Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

10 Disember 2010

PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI YANG DISAYANG..



1. Selalulah menghargai usaha penat lelah isteri, terutama isteri yg bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yg diterima daripada  isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jgn sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan ibu anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada ibu anda.

4. JANGAN DEMAND SEKS SEKIRANYA ISTERI TAK ADA MOOD ATAU LETIH. AGAMA SURUH KAHWIN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK PENUHI NAFSU SYAHWAT SAJA.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sesekali duduk tersandar depan TV atau relaks-relaks sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semuanya sampai giliran isteri tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge semata-mata.

8. Kalau nak ajak kawan ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang sedap-sedap dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sesekali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok badan sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh saja kawal kentut..?

11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. JAGALAH MARUAH ANDA SEBAGAI SUAMI DAN LELAKI. SELAGI BOLEH, JANGAN BEBANKAN ISTERI DENGAN MASALAH KEWANGAN ANDA. SELALUNYA PEREMPUAN NI SEMAKIN SUAMI "DEGIL" TAK NAK MINTA PERTOLONGAN, SELAGI ITULAH DIA RELA NAK TOLONG (LAINLAH KALAU ANDA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN KEDEKUT).

14. JANGAN BERSEPAH DAN BERSIKAP PENGOTOR. DAH BUKA BAJU, LETAKKAN DALAM BAKUL BAJU KOTOR, DAH CUNGKIL GIGI, BUANGLAH DALAM BAKUL SAMPAH, BILA DAH GUNA UBAT GIGI, BUBUH BALIK PENUTUPNYA, DAH AMBIL SESUATU BARANG, SIMPAN BALIK DI TEMPAT ASAL. SUSAH SANGAT KE NAK BUAT MACAM TU? SEMUA NAK KENA AJAR KE?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. JANGAN MAIN KAYU TIGA. MAIN LAIN LAGI TAK BOLEH. KALAU ISTERI ANDA YANG BUAT, TENTU ANDA TAK BOLEH NAK BERTOLAK ANSUR. JADI MENGAPA ISTERI ANDA KENA BERTOLAK ANSUR KALAU ANDA BUAT..?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi barah kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau mereka semua pakat mogok, anda juga yang rugi!


PETIKAN RENCANA
SUMBER MW JAN 06

Tiada ulasan:

Catat Ulasan