Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

28 Februari 2011

AKU DAN KAU BERBEZA




LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatanisteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :

  • Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. 
  • Menerima pusaka kurang dari lelaki. 
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 
Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taatkan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanyamenjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

26 Februari 2011

Rahsia Sujud - melegakan sistem pernafasan



Mungkin ramai dikalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmahyang tersembunyi ketika sujud.  hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap  ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.

Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah keotak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
  

17 Februari 2011

(Puisi Sang Sufi) - Pencarian


Paling aku tidak mengerti 
bagaimana mahu menyeru-Mu 
jika nama juga hijab 
antara Engkau dengan aku.

Engkau esa 
tiada hijab menemani Mu 
mana mungkin Engkau terhijab.

Berapa banyak hati sudah hancur luluh 
dalam merindui Mu 
berapa banyak fikiran telah berkecai 
dalam mencari Mu.

Engkau dekat 
tetapi bila didekati Engkau menjauh 
bila berhenti Engkau melambai 
bila dikejar Engkau menjauh kembali.

Bila aku di tangga rumah Mu 
Engkau menutup pintu 
bila aku undur 
Engkau membuka jendela 
bila aku mengintai 
Engkau melabuhkan langsir.

Dalam kepayahan ini 
daku perlukan penawar 
penawar itu ada pada tangan Mu 
namun aku malu menghulurkan tanganku yang cemar 
untuk disambut oleh tangan Mu yang suci.

Aku tidak tergamak meminta Engkau menjadi teman 
kerana aku tidak pernah membuktikan kesetiaan sebagai sahabat 
namun hatiku gila kepada Mu 
tetapi aku malu memanggil Engkau kekasih 
kerana aku tersangat hodoh dan hina.

Janganlah Engkau murka 
lantaran si hodoh dan hina ini mengasihi Mu.

Wajahku yang hodoh dan hina 
tidak layak Engkau tatapi 
Wajah Mu yang cantik berseri 
tidak layak aku tatapi 
di atas tangga rumah Mu aku terlena 
dengan harapan mataku tidak terbuka lagi 
kerana aku tidak tahan merindui Mu.

Izinkan daku bermalam di tangga rumah Mu 
dan memejam mataku di situ 
agar apabila Engkau membuka pintu 
Engkau memandang kepada ku 
walaupun daku tidak memandang kepada Mu.

sumber: tamansufi.tripod.com

15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul


Allah berfirman: "maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." - Al-Araf

Salam Maulidur Rasul buat rakan-rakan pengunjung selasar ini. Malam yang berkah ini terlebih molek seandainya Fakir berkongsi dan sama-sama mengingati kembali akan keputeraan baginda Rasulullah SAW dan sedikit ringkasan tentang perkembangan hidup Rasulullah kecintaan kita ini sehingga dibawah asuhan terakhir dari bapa saudara baginda iaitu Abu Talib serta bagaimana permulaan sambutan Maulidur Rasul diadakan, semoga kita bersama beroleh manafaatnya...insyaAllah.

Sejarah Kelahiran Baginda SAW

di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana, di kota Mekah, seorang bayi yang kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Bayi itu yatim, bapanya yang bernama Abdullah meninggal 7 bulan sebelum dia lahir. Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Mutalib dengan penuh kasih sayang dan kemudian bayi itu dibawanya ke kaki Kaabah. Di tempat suci inilah bayi itu diberi nama Muhammad, suatu nama yang belum pernah ada sebelum­nya. Menurut para ahli, kelahiran Muhammad itu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah atau tanggal 20 April tahun 571 M.

Adapun sebab dinamakan tahun kelahiran Nabi itu dengan tahun Gajah, kerana pada tahun itu, kota Mekah diserang oleh suatu pasukan tentera orang Nasrani yang kuat di bawah pimpinan Abrahah, gabenor dari kerajaan Nasrani Abessinia yang memerintah di Yaman, dan mereka bermaksud menghancurkan Ka'abah kerana inginkan sebuah tempat dibawah pemerintahannya semahsyur Kaabah. Pada waktu itu Abrahah berkenderaan gajah. Belum lagi maksud mereka tercapai, mereka sudah dihancurkan oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan burung ababil. Oleh kerana pasukan itu mempergunakan gajah, maka orang Arab menamakan bala tentera itu pasukan bergajah, sedang tahun terjadinya peristiwa ini disebut Tahun Gajah.

Nabi Muhammad saw. adalah keturunan dari Qushai pahlawan suku Quraisy yang berhasil menggulingkan kekuasaan Khuza’ah atas kota Mekah. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murr’ah dari golongan Arab Bani Ismail. Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah, di sinilah silsilah keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad saw. bertemu. Baik keluarga dari pihak bapa mahupun dari ibu keduanya termasuk golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah-kabilah Arab.

Sudah menjadi kebiasaan pada orang-orang Arab kota Mekah, terutama pada orang-orang yang tergolong bangsawan, menyusukan dan menitipkan bayi-bayi mereka kepada wanita badiyah (dusun di padang pasir) agar bayi-bayi itu dapat menghirup hawa yang bersih, terhindar dari penyakit-penyakit kota dan supaya bayi-bayi itu dapat berbicara dengan bahasa yang murni dan fasih. Demikianlah halnya Nabi Muhammad s.a.w. beliau diserahkan oleh ibunya kepada seorang perempuan yang baik, Halimahtun Sa’diyah dari Bani Sa’ad kabilah Hawazin, tempatnya tidak jauh dari kota Mekah. Di perkampungan Bani Sa’ad inilah Nabi Muhammad SAW. diasuh dan dibesarkan sampai berusia lima tahun.

Kematian Ibu dan datuk

Sesudah berusia lima tahun, Muhammad SAW. dihantarkannya ke Mekah kembali kepada ibunya, Situ Aminah. Setahun kemudian, iaitu sesudah ia berusia kira-kira enam tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke Madinah, bersama-sama dengan Ummu Aiman, sahaya peninggalan ayahnya. Maksud membawa Nabi ke Madinah, pertama untuk memperkenalkannya kepada keluarga neneknya Bani Najjar dan kedua untuk menziarahi makam ayahnya. Maka di situ diperlihatkan kepadanya rumah tempat ayahnya dirawat di waktu sakit sampai meninggal, dan pusara tempat ayahnya dimakamkan. Agak menghibakan juga cerita Aminah kepada anaknya tentang ayahnya itu; demikian terharunya, sehingga sampai sesudah baginda diangkat menjadi Rasul dan sesudah baginda berhijrah ke Madinah, peristiwa itu sering disebut-sebutnya.
Mereka tinggal di situ kira-kira satu bulan, kemudian pulang kembali ke Mekah. Dalam perjalanan mereka pulang, pada suatu tempat, Abwa’ namanya tiba-tiba Aminah jatuh sakit sehingga meninggal dan dimakamkan di situ juga. (Abwa’ ialah nama sebuah desa yang terletak antara Madinah dan Juhfah, kira-­kira sejauh 23 mil di sebelah selatan kota Madinah).

Dapatlah dibayangkan betapa sedih dan bingungnya Rasulullah saw. menghadapi kesedihan yang amat sangat atas kematian ibunya itu. Baru beberapa hari saja ia mendengar cerita ibunya atas kematian ayahnya yang telah meninggalkannya ketika Muhammad SAW. dalam kandungan. Sekarang ibunya telah meninggal pula di hadapan matanya sendiri, sehingga ia sudah tinggal sebatang kara, menjadi seorang yatim-piatu, tiada berayah dan tiada beribu.

Setelah selesai pemakaman ibundanya, Nabi Muhammad SAW segera meninggalkan kampung Abwa’ kembali ke Mekah dan tinggal bersama-sama dengan datuknya Abdul Mutalib.Di sinilah Nabi Muhammad SAW. diasuh sendiri oleh datuknya dengan penuh kecintaan. Usia Abdul Mutalib pada waktu itu mendekati 80 tahun. Dia adalah seorang pemuka Quraisy yang disegani dan dihormati oleh segenap kaum Quraisy pada umumnya, dan penduduk kota Mekah pada khususnya. Demikian penghormatan bagi kedudukannya yang tinggi dan mulia itu, sampai anak-anaknya sendiri tidak ada yang berani mendahului menduduki tikar yang disediakan khusus baginya di sisi Kaabah.

Disebabkan kasih sayang datuknya, Abdul Mutalib, Muhammad SAW. dapat hiburan dan dapat melupakan kesedihan nasibnya kerana kematian ibunya. Tetapi, keadaan ini tidak lama berlalu, sebab baru saja berselang dua tahun baginda merasa terhibur di bawah asuhan datuknya, orang tua yang baik hati itu meninggal pula, dalam usia delapan puluh tahun. Muhammad SAW. ketika itu baru berusia lapan tahun.

Meninggalnya Abdul Mutalib itu, bukan saja merupakan kehilangan besar bagi Muhammad SAW. tetapi juga merupakan kehilangan dan kerugian bagi segenap penduduk Mekah. Dengan meninggalnya Abdul Mutalib itu, penduduk Mekah kehilangan seorang pembesar dan pemimpin yang cerdas, bijaksana, berani dan perwira yang tidak mudah mencari gantinya.

Sesuai dengan wasiat Abdul Mutalib, maka Nabi Muhammad SAW. diasuh oleh pakciknya Abu Thalib. Kesungguhan dia mengasuh Nabi serta kasih sayang yang dicurahkan kepada anak saudaranya ini tidaklah kurang dari apa yang diberikannya kepada anaknya sendiri. Selama dalam asuhan datuk dan pakciknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji dan selalu membantu meringankan kehidupan mereka. 

Pengertian dan Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari kelahiran Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as. Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu. Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu. Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi SAW sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meninggal di Sebata pada 670. Oleh kerana amalan bid'ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama' telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi.
Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya). 

HUKUM MAULID 

 Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar. 

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama' yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan. Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia". Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: "Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat." Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: "Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid'ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat."

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata(ringkasan): "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Saad Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam."

*Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:
 1) Allah berfirman: "maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad SAW) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

 2) Firman Allah: "Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah."-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam "Syakbu al-Iman" daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar."

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan." Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu." – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi'raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi SAW telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan." Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam. 


14 Februari 2011

Pendekar Wanita Empat Zaman


Ibu Rd Hj Enny Rukmini Sekarningrat

Nama Rd. Enny Rukmini Sekarningrat (96tahun) cukup terkenal dikalangan masyarakat luas terutama bagi mereka yang mencintai seni beladiri pencak silat. Bahkan namanya pun telah tercatat di PB IPSI sebagai Dewan Pakar Pencak Silat Nasional, sehingga tidaklah menghairankan apabila namanya sudah terkenal sampai ke peringkat antarabangsa. Beliau merupakan Guru Utama bagi pencak silat Panglipur dan juga seorang yang peramah, baik, sopan, dan rendah hati.

Menjadi seorang guru dan pemimpin pencak silat dapat dikatakan cukup berat, di samping harus menguasai jurus-jurus dan teknik-teknik seni beladiri pencak silat yang mantap, tubuh yang lasak, serta mental yang kuat tentunya dan juga harus lengkap dalam memahami falsafah seni beladiri pencak silat secara mendalam, seperti yang pernah dialami Rd. Enny Rukmini Sekarningrat, pakar pencak silat dan pejuang wanita empat zaman, puteri Abah Aleh (1856-1980)- pendiri Panglipur. Abah Aleh adalah seorang maestro seni beladiri pencak silat yang mampu menggabungkan aliran-aliran pencak silat menjadi jurus Panglipur yang indah, mantap, efektif, dan praktik untuk membela diri.

Panggilannya pendek saja, boleh dipanggil Ibu atau Ibu Enny, tapi umumnya para pesilat di lingkungan Himpunan Pencak Silat Panglipur memanggilnya "mamih". Sebutan terakhir ini merupakan kebiasaan pesilat Panglipur yang sudah dekat dengannya. Pernah ada yang menanyakan kepada beliau, "apakah betul Ibu ada keturunan Belanda?" Beliau menafikannya: "Saya jawab, tidak, dan memang sebenarnya saya bukan keturunan orang Belanda, tuturnya. Bahkan pertanyaannya tidak cukup sampai di situ saja, kadang-kadang mereka suka meneruskan dengan pertanyaan lain, Ah masa, buktinya raut muka Ibu mirip Indo? Mendengar pertanyaan seperti itu saya hanya tersenyum, mungkin karena saya cukup lama bersama-sama dengan orang Belanda, ketika masih sekolah di Zending School. Tidak heran apabila saya terpengaruh oleh kebiasaan orang Belanda, dan kebetulan kulit saya putih, sehingga orang menyangka bahwa saya mirip orang bule. Padahal saya tidak ada keturunan Indo, ayah saya Abah Aleh keturunan Banten dan Ibu saya Ma Uki asli orang Garut."

Masa Perjuangan

Sejak kecil Ibu Enny sudah menyenangi kesenian daerah dan bahkan pernah belajar tari sunda, termasuk belajar pencak silat hanya tidak sungguh-sungguh dan tidak mendalaminya, cukup asal boleh saja. Setelah meningkat usia remaja malah senang belajar menari iaitu sejenis tarian yang gemar diperagakan oleh remaja-remaja dari Barat (orang asing). Walaupun demikian, ayahnya tidak melarang mempelajari tarian, apalagi sampai mempunyai murid mahasiswa, kerana kebetulan waktu itu banyak mahasiswa-mahasiswa yang menyewa di rumah, sehingga kesenangan pada tarian semakin kuat.

Puteri pasangan Abah Aleh (pendiri Panglipur) dan Ma Uki, yang dilahirkan di Gg. Durman Bandung pada 17 Ogos 1915 ini, dalam usia 12 tahun sudah berumahtangga. Mungkin Abah Aleh merasa khuatir mengenangkan situasi waktu itu kurang aman. Pertama beliau berkahwin dengan seorang pemuda bernama Nandung, mempunyai satu anak bernama Etty Sumartini dan mempunyai 12 cucu  dan tinggal di Jakarta. Abah Aleh mengharapkan puterinya itu menjadi seorang isteri yang berpengetahuan, sehingga Abah Aleh mengizinkannya untuk melanjutkan pelajaran. Setelah tamat dari Zending School diteruskan ke Darul Mualim 6 tahun, sekitar tahun 1946 keluar dari Darul Mualim sempat menjadi Guru Agama di bawah pimpinan Ajengan Toha dan Rachmat Sulaeman, mengajar di Madrasah Al Balah dan di Madrasatul Choeriah di Gg Affandi Braga Bandung. Tidak lama setelah itu suami tercinta meninggal dunia. Lalu berkahwin pula dengan Lurah Cimahi, tidak lama meninggal dunia juga. Kemudian berkahwin buat kali ketiga dengan seorang pejuang kemerdekaan bernama Bunjali, kebetulan beliau seorang tokoh silat sehingga Abah Aleh sangat senang kepadanya, mungkin kerana nasib, tidak lama setelah itu Bunjali ditangkap oleh Belanda ketika sedang pengajian (mengajar membaca Al Qur’an). Ibu Enny sempat mencari suami mudah-mudahan dapat bertemu lagi, lalu ikut menggabungkan diri sebagai wanita pejuang dengan pasukan pangeran papak di Wanaraja Garut, di bawah pimpinan Mayor Kosasih. Nama Sekarningrat juga diberi oleh Laskar Pangeran Papak. 

Berkat kesabaran dan ketabahan hati, akhirnya ia bertemu juga dengan suami tercinta, sehingga waktu itu dapat bersama-sama berjuang mempertahankan kemerdekaan. Tidak lama setelah itu masing-masing mendapat tugas, ia ditugaskan ke Ciniru dan suaminya ditugaskan ke Cipakem Kuningan Ternyata setelah kembali dari tugas, “suami saya meninggal dunia saat berjuang. Hati saya begitu sedih, mungkin sudah nasib dan saya menyadari bahwa ini merupakan takdir Allah SWT”, tuturnya.

Pada tahun 1947, ibu Enny bergabung dengan pasukan yang dipimpin oleh Letkol Abimanyu dan Mayor U. Rukman sampai hijrah ke Yogya dan di sana bertemu dengan seorang perwira TNI bernama Tabrani, ketika itu ia masih berpangkat kapten, lalu kembali ke Jawa Barat dan berhenti sebagai pejuang, dan akhirnya kembali ke masyarakat. Tahun 1950, pengembaraan di hutan belantara berakhir dengan turunnya para pengungsi ke kota Bandung, yang sebelumnya berjuang memakai senjata, namun sekarang perjuangan itu dilakukan dalam bentuk lain. “Kemudian saya menikah dengan Kapten Tabrani dan mempunyai anak lelaki bernama Djadja Widjayakusumah. Waktu itu pimpinan Panglipur oleh Abah Aleh dipercayakan kepada abang ibu Enny, Letnan AURI Udi. Lalu untuk mengenang masa perjuangan, ia mencuba membuat drama pencak silat yang menceritakan perjuangannya dengan suami dari mulai awal pertemuan sampai selesai. Penulisan naskah, skenario, dan sutradara diatur oleh ibu Enny. Waktu sedang latihan, saya berusaha untuk tegar dan kuat tetapi ternyata dalam pelaksanaannya saya tidak kuasa menahan rasa sedih dan merasa tidak kuat sampai saya jatuh pingsan”, tuturnya.

Sekitar tahun lima puluhan, Letnan AURI Udi yang diamanahkan oleh Abah Aleh untuk mengurus perguruan pencak silat Panglipur, meninggal dunia. Kemudian Abah Aleh memanggilnya dan berkata, “Eneng, sabada Kang Udi pupus, taya deui nu katoong ku Abah pikeun neruskeun jadi sesepuh paguron teh iwal ti Eneng, saurna lemah lembut. (Neng, setelah Kak Udi meninggal dunia, tidak ada lagi yang terlihat oleh Abah yang mampu meneruskan menjadi pemimpin perguruan pencak silat panglipur, hanya Enny, katanya serius)”. “Ketika mendengar ucapan seperti itu, hati saya merasa kaget bercampur bingung”, tuturnya, “kerana saya merasa belum mendalami sungguh-sungguh tentang masalah pencak silat, dan putra-putri Abah Aleh itu ada empat orang termasuk saya, Kak Udi, Kak Eyon, dan Kak Dati. Saya tidak mengerti mengapa Abah Aleh memilih saya untuk menggantikannya. Setelah berfikir panjang timbul perasaan dalam hati saya, mungkin Abah Aleh merasa yakin bahwa saya mempunyai kemampuan untuk menjalankannya, sehingga saya tidak bisa menolaknya”, tuturnya tegas. Ternyata ibu berparas cantik ini dulunya tergolong anak yang taat dan patuh kepada orang tua, rasa hormat kepada kedua orang tua sudah tertanam sejak ia masih kecil, jangankan menolak keinginan orang tua, dimarahi dengan tidak merasa bersalahpun beliau tidak berani membantahnya apalagi sampai melawan pada orang tua. Akhirnya tawaran itu dia terima dengan lapang dada.

Memimpin Pencak Silat Panglipur

Pada tahun 1950, Abah Aleh secara rasmi menyerahkan tampuk pimpinan Panglipur kepada Ibu Enny, sebagai pewaris yang diangggap mampu memimpin Panglipur, demi perkembangan dan kemajuan Panglipur di masa yang akan datang. Walaupun anggapannya masih mentah dalam masalah persilatan, namun Ibu Enny berusaha sekuat tenaga untuk memimpin panglipur bersama-sama dengan para tokoh Panglipur yang lain.

“Ketika memperhatikan Abah Aleh sedang melatih pencak silat, saya suka bertanya, kenapa jurus-jurus Panglipur suka diberi nombor, dan semuanya tidak dibeza-bezakan, alangkah baiknya setiap tingkatan dibeza-bezakan”, katanya memberi pertanyaan pada Abah Aleh.

“Untuk ciri khas Panglipur, supaya ada keseragaman, katanya sambil tersenyum. Buktinya terasa oleh saya, ketika melatih 1600 pesilat untuk menyambut Konperensi Asia Afrika tahun 1955. Dengan gerakan yang sudah diseragamkan sehingga tidak sulit untuk melatihnya”, tuturnya. Ibu Enny merasa kagum kepada Abah Aleh yang mampu menyeragamkan gerakan yang begitu rumit dan bermacam-macam.

Ada yang bertanya, Apakah silat dari Abah Aleh diiringi dengan ilmu tenaga dalam? “Saya menjawab tidak, karena memang saya tidak belajar ilmu tenaga dalam, paling juga saya suka tarikat. Saya pernah mengalami dikurung di dalam kamar oleh Abah Aleh selama tiga hari tiga malam, selama di dalam kamar itu hanya disediakan sepiring kentang rebus dan segelas air putih. Oleh kerana itu, tidak hairan apabila saya makan hanya dua hari sekali atau tiga hari sekali” ujarnya lagi.

“Pernah ada kejadian aneh waktu saya berumur 40 tahun tiba-tiba gigi saya merasa ngilu dan seolah-olah terasa menjadi panjang, kemudian diperiksa ke dokter katanya tidak ada penyakit. Malam Jumaat ternyata gigi saya rontok semua sehingga sampai sekarang gigi saya menjadi ompong. Saya tidak mempunyai fikiran yang bukan-bukan, atau mempunyai sangkaan negatif terhadap orang lain, mungkin gigi saya rontok itu disebabkan oleh penyakit”, katanya.

Sejak berdirinya PPSI di Jawa Barat pada tahun 1957, di bawah pimpinan Pangdam Siliwangi, Jendral Kosasih, Ibu Enny berusaha sekuat tenaga mengembangkan seni beladiri pencak silat. Namun dalam pelaksanaannya tidak semudah apa yang kita bayangkan, sebab waktu itu bantuan dari pemerintah maupun dari masyarakat belum mampu diandalkan. Apalagi yang namanya pencak silat, setiap orang banyak yang ingin memiliki kepandaian ini, tapi sedikit sekali yang mahu mengeluarkan wang atau dana untuk itu. Walaupun demikian, Rd. Enny Rukmini Sekarningrat dan kawan-kawan seperguruan seperti Rd. H. Adang Mohammad Moesa (alm), Harun (alm), Tarmedi (alm), Kol. H. MSTA. Jhonny (alm), M. Umbit (alm), Bakri, Udi, dan yang lainnya berjuang untuk melestarikan seni beladiri pencak silat, khususnya Panglipur sebagai warisan Abah Aleh yang sebelumnya telah berjuang tanpa kenal erti jemu dan lelah. Dan terbukti Panglipur telah diakui oleh pemerintah sebagai organisasi yang terdaftar sebagai anggota PPSI maupun IPSI.

Di kota Bandung saja waktu itu sudah ada lima cabang panglipur, antara lain cabang Bandung Barat diketuai oleh H. Basuni (alm), Pagarsih diketuai oleh Abah Bakri (alm), Ciwidey diketuai oleh Lurah Prawira (alm), Babakan Jati diketuai oleh H. Basuki (alm), Lembang diketuai oleh Aki Tarmedi (alm), dan Buah Batu diketuai oleh Bah Soma (alm), Kopo diketuai oleh Bah Omi, Oyi, dan Bah Udi, serta banyak lagi tokoh-tokoh yang lainnya. Cabang-cabang Panglipur di luar Bandung, antara lain Majalengka, Talaga, Kuningan, Garut, Cianjur. Semua cabang-cabang tersebut harus berada dalam pengawasan Panglipur Pusat yang dipimpin olehnya. Sampai detik ini Panglipur terus berkembang dengan pesat, baik di dalam maupun di luar negeri.

Aktiviti
Di samping sebagai seorang pimpinan Panglipur, ternyata Rd. Enny Rukmini Sekarningrat, temasuk juga sebagai seorang guru silat atau pelatih yang aktif, ia pernah melatih anggota tentara Rindam VI Siliwangi, Kompi Protokol Pimpinan Kapten. H. MSTA. Jhonny (alm, terakhir berpangkat Kolonel), melatih anggota tentara BDI II Siliwangi Pangalengan pimpinan Letkol. Suryamin, melatih pemuda-pemuda putus sekolah, pernah melatih di SMP, SMA, SPG dan Mahasiswa, serta siswa-siswa Dodiklat Polri dan anak-anak CPM di Cimahi, melatih orang-orang asing yang sengaja datang untuk berguru di Panglipur. Bahkan pernah mendirikan organisasi tukang becak yang diberi nama Himpunan Pengendara Becak Indonesia (HPBI), kemudian tukang Becak tersebut dikursuskan pula dengan setir mobil sampai mereka, menjadi pemandu Bemo di Cicendo Bandung.

Dicelah-celah latihan beliau sering diberi nasihat oleh Abah Aleh, berupa amanat yang diberikan kepadanya antara lain, “Eneng, boh dina hirup, boh dina penca, teangan pikaresepeun batur, ulah neangan pikangewaeun batur, saurna. (Neng, dalam kehidupan sehari-hari, maupun dalam penca, harus selalu mencari yang membuat orang senang (menyenangkan orang lain) bukan sebaliknya mencari sesuatu yang membuat orang tidak suka atau tidak disukai oleh orang lain, katanya)”. Sesuai dengan falsafah Panglipur yang merupakan singkatan dari:
1. Pek Aranjeun Neangan Guru Luhung Ilmuna, Poma Ulah Ria (Takabur).
Ertinya dalam bahasa Indonesia : Silakan kalian mencari guru yang tinggi ilmunya, tetapi jangan sombong (takabur).
2. Pek Aranjeun Neangan Guru Luhung Ilmuna Pikeun Udageun Rasa.
Ertinya dalam bahasa Indonesia : Silakan kalian mencari guru yang tinggi ilmunya untuk kejaran rasa.

Memimpin Tim Galih Pakuan Jawa Barat

Ada pengalaman yang menarik selama ibu Enny memimpin Panglipur, ketika membawa rombongan Panglipur ke Singapura pada tahun 1980, dengan H. Suhari Sapari (Ketua IPSI/PPSI) Jawa Barat. Ketika mengadakan pementasan di Singapura, setelah sampai di lokasi baru teringat bahwa alat yang akan dipakai untuk peragaan tertinggal di penginapan, padahal waktu untuk pementasan tinggal beberapa minit saja lagi. “Saat itu tiba-tiba saya teringat pada sobrah (sejenis rambut wanita yang panjang, digunakan untuk sanggul) yang dapat mengganti alat yang tertinggal tadi. Ternyata pementasan tersebut mampu memukau penonton dan mereka merasa puas, orang menyangka bahwa sobrah itu merupakan kreasi baru”, katanya sambil tersenyum. Selanjutnya ia mengingatkan, “Oleh kerana itu, peralatan atau senjata yang dipakai untuk pencak silat itu bukan hanya Golok, Gobang (Pedang), Trisula, Toya, Alu (halu), Tongkat, Limbuhan (sejenis senjata pendek) yang bolh diguna dalam peragaan, sobrah pun boleh dipakai untuk demo. Jadi harus kreatif apabila kebetulan alat-alat tersebut ketinggalan atau hilang. Bahkan tali rafiapun mampu dipakai sebagai alat membela diri”, tuturnya lagi.

Selanjutnya beliau menyentuh tentang masalah pakaian pencak silat, yang tidak lepas dari perhatiannya. “Pesilat umumnya mempergunakan pakaian warna hitam, tetapi untuk keperluan pentas tidak selalu harus hitam, warna lain pun boleh dipakai, disesuaikan dengan ibing yang akan ditampilkan, supaya anak-anak kelihatan cantik, indah, dan tidak memalukan. Pakaian ini saya pakai ketika Panglipur ditunjuk sebagai anggota Galih Pakuan Jawa Barat oleh Gubernur H. Aang Kunaefi (alm) dari tahun 1978 sampai tahun 1985, antara lain ketika menyambut Konperensi Asia Afrika (1985), Parasamya Purna Karya Nugraha, dan sebagainya. Selama menjadi Tim Protokoler Jawa Barat (Galih Pakuan Jawa Barat), Panglipur telah puluhan kali mentas di Istana Bogor, bersama-sama dengan kesenian lain seperti Tari, Dogdog Lojor, Sisingaan, Buncis, Jaipongan, dan lain-lain di bawah pimpinan Enoh Atmadibrata, Nugraha, Indrawati Lukman, Yeti Mamat, Irawati Durban, Gugum Gumbira, Tati Saleh, dan seniman sunda yang lainnya”, tutur tokoh yang pandai merias pengantin ini, “Bahkan saya pernah mencoba menampilkan ibing pencak silat dengan pakaian kebaya ternyata berhasil dan dapat diterima oleh masyarakat pencak silat sebagai pementasan yang baik dan indah, tanpa mengurangi nilai-nilai dan kaedah seni beladiri pencak silat yang sebenarnya. Maksudnya iaitu dalam keadaan apapun, seorang pesilat tidak harus selalu memakai seragam silat, khususnya bagi seorang perempuan memakai pakaian kebayapun bisa membela diri dan menampilkan gerakan silat dengan baik”, ungkapnya lagi.

Ibu yang satu ini ternyata tergolong tegas dalam menerapkan disiplin di Panglipur, misalnya antara murid lelaki dan murid perempuan di perguruan harus seperti abang dan adik, saling melindungi, saling menyayangi, dan saling membantu apabila masing-masing mempunyai kesulitan.” Saya tidak memberikan izin ada hubungan lebih dari saudara seperguruan, apalagi sampai terjadi hal-hal yang tidak diinginkan. Saya memperbolehkan murid perempuan berkahwin dengan dengan murid lelaki seperguruan asal benar-benar mampu membangunkan rumahtangga dengan baik dan benar-benar sesuai dengan ajaran Agama Islam. Alhamdulillah, peraturan ini sampai sekarang belum ada yang melanggarnya, apalagi sampai menimbulkan retaknya hubungan kekeluargaan di Panglipur”, tuturnya serius.

Tahun 1997, Rd. Enny Rukmini Sekarningrat dan Rd. H. Adang Mohammad Moesa diarah oleh PB IPSI berangkat ke Malaysia sebagai tokoh dan pakar pencak silat Jawa Barat, selanjutnya berangkat lagi dengan E. Kusnadi ke Trengganu, Malaysia sebagai peninjau pada Kejuaraan Pencak Silat Nusantara.

Sebagai tokoh dan pakar pencak silat, sikap pergaulannya yang baik ternyata mampu membawa Panglipur menembusi pergaulan pencak silat secara antarabangsa sehingga dikenali di kalangan pakar-pakar pencak silat mancanegara. Selain itu, ia telah berhasil membawa Panglipur sebagai perguruan pencak silat yang mampu mempertahankan keasliannya.

Selama lebih 100 tahun (1909-hingga sekarang) Panglipur telah dipelajari oleh pecinta pencak silat dari dalam mahupun luar negera, seperti Asia, Eropah, dan Amerika. Dari waktu ke waktu Panglipur tetap berprestasi dan berdedikasi, Panglipur tidak pernah ketinggalan dalam mengikuti kejuaraan-kejuaraan yang rasmi yang diselenggarakan oleh Pengda IPSI maupun PB IPSI, baik di peringkat kebangsaan maupun antarabangsa/dunia.

“Alhamdulillah selama saya memimpin perguruan pencak silat Panglipur, rasanya murid-murid Panglipur belum pernah ada yang mengecewakan, bahkan cabang-cabang Panglipur terus bertambah dan berkembang sampai ke mancanegara, antara lain Belanda, Amerika, Austria, dan lain sebagainya”, tuturnya kepuasan.

Disunting dari sumber asal :
 http://duel.melsa.net.id/04ennyrs.html


10 Februari 2011

Rahsia Solat



Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

Berdiri Betul : Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur

Takbiratul Ihram : Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur

Fatihah : Sebagai pakaian yang indahindah didalam kubur

Rukuk : Sebagai tikar kita didalam kubur

Iktidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur

Sujud :  Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim

Duduk Antara Dua Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

Duduk Antara Dua Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang masyar

Tahiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur

Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

Salam : Memelihara kita didalam kubur

Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ‘ FRIDAY the 13th ‘ jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!’

07 Februari 2011

ALMARHUM USTAZ DATO’ HAJI FADZIL MOHD NOOR - ULAMAK TERSOHOR KEDAH YANG DISEGANI



Bumi Melayu ini sebenarnya tidak pernah putus melahirkan para ulamak yang sangat berwibawa sejak berkurun lamanya. Ada yang telah mengabdikan seluruh masa dan tenaga demi kesejahteraan umat sejagat, malah ada dikalangan tuan-tuan guru ini turut tersohor bukan saja di tanah air sendiri malah hampir segenap dunia Islam.

Begitulah juga dengan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, sebut saja “Ustaz Fadzil” maka terlekat di hati setiap orang bahawa beliau adalah seorang ulamak dan juga tokoh politik yang amat disegani di bumi Malaysia ini sendiri mahupun di pentas antarabangsa. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin ummah yang sejati. Ustaz Fadzil ini merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu dan politik semenjak beliau masih belajar di sekolah menengah lagi.

Oleh itu dengan berbekalkan ilmu yang telah ditimba di bumi Mesir, beliau telah memanafaatkan sepenuhnya kearah kemajuan dakwah dan politik tanah air. Dengan perwatakan yang amat sederhana telah menjulangkan keperibadian beliau samada dimata kawan mahupun lawan. Dikatakan juga almarhum ustaz sangat-sangat gemar mendampingi rakyat dan tidak pernah jemu mendengar permasalahan mereka.

Latarbelakang Kehidupan

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulamak yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan gedung ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Pendidikan

Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel. Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil menjadi guru di Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas pula sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada tahun 1963, Ustaz Fadzil menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang tersebut. Beliau juga turut menggali ilmu daripada para ulama Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur bakti di tanahair. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Keistimewaan yang beliau miliki ialah mampu berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Khidmat

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.Beliau juga turut pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Ustaz Fadzil  telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA.

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan yang memimpin dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam.

Politik

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi 
Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Aktiviti Kemasyarakatan

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz
Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan. Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi pengajian tinggi Islam. Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Kembali Mengadap Illahi

Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya. Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah. Jenazah beliau dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas dan diperjuangkannya. Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ. Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu. Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum. Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini

Semoga roh Tuan Guru Ustaz Fadzil Nor dicucuri rahmat....al-Fatihah

Sumber rujukan:
Buku Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2
Harakah Daily (tulisan Riduan Mohamad Noor)
KIDU Darul Ulum


06 Februari 2011

Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad (bah.akhir)



Ini adalah merupakan bahagian terakhir dari artikel Punca Kelemahan Umat Islam - perspektif Tun Mahathir Mohammad yang ditulis oleh Prof.Dr Idris Zakaria. Untuk memahami topik sebenar dalam artikel ini tuan-tuan hendaklah mengikut urutan bahagian yang telah dipaparkan dalam blog ini. Sudut pandang dari seorang negarawan dalam mengenalpasti punca-punca kelemahan umat Islam yang telah membelenggu sekian lama, silakan untuk terus membaca.........


MELAYU ISLAM MESTI AKUI DAN BAIKI KELEMAHAN
Minda yang terbuka hendaklah terbuka kepada yang benar dan nyata sekarang. Yang benar dan nyata sekarang ini ialah kedaifan orang Melayu Islam dan ketidakmampuan mereka. Yang benar dan nyata ialah kita sendiri terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk membangun dan memperkayakan negara kita. Yang benar dan nyata ialah banyak urusan dalam masyarakat dirancang dan dilaksanakan oleh kaum lain.

Dari segi hubungan antarabangsa yang benar dan nyata ialah Melayu Islam tidak dapat mendirikan negara yang dapat membantu dan menolong menyelamatkan orang-orang Islam yang tertindas dan daif, terutama yang terdiri daripada orang Islam. Dan banyaklah lagi kelemahan orang Melayu dalam menangani hubungan antarabangsa. Minda yang terbuka perlu pertamanya mengenal pasti dan mengakui kelemahan yang ada pada Melayu Islam dan keduanya mengenal pasti apa yang perlu diubah dan diamal untuk mendapat manafaat daripada minda yang terbuka. Pendekatan dan kemampuan menilai yang terbuka.

Pendekatan dan kemampuan menilai antara yang baik dan yang buruk perlu menjadi kebolehan yang ada pada orang Melayu Islam. Dalam menilai sifat-sifat yang ada pada diri sendiri tidak ada tempat bagi perasaan malu mengenai kelemahan diri dan kesombongan yang tidak berasas. Demikian juga setelah mengenal pasti kualiti yang lemah yang ada pada diri sendiri tidak perlu perasaan malu untuk menerima dan mengamal nilai yang ada pada orang lain, walaupun mereka daripada
kaum dan bangsa yang kita kurang senang dengan mereka. Yang jelas ialah minda yang terbuka ialah suatu sikap yang baik yang perlu dimiliki orang Melayu Islam. Namun minda yang terbuka harus disampingi oleh keupayaan menilai dan memililh yang jernih dan membuang yang keruh.

Yang benar dan nyata harus diakui walaupun pedih dan yang benar dan nyata harus memandu pemikiran yang terbuka. Akhirnya perubahan perlu diterima jika minda yang terbuka hendak dihasilkan nikmat, termasuk perubahan budaya bangsa tanpa menghilangkan identiti bangsa. (Mahathir. 2002. Ucapan Perdana: 10-13)

MAHATHIR DAN TINDAKAN PERUBAHAN
Tidak banyak pemimpin negara-negara dunia yang menguasai serentak idealisme dan realisme. Sejarah pemikiran dunia merakamkan kumpulan pemimpin yang menguasai realisme biasanya berjaya melestarikan idea dan gagasannya. Sementara kelompok idealis hanya mampu memperkasakan kelemahan dan status-quo kuasa politik atau kekayaan. Pemimpin yang realis adalah orang yang memahami dengan baik persoalan-persoalan semasa rakyat dan serta mampu menyusun strategi untuk menghadapinya. Mahathir seperti yang telah terbukti, adalah seorang pemimpin dan negarawan yang tercanturn dalam dirinya idealisme dan realisme serentak.

Kefahaman tentang Islam, sejarah umat Islam, bangsa Melayu, membawa kepada ideologiideologi
moden serta cabaran-cabaran terkini seperti gagasan globalisasi dan pelbagai macam idea tentang ekonomi politik dunia, mata wang serta prospek serta persediaan masa hadapan ummah dan
lain-lain sering dibincang oleh Mahathir di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Bagi Malaysia, itulah gagasan serta idealisme yang telah direalisasikan oleh Mahathir. Segala kelemahan umat Melayu diubati melalui pelbagai bentuk tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Wawasan 2020 adalah platform panjangnya untuk merubah minda, psikologi dan hala tuju masa hadapan umat Islam Malaysia. Terdapat banyak tindakan praktikal yang telah dilakukan oleh Mahathir menukar realiti dan kehidupan umat lslam di Malaysia. Di sini, penulis hanya
memetik contoh tindakan Mahathir melawat perusahaan dan kemajuan sains dan teknologi di Jepun dan Korea sekadar contoh, dan beliau kerap melawat negara-negara tersebut.

Pada pertengahan tahun 2000, Mahathir telah membuat lawatan kerja ke Jepun. Selain dari acara-acara rasmi, Mahathir melawat syarikat-syarikat multinasional Jepun. Beliau melawat kilang Yamazaki Mazak di Nagoya, iaitu sebuah kilang pengeluar mesin berkomputer dan peralatan mesin dengan menggunakan teknologi terkini termasuk kilang siber pertama di dunia di bidang ini.Perjalanan dan kerja di kilang ini boleh dipantau oleh petugasnya biarpun dari bilik tidur di rumah. (Mingguan Malaysia. 18 Jun 2000).

Sempena lawatan ini beliau turut menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara SME Aerospace, anak syarikat SME Industries dan Mazak bagi pembelian mesin untuk pembuatan komponen industri aeroangkasa di Malaysia. lndustri ini digerakkan sendiri oleh Mahathir.
Kemudian, Mahathir melawat Matsushita Multimedia Center di Tokyo. Di sini, Mahathir tertarik dengan ciptaan sistem penginapan digital 2003 atau H111

House yang sedang dibangunkan olch syarikati berkenaan. Di sini, ciptaan telefon selular bagi mengawal selia fungsi rumah, bilik air yang boleh memproses data kesihatan diri dan sistem keselamatan tercanggih. Teknologi ini disarankan oleh Mahathir dipindahkan ke Koridor Raya
Multimedia (MSC) di Putrajaya. Mahathir juga turut menguji sistem pengangkutan gabungan bas kereta api yang menggunakan teknologi Intelligent Multimode Transit System (IMTS). Pengangkutan bergerak tanpa pemandu.

Perjalanannya dikawal di pusat kawalan. Semua jumpaan dan kemajuan ini dicatat oleh Mahathir untuk direalisasikan di Malaysia. Pada pertengahan tahun 2002 pula Mahathir mengadakan lawatan
kerja ke Korea Selatan. Mahathir juga kerap ke Korea Selatan sama seperti Jepun di atas. Di samping memenuhi tujuan-tujuan hubungan dua buah negara dari sudut kepentingan politik, Mahathir juga melawat dan meninjau teknologi-teknologi terkini terutama sekali pusat penyelidikan dan
pembangunan (R&D) syarikat pengeluar kereta Hyundai di Gyeonggi-do. Di sini Mahathir melihat sendiri kepesatan industri kereta Korea.

Dalam masa kurang sedekad, keluaran syarikat ini telah menembusi pasaran dunia melalui model-model kereta yang cantik menawan para pembeli. Di sini, lima memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani iaitu MATRADE dan KITA, Naza Kia Sdn. Bhd. dan Kia Motors Corporation serta LG
Chem Invesment Ltd. dan Innobiologies Shd. Bhd. Lawatannya itu telah berjaya memindahkan teknologi serta etika kerja Korea ke Malaysia. Selanjutnya syarikat-syarikat Korea telah dibenarkan
beroperasi di Malaysia. Tindakan praktikal ini adalah usaha Mahathir untuk memindahkan kepandaian teknologi Timur ke Malaysia.
(Utusan Malaysia. 23 Mei 2002).

KESIMPULAN
Mahathir bersemangat tinggi untuk mengubah nasib dan realiti kehidupan umat Islam di Malaysia. Beliau juga berhasrat menjadikan Malaysia negara Islam model kepada negara-negara Is1am di dunia dan ini telah menjadi kenyataan. Sewaktu saya berada di England, Mesir, Indonesia, Jordan dan di lain-lain negara di Timur, masyarakat dunia terpegun dengan Mahathir dan Malaysia umumnya justeru pembangunan pesat dalam segenap bidang kehidupan rakyat Malaysia. Sewaktu makalah ini ditulis, Malaysia masih unggul walaupun Mahathir sudah berhenti menjadi Perdana Menteri. Kejayaan pembangunan Malaysia diteruskan oleh penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dianggarkan kira-kira dua juta rakyat Indonesia. Myammar, Thailand, China, Pakistan, Filipina dan lain-lain datang mencari kehidupan di Malaysia. Mereka menganggap Malaysia adalah `lubuk emas'.

Siapa yang lebih penting dari realiti itu ialah umat Islam telah ditingkatkan kualiti kehidupan mereka dengan cara menghakis sedikit demi sedikit segala kelemahan yang telah disebutkan di atas.
Memang sukar untuk membentuk manusia menjadi bangsa yang maju, tetapi adalah mudah untuk menjadikan mereka susah dan lemah. Mahathir percaya kepada kekuatan ilmu terutamanya sains dan teknologi. Umat Islam dikikis psikologi mereka yang selamanya lemah dan kagum dengan peradaban Barat yang materialis dan sekular.

Beliau memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur. Contoh, Jepun dan Korea yang sudah lama terkenal dengan kemajuan industrinya. Umat Islam dibentuk minda mereka supaya meniru kemajuan sains dan teknologi Jepun serta Korea. Dan inilah yang kini sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia
sekarang.

RUJUKAN (Prof. Dr. Idris Zakaria)
Dr. Mahathir Mohamad. 1976. Menghadapi Cabaran. K.L. Pustaka Antara.
Dr. Mahathir Mohamad. 1999. Jalan Ke Puncak_ Subang Java. Pelanduk.
Dr. Mahathir Mohamad. 1999. The Malay Dilemma- K.L, Singapore. Time Books
International.
Dr. Mahathir Mohamad. 2002. Ucapan Perdana Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. K.L,
DBP.
Dr. Mahathir Mohamad. 1995. Islam and The Muslim Ummah. Selected speeches by Dr.
Mahathir Mohamad, Prime Minister Of Malaysia. Vol. 1. edited by Hashim
Makaruddin. Subang Jaya. Pelanduk Publication.
Dr. Ilyas Harun. 1998. Mahathir: Negarawan Unggul Abad Ini. K.L. Iteko .
Rahman Shaari. 1984. Zaman Mahathir. K.L. Limma Enterprise Sdn. Bird.
Sivamurugan Pandian. 2005. Legasi Mczhathir. K.L. Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Utusan Malaysia, 23 Mei 2002.
Mingguan Malaysia, 18 Jun 2000.
19
Berita Haran 17 Sept. 2003.
Berita Harian 7 Julai 1968.

BIODATA
PROF. DR. IDRIS ZAKARIA merupakan Pensyarah Falsafah dan Pemikiran
Islam, Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.