Tiada sesiapapun meragui di atas malangnya seseorang yang samada ditolak ataupun sendiri menolak segala kebaikan besar di malam lailatul Qadr. Siapakah yang meragui ke atas sidia yang terlepas daripada kenikmatan yang telah dianugerahkan? Sesungguhnya terdapat ramai daripada kita semua semasa berkhidmat dan di dalam menjalankan tugas-tugas pekerjaan mereka terpaksa berjaga malam untuk sepanjang-panjang tahun. Apakah sukarnya bagi mereka-mereka ini untuk berdiri selama sebulan di jalan Allah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran yang lebih daripada lapan puluh tahun ibadat? Kepada mereka ini tidaklah menjadi begitu sukar tetapi oleh kerana kurangnya minat, maka tidaklah ada desakan daripada hati mereka untuk berbuat demikian. Jikalau ianya ada, maka bukan sahaja semalam malah seribu malam sekalipun akan menjadi semakin senang di dalam menyembah Allah SWT.
Desakan dan keinginan itulah yang mesti kita wujudkan. Lihatlah kepada Rasulullah SAW. Baginda maksum dan berkali-kali dijanjikan bahawa tidak apa-apa yang perlu baginda perlu risaukan dan takutkan di hari akhirat. Namun malam demi malam baginda beribadat sehinggakan kaki-kaki baginda SAW menjadi bengkak. Tidak pula dinafikan ramai daripada umatnya yang soleh yang menuruti jejak langkah serta sunnah baginda SAW. Mereka juga manusia biasa seperti kita dan kita tidaklah boleh menafikan atau berkata adalah mustahil bagi kita untuk mendapatkan keinginan yang sama untuk beribadat.
Marilah kita lihat orang-orang soleh yang agung ini, salah seorang daripadanya ialah Saidina Umar al Khattab r.a yang mana setelah selesai melaksanakan solat Isya' kembali ke rumah dan terus bersolat sepanjang malam sehinggalah kedengaran azan subuh. Kemudian terdapat pula contoh yang ditunjukkan oleh Saidina Osman r.a yang selepas berpuasa untuk satu hari (hampir-hampir sepanjang tahun) dan menghabiskan pula sepanjang malamnya dengan bersolat disamping tidur hanya untuk beberapa ketika pada permulaan malam. Beliau juga sangat mahsyur dengan pembacaan seluruh al Qur'an di dalam satu rakaat dengan sekali pembacaan di dalam solatnya. Di dalam Ihya Ullumuddin karya Hujjatul Islam Imam al Ghazali, Abu Talib Makki telah menyebut mengenai empat puluh tabi'in yang pernah melaksanakan solat subuh dengan wuduk yang sama yang mereka gunakan untuk bersolat Isya'
Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Fadhilat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan