Selasar Si Fakir

kliklah di sini untuk terus menghidupkan blog ini

Catatan Popular

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Blog Ini

Ketahui Pagerank Blog Anda

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

15 Julai 2013

Fadhilat Tarawih Malam Ketujuh & Tazkirah Ramadhan


Bulan ini juga adalah bulan simpati, terutamanya terhadap fakir miskin. Simpati yang dimaksudkan di sini mestilah berbentuk praktik atau amali.Kita ambil contoh seandainyalah kita ada sepuluh hidangan di atas meja maka peruntukanlah dua daripadanya untuk fakir miskin yang memerlukannya. Para sahabat r.a telah menunjukkan tauladan demi tauladan dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencontohinya. Abu Jahm r.a telah menceritakan bahawa pada masa peperangan "Yarmuk" beliau telah pergi mencari sepupunya dengan membawa bersamanya sebuah bekas berisikan air untuk memberinya minum dan guna untuk membasuh luka-luka seandainya sepupunya itu didapati masih hidup dan cedera. Beliau telah menjumpai sepupunya itu dikalangan orang-orang yang tercedera. "Bila aku bertanya adakah dia memerlukan air?" lantas dia pun memberi isyarat "Ya". Diketika itu juga terdengar suara mengerang berhampiran dengan tubuhnya yang terbaring lantas sepupu Abu Jahm r.a menunjukkan ke arah suara yang kedengaran itu dengan mengisyaratkan agar Abu Jahm patut memberikan bekas air itu kepada sahabat yang mengerang tadi terlebih dahulu. Abu Jahm r.a pun segera mendapatkannya namun sebaik sahaja Abu Jahm r.a ingin memberinya minum, terdengar pula suara mengerang dari sebelah sahabat sepupunya itu lantas sahabat sepupunya itu mengisyaratkan pada Abu Jahm r.a agar segera memberi air itu dahulu kepada yang mengerang kesakitan itu kerana dia lebih memerlukannya. Maka lantaslah Abu Jahm r.a menuju kepada sahabat yang ketiga tetapi sebelum sempat Abu Jahm r.a memberinya minum dia sudahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka Abu Jahm r.a kembali kepada sahabat kedua malangnya sahabat yang kedua pun telah syahid, lalu Abu Jahm r.a kembali kepada sepupunya yang terlantar itu namun sepupunya juga telah menjadi syahid.

Terasa sayu bila kita membaca kisah ini. Sebenarnya inilah sebutir mutiara simpati yang tinggi nilai mutunya yang telah dipusakai oleh mereka-mereka yang terdahulu dari kita. Semoga Allah SWT redha dan memberi balasan terbaik terhadap pengorbanan mereka semua juga mengurniakan kita pula dengan kemampuan dan kebolehan untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Fadhilat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan