Semalam tanggal 11 Januari 2011 bersamaan 17 Safar 1433 jam 10 malam seorang insan sebutir permata yang tinggi nilai mutunya yang pernah terzahir di Mahang,Selama Perak. telah kembali ke rahmatullah. Dikabarkan semasa beliau di hospital juga sudah berpusu-pusu orang datang menziarahinya, apatah lagi semasa urusan pengebumian jenazah...masyaAllah tidak tergambarkan. Beliau lebih dikenali sebagai Pak Teh Haji Mat Isa - merupakan seorang mursyid tarekat aliran Syatariah. Bertahun-tahun lamanya hidup dalam kerinduan pada Allah, namun tiada siapa yang peduli dan ketahui namun sebutir permata ini sedikit demi sedikit terzahir kehebatannya dengan kehendak Allah SWT. Ramai guru-guru pondok dan ulamak yang kenal siapa lelaki tua yang nampak sangat tenang ini.
Fakir pernah ke rumah tuan guru yang satu ini dan pernah sempat berbual singkat dengannya. Orang yang tidak kenal akan merasa sedikit aneh dengan gelagatnya yang agak pelik namun banyak yang tersirat dalam tersurat. Fakir juga pernah berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh dikatakan mencarik adat bermula dengan suatu ketika dulu apabila Fakir ingin benar-benar mahu ketemu dengan Arifbillah yang seorang ini, begitu juga beberapa kali terniat ingin melihat kelibatnya pasti akan ketemu. Biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dalam hidup Fakir. Beruntunglah sesiapa saja yang telah menjadi murid Pak Teh Haji Mat Isa.
Fakir tidak mahu berceloteh banyak, kerana Fakir nak masukkan dalam entri ini kisah allahyarham yang Fakir ambil langsung dari Blog AmzarAzmi. Bacalah jika berminat......
Arif Billah Pak Teh Mat Isa Mahang kembali ke Rahmatullah
بسم لله الر حمن الر حيم
Pak Teh Mat Isa Mahang,Kulim,Kedah telah pun kembali ke Rahmatullah.Beliau adalah Mursyid Tarekat Syatariah (aliran Sufi).Beliau kerap turun di ceramah-ceramah besaq PAS khususnya di Kedah.11 Januari 2012 jam 10.40 malam beliau telah pun kembali jumpa Allah.Mai baca tulisan Ustaz Shazly Wadi mengenai Pak Teh Mat Isa,seorang Waliyullah.
Kata Ustaz Shazly... 'manusia pernah kata dia gila,tapi Allah kata dia mulia'
Masa kecilku..
Aku tidak pernah memahami..
Ketika Ayah sewa rumah..
Di Kampong Penghulu Hasyim Alor Setar..
Selepas pencen Ayah pindah balik kampong..
Daerah Mahang.. yang sepi.. syahdu terasing..
Tempat Tukya hantar money order pada anaknya..
Novel Allahyarham Azizi 'Seorang Tua di Kaki Gunung'..
Kau pangkat pak menakan pupu Ayah..kami panggil Tok Teh..
Sesekali kau datang bertamu ziarah Ayah di Alor Setar..
Hati kanak aku berbisik.."pelik orang tua ni"..
Kau datang sambil sandang pedang plastik..
Tulisan pada pedang itu..Cheng Ho..Hang Li Po..
Tok Melah selalu cerita pasal engkau..
Pernah orang lihat engkau seberangi Sungai Kerian..
Cuma duduk atas balutan simpulan kain..
Bila seorang guru silat.. tunjuk ego..
Kau kupas buah kelapa..guna gigi..Isyarat tok sahlah tunjuk terer!
Tok Melah kata "Kalau Tok Teh bagi duit simpan duit tu..rezki lebat"..
Kau tua.. pakai kasut Johnson tumit tinggi..orang hairan tanya kenapa..?
Kau kata "Takut ular patuk." ..Eh ! Logik juga jawapannya..
Kau pakai head phone..letak pada telinga..bunyi lagu..orang tanya kenapa?
Kau bisik pada Ayah "Ini dapat redakan sedikit..kerinduanku pada ALLAH!"
Segar lagi dalam ingatan..kau duduk atas kerusi goyang..
Dalam ruang tamu rumah Cina di pekan Mahang..tak terta'bir amal dakwahmu..
Dalam masjid tika azan aku sapa tanya khabar..kau tunjuk isyarat..syyy..aku maluu..!
Kau dalam duniamu..kemuliaanmu..dunia penuh misteri..
Pak Teh Mat Isa Mahang..namamu tertera di internet..
Kali terakhir kita bertemu.. di beranda masjid.. pekan Mahang..dua raya lalu..
Turut sama kanda Taqiuddin..Pak Long Zainul Asri..Ustaz Khairi Paksi..
Kami minta Tok Teh tolong doa..Tok Teh kata dia tak layak..malu pada Allah ! Kami maluu!
Sambil kau saran sekadar ku ingat..banyakkan zikir Allahu Ahad..Allahus Somad..
Kau kata..kau dan arwah Ayah ibarat dua jari..(airmataku mula mengalir)
Malam ini..sampai khabar sms..berita sayu dari Kanda Taqi..
Tok Teh baru kembali ke Rahmatullah jam 10.40 mlm ini..
Aku bertambah sedih..aku terlontar faqir di sini..
Tak dapat aku pulang untuk tatap wajah tenangmu..
Hanya salam ruhi ku pesan kanda Taqi sampaikan..
Insan misteri lagi mulia itu..sebenarnya Mursyid Tarekat Syatari..
Al-Fatihah..moga ruh Tok Teh Mat Isa..tenang bertemu Ayah di sana..
Damai menggapai rindu KEKASIH-nya sekian lama..
Sekalung doa dan al Fatihah buat Tuan Guru Pak Teh Haji Mat Isa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sekelian aruah pencinta Allah.
Sebahagian sumber dari : Blog AmzarAzmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan