Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

04 Jun 2010

Hidup Seorang Darwisy

Hidup seorang darwisy
mencari tenang dalam keriuhan
Hidup seorang darwisy
meniti derita mencari kesucian
Hidup seorang darwisy
melawan keinginan, menundukkan kemahuan
Hidup seorang darwisy
miskin keduniaan, kaya kerinduan padaNYA
Hidup seorang darwisy
miskin melarat,mewah rahsia di dalam rahsia
Hidup seorang darwisy
gila diperkatakan, berenang tenang dilautan qudsiah
Hidup seorang darwisy
menyelam kedasar zuhud bertalikan syariat
Hidup seorang darwisy
menghiasi malam dengan tangisan, terus membisu dikesiangan
Hidup seorang darwisy
menanti satu makam dengan datangnya seribu fitnah
Hidup seorang darwisy
lesu di sisi Al Haq, perkasa pada yang batil
Hidup seorang darwisy
perlukan harta namun tetap mengelak
Hidup seorang darwisy 
menolak megah, mencari redha
Hidup seorang darwisy
menatap keindahan rohani, meleburkan kesedapan badani
Hidup seorang darwisy
bertemu mutiara tanpa  lautan
Hidup seorang darwisy
mengharapkan api untuk cahaya
Hidup seorang darwisy
memahami makna sebelum tersurat
Hidup seorang darwisy
menghidupkan malam seumpama siang
Hidup seorang darwisy
mendongak keagunganNYA dalam zikir tak henti
Hidup seorang Darwisy
datang tak dirai, pulang tak disedari
Hidup seorang darwisy
adalah tadahan nista dan keji
Hidup seorang darwisy
sibuk dicaci dan dimaki 
Hidup seorang darwisy
tidak lemah dek derita, tidak pula bahagia dek kesenangan
Hidup seorang darwisy
tidak rebah dek hinaan, tidak pula mendada bila dipuji
Hidup seorang darwisy
menyembah tuhan kerana cintanya
tidak kerana syurga dan neraka
melatih diri mengenali cinta sebenar lagi sejati......




10 ulasan:

  1. assalamuaikum...blh kah sy tau ap mksud darwisy?ahli sufi darwisy ni berasal dari mana ek?

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam, darwisy itu adalah panggilan buat ahli sufi yang berjihad dan berperang melawan nafsu, tidak terpengaruh dengan kehebatan dan kemewahan sementara dunia. Mereka lebih menumpukan seluruh hidup dalam mencari kecintaan dan keikhlasan kepada Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Tidak kisah dengan pakaian yang lusuh, tidak mati kerana celaan dan tidak bangga dengan sebarang pujian. Itulah pencerahan hati yang sebenarnya. Semua perkara jika tidak melalui keikhlasan yang asli tidak akan bertahan. Didikan dan asuhan hati tidak semudah yang disangkakan. Ikhlas dimulut banyak bezanya dengan ikhlas yang terbit dari hati yang bersih....wallahualam

    BalasPadam
  3. Assalammulaikum......bersalahkah saya sbg seorng ibu meletakkan nama anaknyer dgn nama "Darwisy"????

    BalasPadam
  4. assalammulaikum.......salahkah saya sebg seorg ibu meletakkan nama anak saya dgn nama Darwisy? sedangkn ada yg mempertikaikan makna darwisy????

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam, telah fakir terangkan dalam ulasan yang lalu tentang apa itu darwisy. Puan sentiasa berdoalah pada Allah agar anak puan menjadi orang yang soleh kerana itu terlebih afdhal, jangan difikirkan sangat tentang pendapat orang lain yang mempertikaikan maknanya darwisy. Berapa ramai yang menggunakan nama mulia baginda Rasulullah SAW namun acapkali melakukan perkara maksiat dan syirik.Tidakkah itu mencemar kesucian nama baginda SAW. Orang-orang sufi atau terkadang digelar juga sebagai darwisy ini tidak tergoda dengan benda keduniaan, bersyukur dengan apa yang ada, kerana pada mereka cinta sebenar-benar cinta pada Allahlah yang menjadi keutamaan.Kalau si darwisy ini dengan berpakaian koyak rabak tapi penuh kecintaan dan keikhlasan pada Allah adakah tetap hina disisi Allah dari orang yang mewah namun lupa asal diri? Ada orang takut kalau2 anak-anak mereka menjadi fakir melarat hanya kerana memakai nama darwisy namun tidak gentar pula untuk memikirkan tentang bahayanya anak-anak terjerumus ke lembah syirik dan maksiat... wallahualam.

    BalasPadam
  6. Assalam.bgaimana sebutan darwisy ini ye tuan. Adakah spt dar-wish @ dar-wi-si? T.ksh

    BalasPadam
  7. Salam tuan.boleh bagitahu sebutan sebetulnya nama darwisy ni.adakah dar-wish @ dar-wi-si? Terima kasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam... maaf cik rabiatul sbb lama baru reply. Hari ni baru rasa jenguk sekejap selasar usang ni. sebutannya adalah dar-wish

      Padam
  8. Alhamdulillah ustaz, sekarang baru saya tahu kenapa cita cita saya nak mengembara ke seluruh dunia dengan hanya keperluan asas dan dengan berjalan kaki sahaja

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah ustaz, sekarang baru saya tahu kenapa cita cita saya nak mengembara ke seluruh dunia dengan hanya keperluan asas dan dengan berjalan kaki sahaja

    BalasPadam