اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِي
Alhamdulillah untuk sekali lagi Allah memberi nikmat untuk merasai kenikmatan hari agung di mana lahirnya seorang insan agung yang menyinari bumi ini dengan cahaya kesucian. Dengan sentiasa menghayati dan mengambil tahu serta belajar memahami akan sirah baginda tercinta Rasulullah SAW semoga akan menambah bibit-bibit cinta dan kerinduan yang sejati terhadap insan suci ini. Apatah lagi sempena menyambut hari keputeraannya, seluruh isi alam akan berselawat keatasnya. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan oleh insan sekerdil Fakir ini untuk bersama-sama yang lain berselawat dan menambahkan kecintaan kepada Baginda SAW. Sedarlah pintu mengenal Allah itu adalah bermula dengan pintu kenabian.
Dalam mengenang kasih sayang Rasulullah SAW terhadap para sahabat, insan sekeliling bahkan umatnya sebenarnya tiada tolok bandingnya jika hendak ditandingi oleh sesiapa pun jua. Benar sebenarnya seperti apa yang dikatakan oleh Habib Jindan Bin Naufal Bin Salim Jindan bahawa Rasulullah SAW lebih penyayang dari ibu kita sendiri. Tuan-tuan para sahabat boleh mencarinya di youtube akan tazkirah yang disampaikan oleh ulamak ini. Ibubapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian dan mengharapkan kesejahteraan anak-anak di dunia dan akhirat sahaja. Malahan apabila mati, hanya sesekali diingat lagi . Adapun Nabi SAW sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat malah insan yang paling sibuk mengambil berat akan umatnya ketika hari perbicaraan agung nanti. Namun kasih sayang Allah lebih lagi daripada itu.
Untuk kali ini jom kita sama-sama ambil tahu betapa besarnya kasih sayang Rasulullah SAW terhadap umatnya apatah kita umat yang tidak pernah melihat sekujur tubuh baginda itu tetapi kerisauan baginda terhadap kita dan umat mendatang melangkaui segalanya. Siapa kita dengan baginda? Adakah kita ini keluarga baginda, sahabat atau saudara mara terdekat baginda? Ukurlah sendiri betapa hebatnya kasih sayang baginda SAW kepada kita,
Ini sebuah kisah yang perlu kita hayatinya:-
1. Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa pada satu malam,. Rasulullah s.a.w bersolat dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118).
Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat solatnya.
Diriwayatkan Nabi saw membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.
Ayat ini bermaksud " jika sekiranya Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118)
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As r.a bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini dan setelah selesai solat baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku..."
Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibril, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi SAW tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibril untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.
Rasulullah SAW memberitahu kepada Jibril a.s bahawa baginda SAW mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibril, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan umatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu."
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya! besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibril: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai ajal belum sempat bertaubat."
Maka Rasulullah SAW. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril a.s meletakkan kepala baginda SAW. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu." Kemudian Rasulullah SAW menangis, Jibril juga menangis, kemudian Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat selalu menangis dan memohon kepada Allah akan kesejahteraan umatnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan