Perlu juga diperhatikan di dalam berbagai perkara ketika tiba masa iftaar (berbuka), solat maghrib juga kita laksanakan agak lewat dari kebiasaan apatah lagi hendak berjemaah. Yang paling malang akibat kekenyangan kita bertangguh mengerjakannya sampai -sampai tidak melakukan langsung solat fardhu.
Ini adalah merupakan sifat cuai dan ambil mudah kita terhadap ibadah-ibadah di bulan Ramadhan yang ditawarkan oleh Allah SWT dengan ganjaran-ganjaran yang besar yang tidak terdapat di bulan lain. Kadangkala kerana hendak melengkapkan satu fardhu, ibadah fardhu lain telah binasa (hilang) begitu saja. Betapa kerapnya kita perhatikan bahawa solat zohor berlalu begitu saja kerana kita tertidur akibat keletihan berpuasa, sementara solat 'Asar pula terus lebur kerana kita begitu sibuk membeli belah, menjual dan memasak untuk keluarga sebagai hidangan untuk iftaar nanti.
Fadhilat tarawih malam keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan