Yahya Barmaki pernah memberi kepada Imam Suffian atThauri seribu dirham setiap bulan, dimana Suffian atThauri bersujud kepada Allah SWT lalu berdoa: "Ya Allah, Yahya telah melihat akan keperluan-keperluan keduniaanku dengan secukupnya. Oleh itu ENGKAU lihatlah pula dengan pandangan rahmatMu yang besar ke atas keperluannya di hari kiamat kelak."
Selepas kematian Yahya, beberapa orang telah bermimpikan beliau dalam keadaan yang sama sahaja jawabannya. Orang-orang yang bermimpi itu bertanya kepada Yahya bagaimana keadaan beliau. Beliaupun menjawab : "Melalui doa-doa Suffian atThauri, daku telah diberi pengampunan oleh Allah SWT."
Rasulullah SAW juga pernah menyebut akan kelebihan memberi makan kepada orang yang berpuasa pada masa berbuka yang mana orang yang menjamu orang yang berpuasa diwaktu berbuka dari sumber pendapatannya yang halal, maka para malaikat akan mencurahkan rahmat ke atasnya; dan pada malam Lailatul Qadr, Jibril a.s berjabat tangan dengannya. Tandanya ialah hatinya menjadi lembut sementara airmata mengalir keluar secara tidak sengaja daripada kelopak matanya.
Fadhilat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan