Kali ini kita sorotkan perhatian kita kepada sesuatu yang tidak pernah kita jangka dan sangkakan, terutama kepada ibubapa yang mempunyai penyakit suka sangat mengutuk dan memaki hamun akan anak-anak mereka terutama semasa di dalam keadaan marah atau berdukacita.
Berjaga-jagalah dan berhati-hatilah malah awasilah! Di sisi Allah SWT terdapat masa-masa yang tertentu di mana doa yang dipohonkan atau diucapkan akan diangkat dan diperkenankan dengan segera. Oleh kerana kebodohan dan keceluparan kita, anak-anak dimaki hamun dan apabila kesan dari doa (makian) yang sama itu benar-benar tertimpa ke atas anak-anak lalu membawanya ke jurang kebencanaan, ibubapa akan menangis dan meraung ke sana sini. Ingatlah Rasulullah SAW berpesan dan telah menyuruh kita agar jangan sesekali mengutuk diri kita, anak-anak kita, kepunyaan-kepunyaan kita dan orang-orang suruhan kita. Berkemungkinan ianya adalah kutukan yang didengari pada ketika masa yang diterima, terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini, yang penuh dengan masa-masa khas yang mustajab. Maka di bulan Ramadhan terutamanya hendaklah kita benar-benar berhati-berhati dalam segala hal.
Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa pada setiap malam Ramadhan, seorang penyeru (malaikat) daripada syurga melaungkan: "Wahai pencari kebaikan, datang hampirlah, wahai pencari kemaksiatan, berpalinglah (daripada kemaksiatan) dan bukakanlah matamu." Kemudian malaikat itu pun menyeru:"Adakah sesiapa yang mencari keampunan supaya diampunkan? Adakah sesiapa yang berdoa supaya doanya diperkenankan?"
Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan