Mungkin
ramai dikalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmahyang
tersembunyi ketika sujud. hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan
dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai
kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia
melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan
sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi
larangannya.
Ulamak
mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah
s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara
hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan
organ ke tempat asalnya.
Bernafas
ketika sujud pula boleh:
- membetulkan
kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
-
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan
sakit hernia. (burut)
-
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan
paru-paru daripada ketegangan.
-
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan
sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.
-
meringankan bahagian pelvis.
- memberi
dorongan supaya mudah tidur.
-
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
bangun daripada sujud.
- pergerakan
otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik
memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi
wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi
untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
-
mengurangkan kegemukan.
- pergerakan
bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions)
.
- organ
terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
-
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah keotak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi
psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang
Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan
sebagainya.
Dari segi
perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke
otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut
kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak
dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Info yang menarik.
BalasPadamTQ
Salam..
BalasPadamGood info....mohon utk copy n paste..
Salam kembali..silakan kepada sesiapa sahaja yang berminat utk copy dan paste atau pnjngkan info dlm blog ini. Sesungguhnya ilmu Allah untuk semua
BalasPadam