Rabu ,29/09/2010 – Puluhan warga Israel memasuki kota Hebron, Tebing Barat, Ahad (26/9) untuk melakukan ritual Talmud yang dikenali sebagai “Kuil Atnail.”
Saksi mengatakan bahawa pasukan Israel berkerjasama dengan tentera Abbas mengawasi jalan menuju kawasan tersebut. Mereka melarang penduduk memasuki daerah Ber Seba. Pasukan Israel juga menutup semua kedai di jalan tersebut dan memaksa pemiliknya keluar dari kawasan tersebut. Mereka memberi alasan untuk menjaga keselamatan dan keamanan perayaan “Arsy” yang disambut warga Israel di tempat itu.
Pada masa yang sama pasukan Israel menangkap seorang pelajar sekolah Al Mutanabbi di bandar Hebron. Sumber tempatan menyebutkan bahawa pasukan Israel menceroboh dan menggeledah sekolah Al Mutanabbi dan menangkap seorang pelajar, Karm Khalid Naim (13) dari kelas 7. Padahal pelajar tersebut cacat dan kakinya patah, kemudian dibawa ke penjara Aufar. Beberapa sekolah lain turut menerima nasib yang sama seperti sekolah Khodijah Binti Khuwailid (putera) yang digeledah dan menahan guru sekolah. Sekolah Faiha pula dipasang pagar tentera manakala pelajar sekolah Ibrahimiyah dipaksa oleh pasukan militan Israel untuk pulang kerana digunakan oleh tentera Israel untuk berehat.
sumber : COMES
penterjemah : osman
penterjemah : osman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan