Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

31 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Keduapuluhtiga dan Tazkirah


Perkongsian kita pada kali ini ialah mengenai semangat perlumbaan di kalangan orang-orang yang beriman. Setiap orang akan cuba melakukan sebanyak-banyaknya amalan kebaikan daripada yang lainnya. Alangkah baiknya seandainya kita saling berlumba atau atas -mengatasi sesama keluarga dan handai taulan dalam pembacaan al Qur'an. Bukan untuk menunjuk tetapi membangkitkan rasa cemburu dalam berlumba mencari keredhaan Allah dan menuju ke arah kebaikan.

Andaikata kita mampu membangkitkan semangat seperti ini sesama kita maka tanamlah pula di dalam hati bahawa semua perbuatan itu hanyalah semata-mata di atas rasa kesyukuran kita kepada Allah SWT, menzahirkan dan menyatakan nikmatNya dan bukanlah untuk dibangga-banggakan. Semoga Allah menerima amalan-amalan mereka yang berbuat segala kebaikan dan juga menerima amalan-amalan kita serta semoga Allah menambahkan darjah keimanan kita dan menambah semangat untuk amalan-amalan kebaikan yang lain... aminnnn Ya Rabb.

Ubaidah bin Saamit r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW suatu hari bersabda bilamana bulan Ramadhan akan menjelang: "Bulan Ramadhan, bulan rahmat telah datang kepada kamu. Di mana Allah SWT berpaling kepadamu dan menurunkan rahmat yang istimewa, mengampunkan kesalahan-kesalahan, memperkenankan akan doa-doa, melihat di atas perlumbaan-perlumbaanmu bagi mendapatkan kebaikan-kebaikan besar dan berbangga-bangga kepada para malaikat mengenaimu. Maka tunjukkanlah akan kebaikan-kebaikan daripada kamu. Kerana sesungguhnya orang yang paling "dikasihani" dan paling malang ialah dia yang terluput daripada rahmat Allah SWT di bulan ini."

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluhtiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.



30 Julai 2013

Sami Yusuf - Ala Bi Dhikrika (your remembrance)

                              source: ETMinternational / youtube

Tetiba Fakir terasa nak kongsi zikir ini, sememangnya Fakir rasa sayu dengar zikir ini dan berulangkali Fakir mendengarnya. Jadi hari ini Fakir nak kongsi dengan sahabat-sahabat yang bertandang ke selasar ini. Fakir sertakan sekali apa yang terkandung dalam zikir ini yang mana bolehlah kita anggapnya sebagai lirik. Masya Allah sangat indah Fakir rasakan.  


                                                                                                                                                            
ألا بذکرِکَ قلبی یطمئنُّ وهلْ بغیرِ ذکرِکَ قلبُ المرءِ یرتاحُ

فأنتَ مُبدعُ هذا الکونِ أجْمَعِهِ وأنتَ خالقُ منْ جاؤا ومنْ راحوا

وأولٌ أنتَ قَبلَ القَبلِ منْ أزلٍ بالکافِ والنونِ یارباهُ فتّاحُ

ونورُ وجهِکَ بعدَ البَعدِ فی أبدٍ یبقى جلیلاً کریماً وهو وَضّاحُ


رحمن رحیم منان کریم سلام علیم لا إله إلا هو غفار جمیل وهاب لطیف تواب سمیع بصیر لا إله إل هو وحید قدیر محی ممیت الظاهر والباطن لا إله إلا هو

Ala bidhikrika qalbi yatma'innu 2x
Without doubt, it is in your remembrance that my heart finds tranquility
Wa hal bighaiyyri dhikrika qalbul-mari ' iyartahu?
And does a person's heart find rest except in your rememberance?
Fa anta mubdi'u ha dhal-kawni ajmai'hi
For you are the creator of the entire universe
Wa anta khaliqu man jaa'u wa man raaho
And you are the creator of all those who have been here and all those who departed
Wa anta noorun ala noori
You are light upon light
Takhiru lahu fi sajdati-l hubbi ajsaadun wa arwahu
To whom go down in their prostration of love bodies and souls
Wa awalun anta qabla-l qabli min azalin, bil-kaafi wa-nnooni ya rabbahu, fataahu
For you are the first, before all befores, in the whole creation; the opener of all with the kaf and noon letters
 Wa nooru wajhika ba'da-l ba'di 2x fi abadin yabqa jaleelan, kareeman wa howa wadhaahu
And the light of your face, after all afters, till eternity, forever remains sublime and generous, whilst always brilliant
Rahmanun, raheemum, mannanun, kareemum, salaamun, aleemun, majeed
Most compassionate, merciful, bestower of blessings, generous, the source of peace, all-knowing, most glorious
La illah illa hu
There is no god except him
Ghaffarun, Jameelun, Wahaabun, Lateefun, Tawaabun, Samee'un, Baseer
Forgiver, most beautiful, the giver of all, gentle, accepter of repentance, all-hearing, all-seeing
La illah illa hu
There is no god except him
Waheedun, Qadeerun, Muhiyy, al-Mumeet, al-Dhahiru wa l-Batin, al-Ghany
Unique, the omnipotent, the giver of life, the taker of life, the manifest one, the hidden one, the all-rich
La illah illa hu
There is no god except him

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluhdua dan Tazkirah


Orang yang ketiga malang ialah semasa hidupnya terdapat salah seorang daripada kedua ibubapanya ataupun kedua-duanya yang lanjut usianya (tua), tetapi ia masih tidak dapat mencium bau syurga kerana gagal memberi khidmat kepada ibubapanya. Para ulama telah mengatakan bahawa di dalam setiap amalan yang dibenarkan adalah wajib mematuhi perintah kedua ibubapanya. Seseorang itu janganlah berlaku kasar dan biadap terhadap mereka, tetapi sebaliknya merendahkan diri dan suara hatta kedua ibubapanya tidak pernah beriman.

Janganlah hendaknya seseorang itu meninggikan suara melebihi daripada suara ibubapanya dan janganlah memanggil dengan menggunakan nama-nama mereka. Seandainya keduanya lemah iman, hendaklah diajak dan melarang dalam keadaan penuh lemah lembut dan kebijaksanaan. Pendekata dalam setiap masa, keduanya hendaklah dimuliakan dan dihormati. 

Di dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa "pintu-pintu terbaik memasuki syurga ialah bapa. Jika kamu ingin-jagailah dia dan jika kamu suka binasakanlah dia." Di dalam hadis lain dinyatakan bahawa:"Selain daripada menyengutui sesuatu dengan Allah, Allah akan mengampuni segala dosa-dosa dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun Dia akan mengenakan siksaan ke atas orang yang tidak taat atau derhaka kepada kedua ibubapanya di dunia ini lagi sebelum mati." Nauzubillah hi min zalik.

Dan apabila salah seorang atau atau keduanya telah meninggal dunia maka hendaklah berdoa dan memohon keampunan sebanyak-banyaknya untuk kedua mereka.Dan berilah layanan sebaik-baiknya kepada saudara mara dan sahabat handai mereka sebagaimana layanan mereka ketika mereka masih hidup. Dengan itu telah sempurna perkiraan sebagai anak yang taat.

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluhdua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.



29 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluhsatu dan Tazkirah.


Bersambung perkongsian semalam- Orang malang yang kedua ialah dia yang mendengar nama Rasulullah SAW disebutkan tetapi dia tidak membaca "Daruud" (selawat) ke atasnya. Di atas alasan ini sesetengah ulama menganggapnya sebagai wajib membaca daruud bila nama Nabi Muhammad SAW disebutkan. Di dalam beberapa buah hadis orang yang gagal berbuat demikian itu digelar sebagai si malang atau si bakhil.

Ada sesetengahnya menggelarkan orang-orang demikian sebagai orang yang hilang arahnya ke Jannah. Mereka juga tidak akan berpeluang untuk melihat wajah mulia Rasulullah SAW. Kenyataannya apabila kita gagal membaca daruud maka itu adalah suatu perkara yang amat malang sekali.Cuba fikirkan, jika hendak diperkatakan mengenai hikmah-hikmah yang dikurniakan ke atas umat melalui Rasulullah SAW nescaya tidak akan mampu habis menghuraikannya secara mendalam melalui pena-pena dan kuliah-kuliah. Nikmat-nikmatnya ke atas kita begitu besar sekali. Sebaliknya ganjaran berselawat itu adalah lebih besar lagi. Hadis telah mengajar kita bahawa sekali kita berselawat ke atas Nabi maka Allah akan menghantarkan sepuluh rahmat ke atasnya dan baginya para malaikat a.s akan mendoakannya. Segala dosa-dosa akan diampunkan, kedudukannya akan ditinggikan, ganjaran yang akan diterimanya adalah sebesar gunung Uhud dan Rasulullah SAW akan memberi syafaat kepadanya di akhirat nanti.

Janji selanjutnya mendapat keredhaan Allah SWT, rahmatnya dan bebas daripada kemurkaanNya; keselamatan daripada keganasan kiamat; melihat tempatnya di syurga yang telah dijanjikan. Disamping itu pula ia dijanjikan tidak akan dihinggapi oleh kefakiran dan kemiskinan. janji pertolongan terhadap musuh-musuh dan janji dicintai semua orang. Ulama Fiqh berpendapat bahawa adalah wajib membaca selawat walau sekali seumur hidup dan sementara itu adalah wajib membacakannya ketika nama baginda Rasulullah SAW disebut manakala sesetengahnya pula mengatakannya sebagai mustahab.


Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluhsatu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.



28 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh dan Tazkirah


Jibril a.s telah membuat tiga kutukan berkaitan bulan Ramadhan dengan kelalaian dan kesengajaan yang berlaku dalam bulan mulia ini. Yang mana Rasulullah SAW mengaminkan pada setiap daripadanya. Di dalam "Durre Manthur" diriwayatkan bahawa Jibril a.s menyuruh Rasulullah SAW berkata Amin. Sebagai malaikat yang mempunyai kedudukan yang begitu tinggi, maka doa-doa daripada Jibril a.s bagi mendapatkan penerimaan kutukan-kutukannya pasti sekali diterima Allah SWT. Semoga Allah SWT dengan kerahimanNya yang abadi akan menolong dan juga menyelamatkan kita daripada bahaya-bahaya ini.

Orang pertama yang mendapati dirinya berada di dalam bulan Ramadhan iaitu bulan rahmat  tetapi masih menghabiskan hari-harinya  di dalam perlakuan dosa dan memandang sepi  akan tugas dan kewajibannya, maka tidaklah dia mendapat keampunan. Ramadhan adalah merupakan bulan kerahiman Allah SWT, tetapi jikalau bulan ini dihabiskan di dalam kancah maksiat dan kelalaian, maka bagaimanakah dia boleh mengharapkan dosa-dosanya diampuni? Jika seseorang itu tidak memperolehi keredhaan Allah SWT di dalam bulan Ramadhan, maka bila lagi yang dia boleh mendapatkannya? Lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan ini berbagai-bagai peluang boleh didapati untuk sebuah keampunan. (bersambung esok, insyaAllah)

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.



27 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Kesembilanbelas dan Tazkirah


Kurniaan kelima pula ialah bahawa keampunan diberikan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Disebabkan kurniaan yang terbesar ini maka para sahabat r.a menyangka bahawa ianya adalah malam Lailatul Qadr. Mereka mengetahui akan besarnya rahmat bagi malam itu dan dengan demikian lalu bertanya samada itukah malam Lailatul Qadr kepada baginda tercinta Rasulullah SAW.

Jawabannya bukan. Ini adalah semata-mata kurnia yang dianugerahkan kerana Allah SWT hendak memberikan hak yang selayaknya kepada bulan Ramadhan bersempena berakhirnya bulan tersebut.

Hanya sedikit info yang mahu dikongsi juga di sini, bagi sesiapa yang dapat mengikuti siaran TV al Hijrah janganlah ketinggalan menonton rancangan 30minit Bersama Ustaz Don kerana Ustaz Don Daniyal membawa topik berkaitan al Qur'an dan Lailatul Qadr sepanjang Ramadhan ini. Kupasan yang sangat-sangat baik dan begitu mudah difahami oleh orang awam seperti Fakir ini. Semoga Allah memberkati usaha Ustaz Don!

Fadhilat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.



26 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Kelapanbelas dan Tazkirah


Bersambung perkongsian yang lepas - Kurniaan yang keempat yang ada pada puasa itu ialah bahawa syaitan-syaitan yang jahat dan durjana dirantaikan (ditahan), akibat daripadanya maksiat-maksiat akan berkurangan. Seseorang mungkin mengatakan bahawa disebabkan keinginan yang besar untuk melakukan ibadah di dalam bulan Ramadhan yang dirahmati ini, syaitan akan mencuba segiat-giatnya guna memesongkan orang-orang yang beriman daripada jalan mereka.

Ini bukanlah demikian halnya. Sebaliknya kita dapati banyak sekali maksiat-maksiat telah berkurangan. Berapa ramaikah pemabuk-pemabuk yang tidak berani pun meminum arak  kerana berkat rahmat daripada Ramadhan yang mulia ini? Berapa ramaikah pendosa yang lain yang berjaya meninggalkan maksiat kerana berkatnya bulan mulia ini? Satu soalan mungkin dibangkitkan di sini, bahawa sungguhpun syaitan itu dirantaikan, bagaimana pula halnya dengan maksiat-maksiat yang masih lagi kita dapat lihat dilakukan walaupun di dalam darjah atau peratus yang berkurangan?

Jawapan kita ialah bahawa maksiat itu bukanlah semestinya disebabkan syaitan. Setelah sebelas bulan menjalani hidup mentaati kehendak-kehendak syaitan serta keinginan-keinginannya serta nafsu sendiri dan juga kerana perlakukan perbuatan-perbuatan yang dibisikkannya, maka sifat semulajadi yang kedua kepada kita bagi melakukannya di luar ataupun di dalam Ramadhan. Di atas alasan inilah kita dapati mereka-mereka yang biasa melakukan perbuatan-perbuatan maksiat tadi masih melakukannya di dalam bulan Ramadhan. Dengan demikian walaupun syaitan-syaitan itu dirantaikan, namun pengaruh dan hasutannya terhadap kita masih tetap kuat dan melekat pada diri kita dengan kehendak-kehendak kita sendiri maka kita pun terdorong mengikuti jalan dan kebiasaannya. 

Jawaban yang lain kepada soalan itu ialah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa: "Bila seseorang itu melakukan dosa, satu titik hitam akan terlekat dihatinya. Bila dia bertaubat dengan ikhlas ianya dihapuskan, jika tidak ianya tetap kekal di hati. Bila dia membuat dosa lagi, titik yang hitam lain pula akan terlekat sehinggalah hatinya menjadi sehitam-hitamnya. Dengan ini tidak ada kebaikan yang dapat memasuki ke dalam hatinya."

Allah juga berfirman di dalam al Qur'an: "Sesekali tidak, bahkan hati-hati mereka adalah mempunyai kekotoran (penyakit)." Iaitu hati-hati mereka telah sama sekali menjadi karat. Di dalam keadaan inilah hati-hati ini mempunyai dorongan atau daya tarikan semulajadi terhadap perlakuan dosa. Inilah sebabnya ramai dikalangan kita tidak sedikitpun merasa gentar melakukan dosa-dosa tetapi bila berhadapan dengan maksiat-maksiat yang lain yang sama besarnya; hati mereka menolaknya. Umpamanyalah jikalau pemabuk seandainya disuruh memakan daging babi akan berasa jijik terhadapnya. Sedangkan kedua-dua dosa itu sama saja.

Begitu jugalah bila saja maksiat-maksiat dilakukan di luar Ramadhan, hati-hati akan menjadi gelap kerananya, yang akibatnya dosa-dosa ini masih dilakukan walaupun tidak ada godaan dan bisikan syaitan.

Fadhilat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).



25 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Ketujuhbelas dan Tazkirah (nuzul al Qur'an)


Sempena menyambut nuzul al Qur'an pada malam ini iaitu 17 Ramadhan marilah sama-sama kita hayati dan ambil tahu tentang nuzul l Qur'an dan kaitannya dengan Lailatul Qadr. Semoga ianya dapat menambah sedikit pengetahuan kita dan menaikkan peratus darjah keimanan kita...insyaAllah.


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Fadhilat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

sumber info: JAKIM



24 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keenambelas dan Tazkirah


Kurniaan ketiga yang dianugerahkan kepada yang berpuasa ialah bahawasanya Jannah (syurga) dihiaskan untuk mereka. Di dalam hadis yag lain dinyatakan bahawa pada setiap permulaan tahun, syurga mulalah diadunkan untuk bulan Ramadhan. Kita pun tahu bahawa jika setiap kali seseorang ternama atau VIP dijangka akan tiba maka persiapan besar digunakan bagi persediaan menyambut kedatangannya. Walhal persediaan perkahwinan sekali pun kita sudah mula merangkanya berbulan-bulan lamanya, maka begitulah juga dengan Ramadhan. Syurga diadun dengan tersangat indah hanya untuk dianugerahkan kepada mereka-mereka yang benar-benar ikhlas berpuasa dan menepati segala syarat-syaratnya. Begitulah hebatnya ibadah puasa yang telah disyariatkan kepada umat Islam yang mana rugi teramatlah bilamana kita mengambil peluang ini dengan sikap sambil lewa dan tidak bersungguh.

Fadhilat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.





23 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Kelimabelas dan Tazkirah


Kurniaan khas yang kedua terhadap mereka-mereka yag berpuasa ialah bahawa ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka ini. Maksud di sini ialah bahawa banyak daripada makhluk-makhluk Allah senantiasa berdoa bagi pihaknya. Ini bersesuaian dengan firman Allah di dalam al Qur'an "Sesungguhnya sesiapa yang percaya dan melakukan amalan soleh, Allah akan menjadikan mereka ini dicintai (di dalam dunia ini)" Sebuah hadis juga menjelaskan tentang ini: "Bila Allah menyintai seseorang, Dia akan berfirman pada Jibril a.s "Daku menyintai orang itu, kamu juga hendaklah menyintainya maka Jibril pun menyintainya dan menghebahkannya ke seluruh langit "Orang itu dicintai Allah SWT maka kesemua kamu hendaklah menyintainya. Kemudian cinta terhadap orang itu akan tersebar ke atas permukaan bumi." Biasanya orang-orang yang hampir kepada seseorang itu sahaja tampak cinta kepadanya tetapi yang ini pula cinta itu tersebar luas malahan binatang-binatang di dalam hutan dan ikan-ikan di laut juga turut menyintainya. Mereka semua kemudiannya memohon doa untuk orang tersebut.

Fadhilat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.



22 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keempatbelas dan Tazkirah


Bersambung dengan perkongsian semalam - kita semua ketahui bahawa bau busuk yang datang dari mulut orang-orang yang berpuasa dengan seikhlasnya adalah benar-benar dicintai oleh Allah SWT. Dia dengan sendirinya dikasihi pada pandangan si Kekasih itu, yang mana di dalam hal ini ialah Allah SWT sendiri yang mengasihi dan mencintainya. Kerana apa? Kerana puasa itu adalah salah satu ibadah yang sangat-sangat diterima oleh Allah SWT. Di atas alasan inilah ada hadis yang menyatakan bahawa ganjaran bagi setiap amalan akan dibawa oleh para malaikat, tetapi Allah berfirman: "Ganjaran untuk berpuasa, Daku sendiri yang akan memberinya kerana ianya adalah untuk Daku sendiri." Dalam versi lain daripada hadis yang sama (sebagaimana diterangi dalam kitab fadhail amal - bila dibaca dengan cara yang berlainan) berbunyi : "Daku sendiri yang menjadi ganjarannya".

Dan apakah ganjaran yang terlebih besar kepada seorang pencinta daripada mendapatkannya dari Kekasihnya sendiri??? Dalam hadis lain yang berbunyi: "Puasa adalah pintu kepada semua bentuk ibadah". Ini bermaksud  bahawa melalui puasa naluri hati kita akan menyinari cahaya yang mana melaluinya hasrat daripada seseorang itu tersedar menuju ke hadrat Allah SWT. Ini cuma pasti berlaku sekiranya puasa itu adalah dari jenis puasa yang mengikut segala syarat-syaratnya dan bukanlah sekadar berkeadaan menahan lapar dan dahaga semata-mata.

Fadhilat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.



21 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Ketigabelas dan Tazkirah


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah menyebut bahawa lima hadiah daripada Allah SWT yang belum pernah dikurniakan kepada orang-orang yang berpuasa sebelum Islam. Hanyalah jikalau kita dapat menghargai betapa besarnya nikmat Allah SWT ini dengan ertikata yang sebenar-benarnya. Maka kita dengan sendirinya akan cuba mencapai nikmat-nikmat yang terkhas ini dengan seikhlasnya.

Pertamanya, kita diberitahu bahawa bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih dicintai dan lebih harum di sisi Allah SWT yang mana lebih harum daripada harumnya kasturi. Para pengulas telah menafsirkan kira-kira lapan maksud daripadanya dan kita ambil sebahagian dari itu:

a) Setengahnya berpendapat bahawa di hari akhirat nanti Allah akan mengganjari bau yang datang daripada mulut orang yang berpuasa dengan bau haruman yang lebih semerbak dan menyenangkan dari bau kasturi.

b) Pada hari kiamat bilamana kita bangun dari kubur, bau yang harum itu akan keluar dari mulut orang yang berpuasa yang mana akan lebih baik lagi dari bau kasturi.

c)Sesetengah ulamak pula berpendapat ialah yang lebih layak diterima ialah pendapat yang menyatakan di dalam dunia ini, bau harum itu adalah lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah. Ini menunjukkan bahawa betapa besarnya kasih Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang berpuasa.

Fadhilat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.



20 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keduabelas dan Tazkirah


Baiklah kita sambung perkongsian entri semalam, perkara kedua di dalam empat perkara yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk kita lazimkan ialah membaca istighfar. Banyak hadis-hadis yang menyebutkan tentang kelebihan istighfar.

Di dalam sebuah hadis menerangkan bahawa "Barang siapa membaca istighfar sebanyak-banyaknya; Allah membuka kelapangan baginya daripada segala kesusahan dan melepaskan dari segala kesedihan. Demikian juga dia akan mendapat rezeki daripada sumber yang tidak diketahui." 

Di dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW bersabda: "Setiap orang adalah pendosa, tetapi pendosa yang terbaik sekali dikalangan kamu ialah (mereka) yang bertaubat dan memohon keampunan.Bila seseorang melakukan dosa, satu titik hitam melekat dihatinya tetapi bilamana dia bertaubat titik hitam itu pun dihapuskan; jika tidak titik hitam itu akan tetap tinggal."

Fadhilat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


19 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Kesebelas dan Tazkirah


Rasulullah SAW menggesa kita agar melakukan empat perkara yang diulang-ulangkan oleh Baginda  selalu. Pertamanya pembacaan kalimah Taiyyibah di mana di dalam hadis ianya dikatakan sebagai zikir yang afdhal sekali. Di dalam "mishkat" Abu Said al Khudri r.a meriwayatkan: "Pernah nabi Musa a.s memohon kepada Allah agar mengurniakannya dengan satu doa khas (zikir) yang mana melaluinya baginda dapat mengingati Allah dan memohon kepadaNya." Maka Allah pun mengarahkannya supaya membaca kalimah  Taiyyibbah ini. Nabi Musa a.s berkata:" Ya Allah, kalimah ini sememangnya telah dibaca oleh hamba-hambaMu; daku mahukan zikir yang khas." Maka Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Musa, jikalau tujuh petala dan bumi serta sekelian penghuninya melainkan Daku, diletakkan di sebelah dacing manakala kalimah ini pada bahagian yang lain, nescaya kalimah ini lebih berat lagi dari segala sesuatu dari semua itu."

Di dalam hadis yang lain juga Rasulullah SAW menegaskan "Jikalau sesiapa membaca kalimah ini dengan ikhlas, pintu-pintu Jannah (syurga) akan dibukakan untuknya dengan serta merta dan tidak ada sesuatu yang dapat menahannya daripada mencapai Arasy Allah." Syaratnya pembaca kalimah ini mestilah menjauhkan dirinya daripada dosa-dosa besar.
bersambung esok........

Fadhilat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.



18 Julai 2013

Kelebihan Tarawih Malam Kesepuluh dan Tazkirah


Perkara lain yang ingin disentuh ialah bahawa kita hendaklah menanam rasa atau sikap bertimbangrasa ke atas diri mereka-mereka yang tiada berkeupayaan (fakir miskin, para pekerja dan sebagainya) di dalam bulan Ramadhan kerana mereka juga berpuasa sama seperti kita. Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian dan memberi perlindungan kepada pengembara (musafir), maka Allah SWT akan menyelamatkan dia daripada kedahsyatan hari Kiamat. Ini termasuklah kita memberi sedikit perhatian atau mengambil berat terhadap saudara-saudara baru atau para Muallaf kerana mereka masih sangat-sangat mengharapkan bantuan, sokongan mahupun dorongan.

Khusus kepada majikan; kerja-kerja yang diberi kepada para pekerja yang terlampau berat yang mana tidak begitu perlu atau mustahak mahupun terlampau banyak sudah semestinya mahu tidak mahu menjadi bebanan kepada mereka. Bagi majikan Islam yang mempunyai pekerja haruslah mengambil berat akan hal seperti ini. Apatah lagi sampai membebani mereka hingga terhalang untuk memperbanyakkan amal ibadat atau membaiki kekurangan amalan yang ada sebelum ini. Jika majikan tidak begitu perihatin akan hal-hal sebegini maka tiadalah perbezaan kepada diri majikan atau pekerja itu diantara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain.

Fadhilat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


17 Julai 2013

Kelebihan Tarawih Malam Kesembilan dan Tazkirah


Rasulullah SAW ada menyebut bahawa bahagian pertama pada Ramadhan itu adalah sebagai kedatangan rahmat yang bermaksud nikmat Allah SWT itu adalah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Orang-orang yang mensyukuri nikmat Allah itu akan mendapat ganjaran yang lebih besar. Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”(QS. 14:7)

Pada bahagian kedua Ramadhan itu, keampunan pun akan dicurahkan sebagai ganjaran kepada puasa yang dilakukan dengan penuh kualiti pada bahagian pertama. Bahagian terakhir dari Ramadhan itu pula terdapat kebebasan daripada kemasukan ke dalam neraka Jahannam. Bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian kerana manusia kebiasaannya terbahagi pula kepada tiga jenis yang berlainan. Pertamanya orang-orang yang tidak menanggung bebanan dosa-dosa. Kepada mereka ini pada permulaan bulan Ramadhan lagi rahmat dan nikmat-nikmat Allah mencurah dan turun. 

Jenis yang kedua ialah mereka-mereka yang mempunyai bebanan dosa-dosa yang tidak begitu berat. Keampunan akan turun kepada mereka setelah satu pertiga daripada Ramadhan berlalu. Dan jenis yang ketiganya pula terdapat pendosa-pendosa sejati dan tegar. Kepada mereka ini keampunan diturunkan setelah menjalani puasa yang berkualiti pada seluruh bahagian daripada ramadhan itu. Di sini terbuktilah bahawa Allah itu benar-benar Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dan Allah SWT itu Maha Mengetahui!

Fadhilat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.




16 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Kelapan & Tazkirah


Yahya Barmaki pernah memberi kepada Imam Suffian atThauri seribu dirham setiap bulan, dimana Suffian atThauri bersujud kepada Allah SWT lalu berdoa: "Ya Allah, Yahya telah melihat akan keperluan-keperluan keduniaanku dengan secukupnya. Oleh itu ENGKAU lihatlah pula dengan pandangan rahmatMu yang besar ke atas keperluannya di hari kiamat kelak."

Selepas kematian Yahya, beberapa orang telah bermimpikan beliau dalam keadaan yang sama sahaja jawabannya. Orang-orang yang bermimpi itu bertanya kepada Yahya bagaimana keadaan beliau. Beliaupun menjawab : "Melalui doa-doa Suffian atThauri, daku telah diberi pengampunan oleh Allah SWT."

Rasulullah SAW juga pernah menyebut akan kelebihan memberi makan kepada orang yang berpuasa pada masa berbuka yang mana orang yang menjamu orang yang berpuasa diwaktu berbuka dari sumber pendapatannya yang halal, maka para malaikat akan mencurahkan rahmat ke atasnya; dan pada malam Lailatul Qadr, Jibril a.s berjabat tangan dengannya. Tandanya ialah hatinya menjadi lembut sementara airmata  mengalir keluar secara tidak sengaja daripada kelopak matanya.

Fadhilat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.






The Benefits of Ramadhan

As a muslim, In the month of Ramadan it is very important that we spent a few moments to understand some of the wisdoms and lessons that we can learn from this month of fasting. Unfortunately, many Muslims come in to this month and they are as a companion of the Prophet, peace be upon him, said: "Let it not be that the day that you fast and the day that you break fast be equal." Meaning, one's behaviour, attitude and outlook are the same whether one fasts or not, i.e. fasting has no effect upon that person. This is why we need to reflect on some of these lessons.

LESSON 1: Gaining Taqwa (piety)

Allah legislated fasting for gaining Taqwa, "O you who believe, fasting has been prescribed upon you as it has been prescribed upon those before you, so that you may attain Taqwa." (meaning of Soraatul Baqarah (2):183) Taqwa in this case means to make a shield between oneself and Allah's anger and Hellfire. So we should ask ourselves, when we break our fasts, 'Has this fasting day made us fear Allah more? Has it resulted that we want to protect ourselves from the hellfire or not?

LESSON 2: Drawing closer to Allah

This is achieved by reciting and reflecting on the Qur'an during night and day, attending the taraaweeh prayers, remembering Allah, sitting in circles of knowledge and, for those who can, making `umrah. Also for those who can, making I`tikaaf (seclusion) in the last ten nights of Ramadan, so as to leave all worldly pursuits and seclude oneself in a masjid just thinking of Allah, so as to bring oneself closer to Allah . When one sins, one feels distant from Allah. That is why one might find it heard to read the Qur'an and come to the masjid. However, the obedient worshipper feels closer to Allah and wants to worship Allah more, because he is not shy from his sins.

LESSON 3:Acquiring patience and strong will 

Allah has mentioned patience more than seventy times in the Qur'an and has commanded patience in more than sixteen ways in His Book. So when one fasts, and gives up one's food and drink, and one's marital sexual relations for those hours, one learns restraint and patience. This Ummah needs man and women that are strong willed, who can stand upon the Sunnah and the Book of Allah and not waver in front of the enemies of Allah. We do not need emotional people, who just raise slogans and shout, but when the time comes to stand upon something firm, they cannot do so, they waver.

LESSON 4: Striving for Ihsaan (righteousness and sincerity) and staying away from riyaa' (showing off) 

Ihsaan means to worship Allah as if one seeks Him, and even though one does not see Him, He sees all. Hasan al-Basree said, "By Allah, in the last twenty years, I have not said a word or taken something with my hand or refrained to take something with my hand or stepped forth or stepped back, except that I have thought before I have done any action, 'Does Allah love this action? Is Allah pleased with this action?' So when one is fasting, one should gain this quality of watching oneself and also staying away from riyaa' (showing off). That is why Allah said in a hadeeth qudsee, "Fasting is for Me and I reward it." (al-Bukhaaree) Allah singles out fasting from all other types of worship saying, "Fasting is for Me", because no one knows whether you are fasting or not, except Allah. For example, when one is praying or giving charity or making tawaaf, one can be seen by the people, so one might do the action seeking the praise of the people. Sufyaan ath-Thawree used to spend the nights and the days crying and the people used to ask him, "Why do you cry, is it due to the fear of Allah? He said, 'No.' They said, "Is it due to the fear of the Hellfire?" He said, 'No. It is not the fear of Hellfire that makes me cry, what makes me cry is that I have been worshipping Allah all these years and doing scholarly teaching, and I am not certain that my intentions are purely for Allah.'"

LESSON 5: Refinement of manners, especially those related to truthfulness and discharging trusts.

The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "Whoever does not abandon falsehood in word and action, then Allah has no need that he should leave his food and drink." (al-Bukhaaree) What we learn from this, is that we must pay attention to the purification of our manners. The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "was sent to perfect good manners." (Maalik) So we must check ourselves, are we following the behaviour of the Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him)? For example: Do we give salaam to those we don't know and those we do know? Do we follow the manners of Islam, by telling the truth and only telling the truth? Are we sincere? Are we merciful to the creation?

LESSON 6: Recognizing that one can change for the better 

The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "Every son of Adam sins and the best of the sinners are those who repent." (Ibn Maajah) Allah provides many opportunities to repent to Him and seek His forgiveness. If one was disobedient they can become obedient.

LESSON 7: Being more charitable 

Ibn `Abaas said, "The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) was the most charitable amongst the people, and he used to be more so in the month of Ramadan when Jibreel used to meet him on every night of Ramadan till the end of the month." (al-Bukhaaree) The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "He who gives food for a fasting person to break his fast, he will receive the same reward as him, without nothing being reduced from the fasting person's reward." (at-Tirmidhee)

LESSON 8: Sensing the unity of the Muslims 

The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, ".Those of you who will live after me will see many differences. Then you must cling to my Sunnah and the Sunnah of the rightly guided khaleefahs. Hold fast to it and stick to it." (Aboo Daawood) In this month we sense that there is a possibility for unity, because we all fast together, we break fast together, we all worship Allah together, and we pray Salaatul-`Eid together. Therefore we sense that the unity of possible. It is possible for Muslims to be a single body, but this will only be achieved when obedience is only to Allah and His Messenger.

LESSON 9: Learning discipline 

The Prophet (ma Allah send His blessing and peace upon him) made us adhere to discipline and strictness, strictness that does not lead to fanaticism or going outside the bounds that Allah has laid down. One cannot knowingly break the fast before the sunset, as this will not be accepted by Allah. Muslims should learn to be very strict in their lives, because they are people of an important message, which they mold their lives around.

LESSON 10: Teaching the young to worship Allah 

It was the practice of the people of Madina that during the fast of `Aashooraa (which is now a recommended fast of one day) to get their children to fast with them. When the children would cry of hunger and thirst, their parents would distract their attention by giving them some sort of toy to play with. The children would break their fast with their parents. (as mentioned in al-Bukhaaree) . So the young should be brought to the masjid and they should pray with their parents, so that they are able to get into the habit of becoming worshippers of Allah. If one does not encourage children to fast when they are young, they will find it very difficult to fast for thirty days at the age of puberty. This is why the Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "Command your children to pray at the age of seven and beat them at the age of ten (if they do not pray." (Haakim)

LESSON 11: Caring for one's health 


Fasting has many medical benefits and it teaches Muslims to take care of their health and too build strong bodies. The Prophet (may Allah send His blessing and peace upon him) said, "A strong believer is better and is more beloved to Allah than a weak believer, and there is good in everyone." (Muslim)

source:
Ali al Timimi
Taman2Syurga




15 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Ketujuh & Tazkirah Ramadhan


Bulan ini juga adalah bulan simpati, terutamanya terhadap fakir miskin. Simpati yang dimaksudkan di sini mestilah berbentuk praktik atau amali.Kita ambil contoh seandainyalah kita ada sepuluh hidangan di atas meja maka peruntukanlah dua daripadanya untuk fakir miskin yang memerlukannya. Para sahabat r.a telah menunjukkan tauladan demi tauladan dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencontohinya. Abu Jahm r.a telah menceritakan bahawa pada masa peperangan "Yarmuk" beliau telah pergi mencari sepupunya dengan membawa bersamanya sebuah bekas berisikan air untuk memberinya minum dan guna untuk membasuh luka-luka seandainya sepupunya itu didapati masih hidup dan cedera. Beliau telah menjumpai sepupunya itu dikalangan orang-orang yang tercedera. "Bila aku bertanya adakah dia memerlukan air?" lantas dia pun memberi isyarat "Ya". Diketika itu juga terdengar suara mengerang berhampiran dengan tubuhnya yang terbaring lantas sepupu Abu Jahm r.a menunjukkan ke arah suara yang kedengaran itu dengan mengisyaratkan agar Abu Jahm patut memberikan bekas air itu kepada sahabat yang mengerang tadi terlebih dahulu. Abu Jahm r.a pun segera mendapatkannya namun sebaik sahaja Abu Jahm r.a ingin memberinya minum, terdengar pula suara mengerang dari sebelah sahabat sepupunya itu lantas sahabat sepupunya itu mengisyaratkan pada Abu Jahm r.a agar segera memberi air itu dahulu kepada yang mengerang kesakitan itu kerana dia lebih memerlukannya. Maka lantaslah Abu Jahm r.a menuju kepada sahabat yang ketiga tetapi sebelum sempat Abu Jahm r.a memberinya minum dia sudahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka Abu Jahm r.a kembali kepada sahabat kedua malangnya sahabat yang kedua pun telah syahid, lalu Abu Jahm r.a kembali kepada sepupunya yang terlantar itu namun sepupunya juga telah menjadi syahid.

Terasa sayu bila kita membaca kisah ini. Sebenarnya inilah sebutir mutiara simpati yang tinggi nilai mutunya yang telah dipusakai oleh mereka-mereka yang terdahulu dari kita. Semoga Allah SWT redha dan memberi balasan terbaik terhadap pengorbanan mereka semua juga mengurniakan kita pula dengan kemampuan dan kebolehan untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Fadhilat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.



14 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keenam


Rasulullah SAW telah menarik perhatian kita kepada empat perkara dan menasihatkan kita supaya mengamalkannya sebanyak mungkin. Iaitulah dengan membaca kalimah Taiyyibah, Istighfar, memohon dan mengharapkan syurga dan memohon perlindungan dari azab sengsara neraka Jahannam. Kenapa begitu sukar pula untuk kita belajar membasahkan lidah dengan memperbanyakkan darud (selawat) atau Lailahaillallah disamping kita sibuk dengan tugasan harian? Rasulullah SAW juga ada menyatakan beberapa perkara; Ramadhan merupakan bulan kesabaran, dengan itu jikalau ada kesusahan yang ditempuhi atau dialami di bulan puasa atau lebih tepat ketika kita berpuasa maka hendaknyalah kita menghadapinya dengan penuh kesabaran. Hal-hal yang remeh temeh seperti merungut cuaca yang terlalu panas dan perit menahan dahaga itu juga perlulah ditahan dengan penuh redha. Begitulah juga jika terdapat kepayahan yang dialami  semasa bertarawih ianya hendaklah dihadapi dengan penuh kesabaran. Jangan sampai setiap amalan kita ditolak oleh Allah SWT dan menjadi sia-sia belaka. Apabila kita mengenepikan sebentar hal-hal duniawi termasuklah mengorbankan makan dan minum kita semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT maka apakah nilainya lagi semua kesusahan tersebut?

Fadhilat dan kelebihan Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.





13 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Kelima


Terdapat kaitan yang amat besar antara membaca al Qur'an dan bulan Ramadhan, kebanyakan kesemua kitab Allah SWT yang mulia itu telah diwahyukan pada bulan yang berkah ini. Begitu jugalah al Qur'an telah diturunkan pada bulan ini daripada "al Lawhul Mahfuz" kepada Sama'ud Dunyaa yang mana daripada situ diwahyukan secara berdikit-dikit kepada Rasulullah SAW disepanjang 23 tahun.

Nabi Ibrahim a.s menerima kitabnya pada tarikh 12hb Ramadhan atau 18hb Ramadhan. Nabi Musa a.s menerima Tauratnya pada 6hb Ramadhan. Nabi Isa a.s menerima Injilnya pada 12hb atau 13hb Ramadhan. Bertitiktolak daripada ini dapatlah kita perhatikan  terdapat hubungan besar lagi rapat di antara kitab-kitab Allah dengan bulan Ramadhan. Di atas alasan inilah, mentilawah atau mentaddarus al Qur'an dalam bulan mulia ini digalakkan sebanyak mungkin. Seperti mana yang telah diamalkan oleh orang-orang soleh. Jibril a.s pernah membaca seluruh al Qur'an kepada Rasul kita pada bulan Ramadhan. Ada sesetengah riwayat mengatakan  bahawa Rasulullah SAW membaca al Qur'an dan Jibril a.s mendengarnya. Berpandukan pada perkara ini maka ulama' telah mengatakan bahawa adalah mustahab membaca al Qur'an dengan cara demikian iaitu seorang yang membaca dan yang lain mendengarnya dan begitulah seterusnya bersilih ganti. Maka bacalah al Qur'an sebanyak mungkin pada bulan yang penuh keberkahan ini, janganlah hendaknya diambil endah tidak endah hingga masa terbuang begitu saja.

Fadhilat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.



12 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keempat



Perlu juga diperhatikan di dalam berbagai perkara ketika tiba masa iftaar (berbuka), solat maghrib juga kita laksanakan agak lewat dari kebiasaan apatah lagi hendak berjemaah. Yang paling malang akibat kekenyangan kita bertangguh mengerjakannya  sampai -sampai  tidak melakukan langsung solat fardhu. 

Ini adalah merupakan sifat cuai dan ambil mudah kita terhadap ibadah-ibadah di bulan Ramadhan yang ditawarkan oleh Allah SWT dengan ganjaran-ganjaran yang besar yang tidak terdapat di bulan lain. Kadangkala kerana hendak melengkapkan satu fardhu, ibadah fardhu lain telah binasa (hilang) begitu saja. Betapa kerapnya kita perhatikan bahawa solat zohor  berlalu begitu saja kerana kita tertidur akibat keletihan berpuasa, sementara solat 'Asar pula terus lebur kerana kita begitu sibuk membeli belah, menjual dan memasak untuk keluarga sebagai hidangan untuk iftaar nanti.

Fadhilat tarawih malam keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.



11 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Ketiga


Setakat ini kita patutlah merenung sejenak tentang ibadat-ibadat kita. Sebanyak manakah kepentingan yang harus kita menitiknilaikan di dalam Ramadhan yang mulia ini. Sebanyak manakah ibadat-ibadat nafil yang telah kita lakukan seperti amalan-amalan fardhu? Kita boleh perhatikan kebanyakan (bukanlah semua) di kalangan kita yang selepas saja bersahur, lantas terus menyambung kembali tidur yang mana dikhuatiri kita akan tergesa-gesa bila sedar untuk mengerjakan solat subuh kerana mengejar masa jangan sampai masuk syuruk. Paling malang kita mungkin tertinggal terus solat fardhu tersebut. Ini seolah-olah kita hanya panjatkan rasa syukur pada Allah SWT terhadap makanan yang kita makan di waktu bersahur tanpa melakukan ibadah fardhu yang paling penting apatah lagi untuk melakukannya dengan berjamaah. 

Fadhilat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


10 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Kedua


Kepada umat Islam bulan Ramadhan adalah merupakan sebesar-besar anugerah, Anugerah ini hanyalah dapat dianggap dengan sedemikian rupa apabila kita menghargainya; jika tidak bulan ramadhan akan datang dan pergi begitu saja tanpa apa-apa kesan yang berfaedah boleh kita dapati.

Adalah dinyatakan di dalam sebuah hadis "Jikalau umatku mnyedari apa itu sebenarnya bulan Ramadhan sudah pasti mereka akan mengharapkan bahawa seluruh bulan itu sepatutnya menjadi bulan Ramadhan". Dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa " Berpuasa di bulan Ramadhan dan berpuasa tiga hari pada setiap bulan menjauhkan hati dari kemaksiatan"

Fadhilat malam kedua
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.




09 Julai 2013

Fadhilat Solat Terawih Pada Malam-Malam Ramadhan


Mulai hari ini hinggalah malam terakhir bulan Ramadhan, Fakir ingin berkongsi fadhilat dan kelebihan yang ada pada solat terawih di malam-malam Ramadhan. Walaupun ada yang berpendapat bahawa hadis yang berkaitan adalah hadis palsu. Fakir bukanlah pakar hadis yang berkelayakan ataupun berkeahlian untuk menilai, yang Fakir tahu sebenarnya fadhilat Ramadhan ini telah disebut dalam banyak kitab-kitab yang muktabar baik dari kalangan ulama melayu dan ulama silam seperti Imam Al-Ghazali dan lain-lain. Kalaulah palsu sekali pun takkanlah ulama-ulama besar seperti itu tidak tahu hukum. Fakir patuh dengan kutipan dari kitab-kitab dari ulama muktabar selebihnya Fakir tidak tahu. Walau apa pun Fakir rasa tak salah kalau kita jadikan ianya pembakar semangat untuk kita teruja berlumba-lumba untuk berbuat ibadah yang terbaik di bulan mulia ini selagi kita diberikan kesempatan oleh Allah SWT.

Malam Pertama

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.