Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

tweet twiit

29 Jun 2011

Adakah Aku Masih Tetap Aku?




Hidup ini sebuah pelajaran - hidup untuk belajar dan belajar untuk hidup, semua ayat ini kalau dipusing kemana pun jawaban dipenghujungnya adalah sama. Suka, sedih, pahit dan manis yang dilalui adalah pelajaran yang membentuk jatidiri kita yang sebenar. Sukar dan mudah dalam melalui getir hidup itulah ujian yang akan menentukan peringkat ketahanan kita. Kehidupan pasti ada naik dan turun, menang dan kalah, jaya dan gagal.


Walau tinggi mana kita dipuncak atau walau getir mana pun kita terperosok di bawah maka jangan pula sesekali mudah lupa asal mula diri.Ini kunci pegangan hidup yang paling penting dijaga.  Kalau hidup kita ini terlalu sukar dalam segala hal maka berbagailah pula racun-racun fikiran mula tertanam dalam benak hati. Semua dipandang nampak kosong, semua dibuat tiada nikmat sama sekali. Benci pula yang muncul bila melihat orang-orang yang suka memberi nasihat akan perkara-perkara baik. Kerana pada masa  itu kalau kita mahu jadi baik sudah tentu kita mampu melakukannya. Semuanya tertakluk pada hati. Jangan nafikan bahawa manusia sentiasa berada dalam situasi di mana pengaruh agama sentiasa berperang dengan hawa nafsu. Nafsu ini terlalu bijak menahan dan menyembunyikan kerakusan laparnya.


Cerita susah ini membuatkan keegoan diri akan terungkai dan tersungkur, tersembam maruah diri di hadapan kaki insan-insan lain. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar kerana itu saja yang kita mampu buat tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang TERPAKSA bersyukur. Paling aneh pula apabila kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan peribadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat.. contohnya kalau ada hanya 2 keping wang seringgit, dengan ikhlas pula memberi seringgit kepada yang meminta kerana jauh di dalam hati bahawa kita juga pernah atau sedang mengalami nasib yang sama.... anehkan?


Sedih, marah, sakit hati dan kebimbangan adalah antara yang dialami apabila seseorang sedang menghadapi masalah. Apakah yang patut dilakukan apabila menghadapi keadaan yang menguji kita?Akibat rasa sedih tidak terkawal boleh menjadikan seseorang itu bertindak di luar batasan.Tindakan di luar batasan itu mungkin membahayakan diri orang lain dan dirinya sendiri.Tetapi apa yang lebih menyedihkan, biasanya tindakan itu juga akan merugikan si pelaku di akhirat kelak.

Mungkinkah ada manusia di dunia ini yang dalam sepanjang hayatnya tidak pernah mempunyai masalah?


Mungkinkah ada manusia yang sentiasa mendapat apa saja diinginkan? Jika kita buat penelitian, mungkin kita akan memberikan jawaban sama...percayalah jawabannya tetap sama. Tanyalah hati masing-masing sekarang.

Kita bukan orang sufi yang kuat bertahan kerana para sufi menegaskan bahawa, ujian dan musibah merupakan suatu "ta'aruf" atau perkenalan dari Allah s.w.t., di mana setiap kali Allah s.w.t. menguji seseorang hamba tersebut, bererti Dia memperkenalkan diriNya kepada para hambaNya disamping menilai bagaimana hamba tersebut memperkenalkan dirinya kepadaNya. Jadi di mana kita dan siapa kita dalam situasi begini...sekali lagi tepuk dada tanya jawaban hati.

Selama ini kita selalu persoalkan Tuhan. Sebenarnya apa yang Tuhan buatkan sudah adil. Para Rasul adalah orang yang paling kenal Tuhan dan kenal kerja Tuhan, apa pun Tuhan buatkan pada dia, dia faham bahawa itu adalah keadilan Tuhan. Rasul-rasul sejak lahir sudah diuji tetapi tidak pernah susah hati. Contohnya, Nabi Ibrahim lahir di gua, Nabi Musa waktu bayi lagi dihanyutkan di sungai Nil.

Sekarang cuba terangkan pada diri sendiri adakah aku masih tetap aku walau ribut taufan atau badai menghempas dalam gelora hidup masih belum mahu surut???

luahan....
Daku terbang mencari Mu lalu aku dipanah oleh pemanah cederalah dadaku,adakah begini nasib si pencari Mu?

Wahai Pelindung diriku penuhilah hatiku dengan yakin agar sekaliannya kembali kepadaMu
tanpa sebarang sisa pada diriku lagi.


Para ahli sufi dihadang oleh berbagai ujian, musibah, penderitaan, kesusahan, kehausan, kelaparan, dan kehinaan. Namun mereka bersabar, tidak mempedulikan semua itu dan tidak mundur sedikit pun, mereka teguh dan tidak berubah. Mereka tetap meneruskan langkahnya sehingga terbukti bahwa hatinya senantiasa bersama dengan al-Haq Azza wa Jalla 
(Syeikh Abdul Qadir Jailani)


26 Jun 2011

13 Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a




RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan  bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib r.a.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah,perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi  SAW kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus

untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai 
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kainseparas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ¡memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
                
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan  muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahwasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah
Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

23 Jun 2011

Nebula - Keindahan Yang Dicipta Oleh Allah SWT

Sedang Fakir blogwalking dan merayau-rayau di enjin pencarian, Fakir bertembung dengan suatu sebutan atau istilah yang amat asing bagi Fakir yang sangat daif dalam serba bidang pengetahuan ini. Nebula, seakan pernah dengar namun terasa pelik pula kerana tidak faham walau sebesar zarah pun akan pengertiannya. Yang pasti ianya sangat sinonim dengan ilmu falak / astronomi. Lalu fakir mula mencari imej bagi nebula..... subhanallah sungguh indah dan hebat ciptaan Allah SWT yang Maha Sempurna dalam setiap penciptaanNYA.


Mungkin ada dikalangan saudara-saudara sudah lama mengetahuinya, namun hasrat hati harus ditunaikan iaitu berkongsi imej-imej tersebut beserta sedikit maklumat tentangnya bersama rakan-rakan lain yang mungkin ingin melihat dan mengetahui tentangnya.Nebula atau nebulae (jamak) adalah salah satu fenomena astronomi yang menampilkan struktur yang indah, warna yang spektakular dan bentuk yang beranekaragam.


Nebula terbentuk dari sisa debu dan gas antarabintang (interstellar dust & gas) akibat peristiwa collapse-nya bintang-bintang kerana pengaruh gaya gravitasinya sendiri. Beberapa nebula terbentuk oleh gas-gas sisa peristiwa ledakan bintang (nebula jens ini dikategorikan sebagai sisa supernova / supernova remnants ), dan nebula-nebula lain terbentuk dari sisa-sisa sistem bintang yang telah mati (nebula jenis ini disebut planetary nebula). 

Ok jom tengok imej-imej nebula di bawah ini.....














 




19 Jun 2011

Kelebihan Mandi




KAJIAN berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: 
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: 
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


Posting Lalu: Derhakakah Kita Ini

18 Jun 2011

Belasungkawa

Innalillah hi wa inna ilai hiroji'un .. difahamkan melalui dinding facebook Kang Cecep bahawa Ibu Hjh R. Enny Rukmini Sekarningrat telah menyahut panggilan Illahi pada 17hb Jun 2011 pada pukul 1.00am. Rasanya entry yang Fakir masukkan dalam blog ini tidaklah begitu lama hanya sekitar 14hb Februari 2011 dengan tajuk Pendekar Wanita Empat Zaman. Ianya merupakan salah satu catatan yang paling banyak pembacanya di blog Selasar Si Fakir.


Dunia persilatan telah kehilangan satu lagi nama besar yang terlalu banyak jasanya dalam mengharumkan khazanah warisan. Semoga ahli keluarga, pewaris dan keluarga besar Panglipur dapat menempuhnya dengan tabah dan akan terus menyemarakkan dan mengharumkan lagi Panglipur walaupun kini guru besarnya telah kembali ke rahmatullah.


Semoga roh almarhummah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan diampuni segala dosa malah ditempatkan bersama-sama orang soleh di sisi Allah SWT. Fakir harapkan sesiapa sahaja yang terluang membaca entry kali ini dapatlah kiranya menyedekahkan pahala al Fatihah ke atas roh almarhummah..... AL FATIHAH


Klik di sini utk PENDEKAR WANITA EMPAT ZAMAN!

12 Jun 2011

Mengenai Wanita, Kubur, Penawar & Racun



Sebagai panduan dan renungan bersama. 

MENGENAI WANITA & KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatka baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari  dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a.Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

LIMA JENIS RACUN DAN LIMA PENAWARNYA;
1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

08 Jun 2011

Dokumentari silat dijangka dapat sambutan hangat




Program dokumentari realiti televisyen, Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru yang mengetengahkan dunia persilatan Melayu dijangka menerima sambutan daripada penonton termasuk kira-kira 2.5 juta pengamal silat di negara ini.
Rakaman dokumentari yang dijadualkan tamat pada 20 Jun itu bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 1 Ogos depan.
Penganjur kejuaraan itu, Jak Othman berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk menyiarkan program dokumentari tersebut di negara Arab menerusi 30 stesen televisyen dengan anggaran penonton 300 juta orang.
“Selain itu, kita merancang untuk menyiarkannya ke Amerika Syarikat, Jepun dan Korea selaras dengan misi untuk menyemarakkan perkembangan seni silat tanah air dan memperkenalkannya di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau ditemui ketika menjalani rakaman mengenai Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Gelanggang Pusat di Kampung Guar Nenas di sini semalam.
Kata beliau, dokumentari tersebut bertujuan menghidupkan semula tradisi Kesultanan Melayu dalam memilih hulubalang istana.
Jelasnya, program dokumentari bertemakan Pertembungan Hulubalang itu akan dikendalikan oleh seorang warga Australia dikenali sebagai Edchard dengan menyelitkan unsur-unsur lucu.
“Edchard merupakan seorang guru silat dan pemilihannya sebagai pengacara program dokumentari ini sememangnya tepat bagi menarik perhatian masyarakat negara ini dan juga penduduk luar negara,” ujarnya lagi.
Tambah Jak, dokumentari kejuaraan berkenaan juga dijangka mendapat sambutan lebih hangat berbanding rancangan popular, Mahaguru yang pernah ditayangkan pada 1994 dengan penonton hampir mencecah tiga juta orang.
Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak pada 11 Jun depan.
kredit : kosmo.com.my

05 Jun 2011

KETAHUILAH KHASIAT HALBA - PENAWAR PALING MURAH!!!




Halba adalah merupakan rempah ratus yang sering digunakan samada masyarakat Melayu mahupun dikalangan bangsa lain. Namun Fakir rasakan golongan masyarakat India dan India Muslim di negara inilah yang paling meluas menggunakan halba.


Rasulullah saw bersabda :
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :"Gunakanlah Halba sebagai ubat"


Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة)
Nama Saintifik bagi halba ialah Trigonella foenum-graecum manakala orang Inggeris mengenalinya sebagai Fenugreek. Halba adalah bijiran benih keras daripada pokok kekacang. Ia boleh didapati sama ada dalam bentuk asal dan kering, atau serbuk berwarna kuning pudar, atau bijian kisaran daripada bijiran yang telah dipanggang. Rasanya aromatik, kuat dan pahit manis, seperti gula yang telah dibakar dengan sedikit saderi. Kegunaan utama halba adalah di dalam serbuk kari.



Jika halba perlu digunakan dalam pes kari, rendamnya semalaman untuk ia mengembung dan menjadi lembut, supaya senang dicampur dengan bahan-bahan lain. Selain dari kari, halba juga digunakan untuk menambah rasa daging merah, ternakan dan sayuran. Namun, jika ia digunakan terlalu banyak ia akan meninggalkan rasa yang pahit.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.


Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad 

( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Orang-orang Melayu di Terengganu menjadikan halba sebagai salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang. Manakala di Johor, saudara-saudara kita sering memasak nasi lemak dengan meletakkan halba... untuk naikkan wangi nasi lemak tersebut.

Orang-orang India juga banyak memanafaatkan halba dalam setiap masakan mereka dan salah satu contohnya ialah kari.

Halba mempunyai sejarah yang panjang di dalam dunia perubatan terutama untuk membesarkan payudara dan kuantiti susu bagi ibu yang menyusu. Saintis telah mengesahkan, halba mempunyai konsentrasi tertinggi diantara tumbuhan yang digunakan sebagai penggalak pembesaran payudara, seperti diosgenin, steroid semulajadi yang dipanggil sapogenin mewakili 60% pembuatan steroid didalam industry pharmaseutikal.

Sedikit bahagian daripada halba ini turut digunakan secara komersial dalam perisa buatan seperti vanila, caramel, butterscotch dan maple.

KEGUNAAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu


5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.