Pada 18hb Mac lalu si Fakir telah berceloteh tentang adab-adab berguru, dan hari ini si Fakir telah menyambung kembali celoteh si Fakir berkaitan tajuk tersebut. Bezanya kali ini si Fakir akan memperincikan apakah adab-adab yang sesuai dan wajib untuk dipraktikkan apabila kita ini masih bergelar murid. Sama-samalah kita berkongsi dan ingat memperingati sesama insan...insyaAllah.
Guru itu adalah pendidik yang mencurahkan ilmu bagi sepencari ilmu, sewajarnyalah beliau disanjung dan dimuliakan kerana ketinggian ilmunya. Pepatah pujangga juga ada menyatakan bahawa "Guru itu umpama bintang dilangit yang senantiasa menghiasi dan menerangi kegelapan di lautan dan daratan". Dalam menyumbangkan ilmu seseorang guru itu sebenarnya telah berbuat bakti yang sangat besar hinggakan tidak terungkap dengan kata-kata. Seorang guru yang bijaksana dapat mengembangkan daya keilmuan dan kepintaran setiap murid di bawah didikannya sehingga mencapai kecemerlangan selain dari usaha dan kesungguhan murid itu sendiri.
Ibarat nur dan lilin yang membakar diri hanya untuk menerangi kegelapan orang lain.Sebenarnya dalam Al Qur'an sendiri sudah menerangkan tentang betapa pentingnya adab seorang murid terhadap guru. Perhatikan saja di dalam surah Al Kahfi ayat 66-82, yang mana menekankan tentang kisah Nabi Musa a.s dengan gurunya Nabi Khidir a.s. Kisah ini amat sekali terasa kesannya jika direnung dan dikaji secara mendalam betapa pengajaran dari sejarah ini seseorang guru yang alim lagi bijaksana itu sedapatnya tidak disanggah secara melulu selagi kita tidak cuba berfikir secara positif apakah kesudahan dari tindakan guru tersebut.
Berikut adalah adab-adab yang patut diamalkan oleh seseorang murid terhadap gurunya (guru yang sebenar-benar guru yang akan membimbing kearah ketakwaan dan kebaikan).
sentiasa merendah diri di hadapan mahupun di belakang gurunya.
memandang guru dengan penuh kasih dan hormat kerana keperibadian guru itu jauh lebih sempurna.
janganlah sesekali menentang guru apatah lagi mencemohnya selagi guru itu tidak melanggari batas-batas syariat yang telah ditetapkan.
menyerah diri sepenuhnya kepada guru untuk digilap dan dicuci segala karat yang ada pada hati.
sentiasa memanggil dengan gelaran yang baik terhadap guru tanda memuliakannya.
sentiasa pula mendoakan akan kesejahteraan guru kita samada semasa hayatnya mahupun setelah beliau kembali menghadap Ilahi.
berkelakuan penuh sopan samada ketika pembelajaran mahupun ketika berbual dengan guru.
meminta izin untuk memasuki ruangan pembelajaran, rumah mahupun tempat-tempat khusus yang berkaitan dengan guru itu.
mendengar dengan penuh tekun dan tidak bertanya ataupun mencelah ketika sesi pembelajaran sedang berjalan walaupun pelajaran itu berulangkali ataupun sudah lama diketahui.
Bagi seseorang pengikut atau pengamal cabang-cabang atau aliran-aliran thorikat tasawuf yang muktabarah, adab-adab ini merupakan teras yang sentiasa dipraktikkan. Kerana seseorang yang bergelar salik ini sentiasa pula mengharapkan bimbingan dan cahaya seseorang "syeikh" (guru) secara lahiriah mahupun rohaniah dalam memperbaiki diri dan meningkatkan diri ke maqam nafsu yang lebih tinggi. Seseorang guru yang mursyid itu akan sentiasa pula dapat berhubung dan mengetahui akan angin perubahan seseorang murid itu secara kerohanian.
Maka dengan menjaga adab-adab terhadap guru itu adalah sebenarnya dalam ertikata yang lebih halus adalah setiap penuntut itu mengharapkan keredhaan Allah dan mendapat keberkatan dariNYA. Setiap guru itu adalah orang yang lebih alim dari muridnya disudut ilmu yang dimilikinya. Maka guru-guru yang membimbing para penuntutnya kearah kebaikan itu akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT, maka apa yang harus dititikberatkan oleh seseorang murid selain menjaga adab-adab terhadap gurunya?
Kunjungan seri kunjungan persahabatan,
BalasPadamSemoga silaturrahim tetap terpelihara;
Terimakasih sanjungan dari tuan;
Budaya nusantara tanggungjawab kita.
* seri cari c/box tak jumpa..