharian fakir mencari rakan yang dimasuki "sheikh" tersebut tapi takdir Allah tidak bertemu. Menjelang petang fakir dapat tahu bahawa sang guru ada dirumah seseorang untuk mengubati orang sakit.

Kesilapan besar fakir ialah seolah-olah memalukan sang guru dengan meminta keluar dari jemaah di depan rumah orang. Inilah kesan buruk bagi setiap orang yang panas baran, berfikir singkat. Fakir dan "G" selepas itu disindir dengan gelaran Jebat Derhaka oleh kawan-kawan lainnya. Fakir tidak peduli asalkan maruah ayah terbela dan menentang perkara karut marut yang sama sekali tidak berasas. Bermulalah selepas itu episod fakir kehilangan sebahagian kawan-kawan; namun masih ada yang masih mahu berkawan walaupun tidak semesra dulu. Dikemudian hari fakir mula menapis kawan-kawan yang fakir ada untuk dijadikan sahabat. Pun begitu, fakir tidak pernah bermusuh dengan sesiapa cuma menjarakkan diri saja.

Episod kedua fakir kehilangan kawan-kawan apabila fakir diuji Allah dengan keperitan dan kesempitan hidup. Sehingga kini masih lagi diselubungi masalah yang sama. Rupa-rupanya Allah nak ajar dan beritahu bahawa ketika kita susah maka ramai lah yang benci dan tidak suka. Bukannya sekadar handai taulan malah saudara mara mula mencaci hina sifakir yang seorang ini. Allah juga nak ajar fakir erti tawakal yang sebenar dan jadikan DIA semata untuk menjadi Penolong sejati. Sungguh ianya tidak pernah mungkir selagi kita yakin DIAlah penolong sejati yang kita perlukan. Bermulalah episod kedua fakir menapis lagi sesiapa yang pernah rapat dengan fakir.

Akhirnya yang tinggal cuma enam orang sahabat yang benar-benar sejati, yang mana tidak pernah tinggalkan fakir. Sahabat yang suka ketawa dan menangis bersama, sentiasa ada disisi fakir dan akan membantu disaat-saat memerlukan dan menegur segala kesilapan diri ini. Tidak lekang dengan bertanya khabar dan salah seorangnya fakir dah anggap sebagai abang sendiri. Kawan-kawan yang rapat semenjak kecil pun lari meninggalkan fakir tetapi tidak kepada enam insan ini.

Insan ketujuh yang fakir hormati ialah seorang gadis muda yang cantik orangnya. Anak bangsawan yang bukan calang-calang pada pandangan fakir. Gadis ini budi bahasanya sangat tinggi dan tahu menghormati orang yang lebih berumur. Sebagai orang yang berumur merasa sangat terharu apabila dapat mengenali anak muda yang masih mempunyai nilai-nilai murni sebegini.

Fakir doakan agar ketujuh-tujuh sahabat fakir ini sentiasa dibawah rahmat Allah dan agar Allah mempermudahkan urusan hidup mereka. Makbulkan hajat mereka selagi mana hajat tersebut tidak menyalahi syariat. Fakir tak mampu membalas kebaikan mereka dengan kebendaan, hanyalah sebuah doa kerdil yang acapkali dipanjatkan kepada Allah. Inilah sahabat sejati fakir dunia akhirat dan inilah para sahabat yang akan terus menetap dihati fakir yang hina ini.....

اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ