Malam ni Fakir luangkan masa ziarah guru Fakir yang sudah lama (hampir 5 bulan) Fakir tidak menjengahnya. Bukannya jauh sangat rumah guru dengan rumah Fakir, hanya berjarak lebih kurang 6 km saja. Sungguh diri ini seakan tidak mengenang budi dan mudah melupakan kasih sayang guru yang seumpama ayah buat Fakir. Hari ini Fakir masih lagi dalam cuti sakit, tetiba teringat akan guru yang agak lama Fakir tidak bertanya khabar. Nekad saja Fakir mengajak rakan karib Mr. Nat untuk berkunjung ke sana. Kalau nak diikutkan badan memang rasa letih dan tak sihat, tapi terfikir juga sampai bila nak ikut hati.
Sesampai saja ke rumah guru, wajah terharu seakan terpamir diwajah tua seorang guru. Timbul kembali rasa bersalah. Bermain segala macam dalam kotakfikir... baru sejengkal ilmu yang aku kaut darinya sudah mula lupa mengenang jasa dan segala kebaikan guru. Apatah lagi kalau sudah sekerat muatan aku menyelami ke dasar ilmu yang beliau miliki. Kelu lidah untuk berkata-kata depannya. Mujurlah ada saudara-saudara seperjuangan ada yang menyapa mesra, maka bertitik-titik idea ibarat titisan hujan mengorak langkah sumbang yang Fakir sendiri mencipta tingkahnya.
Guru tetap guru, macam biasa menyambut mesra setiap kedatangan...katanya setiap kunjungan itu berkah dan sebuah rezeki yang dikurniakan Allah. Malah beliau sangat terkejut apabila Fakir memberitahu penyakit yang Fakir hidapi. Otak jahat menganggu juga di minda, bermacam pula buruk sangka terhadap tetamu lain. Dalam hati Fakir berbisik-bisik "entah-entah yang mana ada kat sini mesti cakap, dah sakit baru teringat nak jumpa guru. Masa sihat hang mudah ja lupa nak ziarah orang tua tu". begitulah buruk sangka yang bermain dalam jiwa yang lemah ini, walhal semuanya dipermulaan salam menyambut mesra dan sedikit pun tidak tergambar wajah terkejut atau meluat tengok Fakir. Begitulah syaitan dan nafsu memainkan peranan.
Sebenarnya bukan Fakir sengaja tidak mahu menziarahi guru atau terus mengabaikan persatuan, malah persatuan sudah cukup kukuh sejak berzaman lagi, jadi apalah sangat kehadiran fakir kalau nak dibandingkan dengan senior-senior yang ada. Cuma dalam persatuan kemesraan sesama murid sentiasa dititikberatkan, guru nak semuanya mesra seperti keluarga..bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan biarlah sama dijinjing. Fakir dalam suasana skop kerja yang baru agak kesempitan masa untuk kemana saja apatah lagi nak menziarahi guru. Sampai selama lima bulan kebelakangan ini tak pernah punya sedikitpun kesempitan menyertai majlis bacaan yassin,tahlil dan zikir di rumah guru setiap malam jumaat. Bak kata orang pergi dengan bulan balik juga dengan bulan. Nak merungut pun tak guna, kerja tu suatu amanah yang perlu ditunaikan apatah lagi takdir rezeki yang Allah telah letakkan begitu..maka begitu jugalah jadinya.
Terfikir juga bahawa penyakit yang baru menyerang ini ada hikmah sebenarnya. Kita sentiasa ingin menjadikan diri seorang muslim yang lebih baik dari diri kita yang dahulu. Kita ingin berbaik dengan sesiapa saja. Yang kita terabai sedikit waktu dulu kembali mengimbau untuk kita hubungi jikalau ianya sesama insan atau laksanakannya kalau ianya melibatkan perbuatan.
Diakhir perbualan guru telah memberi ramuan herba tradisional sebagai penawar kepada Fakir. Ada seorang rakan seperguruan (seorang guru) telah mengidap diabetes yang agak teruk tetapi alhamdulillah sejak mengamalkan ramuan herba tersebut dan menjadi asbab maka Allah telah mengurangkan kesakitan yang di alami. Tahap gula pun lebih kepada normal. Sempat juga guru berpesan..ubat hanya ikhtiar tak kira ubat-ubat moden atau tradisional, yang menyembuhkannya tetap Allah jua, setiap penyakit yang datang Allah sertakan pencegah dan penawarnya kecuali maut..pesanan yang sering sangat kita dengar tapi tidak tertancap kukuh sebagai iktikadpun...kadang-kadangla.....hmmm hehehehe
02 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan