Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

27 Mac 2011

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat 
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah 
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan 
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh 
perkara." 

1: HAK KEPADA DIRI. 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan 
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT 
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan 
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat 
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 

3 : HAK KEPADA KUBUR 
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing 
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan 
membantu orang yang dizalimi. 

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan 
nasihat menasihati. 

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) 
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan 
sanggup menanggung kesusahan. 

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI 
AKHIRAT) 
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka 
membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada 
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan 
memperelok akhlak. 

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) 
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, 
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

9: HAK KEPADA NABI SAW 
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, 
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan 
bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

10: HAK KEPADA ALLAH SWT 
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari 
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." 

25 Mac 2011

KALAU SUAMI .......


Kalau suami mula berahsia, Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara, Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua, Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada, Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje, Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu, Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu, Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa, Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje, Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka, Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika suami sayangkan isteri, Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri, Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri, Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri, Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri, SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri, Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri, Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri, I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri, Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri, Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri, Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri, Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri, Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri, Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA PARA ISTERI :
Adakah suami-suami anda tergolong dalam kategori ini?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI ... maka berhati-hatilah.
Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.


PERINGATAN KEPADA PARA SUAMI :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

17 Mac 2011

Imej Letupan Reaktor Nuklear di Fukushima dan Selepas Tsunami

Imej Letupan di Reaktor Nuklear





Selepas Tsunami Membadai














13 Mac 2011

Pencak Silat Panglipur

Logo Panglipur


Hari ini Fakir nak berceloteh dan menyentuh tentang salah satu pertubuhan silat yang amat terkenal di Indonesia malah diperingkat antarabangsa iaitu Pencak Silat Panglipur. Mungkin ada ramai dikalangan rakyat Malaysia yang kurang tahu tentang pertubuhan silat yang besar dan bergerak aktif ini.

Walaupun Malaysia juga merupakan negara pendiri silat dan sejak dari kecil juga Fakir sudah mengenali nama-nama pertubuhan besar yang merupakan tonggak di negara ini seperti Seni Gayong, Gayong Fatani, Seni Silat Cekak, Kalimah, Lincah, Kuntau Melayu, Bunga dan sebagainya, rasanya terlebih molek seandainya kita orang nusantara mengenali malah kalau sempat dan berkemampuan boleh mempelajari seni beladiri warisan bangsa yang berbagai yang mempunyai keunikan tersendiri yang berada dalam rumpun kita.

Selama 2 bulan  Fakir menumpukan perhatian dan membuat kaji selidik ringkas di internet akan perkembangan pertubuhan silat tersebut. Walaupun Fakir bukan seorang pesilat handalan malah jauh sekali bergelar pendekar - hanya sekadar memenuhi syarat sebagai anak Melayu dengan mempelajari asas persilatan di usia muda namun semangat cintakan ilmu warisan bangsa itu tidak pernah terpadam dari diri yang fakir segala-galanya ini.


Tumpuan Fakir terarah kepada Pencak Silat Panglipur yang telah diadunkan begitu rupa dari pelbagai aliran seperti Cimande, Cikalong, Sabandar, Kari dan Madi juga Sera oleh pengasasnya almarhum Abah Aleh lebih dari 100 tahun dulu. Ternyata Abah Aleh berjaya mencipta suatu kombinasi yang cukup jitu sehingga setiap gerak langkah para pesilat Panglipur nampak begitu jitu, kemas, padu dan cantik.

Ibu Enny
Tidak hairanlah seandainya silat Panglipur menjadi sebuah pertubuhan silat yang terkenal. Dengan kesungguhan pengasasnya; Abah Aleh dan dimahsyurkan pula dibawah pimpinan puteri beliau Ibu Hjh Rd. Enny Rukmini Sakarningrat dan diharum segarkan oleh nama pesilat hebat yang tidak asing lagi bagi para peminat dunia persilatan iaitu Cecep Arief Rahman menjadikan Panglipur senantiasa berdaya saing dan terus bergerak maju ke hadapan.

Fakir berusaha dan berjaya menghubungi Cecep Arief Rahman dan beliau telah sudi menerima Fakir sebagai rakan facebook beliau. Menurut sumber yang diperolehi dari Kang Cecep dan juga dari klip video yang disiarkan di youtube ternyata ada dikalangan rakyat Malaysia yang mempunyai inisiatif bergerak ke tanah Garut, Indonesia untuk mendalami ilmu persilatan Panglipur. Tinggal kini  untuk mendapatkan alamat saudara tersebut untuk Fakir hubungi.

aksi 2 golok oleh Kang Cecep


Jika berpeluang menonton klip video tentang setiap tag yang berkaitan silat Panglipur, pasti kita tidak akan terlepas dari menyaksikan aksi-aksi menarik dari Cecep A. Rahman. Yang paling mengujakan ialah aksi permainan 2 golok yang begitu indah dipamirkan  sendiri oleh beliau.

Kalau tidak salah dalam pengetahuan Fakir, Kang Cecep juga banyak mengadakan seminar-seminar diperingkat antarabangsa. Dengan itu strategi promosi dalam memertabatkan Panglipur tepat pada tempatnya, selain dari promosi yang disiarkan oleh anggota-anggota Panglipur di lelaman youtube turut banyak menyumbangkan kemahsyuran silat tersebut..

Usaha dan jerih payah yang tidak mengenal lelah itu harus dipuji, disokong dan disanjungi kerana tidak semua yang berkehendak dan sanggup berkorban masa untuk melakukannya; bak kata pepatah "hanya jauhari yang mengenal maknikam".

Fakir begitu berminat dengan silat Panglipur hinggakan banyak artikel-artikel dan klip video yang telah dimuatturun ke dalam laptop Fakir. Malah Fakir turut menyunting sebuah artikel berkenaan biodata Ibu Hjh Rd Enny Rukmini (pemimpin / gurubesar Panglipur) dalam blog ini yang Fakir jodolkan sebagai Pendekar Wanita Empat Zaman.

Pun begitu untuk Fakir berusaha pula kearah mempelajarinya tidak mungkin terjadi kerana faktor usia, kesihatan dan ekonomi yang tidak mengizinkan. Namun Fakir mempunyai harapan besar seandainya aliran tersebut dapat dikembangkan di bumi Malaysia ini agar suatu hari nanti anak-anak Fakir atau generasi seterusnya berpeluang mempelajarinya walaupun kesempatan untuk Fakir tidak mungkin terwujud. Beruntunglah ahli-ahli Panglipur yang mendapat didikan dari seorang pejuang dan pendekar wanita yang mempunyai pengalaman besar yang telah melalui seribu pahit manis dalam perjuangan menentang penjajah seperti Ibu Enny.

Kenyataan Ibu Enny tentang Panglipur; bahawa aliran tersebut tidak mengamalkan "ilmu dalam" atau ilmu kebatinan amat Fakir gemari. Malah Ibu Enny lebih gemar bertarikat. Dari situ kita boleh fahami bahawa Panglipur tidak pernah menjerumuskan para anggotanya ke arah khurafat malah amat sesuai buat umat Islam mempelajarinya kerana selain mempelajari kaedah bela diri dan baik untuk kesihatan ianya juga turut menyarankan ahli-ahlinya untuk ke arah pemurnian hati melalui bertarikat.

Sekalung tahniah buat para pemimpin , gurulatih-gurulatih, pesilat-pesilat senior dan ahli-ahli Panglipur yang telah berjaya memertabatkan aliran tersebut ke mata dunia. Sesungguhnya nusantara ini memiliki pelbagai khazanah yang tinggi nilainya dan Panglipur adalah salah satu darinya....

Al Fatihah buat almarhum Abah Aleh.


12 Mac 2011

Tsunami Melanda Jepun pada 11/3/11


SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari Ra. ia berkata: "Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami waktu itu sedang bertukar fikiran. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu bicarakan?" Kami menjawab: "Kami sedang berbicara tentang hari kiamat." Lalu Nabi SAW bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya."Kemudian beliau menyebutkannya: " Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam Alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar mereka." (HR. Muslim) Empat Puluh Hadis Peristiwa Akhir Zaman Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi

32 Keterangan Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah SAW dalam Hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar yang akan terjadi ketika hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selsema dikalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan orang kafir.

2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan menguji keimanan, sehingga banyak orang yang akan tertipu dengan seruannya.

3.Binatang besar yang keluar dekat gunung Shafa di Makkah yang akan berbicara, manusia sudah tidak mahu lagi beriman kepada Allah SWT.

 4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka waktu itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat dari orang yang berdosa.

5.Turunnya Nabi Isa Alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang sedang berkuasa pada waktu itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Nashrani dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6.Keluamya bangsa Ya’juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi ini, yaitu apabila mereka berhasil menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7.Gempa bumi di Timur .

8.Gempa bumi di Barat.

9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Menurut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari kumpulan Hadis-Hadis Rasulullah SAW keluamya Dajjal adalah yang mendahului segala tanda- tanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku di permukaan bumi ini. Keadaan itu akan diakhiri dengan kematian Nabi Isa a.s (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakrawala, kejadian ini akan diakhiri dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya. "

rujukan: 40 hadits peristiwa akhir zaman

08 Mac 2011

Asma Allah untuk kita hayati bersama


Dari Abdullah bin 'Amr r.a,Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun 1 ayat..." Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama.Sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga." ( Sahih Bukhari )

Salam buat semua, hari ni Fakir nak kongsi dan hayati bersama Asma ul Husna semoga jika ada kekusutan hati, masalah, kesedihan dan sebagainya maka ianya akan menjadi penawarnya . Bukan itu saja asma ul husna   juga mempunyai pengaruh yang kuat akan kemakbulan sesuatu doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT ...insyaAllah. Pilihan Fakir ialah yang disampaikan oleh Dr. Ary Ginanjar yang ternyata lebih menusuk ke kalbu Fakir.

Sambil itu jom kita renung juga ayat-ayat al- qur an berkaitan asma ul husna:

“Hanya milik Allah Asmaa-ul Husna , maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya . Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan “~ Surah al-A’araf : 180 


“Katakanlah : "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman ! . Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam sembahyangmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah ( bersederhanalah ) di antara kedua itu ". surah al isra' :110


“ Dialah Allah, tidak ada sama-sekali Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia. Dia mempunyai al asmaaul husna ( nama-nama yang maha indah ), ". surah Toha : 8


“Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa sahaja yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ". surah al Hasyr : 24


dan akhir sekali renunglah mutiara kata yang indah dari Imam Syafi'i


Aku mencintai orang-orang soleh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku harap semoga aku mendapat syafaat dari mereka.
Aku membenci orang-orang durhaka, meskipun sebenarnya, mungkin, aku termasuk golongan mereka. (Imam Syafi'i)

03 Mac 2011

PANJI - PANJI DI PADANG MAHSYAR

Arafah tempat perhimpunan jemaah Haji

Setelah manusia dibangkitkan dan selesai penghalauan seluruh manusia ke padang Mahsyar dihari kiamat , maka jadilah manusia – manusia itu berkumpul dalam satu arena yang sangat luas .Di situ semua manusia berkumpul iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s hinggalah manusia yang paling akhirdimatikan . Mereka semua disuruh berbaris dan menunggu satu pemeriksaan serta penghakiman yang maha adil dan menakutkan dalam persidangan Mahkamah Allah.

Masing-masing diliputi rasa takut,khuatir,sedih, gelisah , bingung,bimbang serta panik. Masing-masing menyesal diri dan tertanya-tanya , ke Neraka manakah aku ini?Bagi mereka yang berbuat dosa di dunia ini akan menanti dengan penuh rasa berdebar dan gementar , kalau boleh mahu di hidupkan semula di dunia dan mahu jadi hamba yang taat dan patuh dengan hukum-hakam Allah .Tapi apa kan daya nasi sudah menjadi bubur. Kini mereka menanti apakah pembalasan atau hukuman yang akan Allah jatuhkan ke atas mereka.

Dalam pembicaraan di padang Mahsyar, semua manusia akan berbaris dan berkumpul dengan pemimpin-pemimpin yang mereka ikuti sewaktu hidup di dunia dahulu .Sebagaimana telah di tegaskan oleh Allah S.W .T yang berbunyi ;“ Ingatlah suatu hari (yang dihari itu ) , kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya ’’.

Di perhimpunan agung padang Mahsyar itu akan dipasang bendera , sepanduk dan panji-panji sebagai tanda pengenal golongan umat manusia . Bendera dan panji-panji itulah yang disebut “ Liwaul hamdi ’’ iaitu bendera pujian. Umat islam akan berbaris dengan beberapa barisan di bawah panji-panji , sesuai dengan apa yang telah mereka taati dalam hidupnya . Apakah ia ahli yang jujur, seorang yang zalim, zuhud, dermawan, syuhada’, qari, muadzin atau sebagainya; ini semua akan ada panji-panjinya dan pemimpin-pemimpinnya sendiri .

Dalam satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang bendera pujian mengenai panjang dan lebarnya .Maka baginda bersabda :“ Panjangnya dapat ditempuh 1000 tahun , dimana tertulis ‘Laillaha illallah Muhamadarasulullah ’ . Dan lebarnya antara langit dan bumi .Adapun bahannya dari yakut yang merah , tiangnya dari perak yang putih dan zabarjut yang hijau. Ia mempunyai tiga buah menara dari Nur (cahaya). Satu cahaya kearah timur , satu cahaya ditengah-tengah dunia dan yang satunya berada di arah barat.

Pada menara itu tertulis tiga baris ;

Baris pertama tertulis : ‘Bismillahir Rahman Nir Rahim’- Ertinya : Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .

Baris kedua tertulis : ‘Alhamdulillah Hirabbil Alamin’ 
 Ertinya:Segala puji bagi Allah seru sekalian Alam .

Baris ketiga tertulis : ‘Laillaha illallah Muhamadarasulullah’
Ertinya : Tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad utusan Allah .

Adapun setiap baris jaraknya dapat ditempuh 1000 tahun .Disamping terdapat 70,000 bendera . Setiap satu bendera di bawahnya terdapat 70,000 barisan Malaikat , setiap barisan terdiri dari 50,000 Malaikat yang sama bertasbih kepada Allah dan meMahasucikanNYA ’.

Perlu dimaklumi bahawa sifat-sifat dan keadaan ‘Liwaul Hamdi ’. Ini mungkin banyak menimbulkan pertanyaan bagi akal . Namun kerana itu adalah satu hal yang ghaib , maka Allahlah yang Maha Mengetahui sebenarnya dan Maha Kuasa atas segala sesuatu .

Imam Al-Jurjani menerangkan makna ‘Liwaul Hamdi’.Bendera pujian berada pada kekuasaan Allah . Bahawasanya kelak di hari kiamat ,bendera itu di pasang pada sisi Nabi Muhamad s.a.w .Adapun para mukmin berada di kanan kiri bendera Nabi , sedangkan orang kafir berada dalam azab sengsara bersedia untuk menjadi kayu bakar api neraka selama bendera itu di pasang dan berkibar . Jika bendera itu dipindahkan, maka di kala itu orang-orang kafir akan di halau untuk terjun ke dalam neraka .

Wal iyazubillah ….

Bendera-bendera itu akan di pegang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan dibawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya . Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh :

Bendera pertama -Bendera Kebenaran
Bendera ini akan di kibarkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.
Bagi semua orang yang benar dan jujur akan berada dibawah naungan panji-panji ini .

Bendera Kedua- Bendera Fuqaha
Bendera ini akan dikibarkan oleh Saidina Muaz bin Jabal r.a .Bagi semua orang yang alim lagi fiqih akan berada di bawah naungan panji-panji ini .

Bendera Ketiga - Bendera Zuhud
Bendera ini akan dikibarkan oleh Saidina Abu Dzar r.a .Bagi semua manusia yang
menjiwai dan hidup cara zuhud akan berada di bawah bendera ini.

Bendera Keempat -Bendera Dermawan
Bendera ini akan di kibarkan oleh Saidina Uthman bin Affan r.a . Bagi semua para
dermawan akan berada di bawah bendera ini .

Bendera Kelima – Bendera Syuhada
Bendera ini akan di kibarkan oleh Saidina Ali r.a .Bagi setiap orang yang mati syahid
akan berada di bawah bendera ini .

Bendera Keenam -Bendera Qurra’
Bendera ini akan di kibarkan oleh Ubbaya bin kaab r.a .Bagi setiap para Qarri akan
berada di bawah bendera ini .

Bendera Ketujuh -Bendera Muadzin
Bendera ini akan di kibarkan oleh Saidina Bilal r.a .Bagi semua para Muadzin akan
berada di bawah bendera ini .

Bendera Kelapan -Bendera ini bagi orang yang di bunuh secara aniaya.
Bendera ini akan di kibarkan oleh Saidina Hussain r.a. Bagi orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.

02 Mac 2011

KENALI 9 JENIS SYAITAN



Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan... 

1. Zalituun 
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat 
jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja 
lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 

2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya 
bersangka buruk terhadap Allah. 

3. A'awan 
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak 
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan 
hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu 
mendengar nasihat para ulama. 

4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri 
orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, 
kelab malam & tempat yang ada minuman keras). 

5. Murrah 
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan, glamour dan sebagainya. 

6. Masuud 
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gossip, adu domba, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. 

7. Daasim (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) 
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). 

8. Walahaan 
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. 

9. Lakhuus 
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari



wallahualam bsb