Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

tweet twiit

28 Januari 2011

Tazkirah Rasulullah SAW : Untuk Wanita - 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham.Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
 Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a.. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari... Adalah diingatkan untuk mencapai
jumlah ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril a.s setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

27 Januari 2011

UBAT PENYEMBUH SYAITAN & IBLIS


Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walau seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.
Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dengan nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada mereka yg dilaknat. Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yang baru hendak solat di masjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah.
Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka syaitan tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dan sebagainya. Datanglah bapa mereka dan mengarahkan bahawa hanya ada satu saja ubat yang boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah orang Islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yang luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari orang Islam yang kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.
Kesimpulannya, orang kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jangan kencing berdiri!!!

26 Januari 2011

Aku semakin celaru...


Dua tiga hari ni Fakir dilanda perasaan resah, keliru, bingung tak menentu dan celaru bak kata orang-orang muda sekarang "jiwa kacau". Puncanya Fakir sendiri tidaklah begitu pasti. Sudah beberapa malam Fakir tidak begitu dapat melelapkan mata. Terkadang ada masa-masa tertentu rasa seperti usia sudah menjelang pengakhirannya. Rasa gerun juga seandainya sedetik nak terlelap mata tetiba datang saja ingatan yang menyebut-nyebut didalam fikiran apa akan jadi kalau ditakdirkan Fakir ini diambil nyawa oleh malaikat maut  ketika dalam tidur.

Sesungguhnya Fakir diketika ini terlalu leka dengan dunia, letih mengejar dan menampung apa yang terkurang dalam dunia. Sangkut di sana sini, lagi ditampung dan ditampal semakin besar pula lubangnya.. Apa yang ditampung dan apa yang ditampal biarlah Fakir sendiri yang mengetahuinya. Hidup Fakir sendiri semakin hari semakin rasa seperti cacamarba.Ada saja yang tidak kena, buatlah apa saja dipenghujungnya berita yang tidak gembira juga yang diperolehi. Tekanan menimbun di kepala seumpama satu tan batu yang terpaksa dijunjung ke sana kemari. Ada saja prasangka bermain di kepala yang membangkitkan dan menghidupkan api  panas baran dalam diri. Fakir akui di usia muda Fakir juga seorang yang mudah panas baran. Bila api kemarahan dah naik ke kepala rasa apa saja di depan mata menjadi sekecil-kecilnya. Itu di masa muda, sekarang tidak lagi seperti itu...walaupun adakalanya terpamir juga perangai buruk tersebut namun ianya dalam kawalan. Lelaki awam mana yang tidak sedikit pun punya perangai panas baran? Itu lumrah bagi semua lelaki kerana selagi ada ego sebagai seorang lelaki sudah pasti sikap panas baran itu tidak boleh diketepikan seratus peratus. Kita ini bukan nabi, bukan para sahabat r.a, pun bukan juga seorang wali Allah, apatah lagi berjiwa sesuci malaikat...kekurangan dalam sikap mulia pasti berlaku.

Apa yang Fakir alami ini seakan kurang keberkatannya, baik dalam urusan rezeki, usaha mahupun perhubungan sesama manusia. Entah kenapa Fakir menjadi terlalu "lagho" dengan urusan dunia. Peratusan  yang sangat besar rasanya Fakir ini sudah semakin jauh dalam mengingati Allah dan mematuhi perintahnya sebaik mungkin. Hati rasa semakin mati apatah lagi untuk menjalankan riadah zikir yang sering diamalkan suatu waktu dulu.Nak kata Fakir sedang leka dengan nikmat dunia tidak juga kerana Fakir rasa Fakir sendiri tidak berpeluang dan mempunyai kesempatan untuk menikmati semua itu seperti orang lain. Fakir ini adalah Fakir yang seadanya.

Alhamdulillah amaran yang datang seperti gerun akan menempuh maut dikala hendak melelapkan mata merupakan peringatan hebat buat Fakir untuk direnung kembali liku-liku hidup dikala ini. Pun begitu Fakir ini tetap manusia yang degil dan bermasalah serta lalai untuk bangkit merubah sikap.Kena cari jalan untuk kikis semua lagho yang seakan sudah sebati. Agar dapatlah nanti suluh kembali dimana sopak dan kurap yang ada pada tubuh hina ini. Tinggal lagi kena usaha dan "sebat diri" sendiri agar kembali kepada Allah sebaik mungkin. Jenuhlah rasanya nak mengikis karat hati Fakir ini yang semakin menebal dan pekat hitam diselubung dengan dosa di atas kelalaian dan engkar serta jauh dari Allah........

23 Januari 2011

Sejarah Keganasan Perang Salib Secara Ringkas



Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalan Nya dalam satu barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh." (As Saff : 4)

 Dalil Hadith dan Sunnah Rasulullah S.A.W
Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)

Dalil-dalil Qawa'idul Fiqhiyyah (kaedah fekah)
 Maksudnya: "Jika tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."

 Dalil Aqli (akal) berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa
 Diperhatikan mereka yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak boleh diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya secara individu. Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid: "Perangilah mereka sebagaimana mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang, lembing dengan lembing dan panah dengan panah."

 Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra', singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi'raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.

 Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.
 Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.

 Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan.

Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.
 Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.

Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.

Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.

Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.
 Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

Kaum Salib Mengganas

Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.

 Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.
 Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.

Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.

Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.

 Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.
 Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda."

Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.

Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.

 Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan."

Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: "Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.

Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: "Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu."

Sumber
Mohd Naim Mohd Zain (Taman-Taman Syurga)
Artikel dipetik dari buku Kisah 85 Kekasih Allah (Kisah Pejuang Islam) Jilid 3, Darul Nu'man, oleh Tuan Hj Ahmad Muhd Abd Ghaffar.

08 Januari 2011

NEKAD BERI ANAK DALAM KANDUNGAN



KUALA LUMPUR: “Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,” rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga.

Shahrul Rahman, 33, berkata dia nekad mengambil tindakan itu selepas mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib sama.
Katanya, kehidupannya bermula dengan baik selepas mengahwini isterinya, Aishah Ismail, 26, pada 2006 dan dikurniakan tiga anak berumur antara tiga tahun hingga enam bulan. Selain itu, katanya, dia mempunyai seorang anak tiri hasil perkahwinan isterinya dengan suami terdahulu yang kini berusia enam tahun dan tinggal bersamanya sejak berusia empat bulan.

Namun, episod sedih hidupnya bermula selepas perniagaannya sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian.

“Hidup saya menjadi susah dengan bebanan hutang yang semakin bertambah. Saya meminjam daripada bank untuk memulihkan kembali perniagaan, namun tidak berhasil.

“Keadaan bertambah kusut apabila saya membuat pinjaman daripada ceti haram (along) untuk digunakan sebagai modal pusingan perniagaan, tapi segala-galanya tidak menjadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Runsing memikirkan masalah dihadapi, Shahrul berkata, dia pernah cuba membunuh diri dengan menelan 60 ubat tidur dan minum cecair peluntur, namun digagalkan isterinya yang menyedari tindakannya itu.

“Tidak cukup dengan itu, saya juga pernah terdorong untuk menukar agama kerana terpengaruh seorang rakan yang hidup senang selepas berhijrah menganuti agama lain. Mujur saya masih ingatkan Allah. Jika tidak saya pun tak pasti apa akan berlaku,” katanya.

Shahrul berkata, kehidupannya tidak banyak berubah selepas itu dan pernah satu ketika dia sekeluarga mengisi perut dengan menjadikan ubi kayu yang ditanam di belakang kantin sekolah sebagai menu hidangan.

“Saya sedih dan tertekan apabila melihat anak-anak hanya minum air sejuk dan terpaksa mengharungi hidup yang sukar hanya kerana saya tidak mampu memberi kesenangan kepada mereka.

“Anak kedua dan ketiga tidak pernah minum susu seperti kanak-kanak lain. Saya hanya mampu memberikan air sejuk sebagai minuman. Mujur anak-anak tidak memilih sebaliknya makan dan minum apa yang diberikan,” katanya.

Menurutnya, anak keempatnya sudah diserahkan kepada seorang penjawat awam selepas dua hari dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, dan sebagai ganjaran, dia diberikan wang sagu hati RM2,000.

“Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya hati melihat anak yang tersayang berada dalam pangkuan orang lain, tapi apa boleh buat, hanya itu yang terdaya.

“Isteri saya juga seperti tertekan dan menerima hakikat kami terpaksa menyerahkan anak untuk dijaga keluarga lain,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur sejak sebulan lalu, hanya mampu membawa keluarganya tinggal menumpang sebuah bilik di rumah rakannya di Kota Damansara.

“Setiap hari hidup isteri dan anak-anak terkurung dalam bilik itu. Di situ mereka main, tukar baju dan tidur. Ikutkan hati ingin saja saya mencari rumah sewa yang luas sedikit, tetapi saya tidak mampu. Gaji saya sebagai pengawal keselamatan hanya RM780 sebulan,” katanya.

Shahrul berkata, dia bertambah tidak keruan apabila mendapati isterinya mengandung lagi bulan lalu dan dia bimbang dengan nasib menimpa keluarganya akan menjejaskan kehidupan anak yang bakal lahir nanti.

“Isteri berkali-kali mendesak saya supaya digugurkan saja kandungannya itu, tapi saya tidak tergamak untuk melakukan sedemikian kerana anak tidak bersalah, tapi saya yang perlu membela nasib keluarga.

“Sebab itu saya buat keputusan untuk serahkan anak ini kepada keluarga yang mahu menjaganya. Saya juga mohon supaya keluarga barunya akan menjaga anak ini dari dalam kandungan lagi termasuk membiayai rawatan dan pemeriksaan sehingga dia lahir,” katanya.
Katanya, dia berharap anak yang bakal lahir akan selesa dengan kehidupannya bersama keluarga baru dan hubungan kekeluargaan mereka tidak akan terhenti di situ saja.

“Kepada keluarga baru yang akan mengambil anak ini, saya hanya mohon satu perkara iaitu jangan putuskan hubungan kekeluargaan kami. Saya reda dengan apa yang berlaku dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
Sumber : myMetro

Celoteh Fakir:

Ini adalah satu contoh dari ratusan rentetan kisah kesengsaraan hidup yang dialami oleh sebahagian keluarga Melayu Islam di bumi makmur ini. Seolah-olah tidak pernah tersingkap habis cerita-cerita begini untuk pengetahuan umum. Yang pasti jika ianya dicungkil pasti kita akan bertemu lebih banyak lagi kisah penderitaan dan kesengsaraan hidup yang sangat-sangat menyayukan setiap hati. Sesungguhnya yang benar-benar faham akan setiap penderitaan itu hanyalah pada orang yang pernah mengalaminya. Dalam menangani hal kemiskinan tegar seperti ini, sudah tiba masanya pihak-pihak berkuasa yang berkaitan menyinting lengan turun ke akar umbi mencari, menilai dan menyediakan bantuan yang sepatutnya kepada yang memerlukan. Tidak kiralah walau di mana-mana pun samada negeri di bawah kerajaan ataupun di bawah pemerintahan pembangkang. Kemiskinan ada di mana-mana, oleh itu janganlah isu kemiskinan dipolitikkan untuk tujuan kekuasaaan kerana yang derita pasti akan lebih menderita jika pihak atasan asyik sibuk menuding jari ke arah satu sama lain.

Kita orang awam pun tahu apabila media massa menyiarkan tentang penderitaan dan keperitan hidup sesebuah keluarga maka barulah badan-badan tertentu turun menyibukkan diri meninjau dan memberi bantuan yang kadang-kadang seharusnya telah lebih lama diberikan. Tidak diketuk maka tidak bergeraklah fungsi yang seharusnya ada pada badan-badan yang diberikan kuasa oleh kerajaan dalam mengangani hal-hal seperti ini. Kerenah birokrasi yang tinggi juga sebenarnya menjadi faktor utama sebagai penghalang kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk mendapat bantuan bagi mengubah corak kehidupan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata karenah birokrasi ini harus dikurangkan bagi mencapai matlamat kerajaan menghapuskan kumpulan miskin tegar menjelang akhir tahun ini. Katanya maklum balas yang diperolehi daripada kumpulan itu adalah kesusahan mereka mendapatkan pinjaman kewangan dan bantuan modal dari kerajaan dan swasta kerana karenah birokrasi. 

"Mereka amat susah memperolehi peruntukan-peruntukan ini, jadi kita perlu betul-betul kurangkan birokrasi sama ada untuk peruntukan dalam kerajaan mahupun swasta," katanya.

Bagaimana pula dengan Pusat Pungutan Zakat dan Baitulmal yang ada hampir disetiap negeri? Ratusan juta diperolehi dalam setahun dalam setiap pungutan zakat. Selain dari pelaburan rasanya tidak luak dana yang ada untuk membantu orang-orang miskin dengan memberi bantuan dan pinjaman tanpa syarat-syarat yang ketat.Sudahkah pihak tersebut turun ke dasar untuk mengenalpasti setiap keluarga yang sepatutnya diberikan bantuan. Janganlah mengharap orang-orang yang sudah buntu dengan masalah kemiskinan dan penderitaan yang dihadapi untuk turun mengadap para pegawai yang ada untuk memohon bantuan kerana tidak semua orang tahu apa fungsi sepenuhnya dua badan tersebut. Apatah lagi walau seratus kali naik turun ke pejabat-pejabat tersebut belum tentu bantuan dapat diluluskan dek kerana berbagai hal dan kerenah birokrasi yang menyulitkan. Terkadang terfikir dibenak fikiran bahawa fungsi badan pengurusan zakat sudah seakan tidak selari dengan kehendak dan perjalanannya semasa di zaman Rasulullah SAW dan para sahabatnya.Kemana perginya ratusan juta wang zakat yang telah dibayar? Salangkan Saidina Omar R.A sanggup mengorek sebiji tamar dari mulut anaknya kerana memegang amanah inikan pula kita? Jika orang-orang yang berkemampuan tidak membayar zakat sudah dikira berdosa bagaimana pula jabatan-jabatan yang diamanahkan untuk menguruskannya pula seolah mengabaikannya?
Dalam hal ini, Fakir memuji atas arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor yang mengharapkan wang zakat seharusnya dipulangkan kepada rakyat. Cara Tuanku telah membuka era baru dan mengorak langkah dengan tegas mengikut tatacara Islam yang sebenar.
Lihat saja agama lain yang mempunyai badan yang khas dalam membantu para penganutnya yang mengalami kesulitan dan masalah kesempitan hidup. Malah ada sesetengahnya mampu menawarkan bantuan kepada yang benar-benar terdesak yang bukan dari kalangan penganutnya sehinggakan ada yang sanggup menukarkan agama dek kerana budi yang telah ditaburkan...fikirkanlah!

Bagaimana pula wakil-wakil rakyat, pegawai daerah dan orang-orang bawahan mereka, penyelaras mukim, para penghulu hatta ketua kampung dan ahli jawatankuasanya sudahkah membuat penilaian dan mempunyai butiran terperinci dan terkini akan perihal dan permasalahan serta masalah kemiskinan setiap ahli komuniti setempat? Seandainya ada syukur alhamdulillah tapi bagaimana pula pelan tindakannya? Janganlah amanah yang diberikan disalahgunakan dengan memasukkan dan disenaraipendekkan para kroni yang adakalanya sudah senang lenang 
Hasrat kerajaan mungkin murni dalam menjadikan kemiskinan kepada sifar di negara ini, namun ianya pasti tidak akan berhasil seandainya para pegawai bawahan tidak sama-sama bersemangat dan bertungkus lumus untuk bergerak ke arah itu. Akhirnya hasrat kerajaan akan tinggal menjadi hasrat yang keberhasilannya tidak seberapa. Rakyat akhirnya menyalahkan kerajaan padahal perancangan yang baik dan murni sudah diwar-warkan cuma para penggeraknya tidak bersungguh dalam pemurnian segala hasrat dan program yang telah dirancangkan oleh kerajaan.



05 Januari 2011

Astaghfirullah


Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khothooya

Robbiy zidniy 'ilman naafi'aa
Wawaffiqnii 'amalan maqbuula
Wawass'lii rizqoon thoyyiban
Fatub 'alayya taubatan nashuuha

HambaMu ini datang padaMu
Tuntunlah kami kemana pergi
Aku tersesat dijalan ini
Tak tahu lagi arah kembali
Sudilah Engkau mau peduli

Yaa man yaro sirro qolby hasbith-thila 'uka hasbi
Famhu bi'afwika dzanby washlih qusudiy wal a'mal

Ya Illahi Ya Tuhanku
HambaMu ini menujuMu
Jiwa ragaku jadi belenggu
Agar mendapat keredhaanMu
Tujuan akhir jalan hidupku