Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

27 Februari 2013

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.









15 Februari 2013

Kelebihan Surah al Mulk


Jangan lepaskan kesempatan yang ada untuk mengamalkannya, jom sama-sama kita ambil tahu tentang kebesaran, kelebihan dan fadhilat serta taburan hadis Rasulullah SAW berkaitan surah al Mulk......

Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf a.s (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasullulah SAW bersabda:"sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"

Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda:"sesungguhnya seseorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sekalipun daripada kitab Allah kecuali 'Tabaarakal lazi'. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajah simati dan malaikat berkata pada surah itu.'Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada si mati, dan kepada saya kemudharatan atau kemanafaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manafaat kepada si mati, jadi pergilah menemui Allah SWT, dan mintalah syafaat daripadanya. Maka iapun (surah) menemui Allah SWT. Dan berkata:'Wahai Tuhanku, simati ini, dia pilih saya dalam kitabMU dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah SWT berfirman:'Aku nampak kamu marah'. Surah itu menjawab:'Sesungguhnya saya marah. Allah SWT berfirman:'Pergilah kamu sesungguhnya aku memberi si mati kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya".


Nabi SAW bersabda:"Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati."

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan 'selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri atau menampung badan sewaktu membaca saya'.

Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak berasa kesunyian.

Dari Sabda Nabi SAW  juga: inilah salah satu surah yang bisa membahaskan dan menghujahkan kepada pembacanya sewaktu di akhirat kelak, sehingga dapat membantunya masuk ke syurga ALLAH. 

Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)

Harapan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah SAW bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah r.a meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali r.a berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 


Ulama' berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

Ulama' berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 








08 Februari 2013

Melayu,iman dan kemuliaan para Ulama'




Umat Melayu dan Islam - kedua-duanya amat sukar dipisahkan. Walaupun sudah banyak yang tinggal Islam warisan yang mana sesetengah dari kita malas atau tak kisah dan pandang enteng dalam mendalami ilmu agama. Malahan yang lebih teruk banyak juga yang telah murtad... na'uzubillah himinzalik.

Tanpa Islam maka lumpuhlah seluruh benteng yang melindungi bangsa Melayu. Justeru, sebarang usaha untuk menidakkan Islam daripada Melayu umpama menelanjangkan maruah kemelayuan itu sendiri. Tak kiralah samada ianya datang dari musuh Islam atau dari umat kita sendiri.

Mustahil atau benar kalau Fakir katakan bahawa sebahagian besar Melayu hari ini semakin hanyut, lalai, rosak, binasa kerana semakin menebal hubbud dunia? Kita berbuat sesuatu kerana mengharapkan sesuatu sebagai imbal balik. Hatta dalam ibadat sekali pun kita bertekun mengerjakannya kerana mengharapkan syurga, bidadari-bidadari yang rupawan serta kemewahan kehidupan syurga. Mungkin boleh dibilang dengan jari hanya sebilangan kecil dari kita yang beribadat kerana benar-benar ikhlas cintakan, mabuk rindu pada Allah dan RasulNYA tanpa memikirkan sebarang habuan. Kalau ada pun mungkin para ulama' dan para salik serta sufi.

Yang berkuasa gila mempertahankan kuasa atau memperbesarkan pengaruh dan kuasa. Tidak kira dalam halal dan haram, fitnah memfitnah, cantas mencantas. Yang penting terus berkuasa dan menelan apa saja yang ada disekeliling selagi kuasa masih di dalam genggaman. Para Ulama' sudah tidak lagi dihormati malah dicaci cerca. Sedangkan terang-terangan para Ulama' itu pewaris Rasululillah SAW. Menghina para Ulama'  samalah seperti menghina Rasulillah SAW. Fikir-fikirkanlah sendiri sejauh mana tebalnya, sesuci dan sebersih mana iman kita yang ambil duduk perkara ini dengan remeh temeh.

Kebenaran nampak pada pandangan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki bahawa umat sekarang lebih selesa mendalami ilmu agama secara "mee segera" semuanya instant dan tidak berminat dalam mendalaminya secara talaqqi. semuanya mau segera dan cepat hatta dalam menuntut ilmu.  Ilmu yang dikutip dari sanad semakin ditinggalkan. Sumbernya mungkin dari facebook, majalah-majalah atau vcd. Main tangkap muat aja tanpa memikirkan dan mengkaji ilmu yang dikutip itu bersumberkan apa fahamannya, takutnya nanti dicampur aduk semacam rojak buah maka rosaklah diri sendiri dan umat sekeliling. Malah terkadangnya ditakuti dengan penerimaan ilmu secara instant itu pula dijadikan modal untuk berdebat dengan orang lain. 

Terkadang-kadang kerana nak membela dan memelihara institusi/ orang yang ditaksubkan, sanggup memandai-mandai mengeluarkan pandangan seakan-akan fatwa sendiri-sendiri yang main agak-agak saja. Sedangkan kita tahu orang yag memandai-mandai membuat hukum sendiri kelak akan tercampak ke neraka jahannam. Sudahkah ada lebih dari 200,000 hadis di dalam dada kita untuk berani-berani mengeluarkan kenyataan atau menghukum sesuatu. Setidak-tidaknya adakah sudah puluhan tahun kita menagih ilmu dan menyebarkan ilmu seperti para ulama' untuk memandai-mandai dalam bab hukum. Mungkin ini salah satu faktor kita kurang menyanjungi para Ulama'. Faktor yang membuatkan kita tidak mendapat berkahnya ilmu dari tangan para ulama'.  Fakir pernah berdepan dengan orang seperti ini. Terus terang Fakir katakan bahawa Fakir yang tersangat miskin dalam ilmu ini pun merasa amat sedih melihat orang memperlekehkan dan mempersendakan para ulama' - sakit hati ini bila mengenangkannya.

Samada kita sedar atau tidak bahawa sekarang ini sebilangan besar keluarga melayu Islam tidak mementingkan pendidikan Islam, mereka hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa inggeris dan sebagainya untuk anak-anak mereka lulus dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti. Mereka rasa semua ini sudah cukup dan berjaya mendidik anak-anak mereka. Tetapi mereka lupa semua yang mereka tekankan dan pentingkan itu merupakan luaran atau intelektual sahaja, ilmu akademik merupakan ilmu keperluan jasmani sahaja untuk mencari kedudukan atau mencari makan dan minum sahaja.  Mendidik anak-anak dalam hal agama mungkin hanya dititikberatkan hanya pada pengajian qiraati, iqra dan kafa sahaja. Lepas dari itu maka mungkin sudah dianggap selesai hal-hal ugama. Keperluan mencari dan mengadap guru-guru agama dengan sendirinya telah terbatas atas sikap ambil mudah. Bagaimana anak-anak akan memuliakan para alim ulama' seandainya tidak dididik untuk ketagih menimba ilmu pada alim ulama'? Maka dari sinilah masalah-masalah sosial makin meningkat dan makin berleluasa. Timbul berbagai jenayah yang baru yang menjadikan kita semua haru biru dek kerenah anak-anak Melayu sendiri.

Hari ini kita melihat dengan mata kepala sendiri bahawa umat Melayu semakin melangkah maju kehadapan. Syukur Alhamdulillah sebab kita semakin bersemangat kearah itu. Namun kita juga melihat dengan mata zahir ini berapa ramai dikalangan kita yang semakin hari semakin jauh meninggalkan ilmu agama. Cubalah berjumpa dengan beberapa orang anak muda dan diajak berbual kemudian tanyakan tentang rukun iman dan Islam... berapa ramai yang boleh menjawabnya? Ujilah sendiri akan kebenaran celoteh Fakir ini. Itu belum ditanya tentang sifat 20 atau pun rukun solat.  Malah membaca al-qur'an juga menjadi satu kepayahan.

Apakah ini terhasil disebabkan generasi Melayu hari ini semakin gilakan kuasa, pangkat, wang ringgit, jawatan, gaji besar (tanpa usul periksa rezeki tersebut bersumberkan halal atau haram) kereta mewah dan rumah cantik lagi agam?. Sogokan racun musuh-musuh Islam melalui media massa, internet dan hiburan telah menyuntik ke batang tengkuk dan terus meresap ke minda kita tanpa kita sedari. Anak-anak kita mungkin lebih selesa dan bangga ber"trend"kan barat atau KPOP dari cuba belajar mengikuti sunnah Rasulullah SAW walaupun "piece by piece". Bagi yang terhindar dan tidak terpengaruh alhamdulillah.... itu petanda orang yang berjaya dunia dan akhirat insyaAllah. Kita tahu batas dan sempadan malah kita tahu siapa "role model" kita yang sebenarnya.

Nak salah kan mereka seratus peratus memang tak patut juga kerana kalau kita- ibubapa dan para pemimpin sendiri pun tergila-gila akan semua itu. Tak "grand" la kalau tak ikut kemajuan semasa. Biarkanlah walau ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus asalkan sentiasa "happening".

Kita kaji dan renung masa-masa kita selama sehari semalam apa yang telah kita perbuatkan. Tolak waktu tidur paling banyak 8 jam, kerja mencari nafkah pula katakanlah pukul rata 8 jam lebih-lebih mungkin tambahan 2-3 jam lagi. Balik santai bersama keluarga  pula 2-3 jam tidak termasuk keluar beli barang keperluan harian samada di pasar-pasar malam ataupun pasaraya. Jadi berapa banyak pula masa kita terbiasakan diri untuk diluangkan ke jalan Allah? Solat paling lama mengambil masa 5 minit hingga ke 15 minit kalilah dengan 5. Mungkin itu saja waktu-waktu yang kita gunakan untuk mengadap Allah. Kepenatan seharian pasti menguasai diri, jadi masa bila kita akan mampu untuk bertelimpuh bertalaqqi mengadap guru-guru agama samada di surau-surau atau masjid? Bertambahkah pengetahuan agama dan benteng iman kalau masa dan detik pun kita jadikan sebagai halangan.


akhir kalam, jom kita renung-renungkan beberapa rantaian ayat-ayat al qur'an serta hadis baginda Rasulullah SAW tentang hal berkaitan...

 Peringatan dan penerangan Imam al-Nawawi di dalam karyanya al-Majmuk Syarah al-Muhazzab (jilid 1, muka surat 47 dan 48) mengenai akibat daripada tindakan sebilangan manusia yang menyakiti atau menghina ulama, seperti mana berikut:

Fasal:

Larangan Dan Ancaman Keras Bagi Sesiapa Yang Menyakiti dan Menghina Para Fuqaha’ Serta Gesaan Untuk Memuliakan Dan Mengagungkan Kehormatan Mereka

Firman Allah SWT bermaksud:

Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.
(Surah al-Hajj: Ayat 32).

Firman Allah SWT bermaksud:

Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi tuhannya.
(Surah al-Hajj: Ayat 30).

Firman Allah SWT bermaksud:

Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman.
(Surah al-Hijr: Ayat 88).

Firman Allah SWT bermaksud:

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang beriman sama ada lelaki atau perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
(Surah al-Ahzab: Ayat 58).

Sabit di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Barangsiapa yang menyakiti waliKu maka Aku mengistiharkan peperangan terhadapnya.

Diriwayatkan Imam Khatib al-Baghdadi, daripada Imam al-Shafie dan Imam Abi Hanifah, kata mereka berdua:Sesungguhnya jika tiada fuqaha’ dan auliya’ maka tiadalah wali Allah.
Imam al-Shafie berkata (menambah): Fuqaha’ yang beramal.

Daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Barangsiapa menyakiti fuqaha’ maka dia telah menyakiti Rasulullah SAW, barangsiapa yang menyakiti Rasulullah SAW maka dia telah menyakiti Allah SWT.

Berkata al-Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Ibn Syakir:
Ketahuilah saudaraku! Mudah-mudahan Allah memberikan taufik kepada aku dan kamu untuk mendapat redhaNya serta menjadikan kita orang yang sentiasa takut dan takwa kepadaNya dengan sebenar-benar ketakwaan. Sesungguhnya daging para ulama adalah beracun dan kebiasaannya telah dimaklumi bahawa Allah akan membinasakan orang yang menghina ulama. Sesungguhnya sesiapa yang menggunakan lidahnya dengan mencela / menfitnah para ulama maka Allah akan menurunkan bala kepadanya, iaitu sebelum matinya maka hatinya telah mati terlebih dahulu.

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
( Riwayat al-Bukhari )


Imam Nawawi R.A pernah mengatakan : 
"Melihat wajah orang-orang Soleh (Ulama) satu tuntutan adalah merupakan satu Ibadah dan merupakan Ubat bagi hati yang keras".


Wallahualam.






01 Februari 2013

Habbatus Sauda Penawar Yang diSarankan Oleh Rasulullah SAW

 Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Hendaklah kamu menggunakan Habbatus Sauda’ karena sesungguhnya padanya terdapat
penyembuhan bagi segala penyakit kecuali kematian”
( Hadith Riwayat Abu Salamah dari Abu Hurairah RA )

Hadith Bukhari meriwayatkan dari Aisyah RA bahwa ia pernah mendengar Nabi bersabda: 
” sungguh dalam Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit,
kecuali al-Sam, “saya bertanya apakah al-Sam itu? Baginda menjawab, kematian."
( Sahih Bukhari 5687 )

Khasiat Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma)
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
Polysaccharide
Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
Amino acid yang membentuk protein
Karotene iaitu sumber vitamin A
Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Di Timur Tengah, minyak Habbatus Sauda ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Info Tentang Sejarah Habbatus Sauda


Sejak bila Habbatus Sauda digunakan sebagai ubat dan penawar tidak dapat diketahui dengan tepat. Ini adalah kerana ia telah sangat lama digunakan semenjak zaman awal permulaan tamaddun lagi. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan ia telah mencapai kemasyhuran semenjak tamaddun awal sejarah manusia lagi.

Rujukan bertulis paling awal yang ada ialah dalam kitab Taurat Perjanjian Lama (The Old Testament – Isaiah 28).

Di dalam nya ada tertulis mengenai cara-cara penuaian Habbatus Sauda:for the black cumin is not threshed with a threshing sledge,nor is a cart wheel rolled over the cumin,but the black cumin is beaten out with a stick,and the cumin with a rod.(Isaiah 28:25,27 NKJV New King James Version).

Oleh itu boleh disimpulkan bahawa kaum Bani Israel telah lama mengetahui tentang khasiat dan kegunaan Habbatus Sauda’. Kepentingan Habbatus Sauda jelas apabila ia telah dijadikan tanaman pertanian pada zaman mereka lagi.

Malah lebih awal dari zaman Bani Israel ialah Tamaddun Mesir dan Yunani Purba yang telah mengetahui kehebatan dan khasiatnya sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Pada zaman purba itu, raja-raja Yunani dikubur bersama dengan Habbatus Sauda, kerana ia boleh berfungsi mengawetkan mayat. Raja-raja pada masa itu pasti sangat berhati-hati dalam menggunakan tanaman dan herba yang terbaik sebagai ubat.

KHAZANAH KUBUR FIR’AUN
Pada tahun 1922, satu kegemparan besar telah berlaku di Mesir.Howard Carter seorang ahli arkeologi dan Lord Carnavon, seorang Bangsawan Inggeris telah menemukan kubur Fir’aun muda Tutankhamen. Mereka telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk mencari kubur ini. Kubur ini unik dalam sejarah Egyptology kerana ia satu-satunya kubur yang dijumpai yang belum terusik oleh pencuri-pencuri harta karun.

Semenjak 3000 tahun dahulu, generasi demi generasi pencuri-pencuri harta karun telah membongkar kubur-kubur Fir’aun untuk mendapatkan harta yang sangat banyak seperti emas dan berlian.

Dalam kubur Tutankhamun yang belum terusik ini telah ditemui Habbatus Sauda. Ini menunjukkan herba ini memiliki peranan sangat penting dalam kehidupan Mesir Kuno.

Ahli Agama zaman Fir’aun mempercayai apabila seorang Fir’aun mati maka ia memulakan perjalanan dalam alam akhirat di mana ia memerlukan bekalan-bekalan harta, peralatan dan ubat yang terbaik sesuai dengan statusnya seorang Raja besar. Malah ada Fir’aun yang disembah sebagai tuhan. Pemilihan Habbatus Sauda menunjukkan status herba itu sendiri di zaman Fir’aun. Ahli-ahli Perubatan Fir’aun sudah mengenal khasiat Habbatus Sauda semenjak 4000 tahun dulu.

Mengikut catatan sejarah mereka menggunakannya untuk mengubati berbagai masalah kesihatan termasuk gangguan dalam sistem pencernaan/penghadaman. LEBIH BERNILAI DARI EMAS PERMATA.

SIMPANAN DI MUZIUM KAHIRAH. 
Hari ini jika kita melawat Muzium di Kahirah, kita masih boleh menyaksikan bekasminyak Habbatus Sauda yang dijumpai dalam kubur Fir’aun muda Tutankhamen. Ini adalah bukti kehebatan Habbatus Sauda’ yang boleh bertahan selama 3000 tahun tanpa rosak dan binasa.
Pakar-pakar perubatan moden juga dimasa ini berminat untuk mengkaji kaedah perubatan zaman Fir’aun ini. Mengikut kajian-kajian awal, sistem perubatan mereka mempunyai banyak persamaan dengan sistem perubatan moden. Memang benar, khazanah herba tinggalan yang lebih bernilai dari emas.

PENGASAS PERUBATAN MODEN HIPPOCRATES
Hippocrates, Ahli Perubatan Yunani Kuno, yang dianggap sebagai pengasas perubatan moden masakini. Dia telah menggariskan kaedah dan prinsip yang masih lagi digunapakai oleh perubatan moden masakini begitulah sumbangan besar tokoh ini. Hari ini setiap doktor mestilah mengangkat sumpah Hippocrates, sebelum dapat mengamalkan perubatan (medical practice). Hippocrates menyarankan penggunaaan Habbatus Sauda untuk mengembalikan kecergasan, tenaga dan kesegaran serta mengatasi kelelahan tubuh dan mental.

PRESKRIPSI DIOSCORIDES
Dioscorides, seorang ahli perubatan Yunani di abad ke satu sebelum masihi, melaporkan bahwa habbatu Sauda digunakan untuk mengubati Sakit Kepala, Hidung tersumbat, sakit gigi, dan lain-lain penyakit dalaman. Pada zaman nya juga ia juga digunakan untuk membantu masalah menstruasi/haidh dan meningkatkan produksi Air Susu Ibu.

SARANAN JALINUS (GALEN)
Seorang ahli perubatan Yunani Kuno, Galen (130-201 Masihi -Jalinus) telah menggunakan Habbatus Sauda’ dalam perubatannya.Galen adalah juga Tabib Peribadi (personal physician) kepada Maharaja Rome yang terunggul yang memerintah pada zaman kemuncak keagungan Empayar Rome iaitu Maharaja Marcus Aurelius. Marcus Aurelius ialah seorang Maharaja yang bijaksana dan juga seorang ahli falsafah yang pintar dalam aliran stoicism.

Di kalangan masyarakat Arab sistem perubatan Galen atau panggilan Arabnya Jalinus,adalah sangat masyhur sehingga ada yang menganggap Jalinus itu orang Arab.

CLEOPATRA RATU JELITA ZAMAN PURBA
Cleopatra, Ratu Mesir di zaman Mark Anthony yang dikatakan mempunyai wajah yang sangat jelita, merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak Habbatus Sauda dalam susu untuk mandi.

Begitu juga dengan Ratu Nefertiti yang diketahui menggunakan Habbatus Sauda untuk merawat kecantikan. Nefertiti juga terkenal sebagai seorang ratu yang sangat cantik serta anggun. Patung ukiran wajah nefertiti masih lagi wujud tersimpan dalam Muzium Kahirah.

PERUBATAN KENABIAN
Secara ringkas perubatan kenabian ialah kaedah perubatan atau saranan perubatan yang bersumber dari al-Qur’an al-Karim dan al-Hadis al-Sharif. Melalui kedua-dua sumber ini alim ulama dan ahli perubatan Islam sejak zaman salaf dahulu telah memformulasikan satu kaedah perubatan kombinasi iman, amal, ruqyah dan bahan-bahan alam sekitar yang wujud pada zaman Rasulullah .

Satu contoh ialah mengenai madu, yang disebut di dalam al-Qur’an dalam surah al-Nahli mempunyai penawar bagi manusia. Hanya saja yang tidak disebut ialah bagaimana caranya, kaedah penggunaannya, dan jenis-jenis madu itu sendiri yang menjadi penawar atau ubat yang berkesan. Selepas mengetahui mengenai ayat ini, maka menjadi tanggungjawab ahli perubatan Islam untuk mengkaji dan menggali rahsia ini dannseterusnya menyebarkannya di kalangan manusia.

Para alim ulama teleh mengumpulkan kaedah perubatan berdasarkan al-Qur’an dan Hadis ini dalam kitab-kitab yang dipanggil al-Tibb al-Nabawiyah. Antara ulama yang menulis mengenai perubatan kenabian ini ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti dan ‘allamah ibnu al-Qayyim.

Khasiat penawar dalam Habbatus Sauda’ telah disebut dalam banyak hadis sahih dan kitab himpunan hadis yang lain. Berdasarkan maksud-maksud hadis yang sahih ini, para alim-ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan Kenabian. Ibnul Qayyim dilaporkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan Habbatus Sauda.

Pada zaman Rasulullah S.A.W. para sahabat Nabi didapati telah menggunakannya sebagai ubat berbagai jenis penyakit. Ini sesuai dengan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Siti ‘Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya HabbatusSauda’ ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian”.

Berikut adalah senarai maksud hadis-hadis yang menyebut tentang Habbatus Sauda:

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda terdapat penawar segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no.1819.

Dalam Hadis Muslim juga disebutkan: “Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam Habbatus Sauda terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
( Sahih Muslim 2215 )

Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukanlah saranan berdasarkan kajian sains atau empirical studies. Walaupun begitu, telah dapat dibuktikan bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia ada dalam setiap zaman. Kemajuan dalam kajian sains juga telah membuktikan kebenaran dan kehebatan perubatan kenabian ini, khusus nya Habbatus Sauda.

Dalam bab-bab seterusnya dalam buku ini, maklumat-maklumat saintifik mengenai bahan-bahan dalam Habbatus Sauda, dan analisis kandungannya akan dibentangkan bagi menyokong kebenaran Hadis mengenai rahsia perubatan Habbatus Sauda.

KANUN PERUBATAN IBNU SINA
Ibnu Sina ( 980 – 1037 ), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang dipelopori oleh Hippocates, malah dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.

Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi)
mengatakan bahawa Habbatus Sauda adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.

Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatus Sauda merupakan penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati masalah sistem penghadaman dan masalah hati (liver hepatic) yang dianggap pada masa itu disebabkan oleh ketidakseimbangan humor. Humor adalah 4 unsur yang menjadi asas kepada prinsip perubatan yunani kuno ( 4 unsur darah, kahak, cecair hempedu kuning, dan cecair hempedu hitam). Ini ialah prinsip asas perubatan Hippocrates yang dikatakan bapa perubatan moden itu.

Walau bagaimana pun prinsip ini telah dibuktikan kesilapan dan kesalahannya oleh sains perubatan moden. Antara prinsip yang masih digunapakai hingga kini ialah kaedah clinical diagnosis (pemeriksaan tanda-tanda dan simptom untuk mencari punca dan sebab penyakit) dan perawatannya.

Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya “The Canon of Medicine”, yang dianggap banyak orang sebagai buku paling terkenal di dunia perubatan, baik di Timur atau di Barat, menyatakan Habbatus Sauda bermenfaat “meransang tenaga dalam badan dan membantu penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat”.

ALBIRUNI PAKAR KETIMURAN (ORIENTALIST) ZAMAN PERTENGAHAN
Al Biruni (973-1048), Seorang Pengkaji Tamaddun China dan India, telah menyebutkan bahwa Habbatus Sauda telah dipakai oleh orang-orang China dan India sebagai bahan nutrition/pemakanan sejak abad 10. Al-Biruni menegaskan bahawa Habbatus Sauda digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.

sumber: