Betapa besarnya kurniaan Allah SWT ke atas kita di mana dengan hanya memakan makanan di pagi hari sebelum subuh maka diberi pula ganjaran yang begitu besar. Terdapat banyak sekali hadis-hadis yang menerangkan mengenai fadhilat-fadhilat bersahur serta ganjaran-ganjarannya juga telah disebutkan. Semua ulamak telah mengatakannya sebagai mustahab. Ramai yang terlepas ganjaran yang amat besar ini dek kerana kemalasan yang membaluti dirinya.
Ada sesetengahnya pula setelah selesai tarawih terus makan kerana disangkanya itu juga boleh dikira sebagai sahur dan terus masuk tidur.Betapa besarkah rahmat yang telah mereka sia-siakan malah rugikan! Sahur bermaksud memakan makanan hampir menjelang waktu fajar. Sesetengahnya pula mengatakan bahawa sahur itu bermula selepas sahaja sebahagian malam itu berlalu (mirqat) Pengarang Kash-Shaaf telah membahagikan malam kepada enam bahagian dan menyatakan bahagian yang terakhir itu adalah masanya bagi bersahur. Jadi apabila malam berlalu (setelah terbenamnya matahari dan menjelangnya subuh) iaitulah selama duabelas jam, maka dua jam yang terakhir itulah masa yang paling tepat untuk bersahur. Dan perlulah diingatkan bahawa melewat-lewatkan bersahur itu lebih besar ganjarannya daripada memakan di awal waktu.
Ibnu Hajar di dalam ulasannya terhadap Sahih Bukhari telah menyebut mengenai alasan yang menjadikan bersahur itu diberkati:
a) Dengan bersahur, kita dapat mengamalkan satu daripada sunnah.
b) Melalui bersahur kita dapat menentang cara-cara yang dilakukan oleh ahlul kitab, yang mana kita disuruh supaya menentangnya di setiap masa.
c) Menyediakan kekuatan untuk beribadat.
d) Meningkatkan lagi keikhlasan untuk beribadat.
e) Menolong menghilangkan kemarahan yang biasanya terhasil daripada berpuasa.
f) Di waktu bersahurlah di mana doa-doa diperkenankan.
g) Pada masa bersahur, seseorang itu mempunyai peluang dan kesempatan untuk mengingati Allah SWT. Berzikir dan mengangkat tangannya ke hadrat Allah dengan berdoa.
Fadhilat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan