Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

15 Ogos 2013

Lima Cara Pilih Sebenar-benar Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)..

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka 
membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.



12 Ogos 2013

Salam Fitrah - Maher Zain : Ramadhan (versi Melayu)

Selamat menyambut Aidil Fitri, semoga kita semua kembali kepada fitrah yang sebenar iaitu kembali bertaat kepada Allah dengan sebaik-baiknya. Fakir ambil kesempatan kali ini memohon maaf lahir dan batin kepada sahabat-sahabat semua seandainya ada celoteh Fakir yang telah menyinggung hati sesiapa yang membacanya. Walau agak lewat ucapkan selamat hari raya namun kita masih berada di awal Syawal lagikan.Walaupun hari kemenangan untuk orang yang berpuasa telah hadir di mata namun ianya terus sugul di hati, entah kenapa raya kali ini Fakir tidaklah begitu seronok untuk menikmatinya mungkin dek kerana Fakir telah benar-benar lalai sepanjang Ramadhan kali ini. Mungkin kerana berdepan dengan berbagai masalah hingga menjadi manusia yang paling lalai dan mensia-siakan Ramadhan kali ini. Terasa di hati adakah ini Ramadhan yang terakhir dalam hidup ini, alangkah malangnya si Fakir ini yang telah mensia-siakan bulan kecintaan ini. Ampunilah diri ini Ya Allah yang telah lalai dan lengah dalam mengingati dan mentaati padaMU sepenuhnya apatah lagi dalam bulan yang mulia yang telah berlalu pergi tanpa menoleh lagi.






Lirik Lagu Ramadan – Maher Zain (Versi Melayu)
Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku
Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu
Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi
Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan
Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman
Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi
Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi [2X]
Ku mohon usah pergi

07 Ogos 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan/ Tiga Puluh dan Tazkirah


Tiada sesiapapun meragui di atas malangnya seseorang yang samada ditolak ataupun sendiri menolak segala kebaikan besar di malam lailatul Qadr. Siapakah yang meragui ke atas sidia yang terlepas daripada kenikmatan yang telah dianugerahkan? Sesungguhnya terdapat ramai daripada kita semua semasa berkhidmat dan di dalam menjalankan tugas-tugas pekerjaan mereka terpaksa berjaga malam untuk sepanjang-panjang tahun. Apakah sukarnya bagi mereka-mereka ini untuk berdiri selama sebulan di jalan Allah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran yang lebih daripada lapan puluh tahun ibadat? Kepada mereka ini tidaklah menjadi begitu sukar tetapi oleh kerana kurangnya minat, maka tidaklah ada desakan daripada hati mereka untuk berbuat demikian. Jikalau ianya ada, maka bukan sahaja semalam malah seribu malam sekalipun akan menjadi semakin senang  di dalam menyembah Allah SWT.

Desakan dan keinginan itulah yang mesti kita wujudkan. Lihatlah kepada Rasulullah SAW. Baginda maksum dan berkali-kali dijanjikan bahawa tidak apa-apa yang perlu baginda perlu risaukan dan takutkan di hari akhirat. Namun malam demi malam baginda beribadat sehinggakan kaki-kaki baginda SAW menjadi bengkak. Tidak pula dinafikan ramai daripada umatnya yang soleh yang menuruti jejak langkah serta sunnah baginda SAW. Mereka juga manusia biasa seperti kita dan kita tidaklah boleh menafikan atau berkata adalah mustahil bagi kita untuk mendapatkan keinginan yang sama untuk beribadat.

 Marilah kita lihat orang-orang soleh yang agung ini, salah seorang daripadanya ialah Saidina Umar al Khattab r.a yang mana setelah selesai melaksanakan solat Isya' kembali ke rumah dan terus bersolat sepanjang malam sehinggalah kedengaran azan subuh. Kemudian terdapat pula contoh yang ditunjukkan oleh Saidina Osman r.a yang selepas berpuasa untuk satu hari (hampir-hampir sepanjang tahun) dan menghabiskan pula sepanjang malamnya dengan bersolat disamping tidur hanya untuk beberapa ketika pada permulaan malam. Beliau juga sangat mahsyur dengan pembacaan seluruh al Qur'an di dalam satu rakaat dengan sekali pembacaan di dalam solatnya. Di dalam Ihya Ullumuddin karya Hujjatul Islam Imam al Ghazali, Abu Talib Makki  telah menyebut mengenai empat puluh tabi'in yang pernah melaksanakan solat subuh dengan wuduk yang sama yang mereka gunakan untuk bersolat Isya'

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Fadhilat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


05 Ogos 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh lapan dan Tazkirah


Kali ini kita sorotkan perhatian kita kepada sesuatu yang tidak pernah kita jangka dan sangkakan, terutama kepada ibubapa yang mempunyai penyakit suka sangat mengutuk dan memaki hamun akan anak-anak mereka terutama semasa di dalam keadaan marah atau berdukacita.

Berjaga-jagalah dan berhati-hatilah malah awasilah! Di sisi Allah SWT terdapat masa-masa yang tertentu di mana doa yang dipohonkan atau diucapkan akan diangkat dan diperkenankan dengan segera. Oleh kerana kebodohan dan keceluparan kita, anak-anak dimaki hamun dan apabila kesan dari doa (makian) yang sama itu benar-benar tertimpa ke atas anak-anak lalu membawanya ke jurang kebencanaan, ibubapa akan menangis dan meraung ke sana sini. Ingatlah Rasulullah SAW berpesan dan telah menyuruh kita agar jangan sesekali mengutuk diri kita, anak-anak kita, kepunyaan-kepunyaan kita dan orang-orang suruhan kita. Berkemungkinan ianya adalah kutukan yang didengari pada ketika masa yang diterima, terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini, yang penuh dengan masa-masa khas yang mustajab. Maka di bulan Ramadhan terutamanya hendaklah kita benar-benar berhati-berhati dalam segala hal.

Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa pada setiap malam Ramadhan, seorang penyeru (malaikat) daripada syurga melaungkan: "Wahai pencari kebaikan, datang hampirlah, wahai pencari kemaksiatan, berpalinglah (daripada kemaksiatan) dan bukakanlah matamu." Kemudian malaikat itu pun menyeru:"Adakah sesiapa yang mencari keampunan supaya diampunkan? Adakah sesiapa yang berdoa supaya doanya diperkenankan?"

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.




04 Ogos 2013

Fadhilat Malam Keduapuluh tujuh dan Tazkirah


Betapa besarnya kurniaan Allah SWT ke atas kita di mana dengan hanya memakan makanan di pagi hari sebelum subuh maka diberi pula ganjaran yang begitu besar. Terdapat banyak sekali hadis-hadis yang menerangkan mengenai fadhilat-fadhilat bersahur serta ganjaran-ganjarannya juga telah disebutkan. Semua ulamak telah mengatakannya sebagai mustahab. Ramai yang terlepas ganjaran yang amat besar ini dek kerana kemalasan yang membaluti dirinya.

Ada sesetengahnya pula setelah selesai tarawih terus makan kerana disangkanya itu juga boleh dikira sebagai sahur dan terus masuk tidur.Betapa besarkah rahmat yang telah mereka sia-siakan malah rugikan! Sahur bermaksud memakan makanan hampir menjelang waktu fajar. Sesetengahnya pula mengatakan bahawa sahur itu bermula selepas sahaja sebahagian malam itu berlalu (mirqat) Pengarang Kash-Shaaf telah membahagikan malam kepada enam bahagian dan menyatakan bahagian yang terakhir itu adalah masanya bagi bersahur. Jadi apabila malam berlalu (setelah terbenamnya matahari dan menjelangnya subuh) iaitulah selama duabelas jam, maka dua jam yang terakhir itulah masa yang paling tepat untuk bersahur. Dan perlulah diingatkan bahawa melewat-lewatkan bersahur itu lebih besar ganjarannya daripada memakan di awal waktu. 

Ibnu Hajar di dalam ulasannya terhadap Sahih Bukhari telah menyebut mengenai alasan yang menjadikan bersahur itu diberkati:
a) Dengan bersahur, kita dapat mengamalkan satu daripada sunnah.
b) Melalui bersahur kita dapat menentang cara-cara yang dilakukan oleh ahlul kitab, yang mana kita disuruh supaya menentangnya di setiap masa.
c) Menyediakan kekuatan untuk beribadat.
d) Meningkatkan lagi keikhlasan untuk beribadat.
e) Menolong menghilangkan kemarahan yang biasanya terhasil daripada berpuasa.
f) Di waktu bersahurlah di mana doa-doa diperkenankan.
g) Pada masa bersahur, seseorang itu mempunyai peluang dan kesempatan untuk mengingati Allah SWT. Berzikir dan mengangkat tangannya ke hadrat Allah dengan berdoa.

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.





03 Ogos 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh lima dan kedua puluh enam beserta tazkirah


Assalamualaikum, Fakir mohon maaf kerana terlewat berkongsi fadhilat bertarawih pada malam-malam berikutnya kerana seharian pada hari ini Fakir ada sesuatu yang perlu diutamakan dan menjelang berbuka ada keluarga terdekat yang datang memeriahkan suasana beriftar pada hari ini. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana ianya mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sudah sedia terjalin. Hari ini kita keluar sedikit tazkirah berkenaan Ramadhan, apa yang Fakir nak berkongsi pada hari ini ialah berkenaan pahala mentaati kedua Ibubapa. Ada saudara Fakir yang sering menghantar tazkirah dalam email kepada kawan-kawannya termasuklah Fakir ini-sepupunya, disepanjang hari-hari Ramadhan ini. Jom kita sama-sama baca dan ambil manafaatnya...insyaAllah.

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.”
(Surah Al-Isra’ ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud:

“Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar?" Kami sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua-duanya, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat. Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya. Mereka juga berselindung di sebalik amal soleh yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai. Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Rasulullah: “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT?” Baginda bersabda: “Solat pada waktunya” Saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: “Berbuat baik kepada kedua orang tua”. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: “Berjihad di jalan Allah.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT. Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang. Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka.

“Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku”. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

“Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

Engkau minum juga aku yang tuangkan,

Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman,

Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan,

Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan,

Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan,

Kau balas aku dengan kekasaran,

Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.”


Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu.” (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)
Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT. Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang soleh dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga. Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.



01 Ogos 2013

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh empat dan Tazkirah


Di dalam Durre Manthur diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa apabila sahaja bulan Ramadhan menjelang, wajah Rasulullah SAW akan berubah. Baginda SAW kemudiannya akan memperbanyakkan solatnya menjadi lebih tawaduk semasa berdoa dan menjadi lebih takut lagi kepada Allah SWT.

Mengikut riwayat yang lain, jarang sekali Baginda berbaring di atas tempat tidur sehinggalah tamatnya Ramadhan. Selanjutnya dinyatakan bahawa malaikat-malaikat yang seharusnya membawa arasy telah diperintahkan supaya meninggalkan segala sesuatu dan hanya membaca "amin" kepada doa orang-orang yang berpuasa.

Bermacam-macam hadis yang sedemikian yang menyatakan bahawa doa-doa daripada orang yang berpuasa adalah diterima. Apabila Allah SWT telah menjanjikannya dan juga Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kita, maka tidaklah sepatutnya terdapat apa-apa keraguan mengenai kebenaran akan riwayat-riwayat ini. Tetapi anehnya, walaupun begitu masih terdapat dengan terangnya bahawa orang yang sedemikian tidak pula menerima apa-apa yang didoakannya. Mereka memohon tetapi tidaklah diterima. Ini tidaklah pula bermakna yang doa-doa mereka telah ditolak. Hendaknya seseorang itu faham setakat ini apakah yang dimaksudkan dengan doa yang diterima.... bersambung esok insyaAllah.

Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh-empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.