Dalam kegembiraan ada sejuta kedukaan...sedarkah kita bahawa tanggal 12 Rabiul Awal bukan hanya sekadar hari kelahiran Baginda Tercinta SAW akan tetapi pada tarikh yang sama adalah hari kewafatannya. Jom kita selak2 kembali sirahnya yang insyaAllah akan membangkitkan kecintaan dan kerinduan kita pada Baginda Tercinta SAW. Apa salahnya kita mulakan selawat dalam had kemampuan kita tak kira puluhan kali, ratusan kali mahupun ribuan kali tanda ikhlasnya kecintaan kita kepada Baginda Tercinta Rasulullah SAW..... SALAM MAULIDUR RASUL!
Jom baca kisah ini dari sumber tayibah.com
Daripada
Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:
"Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di
rumah Siti Aishah r.a.
Kemudian
baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban
bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi,
menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar
bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk
kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."
"Allah
berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang
yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan
kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian
kami bertanya: "Bilakah ajal
baginda ya Rasulullah?"
Baginda
menjawab: "Ajalku telah hampir,
dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta
ke Arsyila."
Kami
bertanya lagi: "Siapakah yang akan
memandikan baginda ya Rasulullah?"
Rasulullah
menjawab: "Salah seorang ahli
bait."
Kami
bertanya: "Bagaimana nanti kami
mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda
menjawab: "Dengan bajuku ini atau
pakaian Yamaniyah."
Kami
bertanya: "Siapakah yang
mensolatkan baginda di antara kami?"
Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian
baginda bersabda: "Tenanglah,
semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan
mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di
tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang
pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail,
kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala
tenteranya.
Kemudian
masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum
lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu
semua."
SEMAKIN
TENAT
Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah
sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi
baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Sehari menjelang baginda
wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada
hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri
di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya
Rasulullah?"
Kemudian dia
berkata lagi: "Assolah
yarhamukallah."
Fatimah
menjawab: "Rasulullah dalam
keadaan sakit."
Maka
kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang,
maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan
yang tadi.
Kemudian
Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah
saw bersabda: "Saya sekarang
berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar
menjadi imam dalam solat."
Maka
keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku
tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian
dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam
solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a.
melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah
lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan
akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising
sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.
Baginda
bertanya: "Wahai Fatimah, suara
apakah yang bising itu?"
Siti Fatimah
menjawab: "Orang-orang menjadi
bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."
Kemudian
Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh
mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua
rakaat.
Setelah itu
baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua
berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah
penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua
agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana
ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari
terakhirku berada di alam dunia ini."
MALAIKAT
MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari
esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia
turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut
nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya
masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak
mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.
Maka
turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar
sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah
saw,
Malaikat
Maut itupun berkata:
"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan
risalah!"
Fatimah pun
keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah),
Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian
Malaikat Maut itu memberi salam lagi:
"Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya
Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada
puterinya Fatimah: "Siapakah yang
ada di muka pintu itu?"
Fatimah
menjawab: "Seorang lelaki
memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit.
Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan
sukma."
Rasulullah
saw bersabda: "Tahukah kamu
siapakah dia?"
Fatimah
menjawab: "Tidak wahai
baginda."
Lalu
Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai
Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan
yang meramaikan kubur.
Kemudian
Rasulullah saw bersabda:
"Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka
masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:
"Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah
saw pun menjawab: "Waalaikassalam
ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut
nyawaku?"
Malaikat
Maut menjawab: "Saya datang untuk
ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika
tidak, saya akan pulang."
Rasulullah
saw bertanya: "Wahai Malaikat
Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"
Jawab
Malaikat Maut: "Saya tinggal dia
di langit dunia."
Baru sahaja
Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping
Rasulullah saw.
Maka
bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai
Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril
menjawab: "Ya, wahai kekasih
Allah."
KETIKA
SAKARATUL MAUT:
Seterusnya
Rasulullah saw bersabda: "Beritahu
kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di
sisinya?"
Jibril pun
menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu
langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut
rohmu."
Baginda saw
bersabda: "Segala puji dan syukur
bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah
untukku?"
Jibril
menjawab lagi: "Bahawasanya
pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias,
sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti
kedatangan rohmu."
Baginda saw
bersabda lagi: "Segala puji dan
syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan
Allah untukku?"
Jibril
menjawab: "Aku memberikan berita
gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat
pada hari kiamat nanti."
Kemudian
Rasulullah saw bersabda: "Segala
puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku
lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s.
bertanya: "Wahai kekasih Allah,
apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah
saw menjawab: "Tentang
kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca
Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada
bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang
berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril
menjawab: "Saya membawa khabar
gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua
Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka
berkatalah Rasulullah saw:
"Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut
dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat
Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a.
bertanya: "Wahai Rasulullah saw,
siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan
mengafaninya?"
Rasulullah
menjawab: "Adapun yang memandikan
aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril
akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian
Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda
sampai di pusat perut, baginda berkata:
"Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar
ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu
Rasulullah saw bertanya: "Wahai
Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril
menjawab: "Wahai kekasih Allah,
siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan
sakitnya maut?"
Akhirnya roh
yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
KESEDIHAN
SAHABAT
Berkata Anas
r.a.: "Ketika aku lalu di depan
pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil
mengatakan: Wahai orang-orang yang
tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan
perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah
memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu
malam kerana takut Neraka Sa'ir."
Dikisahkan
dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah
berkata: "Rasulullah saw telah
mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka
tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi
oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz,
padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"
Muaz
terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir
rajim." Lalu setelah itu dia
mengerjakan solat. Pada malam
seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz
berkata: "Kalau seperti ini,
bukanlah dari syaitan." Kemudian
dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul
lalu Muaz berkata kepada mereka: "Malam
tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila
Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran).
Maka berikanlah Mushaf kepadaku."
Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman
Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati
pula." (Surah Az-Zumar: ayat
30)
Maka
menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali,
dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah
seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah
jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang
siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat
kepada orang-orang yang bersyukur?"
(Surah Al-lmran: ayat 144) Maka
Muaz pun menjerit lagi: "Aduhai
Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."
Kemudian dia
keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan
meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:
"Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para
janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti
biri-biri yang tidak ada pengembala."
Kemudian dia
berkata: "Aduhai, sedihnya
berpisah dengan Nabi Muhammad saw."
Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak
lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar
olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah
yang bermaksud: "Setiap yang
bernyawa pasti akan merasakan mati."
Lalu Muaz
mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah
saw?" Orang tersebut
menjawab: "Wahai Muaz,
sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia." Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak
sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz: "Wahai Muaz, sedarlah dan
bangunlah."
Setelah Muaz
sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang
berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz
melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian
dia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota
Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya
Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha
Illallah?" Muaz
menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna
Muhammadur Rasulullah." Kemudian
dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat
itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata
kepada Bilal: "Wahai Bilal,
sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang
sedang pengsan." Setelah Bilal
selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai
Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah
salamku kepada Muaz." Maka Muaz
pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga
orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir.
Kemudian dia berkata: "Demi ayah
dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan
meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah
isteri baginda Siti Aisyah r.a."
Setelah
sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa
rahmatullahi wa barakatuh." Yang
keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti
Fatimah." Kemudian Muaz menuju ke
rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:
"Assalamualaikum ya ahlil bait."
Siti Fatimah
menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata: "Rasulullah saw bersabda: Orang yang
paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin
Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw." Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah
r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu
berkata kepadanya: "Saya mendengar
Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan
kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah
Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.
(Dipetik
dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)
Sumber : tayibah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan