Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Senjata Warisan Melayu

Pengenalan Jenis-Jenis Senjata Bangsa melayu

Terdapat berbagai jenis senjata bangsa Melayu yang amat berkait rapat dengan dunia persilatan. Dengan pelbagai jenis senjata inilah para pahlawan Melayu mempertahankan ugama, bangsa dan negaranya. Senjata-senjata ini juga mempamirkan atau akan memperjelaskan kedudukan dan kemahiran sipemakainya. Dipaparkan di sini beberapa jenis senjata Melayu yang amat sinonim dengan para pengamal ilmu persilatan. Tujuan Fakir Segala hanyalah untuk berkongsi kefahaman tentang apa saja yang berkaitan dengan warisan kita termasuk signifikasi keris kerana di kala ini jarang anak-anak muda kita tahu atau langsung tidak ambil endah jenis-jenis senjata ini. Jangan sampai generasi mendatang akan pupus kefahaman tentang warisan bangsa!

Keris
Keris adalah sejenis senjata pendek yang paling popular dikalangan orang Melayu. Digunakan secara meluas bermula dari para sultan, pembesar, para pendekar hinggalah orang kebanyakan. Kebiasaannya keris lok 9 digunakan meluas oleh sultan dan kerabatnya manakala keris lok 7 adalah diguna oleh para pendekar. Setiap sesebuah kerajaan yang bertapak di nusantara ini mempunyai jenis-jenis kerisnya sendiri. Diantara jenis keris yang paling unik ialah keris picit yang jarang dipertontonkan, dinamakan keris picit ialah kerana ditempa mata keris tersebut dengan cara memicit sehingga kesan cap jari akan kelihatan dimatanya sebagai "pamor".

Keris Melayu


Keris Pattani



   Keris Jawa



Keris Madura



Keris Bali




Keris Bugis



Keris Sumatera



Keris Sundang



Keris Sundang Berlok



Keris Picit Pattani



Tumbuk Lada

Matanya melengkung bongkok udang, bentuk balik sumpah, tajam sebelah dan meruncing di hujung; lebar di atas - menghasilkan garis gerak yang cepat. Mata tumbuk lada juga diperbuat daripada besi campuran, tetapi tidak berpamur.
Tumbuk lada, yang berukuran lebih kecil daripada keris lazimnya dihiasi ukiran yang halus dan disaluti perak. Hulunya sering diukir penuh dengan bentuk tumbuh-tumbuhan. Ada ukiran tebuk tembus yang berbentuk bulat pipih di pangkal bahagian belakang sarungnya. Ukiran ini tidak kurang indahnya daripada yang terdapat pada hulunya. Ukiran yang halus ini sebanding dengan ruang kosong, yang bersalut dan bersendikan perak. Ukiran yang terdapat pada tumbuk lada ialah antara yang paling indah dan halus dalam seni rupa Melayu.

KERAMBIT
Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kerambit
Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.
Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.