Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
(Diriwayatkan oleh
Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
Sejak akhir-akhir ini Fakir asyik berdepan dengan sekumpulan orang-orang yang bongkaknya melampaui batas, orang-orang yang sombong yang senantiasa merasakan diri merekalah yang terbaik dan diri merekalah yang terhebat. Kepala sentiasa pula mendongak ke atas tanpa sekalipun menjengok ke bawah dimana dia berpijak...apatah lagi untuk menyedari bahawa tanah yang dipijaknya itulah pula dia akan disemadikan suatu ketika nanti. Sengaja Fakir letakkan dipermulaan celoteh ini sebuah hadis nabi SAW agar ianya menjadi batu sempadan buat kita agar tidak perlu menjadi bongkak kerana sesungguhnya yang sombong dan bongkak di atas muka bumi Allah ini sebenarnya akan tetap menjadi sehina-hinanya manusia di sisi Allah SWT.
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada
seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam
hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu
Daud)
Kalau merasakan tidak cukup kuat dengan satu hadis maka nah bacalah sebuah hadis lagi..dan renung sedalam-dalamnya kedalam sanubari apakah sudah luntur sifat bongkak tersebut atau sudah terkedu dan mula menyedari kesilapan diri yang pernah menjadi sombong dan bongkak..maka pertanda yang amat baik telah berputik tetapi seandainya hati tetap membatu dan tidak ada perasaan atau tersentak dengan amaran dalam hadis-hadis tersebut ternyatalah kita ini benar-benar sudah menjadi "super arrogant" yang sentiasa perasan diri sendiri sentiasa sempurna dan hebat dari orang lain.
SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada
diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan
orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan
sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka. Kategori yang selalu Fakir jumpa di akhir-akhir ini ditempat kerja, dalam pergaulan teman-teman dan memasang telinga di kedai-kedai, semuanya jenis macam apa yang tersebut di atas.
Jadi apalah bezanya dengan sejarah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak
cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku
bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan
Adam dijadikan dari tanah yang hina."
Beringatlah walau sejenak bahawa pangkat, kuasa, kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan, ilmu yang dirasakan dah cukup tinggi, terasa lebih alim serta soleh dari orang lain dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan Allah SWT tersebut?
Berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian Allah SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap bongkak sombong yang ditegah oleh Islam. . Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata. Terfikir juga bahawa ahli bongkak dan sombong ini terlupakah akan balasan malah azab dari Allah yang bakal diterima?
Islam mengajarkan penganutnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati dan saling membantu sebagai satu ikatan sosial. Tanpa ikatan ini kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah juga akan turut musnah. Rasulullah dan para sahabat baginda dan para wali yang hebat dan ternama pun tidak pernah mengajar manusia untuk bongkak akan tetapi mendidik agar menjadi insan yang zuhud. Jadi apa bezanya orang yang sombong dan bongkak dengan bangsa laknatullah Yahudi Zionis yang sememangnya jelas dinyatakan di dalam kitab suci Al Qur'an bahawa memang mereka itu suatu kaum yang amat sombong dan bongkak...fikirlah sekali lagi sedalam-dalamnya.
Kalau tidak cukup dengan hadis di atas maka renunglah pula ayat al Qur'an yang tertera dipengakhiran celoteh ini dan marilah bersama-sama pula kita menilai letak duduk diri kita ini....
Kalau tidak cukup dengan hadis di atas maka renunglah pula ayat al Qur'an yang tertera dipengakhiran celoteh ini dan marilah bersama-sama pula kita menilai letak duduk diri kita ini....
DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan