Kejadian jenayah bunuh semakin hari semakin menjadi-jadi di bumi Malaysia ini. Manusia mungkin sudah hilang pertimbangan atau kewarasan apabila tergamak melakukan jenayah kejam seperti membunuh. Dulu zaman diwaktu fakir masih kecil berita tentang pembunuhan yang berlaku sekali sekala memang menggemparkan. Terasa pelik dan ngeri diketika itu apabila tersiar saja berita-berita berkenaan pembunuhan. Kini jenayah kejam itu tidak pernah sunyi dari disiarkan dalam media massa yang mana hampir empat atau lima kali dalam seminggu.
Terkini berita amat yang menggemparkan tentang pembunuhan jutawan kosmetik yang amat terkenal di Malaysia , Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 orang yang lain. Berita yang amat tragis dan pembunuhan yang amat kejam yang telah berlaku di bulan yang mulia. Gempar satu Malaysia dibuatnya apabila berita di TV mula giat menyiarkannya. Rasanya seluruh rakyat Malaysia tidak dapat menerima berita tragis ini dan sama sekali ianya tidak boleh dimaafkan.
Kejadian bunuh di sana sini yang berlaku di Malaysia sekarang ini tidak harus berterusan. Kita sebagai orang awam dan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keharmonian di tanah air sendiri harus berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk mencegah jenayah. Pandang sekeliling anda dan laporkanlah kepada pihak berkuasa sesuatu yang mendatangkan curiga. Jika semua orang bertindak sedemikian, insyaAllah diri sendiri, keluarga malah komuniti akan selamat. Hidup jiran bermuafakat haruslah disemai bermula sekarang kerana jenayah tidak menanti masa dan tempat.
Fakir sebagai seorang rakyat Malaysia ingin mengucapkan sekalung tahniah diatas kecekapan dan kepakaran pihak Polis Di Raja Malaysia kerana hampir setiap kejadian jenayah yang berlaku dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Jenayah-jenayah besar yang berlaku di Malaysia mempunyai peratusan yang tinggi dapat dipatahkan oleh pihak polis. Oleh itu penjenayah yang berada diluar sana berfikirlah seratus kali untuk anda bertindak kejam. Sebaik mungkin kerajaan dapat menyediakan peralatan yang serba canggih kepada pihak polis agar memudahkan lagi tugas-tugas mereka membenteras jenayah.
Dalam sudut yang lain rasanya media massa juga perlu mengambilkira untuk tidak menyiarkan berita-berita terkini tentang penyiasatan yang dijalankan.Rasanya besar kemungkinan ianya akan menganggu setiap penyiasatan yang dijalankan. Kalau suspek sudah ditahan tidak mengapa, bagaimana pula jika setiap berita yang dipaparkan terlalu terperinci dan terkini dan penjenayah pulak masih bebas berkeliaran di luar? Fikir-fikirkanlah!
17 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan