1. Dari
Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Ya Allah, aku
berlindung dengan engkau dari azab di dalam kubur dan aku berlindung dengan
engkau dari fitnah Al Masikh Dajjal” [HR Bukhari]
2. Dari Abu
Huraihah r.a bahawa Rasulullah bersabda:
“Tidak akan
tiba hari akhirat hingga ada 2 golongan besar berperang padahal cita-cita adalah
sama, hingga muncul Dajjal pendusta yang jumlahnya 30 org kesemuanya dan
mendakwa merekalah Rasulullah”[HR Bukhari]
3. Dari Abu
Darda’ bahawa Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa
menghafalkan 10 ayat dari permulaan surah Al Kahfi, ia dilindungi dari Dajjal”
[HR Imam
Ahmad]
4. Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda:
“Dajjal itu
muncul di tengah umatku, dan ia akan melakukan kemungkarannya selama 40 hari”
[HR Ibnu
Mas'ud]
5. “Kamu
akan berjuang menentang mereka (arab -musyirikin) dan Allah akan memberi
kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Parsi dan Allah
akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Rom
dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu , kemudian kamu akan memerangi
Dajjal dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu”
[HR Muslim]
6.
“Barangsiapa yg menghafalkan 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka itu
merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal” [HR Imam Ahmad]
7.
‘Barangsiapa yg membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat, terlindunglah ia dari segala
fitnah selama 8 hari termasuklah fitnahnya Dajjal bila keluar”
[HR Adhia al
Maqdasi]
8. Dari Abi
Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah saw berkhutbah di hadapan kami.
Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah
bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling
hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.”
Setiap Nabi
yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah
nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.”
Seandainya
dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah
sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang
mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam (Syria) dan
Iraq.”
Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai
manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.”
Pada mulanya
nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi
sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan
yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di
antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin
yang pandai membaca atau buta huruf.”
9. Dari
Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saw bersabda: “Dajjal muncul pada waktu
orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal
ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu
hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu,
kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Sementara
itu, ada pula beberapa riwayat lain mengenai dajjal dan ciri-cirinya yang dapat
dirumuskan oleh beberapa penulis yang terdiri daripada pentafsir dan ulama
terdahulu, seperti berikut:
1. Dajjal
itu tinggal di sebuah pulau, amat gagah dan besar hingga dikatakan lautan yang
paling dalam hanya setakat buku lali sahaja.
2. Kaki dan
tanganya dibelenggu dengan rantai dan tiba waktunya ia dibebaskan dari belenggu
itu.
3. Setengah
ulama mengandaikan Dajjal itu dari keturunan Yahudi ataupun Bani Isreal.
4. Islam
akan ditinggalkan oleh penganutnya dan Al Quran serta Assunnah tidak berperanan
lagi, sementara suku kaum dari Arab akan berperang sesama sendiri, hingga Allah
menurunkan Dajjal supaya Allah dapat menguji siapa yang benar-benar beriman dan
siapa yang kufur.
5. Dajjal
itu akan muncul dari sebelah timur.
6. Allah
akan memberi kuasa kepada Dajjal dan apa jua yang diperlukannya. Dia berkuasa
melakukan segalanya hingga dia boleh menghidupkan orang mati.
7. Dajjal
muncul dengan menunggang binatang yang boleh bergerak sepantasnya. Pada dahi
Dajjal itu ada tanda kekafirannya dan setiap orang Islam akan dapat membacanya
biarpun orang itu buta huruf.
8. Mata
sebelah kanan Dajjal itu buta, Mata sebelah kirinya bersinar seperti bintang.
9. Allah
akan memberi Dajjjal segala macam kekuasaan hingga dia boleh memikul syurga dan
neraka di atas bahunya.
10. Di
antara para pengikut Dajjal dan pembantunya paling ramai ialah wanita cantik dan
anak zina, termasuk juga tenteranya dari orang Yahudi.
11. Dajjal
menggunakan alat muzik dan nyanyian sebagai senjatanya. Siapa jua yang
mendengar muziknya akan terpesong dan terus mengikutnya, baik yang muda atau
tua.
12. Dajjal
akan berkuasa meneroka seluruh bumi dan berkuasa memerintah bumi supaya
menyerahkan kepadanya segala kekayaan isi galiannya. Perintah Dajjal itu
dipatuhi oleh bumi dengan senang hati.
13. Dia akan
mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Siapa yg lemah imannya dan mematuhi Dajjal,
mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya (padahal di sisi Allah, itulah
neraka). Dan siapa yg kuat imannya dan menolak ajakannya, akan dimasukkan
nerakanya (padahal di sisi Allah, itulah syurga).
14. Bila
Dajjal bercakap, suaranya begitu nyaring hingga penduduk seluruh dunia
mendengarnya.
15. Dengan
kekuatan dan tenaganya yang luar biasa itu, Dajjal menguasai dunia, dari
sekecil-kecil pulau hinggalah sebesar-besar negara. Penguasaannya itu akan
berlanjutan selama 40 hari.
16. Ada 2 daerah
sahaja di dunia ini yang tidak dapat dikuasai atau dimusnahkan oleh Dajjal
iaitu Mekah dan Madinah.
17. Kemudian
Allah akan mengutuskan Nabi Isa a.s , kaum muslimin akan membantu Nabi Isa
memerangi Dajjal. Dajjal ditewaskan. (*Terdapat riwayat menyatakan Imam Mahdi
membantu Nabi Isa)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan