Ini adalah merupakan bahagian terakhir dari artikel Punca Kelemahan Umat Islam - perspektif Tun Mahathir Mohammad yang ditulis oleh Prof.Dr Idris Zakaria. Untuk memahami topik sebenar dalam artikel ini tuan-tuan hendaklah mengikut urutan bahagian yang telah dipaparkan dalam blog ini. Sudut pandang dari seorang negarawan dalam mengenalpasti punca-punca kelemahan umat Islam yang telah membelenggu sekian lama, silakan untuk terus membaca.........
MELAYU ISLAM MESTI AKUI DAN BAIKI KELEMAHAN
Minda yang
terbuka hendaklah terbuka kepada yang benar dan nyata sekarang. Yang benar dan
nyata sekarang ini ialah kedaifan orang Melayu Islam dan ketidakmampuan mereka.
Yang benar dan nyata ialah kita sendiri terpaksa bergantung kepada kaum lain
untuk membangun dan memperkayakan negara kita. Yang benar dan nyata ialah
banyak urusan dalam masyarakat dirancang dan dilaksanakan oleh kaum lain.
Dari segi
hubungan antarabangsa yang benar dan nyata ialah Melayu Islam tidak dapat
mendirikan negara yang dapat membantu dan menolong menyelamatkan orang-orang
Islam yang tertindas dan daif, terutama yang terdiri daripada orang Islam. Dan
banyaklah lagi kelemahan orang Melayu dalam menangani hubungan antarabangsa. Minda
yang terbuka perlu pertamanya mengenal pasti dan mengakui kelemahan yang ada
pada Melayu Islam dan keduanya mengenal pasti apa yang perlu diubah dan diamal
untuk mendapat manafaat daripada minda yang terbuka. Pendekatan dan kemampuan
menilai yang terbuka.
Pendekatan
dan kemampuan menilai antara yang baik dan yang buruk perlu menjadi kebolehan
yang ada pada orang Melayu Islam. Dalam menilai sifat-sifat yang ada pada diri
sendiri tidak ada tempat bagi perasaan malu mengenai kelemahan diri dan
kesombongan yang tidak berasas. Demikian juga setelah mengenal pasti kualiti
yang lemah yang ada pada diri sendiri tidak perlu perasaan malu untuk menerima
dan mengamal nilai yang ada pada orang lain, walaupun mereka daripada
kaum dan
bangsa yang kita kurang senang dengan mereka. Yang jelas ialah minda yang
terbuka ialah suatu sikap yang baik yang perlu dimiliki orang Melayu Islam.
Namun minda yang terbuka harus disampingi oleh keupayaan menilai dan memililh
yang jernih dan membuang yang keruh.
Yang benar
dan nyata harus diakui walaupun pedih dan yang benar dan nyata harus memandu
pemikiran yang terbuka. Akhirnya perubahan perlu diterima jika minda yang
terbuka hendak dihasilkan nikmat, termasuk perubahan budaya bangsa tanpa
menghilangkan identiti bangsa. (Mahathir.
2002. Ucapan Perdana: 10-13)
MAHATHIR DAN TINDAKAN PERUBAHAN
Tidak banyak
pemimpin negara-negara dunia yang menguasai serentak idealisme dan realisme.
Sejarah pemikiran dunia merakamkan kumpulan pemimpin yang menguasai realisme
biasanya berjaya melestarikan idea dan gagasannya. Sementara kelompok idealis
hanya mampu memperkasakan kelemahan dan status-quo kuasa politik atau kekayaan.
Pemimpin yang realis adalah orang yang memahami dengan baik persoalan-persoalan
semasa rakyat dan serta mampu menyusun strategi untuk menghadapinya. Mahathir
seperti yang telah terbukti, adalah seorang pemimpin dan negarawan yang
tercanturn dalam dirinya idealisme dan realisme serentak.
Kefahaman
tentang Islam, sejarah umat Islam, bangsa Melayu, membawa kepada
ideologiideologi
moden serta
cabaran-cabaran terkini seperti gagasan globalisasi dan pelbagai macam idea
tentang ekonomi politik dunia, mata wang serta prospek serta persediaan masa
hadapan ummah dan
lain-lain
sering dibincang oleh Mahathir di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
Bagi
Malaysia, itulah gagasan serta idealisme yang telah direalisasikan oleh
Mahathir. Segala kelemahan umat Melayu diubati melalui pelbagai bentuk tindakan
jangka pendek dan jangka panjang.
Wawasan 2020
adalah platform panjangnya untuk merubah minda, psikologi dan hala tuju masa
hadapan umat Islam Malaysia. Terdapat banyak tindakan praktikal yang telah
dilakukan oleh Mahathir menukar realiti dan kehidupan umat lslam di Malaysia.
Di sini, penulis hanya
memetik
contoh tindakan Mahathir melawat perusahaan dan kemajuan sains dan teknologi di
Jepun dan Korea sekadar contoh, dan beliau kerap melawat negara-negara
tersebut.
Pada
pertengahan tahun 2000, Mahathir telah membuat lawatan kerja ke Jepun. Selain
dari acara-acara rasmi, Mahathir melawat syarikat-syarikat multinasional Jepun.
Beliau melawat kilang Yamazaki Mazak di Nagoya, iaitu sebuah kilang pengeluar
mesin berkomputer dan peralatan mesin dengan menggunakan teknologi terkini
termasuk kilang siber pertama di dunia di bidang ini.Perjalanan dan kerja di
kilang ini boleh dipantau oleh petugasnya biarpun dari bilik tidur di rumah. (Mingguan Malaysia. 18 Jun 2000).
Sempena
lawatan ini beliau turut menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara
SME Aerospace, anak syarikat SME Industries dan Mazak bagi pembelian mesin
untuk pembuatan komponen industri aeroangkasa di Malaysia. lndustri ini
digerakkan sendiri oleh Mahathir.
Kemudian,
Mahathir melawat Matsushita Multimedia Center di Tokyo. Di sini, Mahathir
tertarik dengan ciptaan sistem penginapan digital 2003 atau H111
House yang
sedang dibangunkan olch syarikati berkenaan. Di sini, ciptaan telefon selular
bagi mengawal selia fungsi rumah, bilik air yang boleh memproses data kesihatan
diri dan sistem keselamatan tercanggih. Teknologi ini disarankan oleh Mahathir
dipindahkan ke Koridor Raya
Multimedia
(MSC) di Putrajaya. Mahathir juga turut menguji sistem pengangkutan gabungan
bas kereta api yang menggunakan teknologi Intelligent Multimode Transit System
(IMTS). Pengangkutan bergerak tanpa pemandu.
Perjalanannya
dikawal di pusat kawalan. Semua jumpaan dan kemajuan ini dicatat oleh Mahathir
untuk direalisasikan di Malaysia. Pada pertengahan tahun 2002 pula Mahathir
mengadakan lawatan
kerja ke
Korea Selatan. Mahathir juga kerap ke Korea Selatan sama seperti Jepun di atas.
Di samping memenuhi tujuan-tujuan hubungan dua buah negara dari sudut
kepentingan politik, Mahathir juga melawat dan meninjau teknologi-teknologi
terkini terutama sekali pusat penyelidikan dan
pembangunan
(R&D) syarikat pengeluar kereta Hyundai di Gyeonggi-do. Di sini Mahathir melihat
sendiri kepesatan industri kereta Korea.
Dalam masa kurang
sedekad, keluaran syarikat ini telah menembusi pasaran dunia melalui
model-model kereta yang cantik menawan para pembeli. Di sini, lima memorandum
persefahaman (MoU) ditandatangani iaitu MATRADE dan KITA, Naza Kia Sdn. Bhd.
dan Kia Motors Corporation serta LG
Chem
Invesment Ltd. dan Innobiologies Shd. Bhd. Lawatannya itu telah berjaya
memindahkan teknologi serta etika kerja Korea ke Malaysia. Selanjutnya
syarikat-syarikat Korea telah dibenarkan
beroperasi
di Malaysia. Tindakan praktikal ini adalah usaha Mahathir untuk memindahkan
kepandaian teknologi Timur ke Malaysia.
(Utusan Malaysia. 23 Mei 2002).
KESIMPULAN
Mahathir
bersemangat tinggi untuk mengubah nasib dan realiti kehidupan umat Islam di
Malaysia. Beliau juga berhasrat menjadikan Malaysia negara Islam model kepada
negara-negara Is1am di dunia dan ini telah menjadi kenyataan. Sewaktu saya
berada di England, Mesir, Indonesia, Jordan dan di lain-lain negara di Timur,
masyarakat dunia terpegun dengan Mahathir dan Malaysia umumnya justeru pembangunan
pesat dalam segenap bidang kehidupan rakyat Malaysia. Sewaktu makalah ini
ditulis, Malaysia masih unggul walaupun Mahathir sudah berhenti menjadi Perdana
Menteri. Kejayaan pembangunan Malaysia diteruskan oleh penggantinya Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi. Dianggarkan kira-kira dua juta rakyat Indonesia. Myammar,
Thailand, China, Pakistan, Filipina dan lain-lain datang mencari kehidupan di
Malaysia. Mereka menganggap Malaysia adalah `lubuk emas'.
Siapa yang
lebih penting dari realiti itu ialah umat Islam telah ditingkatkan kualiti
kehidupan mereka dengan cara menghakis sedikit demi sedikit segala kelemahan
yang telah disebutkan di atas.
Memang sukar
untuk membentuk manusia menjadi bangsa yang maju, tetapi adalah mudah untuk
menjadikan mereka susah dan lemah. Mahathir percaya kepada kekuatan ilmu
terutamanya sains dan teknologi. Umat Islam dikikis psikologi mereka yang
selamanya lemah dan kagum dengan peradaban Barat yang materialis dan sekular.
Beliau
memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur. Contoh, Jepun dan Korea yang sudah lama
terkenal dengan kemajuan industrinya. Umat Islam dibentuk minda mereka supaya
meniru kemajuan sains dan teknologi Jepun serta Korea. Dan inilah yang kini
sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia
sekarang.
RUJUKAN (Prof. Dr. Idris Zakaria)
Dr. Mahathir Mohamad. 1976. Menghadapi
Cabaran. K.L. Pustaka Antara.
Dr. Mahathir Mohamad. 1999. Jalan Ke Puncak_
Subang Java. Pelanduk.
Dr. Mahathir Mohamad. 1999. The Malay
Dilemma- K.L, Singapore. Time Books
International.
Dr. Mahathir Mohamad. 2002. Ucapan Perdana
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. K.L,
DBP.
Dr. Mahathir Mohamad. 1995. Islam and The
Muslim Ummah. Selected speeches by Dr.
Mahathir Mohamad, Prime Minister Of
Malaysia. Vol. 1. edited by Hashim
Makaruddin. Subang Jaya. Pelanduk
Publication.
Dr. Ilyas Harun. 1998. Mahathir: Negarawan
Unggul Abad Ini. K.L. Iteko .
Rahman Shaari. 1984. Zaman Mahathir. K.L.
Limma Enterprise Sdn. Bird.
Sivamurugan Pandian. 2005. Legasi Mczhathir.
K.L. Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Utusan Malaysia, 23 Mei 2002.
Mingguan Malaysia, 18 Jun 2000.
19
Berita Haran 17 Sept. 2003.
Berita Harian 7 Julai 1968.
BIODATA
PROF.
DR. IDRIS ZAKARIA merupakan Pensyarah Falsafah dan Pemikiran
Islam,
Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Universiti
Kebangsaan
Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan