Assalamualaikum dan salam hormat, hari ni Fakir nak berkongsi khasiat dan fadhilat bismillah enam yang sangat elok dijadikan amalan harian sehingga menjadi darah daging dalam kehidupan. Semoga dengan keberkatan dalam membaca dan mengamalkannya akan memudahkan perjalanan hidup seharian kita...insyaAllah.
insyaAllah.....
- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezekinya.
- Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Dijauhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
- Aman daripada binatang-binatang buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam Jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca Al-Fatihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk diminum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan