Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

10 September 2010

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Assalamualaikum, salam dihulur kemaafan dipohon sempena 1 Syawal yang bahagia ini. Akhirnya bulan yang indah dan mulia telah berlalu meninggalkan kita. Pergi tidak berpaling lagi membawa segala perihal dan markah diri sekadar yang diperolehi. Sejauh mana pula kita merasa sayu akan pemergiannya yang membawa paling tidak secubit perubahan bagi yang berusaha untuk memperbaiki diri.

Maka benarlah orang-orang yang beriman itu senantiasa merindui akan kedatangan Ramadhan yang mulia, begitulah juga akan merasa kesedihan yang amat apabila ianya membawa kemuliaannya jauh dari mereka-mereka yang sebelumnya merindui kedatangannya. Oleh itu haramlah api neraka ke atas orang-orang yang merindui kedatangannya dan meratapi pemergiaannya.

Semoga Ramadhan sentiasa pula menjadi institusi atau universiti untuk kejayaan diri di alam fana mahupun di alam baqa nanti insyaAllah buat kita semua. Maka hari gemilang pertama yang dirai setelah berjaya dalam mengharungi ujian dalam institusi ini sewajarnya disambut pada 1 Syawal yang bahagia, manakala kegemilangan dan kecemerlangan  yang paling unggul ketika menghadap Allah SWT kelak.

Dalam kegembiraan kita menyambut hari bahagia ini, janganlah kita lupa saudara-saudara kita yang berada jauh di sana yang ditindas dan disembelih oleh para kafir laknatullah. Tanahair yang dirampas sesuka hati oleh bangsa yang mengaku amat bertamadun padahal lebih hina dan ganas dari haiwan. Begitu juga saudara-saudara kita yang jauh disana yang perit mengharungi kesusahan akibat bencana alam.

Akhirkata sekali lagi Fakir dan keluarga mengucapkan selamat menyambut aidil fitri buat para pengunjung di selasar ini tidak kira dimana jua anda berada. Semoga umat Islam di nusantara dan diseluruh dunia bersatu dalam membentuk kemajuan dan kekuatan ummah agar tidak mudah goyah dalam segala hal, insyaAllah. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama kita. Usahlah selalu sangat menuding jari mempersalahkan orang lain kerana kita perlu ingat bahawa satu jari menuding ke arah orang manakala empat jari lagi menuju ke arah diri sendiri.

wallahualam......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan