Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

tweet twiit

21 Januari 2012

Facebook Gerak Seni Silat Kuntau Melayu


Assalamualaikum, apabila Fakir melihat statistik entri yang berjudul Seni Silat Kuntau Melayu Tingkatkan Disiplin Diri semakin meningkat pengunjung dan ratingnya, Fakir rasa sangat gembira dan berbesar hati. Di sini Fakir masukkan facebook yang telah sedia ada untuk memudahkan sesiapa yang berminat untuk belajar atau menghubungi Persatuan Gerak Seni Silat Kuntau Melayu / Tomoi Malaysia atau menghubungi kembali saudara-saudara seperguruan yang telah lama tidak dihubungi. InsyaAllah rasanya "admin" dan rakan-rakan bagi "page" tersebut akan sedia membantu anda.


Fakir mendoakan agar persatuan semakin meningkat maju dan mendoakan kejayaan persatuan di bawah kepimpinan ayahanda Zainon yang tidak pernah kenal erti jerih payah dan jemu dalam mengembangkan warisan bangsa. Tidak rugi kalau anda menyertai persatuan ini kerana teras didikannya membimbing anda ke arah menjadi insan yang taat akan perintah Allah dan dapat pula mewarisi seni warisan bangsa. Sebagai murid terus terang Fakir katakan bahawa Fakir sayang pada guru, saudara-saudara Fakir (yang dikenali mahupun yang belum dikenali) dan juga persatuan ini. Persatuan ini benar-benar membentuk rasa persaudaraan yang jitu berkat hasil bimbingan gurunya yang membimbing dan mendidik dengan penuh kasih sayang. Teringat pula kepada ayah Zainon kerana agak lama Fakir tidak menziarahi beliau (masa-masa terluang Fakir telah dirampas oleh kerja-kerja yang menimbun dan tidak pernah habis)


Silalah  Klik Di Sini bagi sesiapa yang berminat.

20 Januari 2012

Petuanya Bagi Suami Untuk Menambat Hati Isteri



  • Sentiasa berdoa agar disayangi. 
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain. 
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. 
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. 
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri. 
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah. 
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala. 
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya). 
  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati. 
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu. 
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak. 
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah. 
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen. 
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang. 
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri. 
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya. 
  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. 
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur. 
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. 
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". 
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. 
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur. 
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. 
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati. 
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. 
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala. 
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama. 
  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai. 
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

13 Januari 2012

Belasungkawa: Pulangnya ke Rahmatullah Sebutir Permata



Semalam tanggal 11 Januari 2011 bersamaan 17 Safar 1433 jam 10 malam seorang insan sebutir permata yang tinggi nilai mutunya yang pernah terzahir di Mahang,Selama Perak. telah kembali ke rahmatullah. Dikabarkan semasa beliau di hospital juga sudah berpusu-pusu orang datang menziarahinya, apatah lagi semasa urusan pengebumian jenazah...masyaAllah tidak tergambarkan. Beliau lebih dikenali sebagai Pak Teh Haji Mat Isa - merupakan seorang mursyid tarekat aliran Syatariah. Bertahun-tahun lamanya hidup dalam kerinduan pada Allah, namun tiada siapa yang peduli dan ketahui namun sebutir permata ini sedikit demi sedikit terzahir kehebatannya dengan kehendak Allah SWT. Ramai guru-guru pondok dan ulamak yang kenal siapa lelaki tua yang nampak sangat tenang ini.

Fakir pernah ke rumah tuan guru yang satu ini dan pernah sempat berbual singkat dengannya. Orang yang tidak kenal akan merasa sedikit aneh dengan gelagatnya yang agak pelik namun banyak yang tersirat dalam tersurat. Fakir juga pernah berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh dikatakan mencarik adat bermula dengan suatu ketika dulu apabila Fakir ingin benar-benar mahu ketemu dengan Arifbillah yang seorang ini, begitu juga beberapa kali terniat ingin melihat kelibatnya pasti akan ketemu. Biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dalam hidup Fakir. Beruntunglah sesiapa saja yang telah menjadi murid Pak Teh Haji Mat Isa.

Fakir tidak mahu berceloteh banyak, kerana Fakir nak masukkan dalam entri ini kisah allahyarham yang Fakir ambil langsung dari Blog AmzarAzmi. Bacalah jika berminat......

Arif Billah Pak Teh Mat Isa Mahang kembali ke Rahmatullah

بسم لله الر حمن الر حيم

Pak Teh Mat Isa Mahang,Kulim,Kedah telah pun kembali ke Rahmatullah.Beliau adalah Mursyid Tarekat Syatariah (aliran Sufi).Beliau kerap turun di ceramah-ceramah besaq PAS khususnya di Kedah.11 Januari 2012 jam 10.40 malam beliau telah pun kembali jumpa Allah.Mai baca tulisan Ustaz Shazly Wadi mengenai Pak Teh Mat Isa,seorang Waliyullah.
Kata Ustaz Shazly... 'manusia pernah kata dia gila,tapi Allah kata dia mulia'


Masa kecilku..
Aku tidak pernah memahami..
Ketika Ayah sewa rumah..
Di Kampong Penghulu Hasyim Alor Setar..
Selepas pencen Ayah pindah balik kampong..
Daerah Mahang.. yang sepi.. syahdu terasing..
Tempat Tukya hantar money order pada anaknya..
Novel Allahyarham Azizi 'Seorang Tua di Kaki Gunung'..
Kau pangkat pak menakan pupu Ayah..kami panggil Tok Teh..
Sesekali kau datang bertamu ziarah Ayah di Alor Setar..
Hati kanak aku berbisik.."pelik orang tua ni"..
Kau datang sambil sandang pedang plastik..
Tulisan pada pedang itu..Cheng Ho..Hang Li Po..
Tok Melah selalu cerita pasal engkau..
Pernah orang lihat engkau seberangi Sungai Kerian..
Cuma duduk atas balutan simpulan kain..
Bila seorang guru silat.. tunjuk ego..
Kau kupas buah kelapa..guna gigi..Isyarat tok sahlah tunjuk terer!
Tok Melah kata "Kalau Tok Teh bagi duit simpan duit tu..rezki lebat"..
Kau tua.. pakai kasut Johnson tumit tinggi..orang hairan tanya kenapa..?
Kau kata "Takut ular patuk." ..Eh ! Logik juga jawapannya..
Kau pakai head phone..letak pada telinga..bunyi lagu..orang tanya kenapa?
Kau bisik pada Ayah "Ini dapat redakan sedikit..kerinduanku pada ALLAH!"
Segar lagi dalam ingatan..kau duduk atas kerusi goyang..
Dalam ruang tamu rumah Cina di pekan Mahang..tak terta'bir amal dakwahmu..
Dalam masjid tika azan aku sapa tanya khabar..kau tunjuk isyarat..syyy..aku maluu..!
Kau dalam duniamu..kemuliaanmu..dunia penuh misteri..
Pak Teh Mat Isa Mahang..namamu tertera di internet..
Kali terakhir kita bertemu.. di beranda masjid.. pekan Mahang..dua raya lalu..
Turut sama kanda Taqiuddin..Pak Long Zainul Asri..Ustaz Khairi Paksi..
Kami minta Tok Teh tolong doa..Tok Teh kata dia tak layak..malu pada Allah ! Kami maluu!
Sambil kau saran sekadar ku ingat..banyakkan zikir Allahu Ahad..Allahus Somad..
Kau kata..kau dan arwah Ayah ibarat dua jari..(airmataku mula mengalir)
Malam ini..sampai khabar sms..berita sayu dari Kanda Taqi..
Tok Teh baru kembali ke Rahmatullah jam 10.40 mlm ini..
Aku bertambah sedih..aku terlontar faqir di sini..
Tak dapat aku pulang untuk tatap wajah tenangmu..
Hanya salam ruhi ku pesan kanda Taqi sampaikan..
Insan misteri lagi mulia itu..sebenarnya Mursyid Tarekat Syatari..
Al-Fatihah..moga ruh Tok Teh Mat Isa..tenang bertemu Ayah di sana..
Damai menggapai rindu KEKASIH-nya sekian lama..


Sekalung doa dan al Fatihah buat Tuan Guru Pak Teh Haji Mat Isa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sekelian aruah pencinta Allah.

Sebahagian sumber dari : Blog AmzarAzmi

Taburan hadis Rasulullah SAW mengenai Dajjal




1. Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Ya Allah, aku berlindung dengan engkau dari azab di dalam kubur dan aku berlindung dengan engkau dari fitnah Al Masikh Dajjal” [HR Bukhari]

2. Dari Abu Huraihah r.a bahawa Rasulullah bersabda:
“Tidak akan tiba hari akhirat hingga ada 2 golongan besar berperang padahal cita-cita adalah sama, hingga muncul Dajjal pendusta yang jumlahnya 30 org kesemuanya dan mendakwa merekalah Rasulullah”[HR Bukhari]

3. Dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa menghafalkan 10 ayat dari permulaan surah Al Kahfi, ia dilindungi dari Dajjal”
[HR Imam Ahmad]

4. Dari  Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda:
“Dajjal itu muncul di tengah umatku, dan ia akan melakukan kemungkarannya selama 40 hari”
[HR Ibnu Mas'ud]

5. “Kamu akan berjuang menentang mereka (arab -musyirikin) dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Parsi dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Rom dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu , kemudian kamu akan memerangi Dajjal dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu”
[HR Muslim]

6. “Barangsiapa yg menghafalkan 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal” [HR Imam Ahmad]

7. ‘Barangsiapa yg membaca surah Al Kahfi pada  hari jumaat, terlindunglah ia dari segala fitnah selama 8 hari termasuklah fitnahnya Dajjal bila keluar”
[HR Adhia al Maqdasi]

8. Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah saw berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.”

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.”

Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam (Syria) dan Iraq.”

Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.”

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.”

9. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saw bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Sementara itu, ada pula beberapa riwayat lain mengenai dajjal dan ciri-cirinya yang dapat dirumuskan oleh beberapa penulis yang terdiri daripada pentafsir dan ulama terdahulu, seperti berikut:

1. Dajjal itu tinggal di sebuah pulau, amat gagah dan besar hingga dikatakan lautan yang paling dalam hanya setakat buku lali sahaja.

2. Kaki dan tanganya dibelenggu dengan rantai dan tiba waktunya ia dibebaskan dari belenggu itu.

3. Setengah ulama mengandaikan Dajjal itu dari keturunan Yahudi ataupun Bani Isreal.

4. Islam akan ditinggalkan oleh penganutnya dan Al Quran serta Assunnah tidak berperanan lagi, sementara suku kaum dari Arab akan berperang sesama sendiri, hingga Allah menurunkan Dajjal supaya Allah dapat menguji siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang kufur.

5. Dajjal itu akan muncul dari sebelah timur.

6. Allah akan memberi kuasa kepada Dajjal dan apa jua yang diperlukannya. Dia berkuasa melakukan segalanya hingga dia boleh menghidupkan orang mati.

7. Dajjal muncul dengan menunggang binatang yang boleh bergerak sepantasnya. Pada dahi Dajjal itu ada tanda kekafirannya dan setiap orang Islam akan dapat membacanya biarpun orang itu buta huruf.

8. Mata sebelah kanan Dajjal itu buta, Mata sebelah kirinya bersinar seperti bintang.

9. Allah akan memberi Dajjjal segala macam kekuasaan hingga dia boleh memikul syurga dan neraka di atas bahunya.

10. Di antara para pengikut Dajjal dan pembantunya paling ramai ialah wanita cantik dan anak zina, termasuk juga tenteranya dari orang Yahudi.

11. Dajjal menggunakan alat muzik dan nyanyian sebagai senjatanya. Siapa jua yang mendengar muziknya akan terpesong dan terus mengikutnya, baik yang muda atau tua.

12. Dajjal akan berkuasa meneroka seluruh bumi dan berkuasa memerintah bumi supaya menyerahkan kepadanya segala kekayaan isi galiannya. Perintah Dajjal itu dipatuhi oleh bumi dengan senang hati.

13. Dia akan mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Siapa yg lemah imannya dan mematuhi Dajjal, mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya (padahal di sisi Allah, itulah neraka). Dan siapa yg kuat imannya dan menolak ajakannya, akan dimasukkan nerakanya (padahal di sisi Allah, itulah syurga).

14. Bila Dajjal bercakap, suaranya begitu nyaring hingga penduduk seluruh dunia mendengarnya.

15. Dengan kekuatan dan tenaganya yang luar biasa itu, Dajjal menguasai dunia, dari sekecil-kecil pulau hinggalah sebesar-besar negara. Penguasaannya itu akan berlanjutan selama 40 hari.

16. Ada 2 daerah sahaja di dunia ini yang tidak dapat dikuasai atau dimusnahkan oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

17. Kemudian Allah akan mengutuskan Nabi Isa a.s , kaum muslimin akan membantu Nabi Isa memerangi Dajjal. Dajjal ditewaskan. (*Terdapat riwayat menyatakan Imam Mahdi membantu Nabi Isa)

07 Januari 2012

Fadhilat : Bacalah Yassin Selalu

RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1.   Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2.   Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3.   Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4.   Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5.   Jika terpenjara akan dibebaskan.

6.   Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7.   Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8.   Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9.   Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali."

12. Sabda Rasulullah SAW lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik."










01 Januari 2012

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM KEPADA PUTERANYA



Segala puji bagi Allah SWT, selawat serta salam semoga tetap terlimpahkan kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW, sahabat, keluarga serta orang-orang yang masih berittiba' (mengikuti) kepada beliau sampai hari kiamat.

1. Tidak menyekutukan Allah.

Sebesar-besar kezaliman dan kemungkaran adalah menyekutukan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(Q.S. Luqman:13)

Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, kecuali ia bertaubat dan meninggalkan perbuatannya. Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang berhak untuk disembah (Allahu mustahiqqul 'ibaadah). Dialah yang berhak diminta pertolongan. Hanya kepadaNyalah segala urusan diserahkan, takut (khouf), berharap (raja') hanya layak ditujukan kepada Allah swt, bukan kepada yang lainnya

2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.

Firman Allah SWT.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu."( QS.Luqman: 14)

Di dalam riwayat Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Amalan apakah yang dicintai oleh Allah ?Beliau menjawab: Solat pada waktunya, ia bertanya lagi: Kemudian Apa ?, Beliau menjawab: berbuat baik kepada orang tua, .Ia bertanya lagi: kemudian apa?, Belau menjawab: Jihad di jalan Allah" (shahih Bukhari V/2227, hadits No.5625)

3. Ketaatan kepada kedua orang tua harus dilandasi oleh ketaatan kepada Allah;

Kerana tidak boleh taat kepada keduanya dalam rangka berbuat maksiat kepada Allah, lebih-lebih lagi menyekutukan Allah ( syirik ). Allah berfirman "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"(QS. Luqman: 14).

4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT

Firman Allah SWT
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(QS. Luqman: 15)

Di sini Luqman memberikan sebuah nasihat kepada anaknya agar ia mengikuti jejak orang-orang yang kembali kepada Allah SWT iaitu para nabi dan rasul serta orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang selalu bertaubat kepada Allah SWT, yang telah diberi Allah SWT hidayah, iaitu tetap dalam agama yang hanif yakni Islam.

5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.

Firman Allah swt :
(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(Q.S: 16)

"Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula". (QS. Al Zalzalah: 7-8).

6. Menegakkan solat.

Solat adalah tiang agama, sehingga ia tidak akan tegak tanpa solat. Maka sebagai seorang yang beriman kita diwajibkan menegakkannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 17 yang berbunyi :

"Hai anakku, dirikanlah solat …"

Solat dapat mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah SWT.

…"Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS. Al 'Ankabuut: 45)

7. Amar Ma'ruf nahi Munkar.

Ada dua komponen penting dalam Islam yang memberikan sebuah dorongan yang kuat kepada setiap muslim untuk mendakwahkan agama yang dianutnya, yaitu Amar ma'ruf nahi mungkar (memerintahkan berbuat kebajikan dan mencegah yang mungkar). Perintah untuk beramar ma'ruf nahi mungkar sangat banyak di dalam Al Qur'an seperti :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".(QS. Ali Imran:104).

8. Bersabar terhadap apa yang menimpa kita.

Sesungguhnya segala cubaan yang menimpa seorang muslim itu adalah merupakan sesuatu yang mesti terjadi kerana itulah bentuk ujian (iktibar) dari Allah SWT, apakah ia sabar atau tidak ?, firman Allah SWT.

"Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(QS. Luqman:17)

9. Tidak Menyombongkan diri

Sifat takabbur atau merasa besar dihadapan manusia adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT.

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."

10. Bersikap pertengahan dalam segala hal dan berakhlaq yang baik

Islam tidak menghendaki sikap "Ghuluw" (berlebih-lebihan) juga tidak menginginkan untuk bersikap "tahawun" (meremehkan) dalam segala hal termasuk juga dalam perkara-perkara yang menurut penilaian sebagian orang dianggap kecil seperti sikap berjalan, berbicara dsb. Allah SWT mengatur itu semua sebagaimana firmanNya:

"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

Manusia akan mempunyai nilai jika menampakkan akhlaq yang baik, kerana tujuan diutusnya Rasulullah SAW selain untuk menyeru kepada Allah ( Ad-dakwah ilallah) adalah untuk menyempurnakan Akhlaq dan budi pekerti.

Sumber: Aminuddin
Sumber : Tafsir Ibnu Katsir