Sebagai
peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana
seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan
Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda
pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum
wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih
banyak di neraka".
Seorang
wanita lalu bangun bertanya, "Apakah
yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang
tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu
banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu
kufurkan kebaikan suami."
Kemudian
baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak
beristighfar
2. Banyak
bersedekah.
Keterangan:
Yang
dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita
lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan
marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan
mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang
terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami
pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah
memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak
nak habis."
Yang dimaksudkan
kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf
Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan
oleh suami.
Berkaitan
dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham.Rasulullah
SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau
jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau
berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat
sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak"
[Dalam
masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan
seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang
saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah
SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang
berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak",
maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh
kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti
yang disebutkan tadi.
Fadhilat
beristighfar:
a.. Sabda
Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia
tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum
nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan
kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya
lebih dari 100 X sehari... Adalah diingatkan untuk mencapai
jumlah ini,
eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan
harian kita.
b Sabda
Rasulullah SAW : "Siapa yang
melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.
Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum
wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"
c. Istighfar
juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang
ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan,
umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk
wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1.
Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga
sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana
hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri
Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah
walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi
dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga
menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan
juga,
Jibril a.s
setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta
diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah
bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan
yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi
salam.
3.
Memaniskan wajah.
Juga
terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi
sedekah."
Terdapat
juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah,
Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah
diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur
dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang
boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah
kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan