Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

03 Februari 2011

Adakah Anda Seorang Ikhlas?


KITA mungkin selalu mendengar orang berkata,"saya ikhlas." Tapi itu sekadar adat berbahasa kerana tidak ada siapa pun tahu keikhlasan seseorang.Malah hati sendiri pun susah hendak diteropong sama ada ikhlas atau tidak ikhlas.Tapi sekurang-kurangnya keikhlasan dapat dibaca pada sikap dan tindak-tanduk kita.Cuba-cubalah kuiz ini.......

1.Anda sedang melangkah ke majlis pengajian di surau apabila ada yang menegur."Rajin ke surau nampaknya, tak lama lagi bolehlah jadi ustazah/ustaz."Reaksi anda?
A.Teragak-agak hendak meneruskan langkah.
B.Terus melangkah dengan sopan sambil berkata,"Amin,mudah-mudahan begitulah hendaknya..."

2.Anda sangat menjaga waktu solat bila bersama rakan-rakan sealiran.Bila berseorangan?
A.Hilang kekuatan dan selalu lewat solat.
B.Alhamdulillah,dapat pertahankan solat pada awal waktu.

3.Ada orang mengutip derma untuk kebajikan.Ketika itu anda hanya ada sedikit wang tapi tidak dapat mengelak.Bicara hati anda?
A."Hai...melayanglah duit belanja aku..."
B."Moga-moga ALLAH nilai dan ALLAH ganti dengan yang lebih baik."

4.Anda dipuji seseorang.rasa hati anda?
A.Bangga tidak terperi.
B.Mengembalikan pujian kepada ALLAH.

5.Anda bermuka manis dan memberi senyuman kepada seorang teman, tapi dia seakan tidak memberi respons sahaja.Komen anda?
A."Malas nak senyum-senyum lagi kat dia."
B."Agaknya mood dia tak berapa baik hari ni...Ada masalah agaknya."

6."Amboi! Alim nampak..."tegur seorang kawan apabila melihat anda pertama kali bertudung.Reaksi anda?
A.Tersinggung,rasa macam kena perli.
B.Tenang dan masih boleh bermuka manis.

7.Mudahkah bagi anda untuk konsisten membuat sesuatu amalan baik?
A.Susah
B.Mula-mula memang susah, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula.

8.Anda dilucutkan jawatan dalam persatuan dan menjadi ahli jawatankuasa biasa.Bicara hati anda?
A."Tidak ada moodlah nak buat apa-apa lagi...."
B."Tak apalah, asalkan aku dapat terus berkhidmat bakti."

9.Anda telah bersusah payah menjayakan sesuatu projek, tetapi tiada siapa pun yang menghargai.Reaksi anda?
A.Kecil hati dan hilang mood hendak buat lagi.
B.Tetap bahagia kerana sudah berjaya sambil mengharap ALLAH terima sebagai ibadah.

10.Anda ternampak seorang wanita daif menggunakan duit sedekah daripada anda untuk membeli rokok.Bicara hati anda?
A."Tak patut sungguh.Ishh...menyesal pulak sedekah kat dia..."
B."Tak patut dia buat macam tu.Tapi tak apalah, mudah-mudahan dia dapat hidayah dan moga-moga sedekah aku tetap ALLAH terima."
(Beri satu markah untuk diri anda bagi setiap jawapan 'B')

ANALISIS MARKAH
10- Anda masih tidak boleh mendakwa sebagai seorang yang ikhlas, kerana keikhlasan itu rahsia ALLAH.Hanya ALLAH yang dapat menilainya.Tetapi tanda-tanda keikhlasan sedikit sebanyak ada pada diri anda.Jangan jemu mencari keredhaan-Nya kerana Dia tidak pernah jemu menerima pengabdian daripada hamba-Nya.
7-9- Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya.Tetapi keihlasan boleh diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan.Walaupun pada peringkat awalnya anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu menjadi sebati, akhirnya ALLAH campakkan keikhlasan di hati kita.jangan lupa berdoa agar ALLAH masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.
6 ke bawah- Mungkin tahap keikhlasan anda sangat kurang disebabkan anda belum dapat hayati tujuan sebenarnya hidup ini; untuk apa dan kerana siapa.Carilah keredhaan ALLAH, bukan keredhaan manusia.Bumi yang kita pijak ini milik ALLAH, kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan ALLAH.Yakinlah, sungguhpun manusia suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau ALLAH suka dan sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada ALLAH, bukan untuk manusia.

Maka renunglah pula definasi ikhlas itu....
Abu Ya'kub As-Susi berkata: "Ikhlas ialah tidak melihatnya ikhlas. Siapa yang menyaksikan pada keikhlasannya akan ikhlas, maka sesungguhnya keikhlasannya itu memerlukan ikhlas".
Apa yang disebutkan oleh Abu Ya'kub di atas adalah sautu isyarat kepada pembersihan amal dari Ujub dengan perbuatan. Bahawa memperhatikan kepada keikhlasan dan melihat kepadanya itu adalah satu keujuban(mengherankan diri). Dan ini termasuk dalam jumlah bahaya. Dan yang ikhlas itu ialah apa yang bersih dari semua bahaya. Maka ini kedatangan satu bahaya.

Niat yang baik itupun tidak akan terlepas dari dicampuri oleh sesuatu yang jahat seperti Ujub, Riya, Kasih akan dunia, takabbur serta lain-lain daripada maksiat yang di dalam hati. Sifat-sifat Mazmumah ini adalah berasal dari nafsu syahwat dan sifat-sifat basyariah(kemanusiaan)dan Kejahilan. Dalam banyak keadaan dan masa kita manusia banyak dipengaruhi oleh sifat-sifat basyariah yang memang cenderung kepada nafsu dan syahwat walaupun dalam beribadat. 

Ia boleh menjelma dalam berbagai-bagai wajah yang baik berupa ibadat, taat, kebajikan pada lahirnya tetapi mengandungi tujuan yang jahat dan dusta dan kadang-kadang menjijikkan. Adat kata, tanpa rahmat dan pertolongan ALLAH seseorang itu tidak akan terlepas dari najis riya dan syirik. Ilmu yang ada kadang-kadang malah seringkali akan tunduk pada kemahuannya. Akal pula selalu saja tewas. Inilah kenyataan yang ada pada kita manusia. Sentiasa bergelumang dengan dosa maksiat dan penderhakaan kepada ALLAH.

Begitu rumit, tersangat payah dan betapa halusnya soal pembersihan(ikhlas) ini. Persoalanya adalah berkisar pada hati atau jiwa kita. Benarlah kata Imam Ghazali; "dan tidak bisa selamat dari tenggelamnya di lautan ini kecuali dengan Penglihatan dan TaufikNya dan Inayat daripadaNya."
Ini adalah kerana Ikhlas itu adalah persoalan hati kita atau jiwa kita atau ruh kita. 

Bagaimana halus dan samarnya pengetahuan kita tentang ruh kita begitulah juga halus dan samar ikhlas ini. Hanya mereka yang hidup cahaya mata hatinya sahaja yang mampu melihat dan menyaksikannya. Hanya mereka yang hidup ruhnya sahaja yang akan mengenali makna sebenar hakikat ikhlas ini. Hanya mereka yang memiliki Ilmu Yang Haq(Adab Tasauf)sahaja yang dapat mengkholiskan(membersih/ikhlas)amalannya. Ini adalah tujuan mereka adalah untuk membersihkan(ikhlas) hati(diri) supaya bersih Tauhid mereka.

Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita,kita rasa sama saja.Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan.Itulah tanda ikhlas.Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana ALLAH.Kerana itu kalau manusia cerca,caci atau hina,hati pun tidak cacat,tidak timbul perasaan marah,dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Begitu juga,kalau orang puji,pujian itu tidak membekas di hatinya.Tidak timbul rasa bangga ,puas hati dan juga dan juga tidak bertambah kasih sayangnya pada orang yang memuji itu,disebabkan oleh pujiannya.Bagi orang-orang yang ikhlas,pujian dan kejian tidak pernah di fikirkan apalagi hendak di harapkan.Mereka sangat takut kalau-kalau ALLAH menolak amalan dan memurkai mereka.Sebaliknya mereka sangat ingin ALLAH menerima baik amalan-amalan mereka serta meredhai mereka.

Mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredaan ALLAH.Mereka tidak bimbang nasib diri,rugi atau untung,orang keji atau puji,menang atau kalah,yang penting supaya ALLAH menerima baik amalan mereka.Rasulullah SAW kerana menganjurkan sifat ikhlas telah bersabda yang bermaksud: “Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu

Seseorang yang mencari keredaan ALLAH ,akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada-Nya.Ketika orang lain bertindak jahat pada mereka,mereka akan merasa berpeluang untuk mendapat pahala dan kasih sayang ALLAH.Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalas dengan kebaikan pula.

Hal itu benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin.Ketika mendengar orang menghina mereka,langsung dihantarnya hadiah pada orang itu.Bila di Tanya apa tujuan hadiah itu,jawapan mereka adalah,”Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala kepada kita.Memberi pahala sama seperti memberi syurga.Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar pada kita,memang patutlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya”.Begitulah hati yang ikhlas.Dia tidak melatah kalau orang menggugat,malah gugatan itu mendekatkan dirinya pada ALLAH Taala.

Diriwayatkan bahawa seorang ahli sufi terkenal;
Ibrahim Adham ke padang pasir dan bertemu seorang askar yang bertanya kepadanya: “Engkau seorang hamba?”
Jawab Ibrahim: “Ya”
“Di mana tempat yang makmur?” tanya askar itu.
Ibrahim menunjukkan tanah perkuburan tidak jauh dari situ.
Askar itu marah sambil berkata: “Yang aku mahu ialah tempat yang makmur. Tempat yang kau tunjuk itu adalah tanah perkuburan.”

Askar itu marah sambil mengambil cemati dan memukulnya. Dia kemudian membawa Ibrahim ke pekan. Di sana, kawan-kawannya bertanya apa yang berlaku. Selepas askar itu bercerita, kawan-kawannya memberitahu bahawa orang yang dipukulnya ialah Syeikh Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal.
Askar itu kemudian melompat turun dari kudanya dan terus mengucup tangan dan kaki Ibrahim sambil meminta maaf dan menyesal. Ibrahim kemudiannya ditanya oleh kawan askar itu mengapa dia mengaku dirinya hamba.

Jawab Ibrahim: “Askar itu tidak bertanya: Engkau hamba siapa. Dia hanya bertanya engkau seorang hamba. *Kerana itulah aku menjawab *ya* kerana aku adalah hamba ALLAH. Apabila dia menyebat kepalaku. Aku memohon agar ALLAH memasukkannya ke dalam syurga. “
Tanya kawan askar itu: “Mengapa begitu, bukankah dia memukulmu?”
Jawab Ibrahim: “aku tahu bahawa aku diberi pahala kerana perbuatannya itu ke atas diriku. Aku tidak mahu diriku saja mendapat kebaikan, sementara dia sendiri yang mendapat keburukan.”

Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, dan di dalam hatinya, tidak terdetik untuk membalas dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menganiayainya.

Ada dua golongan tingkat kedudukan seorang hamba ahli ikhlas, yakni hamba ALLAH yang abrar dan yang muqarrabin.
1) Keikhlasan seorang abrar adalah apabila amal perbuatannya telah bersih dari riya, baik yang jelas maupun yang samar. Tujuan amal perbuatannya selalu hanya pahala dan syurga yang dijanjikan oleh ALLAH kepada hamba-Nya yang ikhlas. Dan ini terambil dari ayat, "Iyyaka na' budu" (Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain).
2) Adapun keikhlasan seorang muqarrabin ialah menerapkan pengertian kalimat, "La haula wala quwwata illa billah" (Tiada daya dan kekuatan untuk berbuat apa pun kecuali dengan pertolongan ALLAH Azza wa Jalla). Ia merasa bahwa semua amal perbuatan semata-mata karunia ALLAH kepadanya, sebab ALLAH yang memberi hidayah dan taufik. Ini terambil dari ayat, "Iyyaka nasta'in" (Hanya kepada-Mu kami mengharap pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya).

Amal orang abrar dinamakan amal Lillah, yaitu beramal karena ALLAH. Sedang amal muqarrabin dinamakan amal Billah, yaitu beramal dengan bantuan karunia ALLAH. Amal Lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukum lahir, sedangkan amal Billah menembus ke dalam perasaan kalbu.
Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang ALLAH sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal ALLAH sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;
1) Perbuatan itu daripada ALLAH Taala dengan dikau
2) Perbuatan daripadamu bagi ALLAH Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh ALLAH dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana ALLAH di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.

Seorang mursyid pernah menasihatkan, "Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas, dan perbaikilah keikhlasanmu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedangkan semua kejadian itu hanya semata-mata karena bantuan ALLAH.”
Wallahualam.....

Sumber:
Bicarasufi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan