Kurniaan kelima pula ialah bahawa keampunan diberikan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Disebabkan kurniaan yang terbesar ini maka para sahabat r.a menyangka bahawa ianya adalah malam Lailatul Qadr. Mereka mengetahui akan besarnya rahmat bagi malam itu dan dengan demikian lalu bertanya samada itukah malam Lailatul Qadr kepada baginda tercinta Rasulullah SAW.
Jawabannya bukan. Ini adalah semata-mata kurnia yang dianugerahkan kerana Allah SWT hendak memberikan hak yang selayaknya kepada bulan Ramadhan bersempena berakhirnya bulan tersebut.
Hanya sedikit info yang mahu dikongsi juga di sini, bagi sesiapa yang dapat mengikuti siaran TV al Hijrah janganlah ketinggalan menonton rancangan 30minit Bersama Ustaz Don kerana Ustaz Don Daniyal membawa topik berkaitan al Qur'an dan Lailatul Qadr sepanjang Ramadhan ini. Kupasan yang sangat-sangat baik dan begitu mudah difahami oleh orang awam seperti Fakir ini. Semoga Allah memberkati usaha Ustaz Don!
Fadhilat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan