Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

24 November 2010

Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad (bah.5)



STRATEGI PENGUKUHAN ISLAM DAN KEMAJUAN ORANG MELAYU

Mahathir bertolak dari hakikat bahawa Melayu di Malaysia adalah Muslim keseluruhannya justeru salah satu definisi Melayu adalah bangsa yang beragama Islam. Dan Melayu berada dalam keadaan yang tidak
kukuh kedudukannya oleh sebab kuasa ekonomi berada di tangan bangsa mendatang. Melayu hanya tinggal kuasa politik dan pentadbiran negara. Itu pun terpaksa dikongsi dengan non-Melayu. Dalam keadaan begini,
Melayu terus berpecah dalam beberapa kelompok politik dan sering bercakaran. Masa, tenaga dan fikiran banyak dibazirkan untuk menyelesaikan hal-hal ini. Justeru, tindakannya ialah memperkasakan dan
memperkukuhkan Melayu dan memajukan mereka yang dengannya Islam yang kuat dapat ditegakkan. Dengan lain perkataan, Mahathir berusaha mengukuhkan perpaduan Melayu sebagai platform memajukan agama Islam. Islam tidak boleh tegak dan teguh dalam masyarakat yang miskin, tiada jati diri, lemah dan mundur. Islam boleh maju dan kuat bersama masyarakat yang maju dan kuat juga.

Inilah antara tindakan strategik Mahathir melalui pelbagai rancangan pembangunan negara, walaupun ada pemimpin dan intelektual Melayu sendiri yang menentangnya. Parti pembangkang Melayu sendiri
menuduhnya sebagai Firaun yang zalim. Apa yang dilakukan didakwa bertentangan dengan Islam. Wawasan 2020 tidak Islamik, lebih baik `wawasan akhirat'. Projek kereta nasional tidak menguntungkan, Mahathir
menggunakan wang rakyat untuk membuat projek-projek mega dan sebagainya. Jambatan Pulau Pinang juga projek membazir tetapi kumpulan yang menuduh itulah yang menggunakannya. Tuduhan-tuduhan seperti
inilah yang sering dilemparkan kepada beliau. Melayu-Islam perlu buka minda jika mahu berubah ke arah kemajuan seperti bangsa-bangsa lain yang maju di dunia ini.

Mahathir percaya bahawa minda orang Melayu sudah pun terbuka. Tetapi kebanyakan yang memasuki minda ini adalah yang tidak membina.Umpamanya fundamental atau asas Islam amat mudah. Apa yang
diwajibkan sedikit sahaja. Untuk menjadi orang yang beragama Islam apa yang diwajibkan ialah naik saksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Tetapi kita suka menokok tambah berbagai-bagai syarat sebelum orang yang sudah pun Islam diterima sebagai orang Islam. Dengan ini perhubungan antara orang Melayu Islam dengan orang Melayu Islam yang lain menjadi tegang dan buruk.

Sebaliknya jika pemikiran terbuka membolehkan Melayu Islam ini menerima ajaran Islam yang mengambil kira keadaan yang berubah sepanjang masa, maka orang Islam tidak akan ketinggalan zaman. Hanya
berkenaan memahami fardu ain dan fardu kifayah, sunat dan wajib pun minda yang terbuka boleh menjadikan Islam sesuai untuk semua zaman dan tamadun.

Tetapi dengan diwajibkan ibadat-ibadat baharu seperti qiamullil, tazkirah, kuliah subuh dan lain-lain, agama yang mudah yang memberi cukup masa untuk kerja-kerja lain yang penting menjadi fardu ain dan fardu kifayah, sunat dan wajib pun minda yang terbuka boleh menjadikan penghalang kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dan kerja-kerja yang penting bagi kesejahteraan dan keselamatan umat islam.

Demikian juga dengan jihad, yang diutamakan ialah perang. Sebenarnya yang di suruh ialah penyediaan alatan perang supaya mengerunkan musuh. Tidak ada gunanya berperang jika tentera Islam tetap akan kalah kerana tidak ada persediaan dan serba kekurangan. Tetapi asyek dengan serangan mati syahid yang merugikan Islam; Sebenarnya yang benar-benar berjihad ialah mereka yang membiayai, mencipta, mengeluar alatan peperangan yang Iebih kuat dan lebih canggih daripada tentera musuh.

Minda yang terbuka tentulah memberi penghargaan kepada mereka yang mempelajari sains dan teknologi, memperkayakan masyarakat Islam, mencipta dan mengeluarkan senjata yang canggih, menyusun bala tentera yang gagah dan ditakuti oleh musuh kerana kekuatan serta mempunyai kekuatan yang mencukupi dan mampu
menyelamatkan umat Islam sebagai orang yang berjihad di jalan Allah. Ingatlah Sayidina Usman berjihad dan membekalkan unta untuk pasukan tentera Islam pada zaman Nabi.

Justeru, penguasaan ilmu sains dan teknologi dan perolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka yang secara buta tuli menyerang musuh dan mengundang
malapetaka kepada umat Islam yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan