Terdapat seorang pemuda yang gemar mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari,
pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan
kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku
telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku
merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali
bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap
kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat
wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?" tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah
s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat,
bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah
tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua,
aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang
lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah
mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan
guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda,
mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna
solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku
menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar
pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang
haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang
hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali
tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh
tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda
itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar
memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan
tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku
lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk
baunya,"
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta
riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
Wahai
guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan
berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya
pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai
pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula
dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan
kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah
kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita
lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan