Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Santai Kelakar

Ini laman yang Fakir Segala sediakan untuk pengunjung-pengunjung yang telah sudi ziarah ke Selasar si Fakir, dah baca yang berat-berat tu elok la jugak basahkan gigi dan gusi anda.....






AWAL , PERTENGAHAN DAN PENGHUJUNG
Awal Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..”

Pertengahan Perkahwinan 
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Abang ada hal lain kali yek..”

Penghujung perkahwinan 
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..”

Awal Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Awak tak boleh masak ke ?”

Penghujung perkahwinan 
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang”

Awal Perkahwinan 
Isteri : “Ayang mengandung..”
Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”
Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..”
Suami : “Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur…”

Awal Perkahwinan 
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan 
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”

Penghujung perkahwinan 
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Awak tak boleh buat keee..”

Awal Perkahwinan 

Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?”

Penghujung perkahwinan 
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Tak payah le hadiah-hadiahhhhh…”

Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai buat rendang”
Suami : “Awak ni pemalas laaa..”

Penghujung perkahwinan 
Isteri : “Ayang tak pandai buat kek..”
Suami : “mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk..”






E...EH APALA PUNYA BENGAP 
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam
bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.
“Kenapa ni sayang?” tanya Salman. “I diserang sakit jantung”, jawab isterinya. Salman berlari ke bawah
untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan
berkata,
“Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar.”
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar)
jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,
“Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?”



MALAM JUMAAT PUNYA HAL
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANN IRROHIM”
” Bang!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHUL AZEEM “





TOPI KESAYANGAN NENEK
Seorang wanita tua berdiri di tepi pantai dengan memegang kemas topinya agar tidak terbang ditiup angin.
Tiba-tiba Seorang lelaki menghampirinya dan berkata:
“Maaf Nenek, adakah nenek sedar yang baju nenek tersingkap ditiup angin kencang ni ?”
“Ya, nenek tahu,” jawab wanita tua itu, “tapi nenek memerlukan kedua belah tangan untuk memegang topi ini”.
“Tapi nenek… semua orang memandang nenek.. tidakkah nenek merasa malu tubuh nenek terdedah macam ni!” tegur lelaki itu
Akhirnya wanita tua itu melihat kebawah, kemudian kembali melihat kepada lelaki itu dan menjawab, “Nak, apapun yang anak lihat dibawah itu sudah berumur 85 tahun, tapi topi ini baru nenek beli kemarin.”



UBAT SAKIT KEPALA
Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, “Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?” “Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!” kata bos. “Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga,” terang Semaun.
“Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!”



SEBAB AKUKAN ABANG……
Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa… Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam

Azman ” Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni” Isteri ” Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke”. Dengan perasaan marah Azman berkata ” Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau”. Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul. Azman ” Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu” Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku. Ada accident la encik. kata sorg mat rempit. Lalu Azman pun menjerit ” Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa! Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan. Dalam hati azman berbangga dan berkata “menjadi juga idea aku ni” Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya azman matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu…

Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!!

DIAM
Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

“Prangggggg!!!” Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, “Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak.”

“Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia,” kata doktor tersebut dengan sinis.”

NASIB SEORANG JURUJUAL
Seorang penjual ‘vacum cleaner’ menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.

“Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya,” kata jurujual dengan penuh yakin.

“Kalau begitu,” kata wanita tersebut, “Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik.”

ARAB DAN BANGLA
Ceriter bermula di station minyak atau lebih dikenali sebagai pam minyak. Di pam minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, omputih sikit dan bahasa bangla banyak yg dia tahu. Seorang itu bernama Majid dan seorang itu lagi bernama Hasan. Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mewah adik beradik mercedes utk mengisi minyak.

Pemandu kereta itu seorang yg berbangsa arab. kebetulan pula minyak di pam minyak itu dah abis dan ini mendatangkan masalah kepada Hasan utk memberitau kepada org arab itu bahawa minyak dah abis. Orang arab itu pula tidak tau berbahasa melayu atau bahasa omputih sikit dan bahasa arab tentulah terror kan…Hasan cuba memberitau kepada org arab tu sambil menyebut “fuel” dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham.

Hasan cuba lagi sekali lagi dengan menyebut “fuel” dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak paham ler tu…memang bodo sikit org arab ini. Hasan pun tak tau nak buat camner..dia pun pegi kat Majid utk menerangkan situasi dier sekarang. Mereka bercakap dalam bahasa bangla, dan ditranslatekan begini Hasan:

“Majid, tolong aku majid, org arab tu tak tau minyak kat sini dah abis” Majid:” ala…ko cakap jer ler..minyak dah abis..” Hasan:”aku dah cakap dah, tapi dier tak paham…aku pulak, tak tau cakap omputih..Yes, No, Alright aku tau errr.. dan… I love u” Majid:”Aku pun tak tau jugak cakap omputih…” Hasan:”ala..ko tolong ler aku..” Majid:” ok tak per…aku tau sikit-sikit cakap arab” Lalu pergi la..Majid dekat org Arab tu dan berkata;
“Fuel!, Sodoqallahulazim”…!!!
dan baruler..org arab tu paham dan dier pun blah…ler…

MARY SUE
Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.
Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
“Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!”
“Nyonya, ini adalah lif” jawab pelayan tu selamber.

LAA SILAP RUPANYA
Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..
Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik… saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

JATUH BANGUNAN
seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat hatinya. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki inggeris yang terdengar jeritan wanita tadi, menyambutnya di balkoni.
wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
lelaki inggeris : sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
wanita : Bagaimana?
lelaki inggeris : Tidur dengan aku..
wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa? Tidak!!
lelaki inggeris : Baiklah kalau macam tu..
Lelaki Inggeris melepaskan smula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.
wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
lelaki Perancis : sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
wanita : Bagaimana?
lelaki Perancis : Tidur dengan aku..
wanita : Lelaki #)*&$@!! Aku tak mau!
lelaki inggeris : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu..
Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50,40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20 seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata..
wanita : Terima kasih, awak telah menolong saya.
Sebgai membalas jasa, saya akan tidur dgn awak.
Lelaki Arab : Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut.)

Paling tua
Di sebuah sekolah tabika di pinggir kota.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya…


stesen keretapi
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja

Kuar masuk disko
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya,
“Aku terpaksa minta cerai dari suamiku.”
“Kenapa..?” tanya temannya kehairanan.
“Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko,” jawab si ibu muda.
“OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?” tanya temannya lagi.
“Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !” jawab si ibu muda.


BUAT PENGAJARAN….
Aku ada cerita ni… lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau… Aku baru berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus.Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada
telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk
diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum
aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada’surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ’surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler… Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega…bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?
jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku pun jawab.’Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!’.:
habih :.