Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

28 Februari 2019

Ladangnya Hidup (antara ikhlas dan redha)

 


    
       HIDUP ini sebuah hadiah besar dari Allah SWT kepada setiap yang bernyawa terutama manusia. Disampingkan olehNYA pahit manis, suka duka, tawa tangis serta gelap dan terang sebagai rencah kehidupan.

Ada beberapa hal yang tak akan sekali-kali kita mampu membelinya walau sekaya mana pun kita ini, ianya merupakan anugerah besar dari Allah iaitu iman yang benar, redha, tawakkal yang asli, keluarga bahagia, sahabat sejati, kasih sayang yang murni, setia dan jujur dan pengalaman hidup. Yang paling teratas adalah masa.dan keikhlasan yang sebenar-benarnya.

Kita dah banyak kali tahu dan difahamkan akan semua perkara-perkara diatas namun tidak semua perkara di atas pernah kita tempuhi. Terkadang ada yang pernah dan sedang kita lalui tapi tidak pula kita mahu ambil iktibar akan semua itu. Sampai bila pun kita tidak akan pernah pula jumpa ikhlas yang sebenar yang terbit dari nurani yang suci dan masa juga memainkan peranan paling penting kerana ianya tidak pernah mengundur malah terus melangkah tanpa memperdulikan kita. Pun begitu selagi dilimpahkan masa oleh Robbul Izzati kita perlu segera menggapainya untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur akan segalanya, walau seburuk dan seperit mana yang sedang kita lalui. Itu lah pelajaran pertama kearah ikhlas yang hakiki.

 Kita sentiasa merasa kita sudah ikhlas segalanya, namun pernah tak kita cuba bertanya pada diri apa nilainya disisi tuhan? Syukur alhamdulillah kerana Allah itu Maha Baik, setiap kebaikan yang pernah kita lakukan masih dinilai dengan adil dan dilimpahi ganjaran olehNYA. Walaupun adakalanya setiap apa yang kita lakukan itu tidak seikhlas manapun disisiNYA. Kita meletakkan nilai ikhlas atas penilaian sendiri.

 Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. [Abu Daud dan An-Nasa'i]

Fakir tidak mengata kepada sesiapa, cuma menilai diri sendiri sejauh mana diri ini redha dan ikhlas dengan apa yang dihidangkan oleh Allah dalam hidup. Ada masa bermain dalam kepala dan mempertikaikan akan segala ujian, dugaan dan kifarah Allah terhadap diri ini. Bila ianya berlawanan dengan naluri kita, maka timbullah hasutan iblis mempertikaikan kerja buat Allah. Jauh sungguh nilai diri ini dengan orang-orang sufi seperti mana yang pernah fakir celotehkan pada tahun 2010 suatu ketika dulu hidup seorang darwisy

Para Ulama Arifin, membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti :
1. Ikhlas orang awam
2. Ikhlas orang abrar
3. Ikhlas orang Arif

Percayalah setiap keikhlasan itu punya habuan yang Allah sediakan kepada mereka. Cuma habuan itu berbeza-beza mengikut tingkatannya. Sebabnya mudah Allah itu al Latiff. Jadi jangan sesekali tanam dihati bahawa kita sudah cukup baik dan ikhlas di sisiNYA.

 Sudah-sudahlah kita menghukum orang, yang mana sebenarnya kita tak pernah tahu pun kerjabuat dan perancangan Allah keatasnya. Hidup ini adalah ujian bukannya untuk orang yang kita rasa jijik dan hina itu saja malahan untuk kita juga yang merasakan kita dah lengkap dalam hidup.

 Dalam suku (rub'u)yang keempat kitab Ihya' Ulumuddin karangan al Imam al Ghazali telah menjelaskan bahawa sifat-sifat ikhlas itu sebagai salah satu sifat yang menyelamatkan manusia. Ingatlah belajar redha dengan apa sahaja, redha dengan ketetapan Allah, redha dengan kebencian dan kehinaan orang, belajar redha dengan suasana perit dan pahit dan belajar memaafkan itu suatu hari kelak akan menzahirkan sebuah keikhlasan yang tidak ternilai dalam diri kita. Hanya orang-orang yang benar-benar ikhlas sahaja yang dapat mengenal Allah. Mengenal Allah itu pula bukan dengan mata kasar tapi dari ilmu rasa yang hanya dilimpahkan oleh Allah pada seseorang yang sentiasa redha dan ikhlas dalam apa saja warna kehidupan.

Fakir sering ingatkan anak-anak fakir untuk belajar ikhlas memberi makan kepada kucing-kucing jalanan dan liar kerana sebahagian rezeki kita adalah rezeki mereka juga. Bukannya total milik kita. Anak-anak fakir menjadi lebih "advance" dengan memberi makan anjing jalanan. Malah anjing itu tahu menilai budi yang ditaburkan. Dia seolah faham, bahawa kita tak boleh memegangnya dan menjarakkan diri bila diberi makan. Apa yang paling menarik ada sesekali dan ketika dia seolah menjaga keselamatan rumah fakir. Terfikir diri hina ini bahawa seekor anjing itu lebih mulia sfatnya dari diri fakir. Dia tidak sibuk meminta malah tahu membalas dan menghargai orang yang memberi makan. Si fakir ini sibuk memohon meminta hak sebagai manusia kepada Robbnya walhal tak pernah ambil peduli tentang amanah Allah untuk dilunaskan.

Akhir celoteh, fakir mengajak diri fakir dan semua teman-teman selasar untuk memperbanyakkan selawat keatas baginda SAW dan memperbanyakan belajar sirah hidup baginda kerana tanpa baginda tidak ada iman, islam dan ihsan kita.


اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

Terhenti sudah celoteh sifakir untuk kali ini di hujung selasar sambil menghirup kopi pekat (tersenyum sendiri)