30 Januari 2011
28 Januari 2011
Tazkirah Rasulullah SAW : Untuk Wanita - 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
Sebagai
peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana
seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan
Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda
pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum
wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih
banyak di neraka".
Seorang
wanita lalu bangun bertanya, "Apakah
yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang
tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu
banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu
kufurkan kebaikan suami."
Kemudian
baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak
beristighfar
2. Banyak
bersedekah.
Keterangan:
Yang
dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita
lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan
marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan
mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang
terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami
pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah
memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak
nak habis."
Yang dimaksudkan
kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf
Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan
oleh suami.
Berkaitan
dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham.Rasulullah
SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau
jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau
berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat
sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak"
[Dalam
masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan
seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang
saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah
SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang
berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak",
maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh
kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti
yang disebutkan tadi.
Fadhilat
beristighfar:
a.. Sabda
Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia
tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum
nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan
kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya
lebih dari 100 X sehari... Adalah diingatkan untuk mencapai
jumlah ini,
eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan
harian kita.
b Sabda
Rasulullah SAW : "Siapa yang
melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.
Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum
wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"
c. Istighfar
juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang
ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan,
umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk
wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1.
Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga
sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana
hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri
Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah
walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi
dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga
menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan
juga,
Jibril a.s
setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta
diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah
bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan
yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi
salam.
3.
Memaniskan wajah.
Juga
terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi
sedekah."
Terdapat
juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah,
Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah
diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur
dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang
boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah
kita mengubah sikap kita dari sekarang.
27 Januari 2011
UBAT PENYEMBUH SYAITAN & IBLIS
Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering
mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walau seteruk mana pun
penyakitnya dan patah kakinya,namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan
penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki
dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.
Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dengan
nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada
mereka yg dilaknat. Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan
anaknya pergi mengganggu umat islam yang baru hendak solat di masjid, apabila
sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut
dan melalaikan para jemaah.
Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang
pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari
sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka syaitan tadi
meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dan sebagainya. Datanglah
bapa mereka dan mengarahkan bahawa hanya ada satu saja ubat yang boleh
menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke
rumah orang Islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri dan
sapulah ke tempat yang luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari orang
Islam yang kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.
Kesimpulannya, orang kencing berdiri inilah yg menjadi punca
iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jangan kencing berdiri!!!
26 Januari 2011
Aku semakin celaru...
Dua tiga hari ni Fakir dilanda perasaan resah, keliru, bingung tak menentu dan celaru bak kata orang-orang muda sekarang "jiwa kacau". Puncanya Fakir sendiri tidaklah begitu pasti. Sudah beberapa malam Fakir tidak begitu dapat melelapkan mata. Terkadang ada masa-masa tertentu rasa seperti usia sudah menjelang pengakhirannya. Rasa gerun juga seandainya sedetik nak terlelap mata tetiba datang saja ingatan yang menyebut-nyebut didalam fikiran apa akan jadi kalau ditakdirkan Fakir ini diambil nyawa oleh malaikat maut ketika dalam tidur.
Sesungguhnya Fakir diketika ini terlalu leka dengan dunia, letih mengejar dan menampung apa yang terkurang dalam dunia. Sangkut di sana sini, lagi ditampung dan ditampal semakin besar pula lubangnya.. Apa yang ditampung dan apa yang ditampal biarlah Fakir sendiri yang mengetahuinya. Hidup Fakir sendiri semakin hari semakin rasa seperti cacamarba.Ada saja yang tidak kena, buatlah apa saja dipenghujungnya berita yang tidak gembira juga yang diperolehi. Tekanan menimbun di kepala seumpama satu tan batu yang terpaksa dijunjung ke sana kemari. Ada saja prasangka bermain di kepala yang membangkitkan dan menghidupkan api panas baran dalam diri. Fakir akui di usia muda Fakir juga seorang yang mudah panas baran. Bila api kemarahan dah naik ke kepala rasa apa saja di depan mata menjadi sekecil-kecilnya. Itu di masa muda, sekarang tidak lagi seperti itu...walaupun adakalanya terpamir juga perangai buruk tersebut namun ianya dalam kawalan. Lelaki awam mana yang tidak sedikit pun punya perangai panas baran? Itu lumrah bagi semua lelaki kerana selagi ada ego sebagai seorang lelaki sudah pasti sikap panas baran itu tidak boleh diketepikan seratus peratus. Kita ini bukan nabi, bukan para sahabat r.a, pun bukan juga seorang wali Allah, apatah lagi berjiwa sesuci malaikat...kekurangan dalam sikap mulia pasti berlaku.
Apa yang Fakir alami ini seakan kurang keberkatannya, baik dalam urusan rezeki, usaha mahupun perhubungan sesama manusia. Entah kenapa Fakir menjadi terlalu "lagho" dengan urusan dunia. Peratusan yang sangat besar rasanya Fakir ini sudah semakin jauh dalam mengingati Allah dan mematuhi perintahnya sebaik mungkin. Hati rasa semakin mati apatah lagi untuk menjalankan riadah zikir yang sering diamalkan suatu waktu dulu.Nak kata Fakir sedang leka dengan nikmat dunia tidak juga kerana Fakir rasa Fakir sendiri tidak berpeluang dan mempunyai kesempatan untuk menikmati semua itu seperti orang lain. Fakir ini adalah Fakir yang seadanya.
Alhamdulillah amaran yang datang seperti gerun akan menempuh maut dikala hendak melelapkan mata merupakan peringatan hebat buat Fakir untuk direnung kembali liku-liku hidup dikala ini. Pun begitu Fakir ini tetap manusia yang degil dan bermasalah serta lalai untuk bangkit merubah sikap.Kena cari jalan untuk kikis semua lagho yang seakan sudah sebati. Agar dapatlah nanti suluh kembali dimana sopak dan kurap yang ada pada tubuh hina ini. Tinggal lagi kena usaha dan "sebat diri" sendiri agar kembali kepada Allah sebaik mungkin. Jenuhlah rasanya nak mengikis karat hati Fakir ini yang semakin menebal dan pekat hitam diselubung dengan dosa di atas kelalaian dan engkar serta jauh dari Allah........
23 Januari 2011
Sejarah Keganasan Perang Salib Secara Ringkas
Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di
jalan Nya dalam satu barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh."
(As Saff : 4)
Dalil Hadith dan
Sunnah Rasulullah S.A.W
Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana
sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan
azab." (Muslim)
Dalil-dalil Qawa'idul
Fiqhiyyah (kaedah fekah)
Maksudnya: "Jika
tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia
terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."
Dalil Aqli (akal)
berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa
Diperhatikan mereka
yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak boleh
diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya
secara individu. Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid:
"Perangilah mereka sebagaimana mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang,
lembing dengan lembing dan panah dengan panah."
Jerussalem merupakan
kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di
dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan
menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah.
Ketika Nabi Muhammad Isra', singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi'raj ke
langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam
ini.
Di masa pemerintahan
Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh
kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri
datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan
persetujuan Uskup Agung Sophronius.
Berabad abad lamanya
kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk
agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan.
Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan
haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang
Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar
dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka
mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan
diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.
Sebelum Jerussalem
ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja
oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan
Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan
keselamatan.
Mungkin kerana
upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang
mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan
huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan
seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para
pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.
Itulah yang
membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji
Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan
oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa
kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah
Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.
Patriach Ermite adalah
paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat
Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak
kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat
Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai
sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping.
Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di
jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau
bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.
Katanya, dia melihat
pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk.
Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh
orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang
ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan
orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II
mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti
Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh,
pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti
perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin
mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya,
oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.
Paus Urbanus
menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur
Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah
dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak
Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun
berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari
Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah
keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka
di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk
negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan
seperlunya.
Akan tetapi
sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan
pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda
penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka
sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas.
Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000
orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung
Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.
Apabila pasukan Salib
itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin
oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka
terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang
berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.
Kaum Salib Mengganas
Setelah kaum Salib
yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama
sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari
Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka
berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang
selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum
Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah
pimpinan Sultan Kalij Arselan.
Satu persatu kota dan
Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan
berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan
taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara
Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari
wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman
masing-masing.
Setelah berlaku
pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul
Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja.
Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu
bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan
Salib, tercapailah cita-cita mereka.
Berlakulah keganasan
luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir
Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan
kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi
dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan
kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan
oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan
bangsa.
Seorang ahli sejarah
Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang
Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di
rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah
itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap
dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari
perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat
menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.
Tentera Salib yang
menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri
selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang
menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang
di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar
hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak
tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri
dengan sia-sia.
Raymond d'Agiles,
yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan:
"Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya
mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda."
Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni
ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas
kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan
dengan lebih ganas lagi.
Seterusnya Michaud
berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama,
semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam.
Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung
rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah
tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.
Air mata wanita,
tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus
memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan
nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung
selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau
dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang
mengerikan."
Gustav Le Bon telah
mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya:
"Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan
melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka
kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua
penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta
orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang
jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8
hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang
terkecuali.
Ahli sejarah Kristian
yang lain, Mill, mengatakan: "Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan
tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu
diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang
menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah
padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem
ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang
koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk
berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu."
Sumber
Mohd Naim Mohd Zain (Taman-Taman Syurga)
Artikel dipetik dari buku Kisah 85 Kekasih Allah (Kisah
Pejuang Islam) Jilid 3, Darul Nu'man, oleh Tuan Hj Ahmad Muhd Abd Ghaffar.
08 Januari 2011
NEKAD BERI ANAK DALAM KANDUNGAN
KUALA LUMPUR: “Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat
untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,”
rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya
kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga.
Shahrul Rahman, 33, berkata dia nekad mengambil tindakan itu
selepas mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak mahu anak-anaknya
mengalami nasib sama.
Katanya, kehidupannya bermula dengan baik selepas mengahwini
isterinya, Aishah Ismail, 26, pada 2006 dan dikurniakan tiga anak berumur
antara tiga tahun hingga enam bulan. Selain itu, katanya, dia mempunyai seorang
anak tiri hasil perkahwinan isterinya dengan suami terdahulu yang kini berusia
enam tahun dan tinggal bersamanya sejak berusia empat bulan.
Namun, episod sedih hidupnya bermula selepas perniagaannya
sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian.
“Hidup saya menjadi susah dengan bebanan hutang yang semakin
bertambah. Saya meminjam daripada bank untuk memulihkan kembali perniagaan,
namun tidak berhasil.
“Keadaan bertambah kusut apabila saya membuat pinjaman
daripada ceti haram (along) untuk digunakan sebagai modal pusingan perniagaan,
tapi segala-galanya tidak menjadi,” katanya ketika ditemui semalam.
Runsing memikirkan masalah dihadapi, Shahrul berkata, dia
pernah cuba membunuh diri dengan menelan 60 ubat tidur dan minum cecair
peluntur, namun digagalkan isterinya yang menyedari tindakannya itu.
“Tidak cukup dengan itu, saya juga pernah terdorong untuk
menukar agama kerana terpengaruh seorang rakan yang hidup senang selepas
berhijrah menganuti agama lain. Mujur saya masih ingatkan Allah. Jika tidak
saya pun tak pasti apa akan berlaku,” katanya.
Shahrul berkata, kehidupannya tidak banyak berubah selepas
itu dan pernah satu ketika dia sekeluarga mengisi perut dengan menjadikan ubi
kayu yang ditanam di belakang kantin sekolah sebagai menu hidangan.
“Saya sedih dan tertekan apabila melihat anak-anak hanya
minum air sejuk dan terpaksa mengharungi hidup yang sukar hanya kerana saya
tidak mampu memberi kesenangan kepada mereka.
“Anak kedua dan ketiga tidak pernah minum susu seperti
kanak-kanak lain. Saya hanya mampu memberikan air sejuk sebagai minuman. Mujur
anak-anak tidak memilih sebaliknya makan dan minum apa yang diberikan,”
katanya.
Menurutnya, anak keempatnya sudah diserahkan kepada seorang
penjawat awam selepas dua hari dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, dan sebagai ganjaran, dia diberikan wang sagu hati RM2,000.
“Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya hati
melihat anak yang tersayang berada dalam pangkuan orang lain, tapi apa boleh
buat, hanya itu yang terdaya.
“Isteri saya juga seperti tertekan dan menerima hakikat kami
terpaksa menyerahkan anak untuk dijaga keluarga lain,” katanya.
Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala
Lumpur sejak sebulan lalu, hanya mampu membawa keluarganya tinggal menumpang
sebuah bilik di rumah rakannya di Kota Damansara.
“Setiap hari hidup isteri dan anak-anak terkurung dalam
bilik itu. Di situ mereka main, tukar baju dan tidur. Ikutkan hati ingin saja
saya mencari rumah sewa yang luas sedikit, tetapi saya tidak mampu. Gaji saya
sebagai pengawal keselamatan hanya RM780 sebulan,” katanya.
Shahrul berkata, dia bertambah tidak keruan apabila mendapati
isterinya mengandung lagi bulan lalu dan dia bimbang dengan nasib menimpa
keluarganya akan menjejaskan kehidupan anak yang bakal lahir nanti.
“Isteri berkali-kali mendesak saya supaya digugurkan saja
kandungannya itu, tapi saya tidak tergamak untuk melakukan sedemikian kerana
anak tidak bersalah, tapi saya yang perlu membela nasib keluarga.
“Sebab itu saya buat keputusan untuk serahkan anak ini
kepada keluarga yang mahu menjaganya. Saya juga mohon supaya keluarga barunya
akan menjaga anak ini dari dalam kandungan lagi termasuk membiayai rawatan dan
pemeriksaan sehingga dia lahir,” katanya.
Katanya, dia berharap anak yang bakal lahir akan selesa
dengan kehidupannya bersama keluarga baru dan hubungan kekeluargaan mereka
tidak akan terhenti di situ saja.
“Kepada keluarga baru yang akan mengambil anak ini, saya
hanya mohon satu perkara iaitu jangan putuskan hubungan kekeluargaan kami. Saya
reda dengan apa yang berlaku dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak,”
katanya.
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
Sumber : myMetro
Celoteh Fakir:
Ini adalah satu contoh dari ratusan rentetan kisah kesengsaraan hidup yang dialami oleh sebahagian keluarga Melayu Islam di bumi makmur ini. Seolah-olah tidak pernah tersingkap habis cerita-cerita begini untuk pengetahuan umum. Yang pasti jika ianya dicungkil pasti kita akan bertemu lebih banyak lagi kisah penderitaan dan kesengsaraan hidup yang sangat-sangat menyayukan setiap hati. Sesungguhnya yang benar-benar faham akan setiap penderitaan itu hanyalah pada orang yang pernah mengalaminya. Dalam menangani hal kemiskinan tegar seperti ini, sudah tiba masanya pihak-pihak berkuasa yang berkaitan menyinting lengan turun ke akar umbi mencari, menilai dan menyediakan bantuan yang sepatutnya kepada yang memerlukan. Tidak kiralah walau di mana-mana pun samada negeri di bawah kerajaan ataupun di bawah pemerintahan pembangkang. Kemiskinan ada di mana-mana, oleh itu janganlah isu kemiskinan dipolitikkan untuk tujuan kekuasaaan kerana yang derita pasti akan lebih menderita jika pihak atasan asyik sibuk menuding jari ke arah satu sama lain.
Kita orang awam pun tahu apabila media massa menyiarkan tentang penderitaan dan keperitan hidup sesebuah keluarga maka barulah badan-badan tertentu turun menyibukkan diri meninjau dan memberi bantuan yang kadang-kadang seharusnya telah lebih lama diberikan. Tidak diketuk maka tidak bergeraklah fungsi yang seharusnya ada pada badan-badan yang diberikan kuasa oleh kerajaan dalam mengangani hal-hal seperti ini. Kerenah birokrasi yang tinggi juga sebenarnya menjadi faktor utama sebagai penghalang kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk mendapat bantuan bagi mengubah corak kehidupan mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata karenah birokrasi ini harus dikurangkan bagi mencapai matlamat kerajaan menghapuskan kumpulan miskin tegar menjelang akhir tahun ini. Katanya maklum balas yang diperolehi daripada kumpulan itu adalah kesusahan mereka mendapatkan pinjaman kewangan dan bantuan modal dari kerajaan dan swasta kerana karenah birokrasi.
"Mereka amat susah memperolehi peruntukan-peruntukan ini, jadi kita
perlu betul-betul kurangkan birokrasi sama ada untuk peruntukan dalam kerajaan
mahupun swasta," katanya.
Bagaimana pula dengan Pusat Pungutan Zakat dan Baitulmal yang ada hampir disetiap negeri? Ratusan juta diperolehi dalam setahun dalam setiap pungutan zakat. Selain dari pelaburan rasanya tidak luak dana yang ada untuk membantu orang-orang miskin dengan memberi bantuan dan pinjaman tanpa syarat-syarat yang ketat.Sudahkah pihak tersebut turun ke dasar untuk mengenalpasti setiap keluarga yang sepatutnya diberikan bantuan. Janganlah mengharap orang-orang yang sudah buntu dengan masalah kemiskinan dan penderitaan yang dihadapi untuk turun mengadap para pegawai yang ada untuk memohon bantuan kerana tidak semua orang tahu apa fungsi sepenuhnya dua badan tersebut. Apatah lagi walau seratus kali naik turun ke pejabat-pejabat tersebut belum tentu bantuan dapat diluluskan dek kerana berbagai hal dan kerenah birokrasi yang menyulitkan. Terkadang terfikir dibenak fikiran bahawa fungsi badan pengurusan zakat sudah seakan tidak selari dengan kehendak dan perjalanannya semasa di zaman Rasulullah SAW dan para sahabatnya.Kemana perginya ratusan juta wang zakat yang telah dibayar? Salangkan Saidina Omar R.A sanggup mengorek sebiji tamar dari mulut anaknya kerana memegang amanah inikan pula kita? Jika orang-orang yang berkemampuan tidak membayar zakat sudah dikira berdosa bagaimana pula jabatan-jabatan yang diamanahkan untuk menguruskannya pula seolah mengabaikannya?
Dalam hal ini, Fakir memuji atas arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor yang mengharapkan wang zakat seharusnya dipulangkan kepada rakyat. Cara Tuanku telah membuka era baru dan mengorak langkah dengan tegas mengikut tatacara Islam yang sebenar.
Lihat saja agama lain yang mempunyai badan yang khas dalam membantu para penganutnya yang mengalami kesulitan dan masalah kesempitan hidup. Malah ada sesetengahnya mampu menawarkan bantuan kepada yang benar-benar terdesak yang bukan dari kalangan penganutnya sehinggakan ada yang sanggup menukarkan agama dek kerana budi yang telah ditaburkan...fikirkanlah!
Bagaimana pula wakil-wakil rakyat, pegawai daerah dan orang-orang bawahan mereka, penyelaras mukim, para penghulu hatta ketua kampung dan ahli jawatankuasanya sudahkah membuat penilaian dan mempunyai butiran terperinci dan terkini akan perihal dan permasalahan serta masalah kemiskinan setiap ahli komuniti setempat? Seandainya ada syukur alhamdulillah tapi bagaimana pula pelan tindakannya? Janganlah amanah yang diberikan disalahgunakan dengan memasukkan dan disenaraipendekkan para kroni yang adakalanya sudah senang lenang
Bagaimana pula wakil-wakil rakyat, pegawai daerah dan orang-orang bawahan mereka, penyelaras mukim, para penghulu hatta ketua kampung dan ahli jawatankuasanya sudahkah membuat penilaian dan mempunyai butiran terperinci dan terkini akan perihal dan permasalahan serta masalah kemiskinan setiap ahli komuniti setempat? Seandainya ada syukur alhamdulillah tapi bagaimana pula pelan tindakannya? Janganlah amanah yang diberikan disalahgunakan dengan memasukkan dan disenaraipendekkan para kroni yang adakalanya sudah senang lenang
Hasrat kerajaan mungkin murni dalam menjadikan kemiskinan kepada sifar di
negara ini, namun ianya pasti tidak akan berhasil seandainya para pegawai
bawahan tidak sama-sama bersemangat dan bertungkus lumus untuk bergerak ke arah
itu. Akhirnya hasrat kerajaan akan tinggal menjadi hasrat yang keberhasilannya
tidak seberapa. Rakyat akhirnya menyalahkan kerajaan padahal perancangan yang
baik dan murni sudah diwar-warkan cuma para penggeraknya tidak bersungguh dalam
pemurnian segala hasrat dan program yang telah dirancangkan oleh kerajaan.
05 Januari 2011
Astaghfirullah
Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khothooya
Robbiy zidniy 'ilman naafi'aa
Wawaffiqnii 'amalan maqbuula
Wawass'lii rizqoon thoyyiban
Fatub 'alayya taubatan nashuuha
HambaMu ini datang padaMu
Tuntunlah kami kemana pergi
Aku tersesat dijalan ini
Tak tahu lagi arah kembali
Sudilah Engkau mau peduli
Yaa man yaro sirro qolby
hasbith-thila 'uka hasbi
Famhu bi'afwika dzanby washlih
qusudiy wal a'mal
Ya Illahi Ya Tuhanku
HambaMu ini menujuMu
Jiwa ragaku jadi belenggu
Agar mendapat keredhaanMu
Tujuan akhir jalan hidupku
Langgan:
Catatan (Atom)